Mari ikut blog ini

Sunday, 27 March 2011

Kepakaran itu keperluan

Salam,

Mengantuknya time tengahari begini. Lagi-lagi time lepas solat Zohor. Time sebelum solat tadi tak nak tidur, siapa suruh. Kan dah mengantuk. Terms seperti "Sound pressure level", "mass flow rate", "Adiabatic process", "method of joints" dan lain-lain ligat bermain di benak fikiran. Entah mengapa hari ini dirasakan sungguh malas tangan ini untuk mencapai buku akademik dan mula menulis. Walaupun memang kebiasaannya tidak rajin, namun kali ini berlainan. Terdapat 6 assignments dan 4 lab reports yang perlu disiapkan dalam masa terdekat ini. Jadi nak atau tidak, terpaksa membuat kerja, melawan tabi'e diri yang pemalas ya amat ini.

Mengantuk~



Tiba-tiba teringat sapaan seorang teman serumah. "Kenapa minggu ni tiada orang pon yang update blog nih?".



Hah! mungkin inilah masanya. Daripada aku membuang masa begitu sahaja, baik aku mengisi ruangan kosong di celahan 'blog' aku ini. Walaupun tidak memberi manfaat seperti mana menyiapkan assignments mahupun mengulangkaji pelajaran, sekurang-kurangnya ada sedikit pulangannya.

*****************************************************************

Boleh dikatakan setiap perkara yang dibuat memerlukan 'skill(s)' yang tersendiri untuk menyiapkan suatu perkara itu dengan lancar, mudah dan jayanya.

Misalnya bermain bola, seorang yang tidak biasa bermain bola akan terkejar-kejar di padang tanpa sebab yang dia sendiri ketahui. Bola ke kiri, dia ke kiri. Bola ke kanan, dia ke kanan. Hanya mengikut arus. Kesudahannya, seronok tak dapat, hanya penat yang dapat. Akhirnya, dia akan menyimpulkan bahawa bermain bola itu membosankan dan meletihkan.



Begitu juga memasak. Tidak kisahlah anda seorang yang berbadan tegap, berstamina tinggi, berwajah tampan, namun jika anda tiada 'skill' memasak yang diperlukan seperti asas-asas menumis misalannya, anda akan mendapati memasak ini membosankan, menyusahkan, dan memenatkan. Seorang yang mahir mampu menyiapkan suatu hidangan dalam masa 20 minit namun anda memerlukan 2 jam untuk menyiapkan hidangan yang sama. Belum lagi mengambil kira rasa dan rupa hidangan itu.

Teringat aku akan suatu peristiwa yang berlaku beberapa hari yang lepas. Hari Khamis, giliran aku memasak. Semenjak keberadaan aku di Adelaide untuk sesi 2011, aku hanya memasak lauk ayam kicap (malas betul!) apabila tiba giliranku memasak. Dan hari itu lain, kebanyakan teman serumah berpuasa sunat, termasuklah aku. Runsing untuk memasak apa, satu teman mencadangkan ayam cili api. Mudah. Lagi-lagi apabila aku sering melihat mamaku memasak lauk ini. Rasanya pon sedap.

Tiba masanya untuk aku memasak, bahan-bahan dikumpulkan. "blend 4 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih, dan cili". Sekali harung aku kisar mereka. "tumis bawang besar dan bawang putih". Aku memasukkan kicap kedalam kuali, tunggu panas dan kemudian memasukkan bawang besar yang dipotong beserta bawang putih. 

"Rasa-rasa dah cukup tumis kot nih".

"Next step, masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi, tunggu sehingga minyak naik". Beres, masuk je semua. 

"Asal kering semacam je cili aku nih". Salah seorang teman datang menjenguk. "Eh, ni apa ni?"

"Minyak bubuh tak?"

"bubuh"

"Ni mesti bubuh sikit ni"

"eh tak ah, macam biasa je". Aku mempertahankan diri, walaupun aku sendiri tidak yakin.

"Kau bubuh banyak mana?"

"Alaa macam biasa. banyak ni", sambil menunjukkan kuantiti yang aku gunakan.

Dia menggeleng. "Patutlah". "Ni basic pon salah ni".

Err?

Kemudian dia menambah minyak dalam kuantiti yang agak banyak kedalam kuali.

"Eh eh, apa kau buat nih!?". Aku hairan.

"Sepatutnya minyak kau bubuh lebih banyak dari bahan yang kau tumis"

"OOO yeke?", aku bercakap dalam hati. Takut didengari. Selama ini aku main bantai je. Lagipun masak kicap pakai sikit je bawang, jadi aku anggap semua 'standard' sahaja. Ternyata aku salah.

Dengan bantuan dia, berjaya juga hidangan yang bernama ayam cili api disiapkan. Tapi dalam masa yang agak lama, sejam lebih. Kebiasaan aku memasak kicap, paling lama hanyalah 30 minit. Lengkap dengan nasi dan lain-lain. 

Moral disini: Apabila kita sudah biasa dengan sesuatu itu, secara tidak langsung kita akan mempunyai 'skills' yang diperlukan untuk menyiapkannya. Namun apabila melakukan sesuatu yang jarang atau tidak pernah kita lakukan, banyak tenaga, masa, dan perkara-perkara lain yang akan digunakan. Berbanding dengan mereka yang mempunyai 'skills' atau kepakaran itu.

Disinilah gunanya kita untuk meng-'equip'-kan diri kita dengan berbagai 'skills' supaya kita boleh dan mampu melakukan banyak benda. Banyak perkara. Dan tidak mensia-siakan apa yang tidak perlu.

Jadi, marilah kita bersama-sama berusaha untuk mempelajari sebanyak mungkin dan menimba sebanyak mungkin ilmu yang boleh kita kaut. Belajar itu tidak salah. Beramal lah mengikut tahap ilmu kita. Mahu buat lebih, mari belajar lebih. Buat lebih dari yang kita tahu, hancurlah jawabnya.

Wassalam.

AF

Jadilah pelajaryangbelajar

1 comment:

  1. tuh la lain kali bukan tgk mak masak je. tolong la skali

    ReplyDelete