Mari ikut blog ini

Sunday, 9 October 2011

Realiti masyarakat. Beginikah kita?

Salam,

Sedikit perkongsian pengalaman.
********************************************

"Bandu, bila Boy(bukan nama sebenar) sampai kat sini kan waktu awal-awal sampai dulu, Boy rasa pelik. Orang-orang yang baik-baik kat (Boy gelar orang alim) sini tak macam orang yang kat Malaysia. Sesetengah orang alim ilmu agama kat Malaysia tu kerek sangat. Diorang pandang rendah orang-orang yang cetek ilmu agama ni. Boy rasa macam ada perbezaan yang ketara antara kitorang. Ye la, Boy bukanlah alim sangat macam diorang", Boy memulakan bicara.

Aku sekadar mengangguk. Menunggu ceritanya dihabiskan.

"Boy tau la Boy macam mana, kat tahap mana. Memang la Boy pergi bersukan pon pakai seluar pendek je. Ada sekali tu diorang tanya, dulu SPM dulu berapa markah PI. Boy pon cakaplah dapat A. Lepas tu diorg cakap lagi, mesti A cukup-cukup makan kan," Boy mengeluh, menyatakan rasa tidak selesa di hati.

" Ye ke, ish memang tak patut", aku membalas.

Boy menyambung cerita, " Diorang ingat orang macam Boy ni tak boleh score ke PI tu? Ada jugak time kat uni kat Malaysia dulu kan, ada la geng2 ni yang datang ke bilik. Diorang cakap diorang ada buat prog tadarus kat masjid. Tapi yang buat sakit hatinya kan, diorang siap cakap lagi yang diorang buat tadarus ni ikut group-group. Yang slow ni group lain. Yang laju ni group lain. Macam pandang rendah kat kitorang pulak. Housemate Boy yang time tu ada kat situ pon panas la, dia ni memang tiap2 lepas Maghrib biasakan diri untuk mengaji. Dia panas, sebabnya kenapa lak kena buat camtu. Dia ingat dia siapa nak pandang rendah kat orang."

Good explanation. Tolong dengar sampai habis.

"Betul jugak tu Boy. Kalau nak cakap, tipikal orang Melayu macam tu la. Pandang rendah kat sesetengah orang yang lain. Diorang ingat diorg ni dah habis 'warak'. Mungkin betul diorang ni alim (berilmu), lagi-lagi bidang agama. Tapi tak bermakna diorg ni lebih bagus. Tak semestinya orang yang warak, sentiasa pergi masjid, mengaji Quran tak tinggal semuanya boleh score A subjek PI. Tak semestinya orang yang aurat tak tutup, masjid jarang pergi, Quran jarang baca tak boleh score PI. Siapa kita untuk menilai seseorang itu sampai ke situ?", aku mencelah percakapan Boy.

Tambahku lagi, " Kalau semua orang yang 'alim' ni berperangai macam tu, macam mana orang-orang yang jahil agama ni nak tertarik pada Islam? Siapa nak bimbing orang-orang yang jahil ni kalau bukan orang-orang yang berilmu (alim) ni?"

Time tengah bercakap tu teringat pulak aku kat satu babak dalam 'Nur Kasih The Movie'
time Adam (Remy Ishak) menegur seorang ustaz yang tidak sudi mengajar golongan muda yang aku kira sedikit rosak akhlaknya tapi berkeinginan untuk belajar mengenai Islam. Apa ustaz ni kata? Aku pon tak ingat tapi lebih kurang macam ni " Apa semua ni, lelaki dan perempuan bercampur, tak tutup aurat dan bebas bergurau senda. Kenapa kamu tak suruh yang perempuan pakai tudung?"

Tau apa yang Adam jawab? Lebih kurang gini "Ye, memang diorang sedikit bebas. Bercampur lelaki perempuan. Tapi diorang ada keinginan untuk belajar ilmu agama ustaz. Kalau orang macam ustaz tak sudi untuk mengajar mereka, siapa lagi? Siapa yang akan bimbing orang macam mereka ni. Tak kan nak dibiarkan mereka ni terus hanyut?"

