Salam,
Bila bercakap hebat, tapi bila beramal memang susah. Siapa kata senang?
"Kita kalau nak berdakwah kena hebat, kena kreatif, baru orang suka. Baru senang nak dapat perhatian...."
Tapi bila tiba sedikit kesulitan, misalnya terpaksa bersabar menunggu orang lain, dah melenting. Kata tak boleh tahan. Macam mana pulak?
"Saya dah biasa jadi lebih awal dari punctual, jadi kalau kata pukul 11, pukul 10 saya dah siap"
Ok bagus lah ada sikap tu, memang aku puji. Hebat! Aku jauh dari mampu berbuat yang demikian.
Berubah tidak semudah bermadah. Kita boleh cakap, kita boleh buat, tapi mampukah kita untuk istiqamah?
Jika kita lihat, seorang pemuda. Penuh dengan sifat jahiliyah. Sebut sahaja dari apa jua aspek, dia pastinya top ten. Hebat tak hebatnya pemuda ini.
Solat? tak buat. Pergi masjid? Jauh sekali.
Masa lapang? tengok movies yang lagho, berdating, main games, merokok, buat maksiat lah senang cerita.
Bila ditakdirkan Allah, pemuda ini bertemu dengan tarbiyah. Mula berjinak kembali dengan Islam, merasakan seronok berbuat kebaikan. Adakah kita akan mengharapkan esok harinya dia menjadi ustaz?
Rome wasn't bulit in a day. Islam tidak tertegak dan menjadi kuasa besar dunia dalam satu malam. Prosesnya memakan masa. Berstrategi, berfasa-fasa dan beransur. Diisi dengan kesabaran, ketabahan, pengorbanan, penat lelah. You name it.
Mahu mengubah sikap Jahiliyah itu bukanlah kerja mudah, namun tidak pula mustahil. Namun mungkin memakan masa. Panjang atau pendek, bergantung pada individu dan persekitaran.
Seorang murabbiku pernah berkata, jahiliyah ini seperti kanser. Cuba kita bayangkan kita mempunyai kanser di satu bahagian badan kita. Adakah kita akan buang keseluruhan bahagian kanser itu untuk merawatinya? Memang benar kanser itu adalah sesuatu yang membawa mudarat namun kanser itu sendiri adalah sebahagian dari badan kita. Buang kesemuanya, maka datanglah mudaratnya kepada kita.
Sebaliknya proses penyingkiran kanser ini (jahiliyah) perlulah berfasa, step by step. Kita buang sebahagian, dan biarkan badan kita sembuh dan selesa dengannya. Barulah kita proceed ke fasa seterusnya dan membuang bahagian yang seterusnya. Proses berulang sehinggalah kita mampu untuk membuang kesemua bahagian sel kanser ini tanpa mendatangkan mudarat yang besar kepada kita. Kalau kita mampu, buang banyak sikit, kalau kurang mampu, buang sekadar termampu.
Yang penting proses ini perlulah berterusan. Kita perlu terus mujahadah, bukan kekal pada tempat yang sama untuk tempoh masa yang lama. Rugilah jika hari ini sama dengan semalam. Berhenti terlalu lama, mungkin sel kanser itu akan merebak semula. Bergerak terlalu cepat, mungkin badan kita tidak mampu menghadapinya. Bergantung kepada kapasiti individu. Mampu lebih, buat lebih.
Ada mereka yang tiba di sesuatu kawasan dengan satu pengharapan, satu expectation yang tinggi ke atas tempat yang ditujui itu. Tapi nyata harapan mereka meleset, expectation itu jauh daripada reality. Namun mereka perlu faham, situasinya berbeza, permulaanya berbeza, sifat-sifat itu sendiri berbeza.
Kekal di satu tahap terlalu lama, kita akan berasa terlalu selesa dan apabila ingin keluar, kita hilang tempat berpijak. Gagal menggarap suasana.
Kamu hebat? bagus teruskan menjadi hebat. Yang lain, bagi peluang untuk mereka juga menjadi hebat. Bukannya kita mengkritik mereka. Bukankah kita dahulu seperti mereka? Ataupun kita memang dilahirkan hebat?
Bagaimana aku tahu? Aku juga dahulu pernah berada disitu. Terlalu banyak sel kanser, pening yang mana mahu dibuang dahulu. Mahu dibuang semuanya, padah jawabnya. Tempohnya mungkin lama, tapi jangan cepat mengalah.
Wallahualam
D-massive-jangan menyerah
ReplyDeletemudah-mudahan jln tarbiyyah kta dipermudahkan ALLAH...Insyaallah...
ReplyDelete@anonymous: lagu tu not bad. Tapi dah selalu dengar
ReplyDelete@anaZainol: Moga mampu utk terus tsabat inshaAllah.