Salam,
Mengapa tajuk kali ini adalah sangat pelik. Perkataan nanti?
Mengapa aku memilih untuk berbicara mengenai 'nanti' ini? Ok. Mari kita mula bercerita.
'Nanti' adalah sangat sinonim dengan orang melayu, dan boleh dicop, melayu je mesti nanti. Nanti je mesti melayu. Apa yang pelik sangat tentang nanti ni?
Sebagai contoh, si ibu berkata pada seorang anaknya. "Abu, tolong pergi ke kedai Pak Kasim belikan santan sebungkus, ibu nak buat nasi lemak ni"
Si anak menjawab,"nanti kejap ye mak, sikit lagi nak habis game ni".
Kemudian apabila si anak tadi telah selesai bermain game, besar kemungkinan dia akan terlupa untuk membeli santan di kedai Pak Kasim. Disitu, si anak juga yang akan merasa kerugian kerana tidak dapat makan nasi lemak kesukaannya.
Perkataan 'nanti' ini adalah suatu perkataan yang sangat bahaya sekiranya tidak digunakan dengan berhati-hati dan boleh mendatangkan kemudaratan pada diri.
Kita ambil contoh lain pula.
Ahmad diberikan tugasan pada hari Isnin untuk dihantar pada hari Isnin yang akan datang. "Oh lambat lagi nak hantar, nanti la buat, banyak masa lagi". Kebiasaannya itu pemikiran orang melayu, termasuk aku.
Bila tiba hari Ahad, baru terhegeh-hegeh untuk menyiapkan tugasan yang sudah diterima hampir seminggu yang lalu itu. Sebagai balasannya, tugasan yang dibuat itu hasilnya akan menjadi kurang memuaskan, tidak berjaya disiapkan, kita akan mengorbankan masa tidur kita, atau lebih teruk lagi kita akan meniru jawapan dan cara kerja dari kawan kita yang telah terlebih dahulu menyiapkan tugasan tersebut dari kita. Itulah yang kebiasaannya terjadi untuk pelajar-pelajar di peringkat universiti. Kesudahannya, pelajar tersebut yang akan kerugian kerana tidak dapat memperolehi ilmu yang sepatutnya dia dapat sekiranya tugasan tersebut dibuat oleh dirinya sendiri, mungkin dengan bantuan kawannya, bukan dengan meniru.
Lebih teruk lagi sekiranya Ahmad terlupa terus untuk menyiapkan tugasan itu, dan apabila tiba tarikh tutup (due date) tugasan tersebut, Ahmad baru terkedek-kedek untuk menyiapkan tugasan tersebut.
Itu baru peringkat kita masih belajar. Bagaimana sekiranya kita telah berumah tangga? ataupun sudah berada di alam pekerjaan? Sudah tentu kesudahannya/akibatnya akan menjadi lebih teruk lagi.
Perkataan 'nanti' itu juga boleh menyebabkan kita terlepas sesuatu yang sepatutnya kita mampu capai.
Ali seorang lelaki yang masih bujang. Dia merancang untuk berkahwin dengan seorang wanita bernama Siti yang dia kenali sejak kecil lagi, tetapi masih belum pernah bertegursapa dengannya. Apatah lagi untuk bercakap dengan ibubapa si wanita tersebut. Dia menyimpan hasrat untuk masuk meminang sesudah sahaja habis mendapat segulung ijazah. Setelah mendapat ijazah, Ali teringat akan hasratnya itu, tetapi beliau memujuk dirinya lagi sekali, "nanti la dulu, baru habis belajar. banyak lagi benda belum cuba ni, karang dah kahwin dah xleh buat dah"
Maka dia menangguhkan dulu hasratnya untuk berkahwin dengan Siti. Setahun berlalu. Ali pon memberanikan dirinya untuk pergi ke rumah Siti. Kelihatan Siti sedang mendukung seorang bayi.
Maka tahulah Ali bahawa dia sudah pon melepas. Akibat dari 'nanti' itu.
Nanti ini sekiranya dijadikan sebahagian dari amalan hidup atau budaya kita, lama kelamaan akan menyebabkan kita seringkali berada dibelakang. Hidup dalam keadaan kelam kabut, tidak menentu, dan mungkin gagal dalam mendapatkan apa yang kita mahukan dalam hidup.
Lebih teruk lagi, sekiranya kita me'nanti' dalam sesuatu urusan agama, lebih-lebih lagi perkara-perkara fardhu. Misalnya solat.
Seringkali apabila azan sudah kedengaran, maka seorang kawan kita menghampiri kita dan mengajak kita untuk solat berjemaah dengan beliau. "Yop, jom solat jom". Yop:"lek lu, baru je masuk waktu. Asar lambat lagi masuk. Kalau solat cepat2 nnt kene tggu lama untuk solat Asar. Baik solat zohor dekat2 waktu Asar, xyah tggu lama. Boleh juga jimat air untuk berwuduk, mana la tau kan tgh2 tggu masuk waktu Asar tu terkentut ke kan. Kan dah bazir kena ambil wuduk lagi sekali. Kan Islam kata jangan membazir?". -Aik kat situ pandai lak kata jangan membazir?
Maka si Yop tu pon terus menyambung urusan duniawi beliau tanpa mengendahkan ajakan kawannya. Dah la terlepas pahala solat jemaah, dapat dosa melengahkan solat, pastu sekali kang asyik sangat buat benda tu pastu sampai terlupa solat? Pe cite Yop?
“Dan orang yang paling cepat pada kebaikan, mereka itu yang didekatkan pada Allah, berada dalam syurga kenikmatan.” (Surah al-Waqiah, ayat 10-12)
Maka bersegeralah dalam melakukan sesuatu itu, sekiranya perkara itu baik untuk kita. Dengan syarat caranya itu juga adalah baik.
Sedikit nasihat kepada diri sendiri yang suka me'nanti' dalam berbuat sesuatu.
Wassalam.
Kahwin cepat2,jangan nanti2!
ReplyDeleteKahwin? nanti lah. ops
ReplyDelete