Salam,
Sedutan dan sambungan dari Dakwah di tempat kerja 1 & 2
*******************************
"Kau tahu tak aku dulu teruk. Aku dulu join Black Metal. Bila perform on stage, tak pakai baju, conteng-conteng muka, pakai warna merah macam darah", Mul memulakan bicara. Tangannya di masukkan ke dalam poket dan Sebuah kotak kecil dikeluarkan.
Tertera perkataan 'Mild Seven' di luar. Tahulah aku Mul sedang mempersiapkan diri untuk hidangan pencucui mulut.
Ketika itu kami baharu sahaja pulang dari makan tengahari di luar bangunan pejabat bersama 2 lagi teman yang lain.
Aku memandang ke wajahnya. Menunggu Mul menyambung bicara. Kotak rokok itu di 'pass' kepada Mat.
Kami berhenti sebentar di bawah sepohon pokok di bahagian parkir yang terletak jauh di pelusuk SMC. "Aku mula terlibat dengan benda-benda ni sejak aku kat sekolah lagi. Heavy Metal tu part of my life. Lepas tu bila aku pergi ke German, aku continue dengan benda-benda ni." asap dihembuskan dari mulut.
"Tapi kat German aku slow sikit la benda-benda ni. Yela time tu nak belajar kan. Kau pernah dengar nama Nagelfar?"
Aku menggeleng. "Apa tu? makanan?"
"Tu band blackmetal yang famous kat German. Aku ingat lagi aku pergi show band tu. Fuh, mahsyuk aku kata kau".
Mul merupakan seorang yang aku kira sangat bijak. Ideanya bernas. Pemikirannya matang. Namun mungkin kerana tersalah pilih langkah, dia terjebak dengan perkara-perkara sebegini.
*******************************
Setiap hari Khamis malam Jumaat, aku akan bermain futsal bersama beberapa orang rakan sekerja. 2 minggu pertama, permainan di rancang untuk bermula pada pukul 7 dan berlangsung selama sejam. Aku agak reluctant untuk turut menyertai mereka apabila mendengar akan perkara itu kerana pada permulaanya aku menyangka bahawa nanti akan terpaksa menunaikan solat maghrib lewat.
Namun sangkaanku meleset kerana mereka akan menunggu dahulu untuk masuk waktu maghrib sebelum memulakan permainan. Azan berkumandang menandakan masuk waktu. Mereka memasuki surau. Aku menunggu dan melihat. Seperti sangkaanku, boleh dikatakan kesemua diantara mereka bersolat secara bersendirian meskipun mereka mampu berjemaah.
Aku bangun dan bersua dengan beberapa orang. "Pul, jom solat sekali.". Muka Pul berubah. sedikit menampakkan kehairanan. "Eh xpela, kau solat la dulu."
Tapi aku still insist. "Jom la jemaah sekali". Dia akur dengan desakan aku. Kami berbaris di saf. "Aih, xde orang yang volunteer jadi imam ke?", aku berbicara di dalam hati.
Kemudian jadilah 'tolak-menolak' untuk siapa menjadi imam. Si A tolak si B, Si C tolak si A, Si B lari ke belakang. aku memerhatikan gelagat mereka. Itulah hakikat kebiasaannya yang berlaku. Aku bergerak ke depan untuk menjadi imam. Jika tidak begitu, alamatnya lambat lagi lah kami nak main futsal.
Jika dilihat dimana-mana surau di RNR, di tempat futsal, shopping complex, pastinya kita boleh melihat situasi dimana kebanyakan mereka menunaikan solat secara individu. Meskipun terdapat ramai lagi mereka yang belum bersolat disekeliling.
Lebih menyedihkan, ada yang tetap memilih untuk solat bersendirian meskipun pada masa yang sama terdapat mereka yang sedang solat berjemaah.
Gambar hiasan. Tiada kena mengena dengan entry blog |
*******************************
"Az, harini kau imam lah. Tak pernah lagi kau imam", aku berkata sambil menolak lembut Az ke depan.
Az melompat ketepi. "Aku tak boleh jadi imam doh."
"Aih kenapa kau takleh jadi imam?", aku hairan.
"Ada la, tapi serious doh. Aku xleh jadi imam"
Setiap kali hendak ditawarkan untuk menjadi imam, Az pasti akan menolak tanpa memberikan sebab yang munasabah. Aku hairan, namun aku tidak menampakkan perasaanku itu. "Adakah kerana dia tidak mampu membaca surah-surah dengan baik?", aku cuba merungkai persoalan yang berlegar di ruangan minda.
