Situasi berikut berlaku di tempat aku praktikal.
"Kau pakai 'naqib' ye? Kau tak main couple-couple ni eh". Terpacul soalan ini dari salah seorang rakan sekerja aku; Az, ketika aku sedang mengadap komputer menyiapkan drawing 2-D yang bagi aku amat mencabar.
Aku menoleh." Haah. npe? Ni mesti pasal kahwin2 ni kan?". Aku mengagak.
"shhhh!. Jangan kuat-kuat le, nnt orang dengar". Balasnya. "Bagi kau, 'naqib' tu macam mana?"
"Seorang yang boleh dipercayai"
"Kau percaya kat aku x?Haaa! ni aku nak jadi naqib kau ni". Sambil dia membuka laman sesawang 'facebook' seolah-olah mahu menunjukkan profile seseorang padaku.
Aku buat muka pelik. Kehairanan dengan ungkapannya.
"Bagi kau apa itu 'naqib'?", Aku mengajukan soalan.
"Matchmaker? (orang yang menjodohkan lelaki perempuan)"
Aku ketawa kecil. Lucu pon ada. hehe. "Ush kau ni salah konsep nih. Aku dah agak dah. Haritu kita ada cakap pasal usrah kan. Salah satu peranan naqib adalah untuk 'handle' usrah la"
"Eh, ye ke? aku igtkan naqib ni matchmaker. carikan pasangan pastu jodohkan. "
*******************************************
Tempohari ketika waktu rehat kami (beberapa orang) ada berborak mengenai (bekas dan sekarang) pasangan hidup masing2 (ex-gf). Borak punya borak, tiba-tiba salah seorang tanya padaku. "Kau lak macam mana? skrg dengan siapa?"Aku sengih. sambil berkata "Takde".
"ex kau?"
"Pon xde" (sepanjang yang aku sedar, mana la tahu kecik2 dulu ada kan)
"Bai kau jangan tipu r mana boleh xde". Masing-masing buat muka hairan sambil menenung aku. Aku kira diorang pasti ingat aku sekadar bergurau. "seriously doh, kongsi r. Kitorang dah cerita, mne leh kau tak cerita"
Aku sekadar tersengih sambil menggeleng kepala. "Betul lah, xde"
Selang beberapa ketika, seorang dari rakan sekerja berkata, "kau pakai 'naqib' eh?". Terkejut aku bila dia sebut camtu. Aku senyum sambil mengangguk.
*******************************************
"cuba kau cerita sikit kat aku apa tu 'naqib' nih", dia bercakap dengan nada ingin tahu. Aku melihat jam, pukul 3 petang.
"sekarang tak leh, nanti lebih kol 5.30 petang nnt aku cakap". Ketika itu masih lagi dalam waktu pejabat, aku bimbang jika kami berborak dengan lebih panjang maka akan mengundang perkara-perkara yang tidak diingini.
"Aku nak lukis2 lagi nnt, nnt la ye". Dia sedikit pasrah dan mengangguk tanda setuju. Kami sambung buat kerja masing2.
*******************************************
Pukul 3.30 petang. Waktu rehat selama 15 minit. Kebiasaannya kami akan bergerak dalam kumpulan 4-5 orang menuju ke kantin. Duduk sahaja di kantin, Az memulakan bicara. "Ok aku ada soalan sikit nak tanya kau ni". Mat pula masuk ke kawasan kantin dan duduk di sebelah Az. "Mat kau tanya soalan yang 'tu' kat Aizat".
Aku pon sedikit cuak. "Soalan apa la pulak yang diorang nak tanya ni. Mintak-mintak la tak susah. Ya Allah permudahkan urusanku." (monolog dalaman).
Mat berkata,"Ok aku nak test kau nih. Apa dia tujuan kita di dunia?"
"Ush, ni nak jawab guna pemikiran liberal ke ikut ilmu yang aku dah belajar ni" (monolog dalaman)
"Ok aku jawab ikut apa yang aku tau eh". Diorang mengangguk.
"Mengikut Al-Quran, kita manusia ada 2 tanggungjawab. 1st, beribadah kepada Allah. 2nd, menjadi khalifah di bumi"
"Khalifah?", Az mencelah. "Maksudnya kena jadi pemerintah la ni?"
"Ooo yang tu mungkin kau maksudkan dalam sistem kalifah. Yang dimaksudkan dengan khalifah kat sini adalah menjadi wakil Allah di bumi ini untuk menguruskan bumi.... (aku pon tak berapa ingat aku explain apa kat sini)..."
Gambar hiasan |
"Camne kalau kita solat, puasa, etc etc je. Kita tak berdakwah?"
"Ada ayat dalam Al-Quran yang berbunyi lebih kurang begini (lagi sekali tak ingat exact wording): Adakah kamu beramal dengan sebahagian dari kitab dan meninggalkan sebahagian yang lain? (Pertanyaan Allah di dalam Al-Quran). Jadi kalau ikut ayat ni, Allah pon tanya takkan kita nak ambil sikit-sikit, pastu tinggal yang lain-lain? Jadi bagi aku la kan, tak boleh la macam tu. Dakwah itu wajib"
"Kalau macam sekarang ni kan, cmne kita nak tahu kita dah xyah berdakwah dah ke or something like that?"
"Cuba tengok kat sekeliling kita. Agak-agak Islam tu dah ada kat top of the world ke x. Ustaziatul alam ke belum? Sistem khalifah tu dah ada ke belum?. Kalau belum, maksudnya tugas kita masih belum selesai."
"Habis camtu, kita kena jadi pemimpin la cmni?"
