Mari ikut blog ini

Thursday, 10 March 2011

Perihal wanita dan stokin (dan lain-lain)

Salam,

Just a short entry that suddenly come out of the blue. Eh xde la blue sangat tapi selepas mendengar beberapa siri kuliah tidak berapa lama yang lepas.

Ada apa dengan stokin?

Adakah seorang wanita itu dihukum berdosa sekiranya tidak memakai stokin?

Bagaimanakah jenis stokin yang patut dipakai?

Bagaimana sekiranya pergi ke pasar ikan misalnya?Permukaan lantai semestinya basah dan memakai stokin semestinya akan mendatangkan ketidakselesaan kepada penggunanya.


Banyak kerja? Tak cukup masa? Jangan Stress

Salam,

Tidak dapat dinafikan stress adalah salah satu 'penyakit' yang common di dunia masa kini. Mengikut kajian, Stress adalah pembunuh no 2 selepas penyakit. Kemalangan pon kalah. So marilah kita menjauhi stress kerana kesan jangkamasa panjang maupun pendek adalah sama sekali tidak mendatangkan faedah buat kita.

Banyak sebab yang menjurus kepada stress ini. Berdasarkan pengalaman diri ini yang macam selalu la jugak stress, beberapa faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan tekanan ini adalah:

1)rasa tidak cukup masa/ tidak mempunyai waktu yang cukup
2)melengah-lengahkan tugasan yang diberikan
3)Apabila datang suatu bala/bencana/musibah secara tiba-tiba
4)Masalah hubungan sesama manusia
5)nafsu yang inginkan lebih dari apa yang dimiliki
6)Dikhianat/aniaya orang
7)Dan lain lain (cari sendiri)

Tuesday, 8 March 2011

Hi John! eh silap. Salam John.

Salam,

entry ini sepatutnya di lancarkan atau pon di-release semalam(hari Isnin) kerana ianya berlaku semalam namun akibat ketidaksempatan masa, aku pon mengambil keputusan untuk menulis mengenainya hari ini.

Jadi apa bendanya yang aku nak story nih?

Saturday, 5 March 2011

Hablu minannas (hubungan dengan manusia)

Salam,

Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudara kamu yang bertelagah itu dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu peroleh rahmat.
Al-Hujrat ayat 10
Sewaktu aku menghadiri satu kuliah di suatu tempat pada suatu ketika dahulu, teringat seorang ustaz pernah berkata. Banyak perkara akan selesai sekiranya kita mempunyai sikap mengutamakan orang lain.

Pada ketika itu, aku agak kurang setuju dengan kata-kata ustaz tersebut namun aku tidak menyatakan pendapat aku itu. Perkara ini sering bermain di minda aku sehinggalah pada suatu masa dibuka dan diizinkan oleh Allah untuk mendalami akan perkara ini.

A random thought

Salam,


When you had done 'something' on your own which should not be done single handedly, it is very likely that you will not even bother to think about that 'something' again in the future

Just a random thought.

Friday, 4 March 2011

Bagaimana syarikat yang menjual teknologi membuat untung?

Salam,



Sekadar perkongsian. Tiba-tiba terasa nak menulis mengenai benda ini.

Semua yang bakal anda baca adalah hasil dari pembacaan, pendengaran, perbualan, pendengaran, penyiasatan dan lain-lain.

Bagaimana syarikat-syarikat yang menjual barangan berkaitan dengan komputer menjana keuntungan mereka tanpa menunjukkan dengan jelas kepada pembeli/consumer bagaimana mereka mengaut keuntungan?

Tidak mungkin mereka akan mencipta suatu produk yang tidak tahan lama atau pun mudah rosak. Produk mereka pastinya tahan lama, menjimatkan elektrik, kelihatan bergaya dan lain-lain.

Wednesday, 2 March 2011

Jadilah engkau manusia yang kuat

Salam,

Pelbagai ragam, itulah manusia.

Kebelakangan ini banyak perkara yang berlaku. Ada yang melibatkan aku secara langsung, ada yang secara tidak langsung.

Terimalah sesuatu perkara itu dengan rasa redha. Marah pada pesalah laku, apa yang akan kita perolehi?

Tetapi jika kita mampu untuk memaafkan maka itulah yang lebih baik bagi kita. Tidak mahukah kita menjadi orang yang kuat?

Bukanlah orang yang KUAT yang mampu menjatuhkan lawannya… sebaliknya orang yang KUAT ialah orang yang mampu menahan dirinya ketika sedang marah.

Menurut Imam Al-Ghazali lagi, 10 punca menyebabkan sifat marah:

1) rasa bangga diri (sombong)
2) takjub kepada peribadi sendiri
3) suka bergurau senda yang berlebihan dan melampaui batas
4) suka bercakap perkara sia-sia
5) suka membuat fitnah
6) suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
7) khianat
8) tamak kepada harta dan pangkat
9) tidak dapat mengendalikan nafsu
10) emosi dengki dan irihati.

 Oleh yang demikian marilah kita mengawal sifat marah kita sebagaimana hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.