Suatu petang, aku sedikit terlewat untuk bersolat asar secara berjemaah di surau tempat kerjaku. Mujur Az muncul untuk membolehkan aku bersolat berjemaah. Seperti biasa, dia akan menolak tawaran untuk menjadi imam. Selesai solat, dia menepuk bahu kananku.
"Kau nak tau tak kenapa aku tak boleh jadi imam?"
"Kalau kau tak kisah bagitau aku"
"Aku sebenarnya minum dowh"
Aku faham apa yang Az maksudkan. Dia minum minuman keras dan pada masa itu, dia masih lagi berbuat demikian.
Aku sedikit terkejut, tapi aku cuba simpan perasaan itu. Walaupun aku tidak menjangka sehingga ke tahap itu, namun perkara itu masih berada di lingkungan yang masih aku dapat terima tanpa meletusnya sel-sel di dalam otakku.
"Mana masuk doh cmtu. Kau minum, tapi pada masa yang sama kau semayang. Dua benda tu macam completely opposite. Macam langit dengan bumi. Kau buat benda jahat, tapi kau buat benda baik juga"
" Tu la. Aku tau. Tapi aku tak kacau orang lain. Aku minum sorang-sorang je. Saja nak chilling. Bila duduk-duduk tu. Aku selalu minum tak sampai drunk. Masih sober lagi. Still keeping my consciousness."
" Ok, memang bagus kalau kau tak libatkan orang lain sekali. Tapi Syurga tu antara kau dengan Allah. Atas usaha kau. Bukannya usaha orang lain. Ibadah kau. Walaupun kau tak kacau orang lain, tapi kau kacau hubungan kau dengan Allah", aku bertegas. Tak tahu lagi ayat spontan apa yang mampu aku perkatakan pada saat itu. Hanya sekadar yang termampu.
" Kau minum berapa kali seminggu?"
"Tak banyak. sekali dua je".
"setitik atau sebotol sama je hukumnya. Tetap haram."
"Camtu baik aku minum banyak terus", Az berseloroh.
"Aduh main-main pulak mamat nih", geram pon ada, nak tergelak pon ada. Aku tersepit di antara dua. Tapi, amar ma'aruf nahi mungkar. Perkara yang dah nyata haram akan tetap haram. Tapi untuk berubah, kita tak boleh drastik. Kerana perubahan itu mungkin tidak kekal lama dan mungkin akan memudaratkan.
"Camni la Az, kalau boleh aku nak kau kurangkan minum. Sampai satu tahap, kau berhenti terus. Ok? Benda jahiliyah camni kalau kau terus tinggal mungkin ada mudarat juga. Macam kanser la. Kalau kau ada kanser kat badan. Sel kanser tu, kalau kau terus buang sekali semua, nanti kau juga yang naye (aniaya? ok ni bahasa pasar aku). Cara merawatnya, kau kena buang sikit, pastu bagi yang sikit tu pulih, baru kau buang lagi yang lain. Dan kau teruskan sampailah semua sel kanser tu dapat di buang", Aku suka menggunakan analogi sel kanser dalam berbicara mengenai jahiliyah. Kerana analogi itulah yang digunakan oleh bekas naqib aku suatu ketika dahulu.
" Aku memang dah plan dah nak berhenti. Tapi macam kau cakap la, slow-slow kan?"
"Ameen. Aku doakan nanti kau dapat berjaya dengan mission kau ni. Tau. Boleh kau janji dengan aku?"
Az senyum. Aku kira itu sebagai tanda setuju.
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr : 1 – 3).
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 71)
Wassalam
Selalunya lah, kalau orang tu bercerita tentang sesuatu kesilapan yg dia lakukan, itu tanda dia mmg nak berubah, kalau x dia x cerita. cuma maybe dia perlukan advice dan sokongan drpd org2 yg dia percaya. insyAllah semoga diberi petunjuk.
ReplyDeleteMantap tulisan ni Aizat, semakin berbakat nampaknya...
ReplyDeleteTerima kasih Abg Hisham. Semoga lps ni boleh menulis dengan lebih baik lagi hendaknya.
ReplyDeletekeep it up!
ReplyDelete