"Setiap dari kita adalah pemimpin dan kita dipertanggungjawabkan keatas siapa yang kita pimpin (tak ingat exact hadis). Jadi bergantung kepada setakat mana kemampuan kita. Kalau kita boss, kita boleh push sikit pekerja kita. Kalau macam pekerja kita tak solat, kita la bertanggungjawab. Tapi kalau macam kita kawan dengan kawan, macam aku dengan kau, aku boleh push kau banyak mana sangat kan? takkan aku nak paksa kau solat. Contoh, kalau kau tak solat kan. Pastu ayah kau boleh push kau suruh kau solat."
"Ada tiga peringkat iman. Mencegah dengan tangan, menegur dengan lisan dan membenci dengan hati. Kalau macam kau nampak gengster buat maksiat. Kau sorang. Takkan kau nak pergi sound mamat tu, silap haribulan kau yang kena. Buat ikut kemampuan. Secara berhikmah (ni aku tambah, time tu lupa nak cakap).
Tapi kalau kau pemimpin, mungkin kau boleh ambil tindakan ke kan."
Sebuah filem pendek yang jelas sama sekali menunjukkan kejahilan sebahagian orang Islam di Malaysia |
Pertanyaan mereka terhenti setakat itu. Aku pon meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. "Eh knape ye korang tiba2 tnye pasal ni?"
"bagus la, diorang tnye soalan", Pul bersuara setelah lama menjadi pendengar.
"xde la, hari kitorang de cakap pasal benda ni. Pastu Mat ckp, apa kata kita tanya Aizat", Az menjawab.
Kami beredar dari kantin dan menuju ke pejabat.
*******************************************
Pukul 5.40 petang. Aku berjalan ke arah Az dan duduk di kerusi sebelahnya. "Cmne plan kita petang ni, jadi x? (merujuk kepada 'naqib')"
Az kelihatan sedikit sibuk mennyelesaikan urusannya. Aku menunggu sebentar untuk dia melapangkan masanya dan memberi perhatian kepada apa yang bakal aku cakap.
"Oh kau nak lukis kan?",Az menghulurkan buku catatannya beserta pensil kepadaku. Aku pon tersengih.
Aku memulakan bicara. "Ok apa yang kau nak tau pasal naqib eh?... Ok naqib ni ada banyak peranan dia. Dia lah bapak, dia lah cikgu, dia lah itu dan ini.Yang kau cakap matchmaker tu not exactly right, tapi ada la jugak peranan dia yang berkaitan dengan tu."
"Jadi apa tugas naqib ni? Apa tu naqib?"
"Macam yang aku cakap sebelum ni, naqib ni salah seorang yang 'handle' usrah ni. Naqib ni jugak seorang yang akan follow-up pasal kita. Pernah dengar pasal mutabaah?... Mutabaah ni ada beberapa maksud tapi yang aku maksudkan kat sini adalah 'checklist'. Macam sehari kita nak mengaji berapa page. Solat jemaah di masjid. puasa etc etc. Jadi naqib ni aku follow up dengan kita dan check, kita buat ke tak. Secara tak langsung akan bantu kita untuk beramal. Dari segi akademik, naqib akan tanya kita pasal keputusan kita. Kalau teruk atau kurang baik atau jika kita ada masalah dengan akademik misalnya, maybe dia akan slowtalk/ pillowtalk dll ke. Kalau kita perlukan bantuan maybe dia akan tolong carikan orang untuk tolong kita ke." Aku menghela nafas
"Haa bab yang kahwin2 ni. naqib ni berperanan macam orang tengah la. Naqib akan bagitahu pihak atasan, kalau kita nak kahwin ke atau dia rasa kita dah sampai masa ke kan. Pastu pihak naqibah akan dihubungi utk bertanyakan perihal perempuan pulak...(ada la aku explain sikit2 apa yang aku tahu pasal ni. Kahwin pon belum, ilmu terhad la ye)"
Cerita punya cerita, aku pon termelencong jauh sehingga masuk pasal maratib amal (individu muslim, keluarga muslim sampai lah ustaziatul alam. Siap conteng dalam buku dia lagi). Aku explain la macam mana kita nak sampai ke atas sekali tu, kita kena mula dari bawah etc etc.
"Contoh, kalau kita nak laksana hukum hudud misalnya. Agak-agak rakyat akan terima x? Rakyat sendiri tak paham hudud tu cmne, siapa yg terlibat, dll. Jadi rakyat yang tak tahu akan menolak hukum hudud tu. Kalau aku tak silap, zaman Saidina Abu Bakar (aku tak ingat khalifah yang mana) dulu, hukum hudud pernah diangkat (tidak dijalankan) ketika berlaku kemarau yang sangat teruk. Nak cakap kat sini, kita kena tengok pada kesesuaian. Bukannya kita nak tolak hukum Allah. Macam kat sebuah negara ni, ada seorang rakyat ni dia mencuri basikal. Lepas tu tangan dia kena potong. Tapi orang-orang besar, orang atasan yang terlibat dengan rasuah secara berleluasa pulak terlepas. Macam mana tu?. Jadi sebab tu kita perlu bermula dari bawah. Individu perlu ditarbiyah dahulu bagi faham, pastu naik naik naik baru la sampai kat atas tu"
Jam masuk pukul 6.05 petang. Panggilan masuk. Mak aku telefon, kata dah sampai untuk pickup aku. Aku pon cakap kat Az, "cmni la, nanti kita sambung lagi. Kau ada apa lagi nak tau x?"
"Xpe2, aku kumpul soalan dulu. Nanti next time kita jumpa aku tanya". Kelihatan dia menulis something di dalam buku contengnya. Mungkin berkenaan perkara yang berlegar di mindanya ketika itu.
*******************************************
Sekian sedikit cebisan perkongsian pengalaman di tempat kerja.
wassalam
teruskn menulis...turut mengajak diri ini utk berfikir sejenak....
ReplyDelete