lagi, cerita di tempat kerja.
****************************************************
Di sini, akan diadakan ceramah bulanan selepas solat asar pada setiap hujung bulan disamping kuliah zohor pada setiap hari isnin dan khamis. Alhamdulillah, one of the thing that can hardly be found anywhere else. Selesai ceramah dalam pukul 6. Kebetulan aku membawa kereta sendiri pada hari itu. Sedikit jamuan ringan (mee) disediakan oleh pihak syarikat untuk kami yang menghadiri ceramah itu.
Aku duduk berdekatan dengan ustaz, boss aku dan beberapa orang-orang besar yang lain. Pada awalnya perbualan hanya berkisar di sekitar topik yang dibincangkan ketika ceramah sebelumnya. Apabila orang mula surut, suasana menjadi lenggang. Sampai akhirnya hanya tinggal aku and boss di meja yang aku makan. Pada mulanya aku ingin berangkat pergi, tapi takpe la teman la boss kejap Selang beberapa ketika kami berborak tiba-tiba boss masuk ke topik kritikal.
"Kamu join usrah?"
"ha ah"
"bagus bagus. Jemaah mana kamu?"
"errr. (nak cakap ke tak ni? macam nak fire je). ISMA boss"
"oh ISMA". Riak pada wajahnya sedikit berubah.
"ISMA sama dengan JIM kan? "
"(i have a bad feeling about this). Errrr. Lebih kurang la"
"ISMA sama dengan JIM kan?", he repeated the question.
"Banyak benda jugak la yang sama. Fundamentals dia mostly sama je"
"ISMA sama dengan JIM kan?", kali ini nadanya sedikit tinggi. Pertanyaannya sedikit mendesak supaya aku come out dengan satu jawapan yang dicarinya.
"YA", aku jawab dengan tegas.
RIak mukanya kembali tenang. "Jadi kenapa ISMA berpecah dari JIM? Apa bezanya? uslubnya?marhalah?bla bla bla (tak ingat apa lagi)"
"Alamak ni soalan hardcore ni, nak jawab camne ni. Kang kena berdebat pulak. Dah la tiap2 hari tengok muka boss", aku bermonolog dalaman.
"Choose your word carefully Aizat. Dengan berhikmah please", aku mengingatkan diri aku. Bimbang sekiranya kata-kata aku bakal membawa kepada sesuatu yang kurang baik.
random image 1 |
"Ok boss, berdasarkan apa yang saya tahu la kan. Sebahagian ustaz-ustaz berbeza pendapat dalam sesetengah perkara seperti gerak kerja misalnya. Mereka tidak setuju dengan bagaimana yang di bawa oleh pimpinan pada ketika itu", aku cuba menyusun ayat yang terbaik dalam masa yang singkat itu.
"Bukan ke pasal ada org2 tertentu ni dia kata dia dapat mandat dari sana (merujuk kepada Mesir), jadi buat apa nak ikut ustaz-ustaz dari Malaysia kan. Kitorang dapat directly dari orang besar.", suaranya berbunyi sinis.
perbualan kami berlegar-legar di sekeliling situ untuk beberapa ketika. Kebanyakkan masanya aku hanya memasang telinga, mendengar apa yang terbuku dihatinya aku kira untuk sekian lama.
Kadangkala aku bersuara, apabila aku merasakan apa yang diperkatakannya kurang tepat atau tidak seperti apa yang aku lihat.
"defensive juga eh kamu ni", katanya sekali itu apabila aku membangkang apa yang diperkatakannya.
"Eh xde la. Just what i see is different from what you are saying. Saya tak melihat atau alami permasalahan yang boss kata tu"
Selesai makan. Kami berjalan menuju ke office di tingkat atas. Aku ingatkan perbualan kami berakhir di kantin, namun tekaanku salah.
"Aku dulu pon join jugak semua benda ni. Time aku belajar kat UK dulu, aku de jugak join jemaah 'tu'. Time tu J J ni semua takde (J merujuk kepada jemaah aku rasa). Yang ada cuma satu, Islam. Jadi aku pon ikut la. diorang ajak usrah, pergi program dll. Aku aktif jugak la". Pengalamannya ketika belajar di UK ketika aku belum lahir lagi dia ceritakan padaku.
"Lebih kurang tiga tahun la aku terlibat dengan this J ni sampailah aku tau, 'oh rupanya i'm with this group. Tapi takpe la kan, so be it. Aku pon teruskan je la until this 1 time, aku nampak berlaku perpecahan. sesetengah ustaz keluar dan buat jemaah baru", boss mengehela nafas panjang. Bunyi sedikit kecewa.
"Aku pon, apa ni? Apa yang orang atas fikirkan?"
Perbualan berterusan di dalam office sehingga hampir pukul 7. Yang ada disitu, aku, boss dan seorang lagi rakan sekerja. Dalam tempoh itu beliau banyak meluahkan ketidakpuashatian yang dirasanya. Aku dapat rasakan betapa frust nya perasaannya, dan masih lagi membara sehingga kini.
"JIM, ISMA, IKRAM semuanya sama je. You know this word, 'akh'?"
"yes. kenapa?"
random image 2 |
"And this happened all the time. Bila kat masjid, sesama diorang salam bukan main lagi. Tapi dengan orang lain, senyum pon taknak"
Mungkin sesetengah yang diperkatakannya benar. Aku tidak menafikan. He got the point. "Mungkin betul apa yang boss cakap tu, tapi setakat ni bagi saya, saya tak nampak lagi benda tu. Maksud saya, benda ni tak berlaku di sekeliling saya. Saya jenis yang open, dan tak mendiskriminasi sebegitu. Saya rasa itu bergantung kepada individu itu sendiri"
"Tak. Aku tak rasa begitu", dia mempertahankan lontaran ideanya. "Bagi aku, ni adalah bagaimana mereka ditarbiyah. It is the jemaah itself."
