Mari ikut blog ini

Thursday, 20 October 2011

Hati, akal dan jasad. Siapa pemandu?

Salam,



Semua orang mahukan yang terbaik buat dirinya. Ada ke orang yang nak yang tak baik untuk dirinya sendiri? baju nak yang paling kotor, seluar lagi banyak koyak lagi bagus, rumah kalau air hujan boleh masuk lagi seronok, kereta kalau tak boleh gerak itu pilihannya. Ada ke? (ke ada?). Lumrah seorang itu mahukan yang baik-baik belaka. Jangan kita ingat bila seseorang itu dah ditarbiyah, hilang sifat kemanusiaan dia. Tiada dah hawa nafsu, semuanya iman. Iman. dan Iman. Kalau kamu kata YES, kamu bohong. 


Manusia tidak boleh melawan fitrah dirinya, tapi kita boleh mengawalnya. Manusia bukan jasad semata-mata. Juga bukan hati semata-mata. Manusia secara amnya terdiri dari 3 unsur utama; hati, akal dan jasad (Roberto Gathering, October 2011). Jasad tanpa hati dan akal? Binasalah ia. Akal tanpa hati? porak-perandalah. Hati tanpa akal dan jasad? Apa yang mampu dilakukan.


Hati boleh diibaratkan sebagai takwa. Hati digunakan untuk memandu jasad supaya kearah yang betul. Akal digunakan untuk memikirkan kebesaran-kebesaran, tanda-tanda dan kekuatan ciptaanNya. Jasad adalah untuk melihat, mendengar, merasa dan juga menunjukkan kesyukuran kita kepadanya. 






Jasad sepatutnya dipandu oleh akal dan hati. Tapi apa yang selalunya berlaku, jasad yang memandu, yang lain hanya menumpang, menjadi pak turut. Cuba kita fikirkan situasi di bawah ini.


Masa untuk makan.


Jasad: Dah pukul 1, aku nak makan tengahari!


Hati: Sabar dulu, kau tak lapar lagi wahai jasad. Bukankah Rasulullah pesan makan apabila lapar?


Jasad: Argh kau hati, ada je nak halang aku. Akal! mana kau. Carikan aku makanan yang paling best sekali yang kau boleh fikir.


~~Akal yang lemah akan hanya menurut~~


Akal: Baik lah abang Jasad. Biar saya fikirkan menu terbaik sekali.... Apa kata abang Jasad pergi makan Burger Ramlee Double Special tambah cheese triple. Beli 3 bungkus.


Jasad: haa! bijak pon akal. ni yang aku sayang kat kau ni. Tak macam si Hati ni, asyik nak membantah je.




~~Hati yang lemah tidak mampu memandu Jasad~~


Beberapa ketika, selesai melahap ketiga-tiga bungkus burger itu.


Jasad: (Sendawa). Fuh, memang terbaik. Esok boleh buat lagi macam ni. Mengantuk la pulak, Zohor baru je masuk. lambat lagi masuk Asar. Tidur dulu pon sodap jugak.


______________________________________________


Akhirnya, jasad yang menang, kita yang mendapat mudarat. Keadaan sebaliknya yang berlaku. Apabila jasad yang memandu. Sepatutnya akal yang memandu menggunakan intelek yang ada dan hati menolong (sebagai Co-Driver) untuk menetapkan kearah yang sepatutnya. Dan jasad melaksanakannya kerana jasad punyai kekuatan, akal punyai kebijaksanaan, dan hati mempunyai ketakwaan. Barulah hebat combination ini.


Cuba kita fikirkan situasi apabila jasad itu dipandu oleh akal dan hati pula:


Jasad: Aku laparlah, perut dah bagi signal dah. Kita nak makan apa ni?


Hati: betul kau dah lapar ni? Kalau kau tak lapar lagi kita tunggu sat lagi. Kalau kau dah lapar kita tanya akal apa yang kita nak makan hari ini.



Akal: hurm, aku rasa kalau kita makan nasi, ada sayur sikit, ada daging ke ok jugak. Cukup nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan. Ataupun kita ambil buahan-buahan sedikit. Tak gitu Hati?


Hati: Hah bijak pon engkau akal. Tak sia-sia Allah bagi kau kelebihan untuk berfikir.


Jasad: Alaa sikitnya nasi ni, mana cukup nak kenyang. Bagi la lebih sikit. (muka masam, merajuk)


Hati: Wahai Jasad, bukankah Rasulullah telah berpesan, makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang? Kalau kau makan banyak nanti nak solat pon susah, nak fokus pada kerja pon tak jadi.


Jasad: Yelah yelah, aku ikut je la.


Akal: (Senyum)


Jikalau kita lapar (sebagai contoh), jasad akan bagi signal. Perut berbunyi. Akal pon akan berfikir untuk mendapatkan makanan yang sedap, terbaik untuk jasad. Hati akan membantu supaya memilih makanan yang dimakan itu halal, menjimatkan, tidak berlebihan. Itu lah yang terbaik. 


Wallahualam

No comments:

Post a Comment