Mari ikut blog ini

Wednesday, 23 March 2011

Aku dan basikal.

Salam,

Segala apa yang berlaku itu adalah atas ketentuan Allah SWT. Dialah yang merancang dan menjalankan perancanganNya itu. Tiada yang lain, membantu atau menghalang.

Semalam, 22/3/2011 berlaku kemalangan kecil yang melibatkan aku dengan sebuah kereta. BMW hitam yang dipandu oleh seorang lelaki (Chinese).

Lokasinya adalah di Melbourne Street(bukan bandar Melbourne ok).



Seperti biasa, aku berbasikal. Commuting between my house and the University of Adelaide. Jarak perjalanan hanyalah dalam lebih kurang 7km lebih. Tidak jauh. Tahun pertama aku di Adelaide, aku memilih untuk menunggang motosikal sebagai pengangkutan utamaku ke university. Menjelang tahun kedua, motosikal tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan, here and there. Juga aku pernah di saman sejumlah $500 jumlah keseluruhan bersama seorang lagi teman yang berkongsi motosikal tersebut denganku.

Berasa 'fed-up' dengan permasalah-permasalahan yang timbul, aku memilih untuk menunggang basikal menjelang semester kedua tahun keduaku di Adelaide. Tidak perlukan minyak, tidak perlu servis yang mahal dan boleh dilakukan sendiri, tidak perlu menunggu dan macam-macam lagi. Cuma perlukan sedikit komitmen, rasa rajin untuk mengayuh, helmet, dan menahan sejuk/panas cuaca. Itu sahaja. Berfaedah untuk badan, menyihatkan kerana membantu berpeluh.

Sekadar pendahuluan ringkas yang menjurus aku kepada berbasikal di Adelaide. Tambahan kepada aku tidak suka menaiki bas kerana aku jenis yang tidak suka menunggu. Teringat ketika zaman persediaanku di Kolej Bandar Utama (KBU). Pengangkutan disediakan untuk pergi dan balik antara kolej dan tempat penginapan. Juga kebanyakan rakan-rakanku mempunyai kereta. Pada permulaannya, aku hanya menggunakan pengangkutan yang disediakan oleh pihak kolej. Namun ada sesetengah masa aku perlu bersiap awal dan ada juga masanya aku perlu menunggu lama untuk pergi ke kolej mahupun pulang ke accomodation. Itu menyebabkan aku mengambil keputusan untuk berbasikal ke kolej.

Namun, aku tiada basikal kepunyaanku sendiri. Apa yang aku buat? Ambil sahaja mana-mana basikal yang ada di accomodation aku (haha bagus betul). Namun aku bukan hanya mengambil tanpa izin, kebiasaannya aku akan memaklumkan kepada pemilik-pemiliknya sekiranya basikal mereka tiada itu bermakna aku sedang menggunakannya. Adab berkongsi rumah, hampir segalanya memerlukan tolak ansur. Mandi kena tunggu giliran. Jadi kebiasaannya akulah orang terakhir yang akan menggunakan bilik air kerana bangun lambat sekali (tidur lepas solat subuh) dan bertolak keluar paling lewat dari rumah itu. Dan apabila aku sudah siap untuk ke kolej, semua orang sudah pun tiada di accomodation. Jadi aku lebih gemar berbasikal kerana tidak perlu menunggu orang dan juga tidak perlu ditunggu orang. It is that simple.

Seringkali juga apabila aku menumpang kereta rakan mahupun menggunakan pengangkutan yang disediakan oleh pihak kolej untuk pergi ke kolej, aku akan pulang ke accomodation dengan berjalan kaki. Kebanyakan orang akan menunggu sehingga pemilik kenderaan hendak pulang ataupun abang drebar membunyikan hon menandakan masanya untuk balik. Namun aku tidak suka menunggu begitu. Biarpun sekejap. Aku lebih gemar mengambil tindakan, menggunakan masaku untuk berjalan berbanding duduk seperti orang yang banyak masa.

Teringat juga ketika berada di sekolah menengah rendah dahulu. Mamaku menyuruhku untuk menaiki bas untuk pergi dan balik dari sekolah. Beberapa hari pertama, segalanya lancar. Masuk hari ke tiga, bas tiba lewat. Aku mula rasa tidak sedap hati. Tiba di sekolah lewat dan aku perlu bersiap awal dan menunggu macam kera busuk untuk bas tiba. Kali kedua bas tiba lewat, aku segera mendapatkan basikal ku dirumah dan mengayuh ke sekolah. Haa, masa yang diambil berkali-kali ganda lebih cepat. Di tambah pula tidak perlu menunggu untuk bas tiba dan kelam-kabut untuk bersiap awal. Semuanya mengikut 'pace' aku sendiri. Senang dan lebih selesa.

Perkara yang sama terjadi lagi. Di Adelaide, Australia. Aku tidak suka menunggu (dalam sesetengah perkara), dan tidak suka ditunggu orang. Itu lah aku. Fitrah diriku. Ada baiknya dan ada buruknya. Kadang-kadang aku mempertikaikan tahap kesabaranku, dan kadangkala aku bersyukur kerana aku bersifat begini.

Berbalik kepada kemalangan kecil pada hari semalam. Alhamdulillah, berkat doa yang aku baca setiap kali memulakan perjalanan, atas lindungan Allah SWT, aku tidak mengalami kecederaan. Berlaku sentuhan dengan kereta. Tapi Allah Maha Hebat. Bukan hendak berbangga atau riak, sekadar berkongsi pengalaman. Di saat lutut aku bersentuhan dengan kereta, aku dapat merasakan kakiku bersentuhan dengan bahagian tepi kereta itu. Tapi tidak keras, rasanya seperti menekan keatas buku yang tebal, besi yang lembut. Apabila ditekan akan masuk kedalam. Mungkin berkat doa yang dibacaku pada awal perjalanan. Mungkin juga kerana aku sempat mengelak sedikit ketepi. Alhamdulillah.

Seketika selepas perlanggaran, aku berhenti. Memerhatikan samada ada luka mahupun kerosakan pada basikal, semuanya OK. Aku mengalih pandangan terhadap pemandu kereta. Mukanya kelihatan sangat risau. Aku berfikir, perlukah aku marah akannya ataupun meneruskan perjalanan?. Kenapa perlu mengeruhkan keadaan sekiranya tiada mudarat yang berlaku. Aku meneruskan perjalanan seperti tiada apa yang berlaku. Aku melihat orang-orang yang lalu lalang disekeliling memerhatikan pemandu kereta itu sambil menggelengkan kepala. Siapa yang salah? Aku yang hendak cepat pulang atau pemandu itu yang sedang cuba untuk mendapatkan parkir?
Wallahualam. Yang penting aku selamat. Alhamdulillah.

Wassalam

1 comment:

  1. Aku rasa camtu jgk. Pemandu basikal ni macam 'boss' , kenderaan lain kena watch out for bike. Byk sign board tulis.tp xkurang jgk kena hon. Adab berbasikal kot. Thx ihsan.

    ReplyDelete