Salam,
antara perkataan yang sering bermain di minda seorang yang mengaku bahawa mereka terlibat dengan urusan dakwah adalah mad'u.
Bagi mereka yang baru, usaha mendapatkan mad'u adalah sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Siapa kata untuk mencuri hati seseorang ini mudah? Untuk berjaya membuatkan seseorang itu tsiqah dengan kita amatlah payah. Unless kita adalah seorang yang hebat, mempunyai ciri-ciri tarikan seperti magnet, mampu menarik besi-besi yang berdekatan dengan hanya menghampiri mereka.
Setelah berjaya mendapatkan atau dalam proses mendapatkan mad'u, pastinya seseorang itu akan menghadapi berbagai jenis kesukaran. Manusia itu berbagai sifatnya, tidak ada satu pun yang 100% sama dengan yang lain. Pasti ada perbezaan. Maka cara menangani seseorang itu dengan seseorang yang lain itu pastinya berbeza.
Kadangkala pertanyaan yang paling kita tidak jangka akan ditanyakan kepada kita. Itu yang menariknya manusia. Unik! Misalannya pernah ditanyakan kepada aku, "Kalau kat syurga nanti lelaki akan dapat bidadari, tapi perempuan nanti dapat apa?". Aku pon tersengih. "Jejaka tampan la kot". Kalau tanya aku, aku pon tak tahu.
Juga pernah juga aku ditanya satu soalan mudah. "Boleh ke kita bawa masuk devices macam enset yang ada ayat quran ke dalam tandas?". Aku pon senyum. Aku suka orang yang bersikap jujur dan direct. Pertanyaan mahupun percakapan mereka menarik. Aku menjawab dengan memberikan satu analogi yang lain, "Cuba kita bayangkan. Ada seorang lelaki. Dia hafaz beberapa surah di dalam Al-Quran. Adakah dia tak boleh masuk tandas sebab dia mengingati beberapa surah di dalam kepalanya?".
Apabila difikirkan kembali, baru aku faham mengapa 'luas pengetahuan' merupakan salah satu daripada 10 muwasafat muslim. (Perlu segera meningkatkan ilmu pengetahuan ni!)
Apabila hidup dalam satu komuniti, satu jemaah, setiap individu didalamnya mempunyai hak mereka sendiri dan juga hak orang lain keatas mereka. Seseorang itu perlulah pandai membahagikan diantara hak-hak itu. Sedikit sukar, tapi jika mampu diuruskan dengan baik, semua hati mampu dijaga. Sudah pasti kita mahu meluangkan banyak masa kita bersama mad'u namun housemates kita, rakan-rakan kita, rakan seperjuangan kita, dan mereka-mereka yang lain juga mempunyai hak yang perlu kita penuhi.
Kita tidak bolehlah terlalu melebihkan salah satunya dan mengabaikan yang lain. Namun sesama ikhwah itu sendiri juga perlulah faham akan tanggungjawab ikhwah yang lain. Adalah perlu untuk mereka meluangkan masa, tenaga, dan lain-lain untuk mad'u mereka tetapi jangan sampai tindakan mereka itu membuatkan ikhwah yang lain rasa terabai, tersisih.
Namun yang demikian, ikhwah juga perlulah faham dan jangan terlalu cerewet, sehingga apabila apabila seorang ikhwah itu kurang meluangkan masa bersamanya, dia merasa tidak selesa. Kedua-duanya ada limitasinya, dan boleh ditolak ansurkan. Yang lebih aula' itulah yang perlu diutamakan.
Sebagai contoh. Ketika bulan Ramadhan. Seorang naqib/ah ingin membawa mad'u-mad'u nya menunaikan solat tarawikh di masjid, dan dia menggunakan kenderaan yang dikongsi secara bersama teman-teman serumah. Ini menyebabkan teman serumahnya tidak dapat turut serta menunaikan solat tarawikh di masjid. Sekali dua kali, mungkin tidak menjadi masalah. Lebih-lebih lagi jika mereka faham akan perkara ini. Namun sekiranya perkara ini berlanjutan, sehingga ke tahap mereka tidak dapat langsung pergi ke masjid, ini menjadi satu masalah.
Pertamanya, kereta itu adalah hasil perkongsian bersama teman serumah. Bukan milik persendirian. Memang benar kita ingin membawa mad'u kita, bersama dengan mereka. Namun pada masa yang sama kita perlulah menjaga hak-hak mereka yang lain. Ada yang berfikiran, kita satu jemaah, tak perlulah berkira sangat. Dan kita mengambil keputusan secara bersendiri walaupun keputusan itu melibatkan yang lain. Mungkin pada kita, keputusan itu adalah yang terbaik. Untuk kepentingan bersama, namun mungkin mereka yang lain tidak bersetuju atau ada pendapat yang berbeza.
Wassalam
No comments:
Post a Comment