Mari ikut blog ini

Tuesday, 1 November 2011

Kekalutan seminggu

Salam,


Kisah ini berlaku pada minggu lepas. seminggu sebelum swot vac/study week second semester 2011. Al kisahnya sebagai student tahun 3 mechanical engineering di university of Adelaide, kami perlu menyiapkan satu projek di bawah subjek Engineering Design and Communication. Projek nya adalah membina sebuah Electrically Assisted bike. Bunyi mudah. Bukannya kena physically bina basikal tu. Cuma come out dengan design di dalam komputer, buat research utk market, bahan dapat mana, design mana paling efficient, cost saving, dll.


Projek ni memakan masa setahun. Tapi time awal2 tahun tu macam xberapa nak kectic, biasa-biasa je. pergi meeting, balik meeting. Sampai la ke week 12. Bila each group kena finalize everything and submit final report beserta engineering drawing. Satu group semua budak Melayu (ush xberkembang langsung). Bila nak masuk week 12 tu baru nampak semua orang mula buat drawing untuk subsystem masing2. Macam aku punya subsystem adalah handlebar. I think the easiest part of the bike. Cuma kena design handlebar stem, bar, dan bolt. Tambah la sikit handlebar grip dan benda2 kecik yg lain utk bg nilai estatika (aesthetic). Dan aku dah menyiapkan design aku 2 minggu sebelum tu lagi. Tapi aku hairan jugak, budak2 lain dalam group aku ni macam tak gerak pon dalam menyiapkan engineering design masing2. Maybe sbb aku punya part paling senang kot sbb tu boleh siap awal.


Pada week 11, kami meeting dan come out dgn dateline utk menyiapkan semua design by the end of week 11. Meeting hari Khamis kalau xsilap. Bila dah decide, baru la masing2 rush nak buat. Ada yang dah halfway, ada yg nak siap dah, ada yang xmula pon lagi. Dan components dlm each subsystem tu berbeza bilangan dan kesusahan utk di-design. Aku pon tolong la sikit2 kawan2 yang lain. Hari Sabtu tu, aku tolong buatkan satu part. Sehari suntuk diperlukan just utk siapkan satu part. Start dari pagi, siap pukul 3 pagi esoknya. Siap2 je dalam pukul 3 tu, terus terjun tidur. Tak ingat sempat save ke tak. Komputer biar terbuka.


Malam tu ramai kawan2 datang utk berqiam di rumah, jadi dalam pukul 4 lebih tu aku terbangun sebab bunyi orang gerak2, tapak kaki gitu. Bangun minum air pastu sambung tidur, xlarat nak qiam sekali. Lepas tu gerak ramai2 pergi masjid utk solat subuh. Balik je dari masjid rasa pening2, tidur straight. Tapi rasa lega sikit sebab dah siap 'kerja'. Bangun pukul 10 lebih (ush!). Mengadap komputer, macam biasa check email dll. Tak terfikir pon pasal drawing yg dah buat malam tu.


BIla teringat, eh? Kenapa Autodesk Inventor (application yang digunakan) ni tertutup? Aku blur. Eh sat, kalau camtu camne dgn drawing yang aku dah buat semalam? Kelam-kabut aku geledah komputer cari kat mana 'kerja' yang aku buat dengan harapan aku dah save. ada la dekat 30 minit. Lepas tu aku search pulak internet untuk dapatkan 'software' yang boleh track deleted file atau recover lost file gitu. Hampa semua scam belaka di internet. adalah sejam lebih. pukul 12 camtu aku macam blur.


Apa aku nak buat nih? Letih la semalam seharian buat, harini hilang? Rasa give up habis dah time tu. Rasa macam taknak g skolah dah (macam budak2). hehe. Tapi fikir punya fikir, mana boleh camni. Kalau Rasulullah SAW dulu give up untuk sebarkan dakwah, mesti Islam tak sampai kat aku. Aku punya dugaan baru sikit ni.


Fuh, aku pon start balik everything from scratch. Tapi kali ni habis laju dah, sebab tangan dah mcm biasa dengan application ni. Mana tak nya, seharian dok mengadap je. Dalam pukul 5.30 ptg siap semua. Alhamdulillah. Dan design yang aku buat pon better than before. Amazed with myself. (LOL).


Petang tu rasa lega habis la. Sebab sempat siapkan sebelum dateline (which is hari tu la). Malam tu pulak buat assignment (rasanya) yang nak kena hantar hari Isninnya pulak. Pon tidur lambat jugak malam tu. Dalam pukul 2-3 jugak.


Hari isnin, ada kelas pukul 10 pagi. Dan aku pergi ke kelas naik basikal. dalam pukul 9.30 keluar rumah. Angin pagi tu agak kuat. Dalam perjalanan, tak berapa jauh pon dari rumah. Kayuh punya kayuh, tiba-tiba dush. terlanggar van. Aku terjatuh atas jalan. blur. Eh, apa yang dah berlaku?






Kepala pening sat, badan pon sakit. Oh aku accident rupanya. Tengok basikal, alamak! habis bengkok brek basikal. tayar pon terpusing dari posisi 0darjah ke hampir 90 darjah. Kuat jugak aku langgar van tu. Apa yang kelakarnya, van tu tak gerak pon, park kat tepi jalan. Cmne la aku boleh pi langgar.


Bila aku terjatuh atas jalan tu, kereta yang kebetulan lalu berhenti. Keluar seorang makcik. Muka dia cuak. Aku pon cuak bila tengok muka dia cuak. "Are you ok over there?". Banyak kali jugak dia tanya. Aku sekadar angguk je. Dia tolong angkat basikal aku. "Oh God!". Dia mengomel (ye ke?). Ada la apa2 yg dia ckap lagi xingat dah. 


Bila aku bangun, aku tengok kat van tu. Ada kesan pecah. Lampu belakang belah kanan dia pecah. "Allah, camne ni". Tiba-tiba owner van tu pulak datang. Nasib baik makcik tadi yang tolong jadi tukang cakap bagi pihak aku. Dia story la apa yang berlaku kat pakcik owner van tuh. "I'm worried about this guy". "Do you want to go to the hospital?". aku geleng kepala. "no, i'm ok". Lepas tu dia tanya banyak kali " Are you sure you don't want to go to the hospital?". 






Aku pon tanya kat pakcik cmne dgn lampu yang pecah ni, dia diam sat, pasti dia cakap no problem masalah kecik je. Aku pon xtau apa yang terjadi. tapi aku rasa aku tercampak ke van tu dan melanggar lampunya. Sebab basikal aku xsampai pon ketinggian lampu tu. (Dan kepala pening, kaki sakit). Semua redha, aku pon mintak izin untuk beredar. Sambung kayuh pergi uni. 


Sempat pulak tu sampai sebelum kelas start. Tapi dalam kelas pening2. baru terasa. After effect betul.


sekian


Wassalam

No comments:

Post a Comment