8 Januari, 2013.
Aku dan ronbongan Jaulah Summer Australia menunaikan solat Zohor di Masjid Ar Rahimah, Gombak berhampiran dengan pejabat ISMA Gombak selepas mendengar sesi perkongsian daripada Akh Aminuddin Yahaya berkenaan pembinaan baitulmuslim, kerjaya dan dakwah.
Seusai solat rawatib, aku bergerak ke luar ruangan masjid menuju ke tempat di mana kasut aku diletakkan.
Setibanya di situ, kelihatan seorang pakcik sedang berdiri di situ.
Aku memandang ke arahnya, dan mengukir senyuman kepadanya.
Dia memandang ke arahku, dan wajahnya yang tadi 'masam' mengembalikan senyuman aku.
"Assalamualaikum pakcik"
"Waalaikummussalam"
Aku menghulurkan salam, dan tanganku disambut dengan kiriman balas tangannya, menggenggam tanganku erat.
"Dari mana?", pakcik mengajukan soalan sambil memandang kearahku dan kearah kawan-kawanku yang sudah berjalan sedikit jauh dari lokasiku.
"Banyak tempat pakcik"
"Pelajar sekolah ke?"
-Eh, muda lagi rupanya aku (ok dialog ini tidak wujud)-
"Eh takde lah pakcik. Uni"
"Uni mana?", pantas pakcik itu bertanya
Aku terdiam sejenak
"Banyak uni"
"Nak ke mana?"
"Kami ada macam kembara pakcik. Berkumpul, kemudian bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Semalam kami pergi Shah Alam, hari ini ke Gombak, esok pula akan ke Bangi. Kami pergi melawat ustaz-ustaz" Aku menjawab persoalannya
"Oh. Tambah ilmu ye. Bagus-bagus"
"Ha ah. Menambah ilmu. Sambil-sambil tu, merapatkan ukhuwwah pakcik", aku menambah sambil sedikit tersengih.
"Haa betul jugak tu.", dia membalas 'sengihan'ku dengan senyuman.
"Ok la pakcik. Kawan saya nak gerak da tu. Ada rezeki jumpa lagi ye", aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya sebelum beredar.
************************************************
To get, is to give. Jika anda mengkehendaki sesuatu daripada seseorang, andalah yang terlebih dahulu perlu memberikan sesuatu kepada orang lain.
Orang Malaysia kaya dengan senyuman dan budi pekerti, namun memerlukan sedikit 'cuitan' untuk mengeluarkan semua itu.
Untuk melihat mereka senyum, andalah yang terlebih dahulu perlu melontarkan senyuman kepada mereka.
Percaya atau tidak, boleh dikatakan hanya 1 daripada 20 orang yang tidak senyum apabil aku senyum pada mereka. Ajaib bukan?
Tidak kisahlah bagaimana penampilan fizikal mereka dan siapa mereka sama ada kelihatan seperti 'gangster', 'nerd', 'hiphop', 'skin', 'students', orang dewasa mahu pun kanak-kanak, mereka pasti akan membalas senyuman anda jika anda senyum pada mereka. Itu adalah hasil dari pemerhatian aku sepanjang keberadaan aku di Malaysia selama seminggu.
Mungkin keramahan rakyat Malaysia masih belum mencapai keramahan rakyat Australia yang hampir kesemuanya akan tersenyum dan menyapa anda sebelum anda sempat berbuat demikian!
Lebih-lebih lagi, bukankah senyum itu suatu sedekah? :)
Mari, memurahkan senyuman kerana anda tidak akan kerugian apa-apa. Percayalah! SMILE
Sekali anda senyum, 10 kali mereka akan senyum pada anda.
Wassalam
#Catatan Jaulah Summer Australia 2013
tapi Msians kat Adelaide tak friendly la, dik.
ReplyDeletemasa mula2 smpi dulu, akak teragak2 nak senyum kat diorg, sbb ramai yg buat muka 'cas hebat'.
hahaha.
:P
Tapi yg saya slalu jumpa kuat je senyum.
DeleteLg2 makcik2 tua. Kalau di laluan pedestrian ke, tgh jogging ke, dlm bas ke. Senyum sokmo la katakan.
Teringat kata2 seorang arab yg tinggal di Adelaide, kalau jumpa yg masam2 muka tu muslim la tu. :p
muka cas hebat tu mcm mana?
tu la..buat malu je org cop muslim muka masam.
Deletemuka cas hebat...alaa..muka kekwat a.k.a sombong la.
eh copp..yg selalu senyum kat awak tu Msians ke Aussies?
Yang selalu senyum tu org Aussies. Kalau org Malaysia kat mana2 susah nak senyum dulu. Ada, tp xramai. Kena senyum dulu, br dia senyum.
DeleteAkak kurang bernasib baik ni xjumpa Aussies yg suka senyum