"Saya tak rasa macam tu, sepanjang saya berada dengan ISMA ni tak pernah pon saya di ajar begitu. Saya salam je semua orang, tapi mungkin sesetengah orang yang lain yang mempunyai persepsi buruk terhadap mereka yang bersama jemaah ni".
Aku bercakap sekadar mana pengalaman aku bersama jemaah aku. Dan aku tidak berani memperkata tentang jemaah yang lain, kerana aku tidak terlibat secara langsung dengan mereka. Tapi aku tahu beliau suatu ketika dahulu pernah terlibat dengan semua ini dan bersama satu jemaah ni.
"Biasanya kalau J ni buat prog, boleh ke J yang lain ikut sekali. Mukhayyam contohnya. Tak boleh kan? Pernah la dulu kat UK. Member aku seorang ni. Dia ni jenis yang sukakan ilmu. Kalau boleh semua benda dia nak pergi. Suatu hari ni, dia dapat tau yang J satu ni ada program hari tu. Dia pulak dengan J yang lain. Tapi dia pon pergi lah ke tempat program tu. Tapi, dia kena halau. You get what i'm saying?", riak wajahnya menunjukkan sedikit kekecewaan.
Aku tak mengatakan pihak mana yang salah. Tapi bagi aku, dia sendiri patut tahu apakah program itu sendiri. Ada sesetengah perkara yang bersifat umum, dan ada sesetengah perkara yang bersifat khusus. Daurah umum dan daurah yang spesifik misalannya. Kerana perkara yang dibincangkan, mungkin kurang kena dan tidak dapat difahami dengan baik tanpa pengetahuan tertentu yang perlu ada. Tapi menghalau individu tersebut aku kira adalah suatu perbuatan yang tidak berapa kena.
"selepas berlaku keserabutan J tu, aku pon decided to step back a little bit."
Terdetik di dalam hati aku, adakah dia telah berusaha untuk mendapatkan jawapan untuk persoalannya pada ketika itu? Atau adakah itu salah pihak atasan kerana tidak berjaya menjelaskan situasi yang berlaku pada ketika itu? Dia berumur 50 tahun, dan he was there when it all happened.
"Kalau kau kata J J ni buat kerja, kenapa anak aku tak pernah dengar pon pasal benda-benda ini? Apa yang J J ni buat? Kenapa sampai aku tak pernah dengar apa-apa pon pasal apa yang diorang buat?"
"eh, biar betul boss ni? Is it the J's fault or you are the ignorant 1?", aku berfikir di dalam hati. Mungkin selepas dia memilih untuk tidak lagi terlibat dengan semua ini, maka dia kurang peka dengan isu-isu ini. Contohnya, apabila anda terlibat atau mempunyai hubungan dengan sesuatu itu, pastinya anda secara tidak langsung akan lebih peka dengan apa-apa yang berlaku di sekeliling sesuatu itu. Tak jelas?
Ok mcm ni la. Dulu aku bersekolah di Bangi. Apa-apa berkaitan dengan Bangi yang keluar di dalam berita aku menarik perhatian aku. Begitu juga ketika aku berada di MRSM Kuantan. Aku mula peka dengan perkataan 'Kuantan' itself. Pernah juga aku berfikir ' eh selalu jugak ye Kuantan ni masuk surat khabar'. Padahal perkara itu sentiasa ada cuma kita lebih menyedari kewujudannya apabila kita merasakan adanya hubungkait antara kita dengan benda/perkara itu.
Tapi apa yang beliau kata itu juga ada benarnya. "Anak aku sendiri tak pernah dengar". Satu perkataan yang buat aku tersentak. Semakin jelas hakikatnya, usaha ini perlu lebih lagi. Ikhwah akhawat, banyak lagi kerja kita. Namun bukanlah perkara ini semata-mata boleh kita beratkan dan persalahkan pada suatu pihak sahaja. Bagi aku, sememangnya golongan remaja terutamanya kurang mengambil tahu akan perkara-perkara sebegini. Terutamanya pelajar universiti. Apa yang bermain di minda kebanyakkan dari mereka adalah pelajaran mereka, keputusan exam, awek, belajar belajar dan belajar.
Teringat kata-kata Dr Kamsani dalam program 'wacana pemikiran belia: 6 juta belia celaru identiti' yang mengupas akan perkara ini. Remaja kurang mengambil tahu akan perkara-perkara yang berlaku diluar. It is all about themselves. Mungkin ini juga salah satu faktor.
"Jadi, bila semua ni berlaku, what did you do?", aku mengajukan pertanyaan.
Bagi aku, tiada yang sempurna sifatnya. Ada perkara yang tidak dapat dibuat oleh sesetengah jemaah dapat di lakukan oleh sesetengah jemaah yang lain. Dan mereka saling mengisi lopong-lopong itu. Bertindak menarik diri dari semua ini mungkin adalah pilihan yang kurang tepat kerana you will end up criticizing people but you yourself are not really doing anything. TIdak salah kita mengkritik, tapi apakah usaha kita untuk memperbaiki kelemahan itu?
random image 3 |
Tepuk dada tanya selera.
agree!
ReplyDelete50 tahun!
ReplyDelete50 tahun tu umurnya ketika entri ini ditulis, bkn ketika kisah itu berlaku :-)
Delete