Tipikal keadaan masyarakat di Malaysia. Memang benar secara idealnya kita nak semuanya berlandaskan Islam yang sebenar. Aurat dijaga, pergaulan antara lelaki dan perempuan mengikut batas-batas yang ditetapkan dan lain-lain. Tapi hakikatnya keadaan masyarakat kini bukan begitu. 

Bukan hendak mengata, tapi jika kita fikir sendiri kita boleh tau keadaan umat Islam di Malaysia ni macam mana. Dengan mat rempitnya, bohsia, dadah, masalah sosial, dan macam-macam lagilah. Terlalu banyak masalah. Yang lebih menyedihkan lagi, kebanyakan dari masalah ni melibatkan orang Melayu, yang rata-ratanya orang Islam. 


Pidato oleh Badrul Sani. (Panjang sikit, tapi cuba tengok sampai part yang dia sebut tentang Melayu. Memang benar apa yang dikatakannya)

Siapa juara menagih dadah? Melayu

Siapa juara membuang bayi? Melayu.

-Merempit, berjudi, berzina, rasuah, gay, lesbian semua Melayu (juara)-

Bukan nak kata tiada orang yang baik-baik, orang yang warak, orang yang rajin pergi masjid, orang yang jaga batas-batas pergaulan, orang yang rajin mengaji Al-Quran. Ramai juga, tapi yang teruknya lebih ramai (Arguable). Dan mereka ni juga menyinar, mengalahkan orang-orang yang baik ni.

Sambung balik kisah kat atas tadi. Even orang macam Boy (not to offend) dan aku yang cetek ilmu, amalan tak seberapa ni pon boleh nilai benda-benda macam ni, apatah lagi pandangan orang-orang non-muslims. Apa kata mereka? Islam ni teruk. Camni la Islam ajar, buang anak. Itu dan ini. Nama Islam itu pula yang kena.

Padahal Islam itu dah cukup lengkap dah, cukup sempurna, cukup cantik. Tapi yang membawanya itu menconteng arang kepada Islam itu sendiri. Kadangkala aku berfikir, takut akan hakikat ini. Takut aku sendiri yang melakukan yang demikian. Sebagai duta Islam, membawa imej yang buruk pada Islam. Naudzubillah. 

Ada sesetengah orang, yang ilmunya masyaAllah, hebat. Mampu keluar hujah bermacam-macam, hafal hadis banyak sekali, tapi malangnya digunakan untuk menjatuhkan orang lain. Digunakan untuk menyokong perbuatannya sendiri. 

Ada juga orang, ilmu tak seberapa, tapi bersungguh-sungguh untuk menyampaikan apa yang dia tahu. SubhanAllah. Hebat. Teringat kisah sahabat-sahabat Nabi SAW terdahulu. Mereka terima Islam dalam keadaan belum lengkap lagi ayat-ayat Al-Quran diturunkan. Namun cukup sekadar dengan beberapa baris ayat yang diajarkan oleh Nabi SAW, mereka beramal dengan apa yang mereka ada. Teguh pegangan. Bukan tu sahaja, Mereka berlumba-lumba untuk menyampaikan pada yang lain. Bukan simpan sendiri.

Mereka mahu orang lain rasa apa yang mereka rasa. Keseronokannya, kebenarannya. Mereka yakin dengan apa yang mereka pegang. 

Kagum sekali, tapi malu pada diri ini. Terlalu jauh nak dibandingkan dengan mereka.

Wassalam

p/s: Aku bukan peminat setia cerita-cerita seperti Nur Kasih ye, nama tu pon google je. ^v^

2 comments:

  1. Yela tu bandu..mcm pernah tgk cite nur kasih

    ReplyDelete
  2. Pernah la tgk jugak. Tapi xbrape nak minat la movie dia. Tapi ada byk realiti masyarakat yg diketengahkan dalam cerita tu.

    ReplyDelete