Mari ikut blog ini

Friday, 11 January 2013

Pemuda kita

Salam,

berikut adalah coretan beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan aku dari stesyen KTM UKM ke stesyen KTM Shah Alam.


***************************************

Untuk pergi ke Shah Alam menggunakan KTM (Keretapi Tanah Melayu) dari stesyen KTM UKM, aku perlu untuk transit di stesyen KLCentral dan mengambil train lain untuk menuju ke stesyen Shah Alam.

Jika menaiki kereta, hanya sekitar 30 - 40 minit diperlukan untuk tiba di Shah Alam namun akibat dari tidak mempunyai kenderaan sendiri, aku memilih untuk menggunakan khidmat KTM.

Perjalanan dari stesyen UKM ke KLCentral memakan masa sekitar 45 minit.


Stesyen Keretapi UKM. Berwajah baru!
Setibanya di stesyen Serdang (di pertengahan perjalanan), kelihatan seorang pakcik yang agak tua berjalan memasuki train dan beliau bergerak menuju ke penghujung gerabak.

Aku memerhatikan dari jauh.

2-3 minit berlalu dan tiada yang bangun untuk memberikan tempat duduk mereka kepada pakcik tersebut. Sedih rasa hati, mereka yang duduk berdekatan dengan tempat pakcik itu berdiri seolah-olah tidak menyedari atau tidak ambil peduli tentang kewujudan pakcik yang tua itu.

"Jauh pulak pakcik ni berdiri dari tempat aku. Ah tak kisah la, asalkan pakcik tu ada tempat duduk".

Baharu sahaja aku ingin bangun menuju kearah pakcik itu, seorang pemuda bangun, tanpa bercakap sepatah pon dan bersandar berhampiran pintu untuk memberikan tempat duduknya kepada pakcik tersebut.

"Allah. Alhamdulillah. Masih ada lagi pemuda-pemuda yang baik hati di Malaysia ini", ku mengucapkan syukur dalam hati.

Aku tersenyum. 

Train tiba di KLCentral.

Aku membeli tiket ke stesyen Batu Tiga kerana sudah berpakat dengan kawan untuk 'pick-up' aku disitu.

Turun di ruangan menunggu train yang terletak di ruangan bawah tanah, aku mencari tempat untuk duduk. Jumpa! Aku bergerak ke situ dan duduk. Mengeluarkan buku Solusi Edisi Januari 2013 yang belum habis dibaca.

Maklumat perjalanan berteknologi. Wah!

Beberapa ketika, seorang lelaki dan seorang perempuan datang menghampiri aku dan duduk sebelah menyebelah di bangku yang sama denganku.

Mereka galak berborak. 

Baru sahaja beberapa saat mereka duduk, si perempuan menarik tangan si lelaki dan meletakkannya di atas pehanya sambil menggosok-gosok tangan lelaki itu.

Aku memerhatikan gerak geri mereka. "Aish, adik beradik ke ni?", aku bertanya dalam hati.

"Ke pasangan suami isteri? Tapi macam muda sangat.", aku bertanya sekali-lagi kepada diriku.

Si perempuan menoleh dan melihat aku sedang memerhatikan tindak-tanduknya. Dia melepaskan tangan pemuda itu.

Namun, tak sampai satu minit, dia menarik semula tangan pemuda tersebut, meletakkannya di atas pehanya dan menggosok-gosok tangan pemuda tersebut.

"Dia tolong urut ke apa ni? Tak nampak macam bengkak atau lebam pon"



Tenungan aku tidak dipedulikannya.

"Ni tak boleh jadi ni. Tak sedap mata memandang, lagi memberontak hati aku"

Ruangan dalaman keretapi yang baru. Selesa!

Aku menghulurkan tangan dan mencuit bahu si lelaki itu. 

"Assalamualaikum dik"


"Waalaikummussalam", jawabnya.


"Adik beradik ke?"


"........", tiada jawapan diberikan. Kemudian si lelaki menggeleng kepala, tanda tidak.

"Dah kawin ke?", aku bertanya ringkas, tapi pedas.



"Eh belum.", wajah pasangan lelaki dan perempuan itu seolah-olah kehairanan dengan soalan aku.

"Tangan tu, jangan pegang-pegang ye.", aku berpesan kepada mereka sambil menunjukkan kearah tangan mereka yang masih bersentuh.

Segera si perempuan melepaskan pegangan tangan si lelaki dan si lelaki pantas menarik tangannya ke sisi.

".........". Mereka terkesima sebentar.

"Maaf ye bang". Si lelaki bersuara.

"Train to Klang, will be arriving at Platform 5", kedengaran pengumuman bahawa train yang bakal aku naiki akan tiba!

"Aiseh time ni pulak train ni nak sampai", aku berbicara di dalam hati.

Aku senyum pada kedua pasangan tersebut dan beredar.

Tak sempat aku nak berkata pada mereka, "Jangan minta maaf dengan saya. Tapi minta maaf dengan Allah. Sebab dosa kamu bukan dengan saya, tapi dengan Allah"

Apa-apa pon, aku lega mereka menerima nasihat aku tadi. Mana tau, boleh sahaj untuk si lelaki bertindak lebih agresif atau mengendahkan teguran aku itu. InshaAllah, jika masih ada sifat malu ketika melakukan dosa, masih ada lagi iman dalam hati. Teringat pesan seorang ustaz di dalam kuliah yang pernah aku dengari dahulu.

Teringat pesan Nabi SAW yang mafhumnya berbunyi lebih kurang begini:

"Jika kamu melihat kemungkaran, cegahlah dengan tangan. Jika tidak mampu, cegahlah dengan lisan dan jika tidak mampu bencilah dengan hati. Dan itu adalah selemah-lemah iman"

Perjalanan dari KLCentral menuju ke Stesyen Batu Tiga memakan masa sekitar sejam. Mungkin kerana terdapat 'delay' di beberapa perhentian sebelum tiba disitu.

Di sebuah perhentian, kelihatan seorang pakcik yang buta memasuki train dan beliau menggunakan kayu untuk berjalan dan mengelak halangan. 

Aku berganjak ke tepi untuk memberi ruangan untuk pakcik itu duduk.

Lantas melihat pakcik itu memasuki train, seorang pemuda yang duduk berhadapan dengan aku segera bangun dan memimpin tangan pakcik itu sehingga ke kerusi yang dia duduk tadi.

"Subhanallah! Kan bagus jika lebih ramai pemuda seperti pemuda ini"

Aku tersenyum puas. Walaupun aku tewas terhadap kehebatan pemuda tadi.

Malaysia masih punyai harapan. Pemuda-pemuda yang berakhlak tinggi, berbudi pekerti masih lagi wujud dan ramai!

Walaupun tidak dinafikan masih lagi ramai di luar sana yang memerlukan panduan, dorongan, untuk menjadi insan yang soleh dan solehah. 

Kita semua pelajar, dan akan terus belajar tanpa mengenal usia kita, pangkat kita, jawatan kita, dan siapa kita.


Wassalam



2 comments:

  1. KTM memang dah maju sekarang. Bagus brani menegur. kalu saya...kne latih lg. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita cuba mana yg kita mampu. Bertakwalah seupaya kamu. :)

      Delete