Sedikit coret-coret kisah sana sini
*************************************************
"Kau semayang 5 waktu sehari tak?", soalan pertama yang diajukan oleh boss pada hari kedua aku menjalani praktikal di sebuah syarikat di Malaysia.
"Boss ni gurau ke apa ni?Muka serius je", aku bermonolog dalaman. Kehairanan dengan soalan yang diajukan oleh seorang lelaki yang belum pernah aku nampak sebelum ni.
Aku mengangguk.
"Kau betul semayang 5 waktu sehari?", soalan diulang, tapi ayat distruktur semula.
"Betul boss"
"Betul kau semayang penuh ni?", sambil kanannya diangkat seakan-akan menyuruh aku mengikuti perbuatannya. Aku pon ter-blur sebentar. Secara automatiknya tangan kanan aku turut terangkat. "Betul boss, sumpah". Terkeluar perkataan sumpah. (cakap biasa2 pon xpaham. cis)
Sudah menjadi rutin harian kami di sini untuk berkumpul di 'design room' untuk melaporkan aktiviti yang kami buat pada hari yang lepas serta perancangan pada hari ini sebelum kami memulakan pekerjaan atau menyambung tugasan.
"Kau kena angkat tangan ke pagi tadi?", tanya seorang rakan sekerja yang hadir sedikit lambat dan lantas terlepas peluang melihat insiden 'pagi tadi'.
"Biasa la tu boss. Dia memang gurau macam tu. Aku time awal-awal masuk kerja dulu kau tau dia tanya apa kat aku?", seorang sahabat yang aku kira mempunyai genetik cina berkata padaku.
"Apa dia?"
"Kau Muslim ke?", tergelak kami yang mendengar. Bukannya kerana soalan yang diajukan kepadanya, tetapi kerana riak wajahnya yang serius ketika menceritakan perkara itu. Mungkin baginya soalan itu adalah sedikit sensitif baginya.
Gambar hiasan 1 |
"Aku dulu pon kena macam kau jugak Aizat. Kena soalan cepu emas dari boss (tak ingat apa dia). Habis satu bilik tu gelak kat aku. Tapi xpe la, boss ok je. Maybe tu cara dia bergurau. Orang dah berumur kan" sampuk seorang rakan yang lain.
*************************************************
Sepanjang masa, tak kira dengan siapa, kita perlulah sentiasa menjadi diri kita. Maksudnya jangan menjadi hipokrit. Apabila dengan orang-orang tertentu, kita seperti mengadap raja. penuh sopan. Bibir sentiasa terukir senyuman. Namun bila bersama dengan orang yang lain, pandang pon tak nak, senyum acuh tak acuh, tegur pon macam melepaskan batuk di tangga. Nak cepat lepas je.
*************************************************
Teringat ketika hendak bersolat Isyak di surau Al-Kauthar beberapa minggu yang lepas. Terlihat seorang lelaki yang bukan melayu berhampiran tempat aku berdiri. Kami bersalaman. Loghatnya seperti orang Kedah. Agak pekat, mujur aku mempunyai beberapa kawan orang Kedah, sedikit sebanyak faham apa yang diperkatakannya. Selesai solat Isyak, dia menegurku semula.
"Jom kita pergi makan. Ana tak tau nak makan mana kat area ni", ungkapan yang keluar dari mulut sahabat itu kepadaku. Aku sedikit terkejut, kerana dia tiba2 menggunakan perkataan 'ana'.
Namun dengan wajah cool dan tanpa berfikir panjang aku menjawab, "OK. tunggu sat eh. Ana nak pergi tukar pakaian". Aku bergegas menuju ke rumah dan kembali ke surau untuk menemuinya
Kami bergerak menuju ke medan selera berdekatan yang jaraknya hanya 5 minit berjalan kaki. Pada mulanya aku ingatkan dia adalah seorang saudara baru, seorang mualaf. Namun setelah lama berbicara dengannya, rupanya dia sudah memeluk Islam sejak kecil lagi. Umurnya sudah mencecah 40 tahun, namun masih bujang.
