Di facebook pages, heboh dengan beberapa perkara.
1) Gerhana bulan (ke matahari?)
2) Hackers vs kerajaan Malaysia
3) Kartun di Utusan Malaysia/Melayu
Utusan Melayu, bertarikh 15 Jun 2011 |
Isu rogol. Tajuk kartun tersebut, kekeliruan kes rogol. Melihat sekali lalu, kebanyakan dari kita akan jadi marah. Apa ni kartun ni, menghina Islam.
"ada 4 orang saksi?"
"Peralatan itu tak boleh jadi saksi...hanya besi"...
itu satu point.
Kita akan mengatakan, kartunis ni mesti jahil ni. Sejak bila mangsa rogol perlukan 4 orang saksi untuk menghukum/mendakwa perogol.
Lebih teruk lagi, apabila kita melihat perkara ini dari pandangan politik. rujuk sini. Aku tak mahu komen tentang akhbar ni milik siapa, dan lain-lain. Tapi kita kena melihat sesuatu itu dari banyak aspek. Bukan dari satu sudut sahaja.
Pandangan aku:
1) Kartunis merupakan seorang pemerhati yang bijak dan kartun ini menggambarkan realiti masyarakat di Malaysia pada masa sekarang. Di mana orang menyalahsangka bahawa isu rogol adalah sama dengan isu zina. Dimana 4 orang saksi etc diperlukan untuk menghukum pesalah laku. Sebab tu tajuk dia Kekeliruan kes rogol.
2) Kartunis jahil tentang agama, dimana dia menyangka bahawa zina=rogol. Perlu 4 orang saksi. Dan dia hendak mempermainkan isu ini.
Orang di Malaysia kebanyakkannya bersikap narrow-minded dimana apabila ada sahaja perkara berkenaan agama mereka akan menjadi tegang. Berbeza dengan masyarakat Islam di luar, contohnya di Amerika. Pengaruh budaya dan lokasi mempengaruhi keterbukaan sesuatu bangsa. Ada sesetengah perkara yang dianggap biasa dan tidak sensitif oleh sesetengah pihak namun perkara itu mungkin sangat serius bagi sesetengah pihak yang lain.
Penting untuk kita terlebih dahulu memastikan motif kartunis tersebut, bahawa pendiriannya berada dimana. Adakah dia mahu menyedarkan masyarakat bahawa jahilnya mereka, memberi tahu bahawa ini hakikat umat Islam di Malaysia ataupun kartunis itu sendiri yang jahil dan mahu mempersendakan Islam. Janganlah kita bersikap cepat menghukum sesuatu itu tanpa mengetahui latarbelakang dan asal usulnya dahulu. Satu pandangan itu akan menjadi 'bias' apabila pemikiran kita itu pada sebelumnya telahpun mempunyai 'mindset' yang tertentu, seperti " ni akhbar UMNO", "ni akhbar PAS", dan lain-lain.
Aku bukan mengambil pendirian menyokong tindakan kartunis tersebut yang mungkin sedikit sebanyak menimbulkan ketegangan atau kucar-kacir, cuma mahu mengajak supaya umat Melayu terutamanya supaya bersikap sedikit terbuka dalam banyak perkara, namun tidak mengorbankan agama Islam itu sendiri. Dan caranya, belajar dari saudara kita di luar sana. Jangan secara melulu mengeluarkan sesuatu pendapat hanya apabila mendengar dari satu pihak.
Sedikit pandangan dan lontaran.
Wallahualam
like.
ReplyDelete