Assalamualaikum.
Menjelang hujung tahun, berpusu-pusu staf menyusun hari untuk dihabiskan baki-baki cuti tahunan yang belum terusik. Ibarat menyusun blok-blok domino, kombinasi manakah yang terbaik untuk mendapatkan gabungan jatuhan domino yang terpanjang.
'Domino effect'
Ada yang bercuti sehingga tiga minggu lamanya. Ditambah pula dengan cuti hujung minggu serta cuti Krismas.
"Rasa malas lah nak buat kerja. Bos-bos semua cuti, makin bertambah malas lah", keluh Emir.
Dia duduk bersandar, tangannya dilepaskan bebas berkeliaran ditarik graviti. Kelihatan seperti fikirannya jauh menerawang, melangkaui dinding-dinding pejabat serta pintu-pintu bersekuriti tinggi yang hanya boleh dilepasi dengan kad akses.
"Biasa lah, diorang bukannya ambil cuti sangat sepanjang tahun, ye lah lagi besar pangkat lagi besar tanggungjawab, lagi banyak kerja", Tajul membalas keluhan Emir. Terganggu konsentrasi dia yang dari tadi sibuk melukis di atas paparan skrin komputer.
"Hari ni aku nak balik awal lah. Bukannya bos tau. Bos pon tak ada. Staf department lain pon aku tengok keluar masuk office je. Kalau aku keluar, mesti diorang ingat aku ada urusan dengan supplier "
"Tajul, jom kita lepak di 'pantri' jap. Aku tengok budak lain lepak selamba rock je sepanjang masa."
...
Untung, di pantri macam-macam ada! Espresso, Milo, teh, kopi, susu, sebut saja.
"Hari ni aku nak try TehPresso la pulak", Emir berjalan menuju ke arah pantri sambil tersengih.
"Benda alah pulak TehPresso?"
"teh campuq Espresso"
Siap dibancuh, mereka duduk di meja panjang lokasi lepak petang mereka.
Kelihatan Azim berjalan laju memasuki pantri sambil memegang botol air tertera tulisan Herbalife.
"Zim! Awat laju semacam je jalan. Hang nak kejar flight ka?", Emir separa menjerit.
"Jom la duduk jap, mai secawan", Tajul menambah.
Terdiam sebentar, "ok biar aku isi air sky juice jap"
...
"Zim, hang nak join aku tubik awal tak petang ni. Aku tengok bos hang pon tarak. Boleh kita main bola petang ni. Dah lama dah aku tak main.", Emir cuba mencari teman.
"Ha ah la Zim, aku pon plan nak balik awal. Nak terbeliak dah mata aku pandang skrin komputer lama-lama. Dah la bos aku tak ada, buat penat je terlebih rajin.
"Jom la, jom la. Hehe"
Senyum Azim menampakkan giginya yang putih.
"Takpe lah, aku nak siapkan kerja sikit lagi tu. Tak sedap pulak kalau tak siapkan hari ni. Bos aku sebelum cuti dia dah susun siap dah kerja untuk aku. Bising pulak dia nanti kalau aku tak siapkan ikut plan dia"
Azim bangkit dari kerusi. "Wei, aku gerak dulu la. Dah tercapai dah hajat untuk bagi hilang haus ni."
...
Tajul dan Emir sambung berborak, hampir sejam mereka duduk di dalam pantri. Untung bekerja di syarikat yang dimiliki oleh orang UK, budaya kerja mereka berbeza dengan orang Jepun. Tiada banyak sekatan, tiada banyak peraturan, kebanyakkannya bergantung pada kepercayaan dan bersikap jujur.
"Dah dekat sejam dah kita lepak ni, jom balik ke meja. Karang ada orang 'report' pulak kat bos aku. Diorang ni bukan boleh tengok orang senang. Sikit-sikit nak mengadu. Macam budak-budak"
Kembali ke meja, Tajul membuka aplikasi yang membolehkan staf syarikat berhubung antara satu sama lain tanpa perlu bertemu secara fizikal. Sebagaimana aplikasi-aplikasi seperti Yahoo Messenger dan Facebook Messenger.
Di isi 'Azim' pada ruangan 'search'. Enter.
{Bro, jom la balik awal petang ni}
{Lama dah tak main bola skali}
{bos kau pon xde kan. Kerja tu esok boleh buat}
Kelihatan tertulis -Ahmad Azim is writing-
[Salam bro]
[Tak boleh la bro, 'Bos' besar ada]
[he he]
{Bos besar?}
{Maksud kau Beckham, Head of Engineering ke?}
{Alaa dia lagi la taktau kalau kau balik awal. Dia tengah meeting. Lagipun entah dia kenal kau ke tak}
[Bukan]
[Ada 'bos' besar punya]
[He he he]
{Krik krik betul lah kau ni}
{Ce cite ce cite}
[Allah kan ada]
[He he he he]
{...}
{K bai}
{Nak sambung wat keje}
No comments:
Post a Comment