"Syeikh bila nak berdua ni, dah 40 dah. Tak sunyi ke", aku bersenda gurau dengannya.
Dia tersenyum. "alaa bukannya ana xnak. Tapi nak buat macam mana, calon takde lagi".
Banyak perkara yang kami perkatakan sepanjang bersama. Antaranya berkenaan dengan remaja, politik dan kebanyakkan berkisar berkenaan agama Islam. Orangnya hebat, menghafal salah silah Rasulullah sehingga ke beberapa generasi di atas. Katanya, buku sirah diulangnya setiap kali habis. "Setiap kali ana baca, mesti dapat ilmu baru. Subhanallah!".
Namun cara fikirnya sedikit berbeza dengan aku. Mungkin hanya perasaan aku namun dia sedikit sebanyak gemar menyalahkan perkara2 yang berada di sekeliling. "Budak-budak zaman sekarang ni ramai yang teruk. Cuba tengok, pegang-pegang tangan, tak tutup aurat, bla bla bla (Macam-macam yang dia komen). Apa tah yang kerajaan buat."
"Nta tak leh salahkan kerajaan sepenuhnya. Kalau kita dok asyik komen je, tapi kita sendiri tak buat apa2 macam mana. Kita pon perlu buat sesuatu"
"Nta kena husnuzon sikit. Mana boleh terus tembak je"
Selesai pulang, kami bergerak semula ke surau. Kami duduk sebentar di perkarangan surau. Dia bercerita tentang pengalamannya dari kecil. "Dulu ana tak berapa kenal Islam. Tak practice Islam la orang katakan. Bila dah besar baru terkapai-kapai nak cari Ilmu agama. Nta ingat, jangan ikut macam ana."
Dia turut berbicara mengenai kitab-kitab tulisan ilmuwan-ilmuwan Islam seperti Ihya Ulumuddin, Sahih Bukhari, Sahih Muslim dll. Luas sekali ilmunya. Tapi mungkin sedikit banyak mengikut acuan yang banyak membentuk pemikiran rakyat Malaysia, pemikiran politik. Jika tidak bersama B, maka aku adalah orang A. Pemikiran satu bentuk.
Namun aku masih ingat lagi kata-kata akhir darinya sebelum kami berpisah. "Nta ada ciri-ciri pemimpin ni. Tapi masih kurang matang. Tapi nta muda lagi, banyak lagi boleh dipertingkatkan"
*************************************************
Seperti biasa, setiap pagi kami akan berkumpul untuk melaporkan aktiviti kami pada hari-hari sebelumnya.
"Err. Saya cuti semalam boss". Bila sampai giliran aku.
"Eh, budak praktikal pon amik cuti?"
Tapi satu kata-kata yang sedikit sebanyak aku ingati dihujung ayat dari boss,
" Man (specialist) nanti kau ajar dia tentang VBA (Virtual Basic) tau."
Mengalihkan pandangan kepadaku, " Kau belajar berapa lama lagi?"
"Setahun lagi. Tahun ni last inshaAllah"
"Haa nanti kau habis belajar kau datang balik jumpa aku". Aku pada ketika itu kurang faham apa yang diperkatakannya.
"Dia ni budak aku boleh caya (percaya) punya. Man, nanti kita kena tambah la soalan-soalan kita", katanya pada Man.
"Nanti pandai-pandai la kau cari soalan bocor dengan Man ke, Min (specialist lagi sorang) ke ye". Boss tersengih. Kami pon bersurai.
Pukul 5.30 petang.
"Pul, apa maksud boss pagi tadi? Dia suruh aku jumpa dia lepas habis belajar nanti", aku bertanya pada seorang rakan sekerja.
"Laa kau ni, maksud dia suruh kau kerja kat sini la tu. Prospect la", jelasnya.
"oooo". Aku angguk buat-buat paham. ^v^
wassalam
Moga menjadi pemimpin ummah :)
ReplyDelete