Apa itu COMANGO?
COMANGO merupakan singkatan kepada Coalition of Malaysian NGOs (Gabungan Badan bukan Kerajaan Malaysia) yang terdiri daripada 54 NGOs yang kebanyakkannya berpendirian liberal dan anti-Islam [klik sini].
Perjuangan COMANGO
COMANGO memperjuangkan Kebebasan Individu (Human Rights) dengan bertopengkan 'Hak Asasi Manusia' berdasarkan definisi barat yang menuntut kebebasan mutlak dari sebarang pengaruh seperti agama dan budaya.
Antara rujukan utama yang digunakan oleh mereka adalah Universal Declaration of Human Right [klik sini].
Antara isi kandungan deklarasi tersebut adalah:
- Artikel 16 - (1) Lelaki dan perempuan dewasa, tanpa sebarang batasan samada bangsa, warganegara ataupun agama, mempunyai hak untuk berkahwin dan mempunyai keluarga. Kedua-dua pihak lelaki dan perempuan mempunyai hak yang samarata berhubung hal perkahwinan, dalam tempoh masa perkahwinan dan pada hal perceraian.
- Artikel 18 - Semua orang mempunyai kebebasan untuk berfikir, suara hati dan beragama; hak ini termasuklah kebebasan menukar agama atau kepercayaannya, dan kebebasan, samada secara bersendirian atau secara dengan orang lain dan secara terbuka atau bersendirian, menganuti agama atau kepercayaannya melalui pengajaran, amalan, pemujaan dan pemerhatian mereka.
Sebahagian daripada NGOs yang menyertai COMANGO dimana hanya 12 NGOs berdaftar secara rasmi di bawah ROS |
Adakah Islam menolak Hak Asasi Manusia?
Islam sama sekali tidak menolak hak-hak yang patut diperolehi oleh manusia sejagat, namun hak-hak tersebut perlu mengikut seperti yang terkandung di dalam syariat Islam.
Cairo Declaration on Human Rights in Islam 5/8/1990 [klik sini] yang terhasil daripada perbincangan oleh Pertubuhan Persidangan Islam atau nama lainnya Organisation of Islamic Cooperation (OIC) [klik sini] telah pun menggariskan panduan Hak Asasi Manusia menurut perspektif Islam.
Antara isi kandungan deklarasi tersebut adalah:
- Artikel 10 - Islam adalah agama fitrah. Adalah terlarang untuk melakukan apa jua bentuk paksaan ke atas manusia atau untuk mengambil kesempatan daripada kemiskinan ataupun kejahilannya untuk mengubah agamanya kepada agama lain ataupun tidak beragama.
- Artikel 24 - Semua hak dan kebebasan yang ditetapkan di dalam deklarasi ini adalah tertakluk di bawah Syariat Islam
- Artikel 25 - Syariah Islam adalah satu-satunya sumber rujukan bagi sebarang penerangan atau penjelasan untuk mana-mana artikel di dalam deklarasi ini.
Apakah tuntutan COMANGO yang berbahaya dan perlu ditentang?
- Perenggan 1 - Kebebasan untuk murtad
- Perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 - Menghalalkan seks songsang
- Perenggan 6.2 - Menghapuskan hak istimewa orang Melayu
- Perenggan 6.8 - Memaksa tafsiran perkauman menurut fahaman sekular barat
- Perenggan 9 - Menghapuskan Kesalahan Jenayah Syariah
- Perenggan 10.1.1 - Menuntut penterjemahan 'God' kepada 'Allah' oleh Kristian Katolik di Malaysia
- Perenggan 10.1.6 - Menuntut kebebasan beragama bagi ajaran sesat Syiah di Malaysia
- Perenggan 10.1.11 - Menuntut agar mana-mana ibubapa yang memeluk Islam tidak diberi hak penjagaan anak
Antara inisiatif bersama oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam menjelaskan bahayanya agenda COMANGO |
Sekiranya tuntutan-tuntutan oleh COMANGO ini berjaya dicapai, maka akhirnya akan wujudlah masyarakat yang Liberal dan mempunyai kebebasan mutlak tanpa sebarang batasan agama mahupun budaya.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Al-Baqarah: 120)
No comments:
Post a Comment