Mari ikut blog ini

Friday, 25 February 2011

Malaysia - Perth - Adelaide

Salam,

It has been awhile but it is never too late to re-blogging again.


1st time naik Airasia

Sewaktu di Malaysia, banyak entry yang hanya tersimpan sebagai 'draft'. Ada sebahagian yang sudah selesai ditulis namun aku tidak menekan button 'publish post' dan sebaliknya hanya menekan button 'save now'. Kenapa? Ada banyak sebabnya, mungkin kerana masih belum tiba masanya, mungkin kerana aku malas hendak menyudahkan ceritanya dan lain-lain.


Sunday, 6 February 2011

Nanti itu bahaya.

Salam,

Mengapa tajuk kali ini adalah sangat pelik. Perkataan nanti?

Mengapa aku memilih untuk berbicara mengenai 'nanti' ini? Ok. Mari kita mula bercerita.

'Nanti' adalah sangat sinonim dengan orang melayu, dan boleh dicop, melayu je mesti nanti. Nanti je mesti melayu. Apa yang pelik sangat tentang nanti ni?

Sebagai contoh, si ibu berkata pada seorang anaknya. "Abu, tolong pergi ke kedai Pak Kasim belikan santan sebungkus, ibu nak buat nasi lemak ni"
Si anak menjawab,"nanti kejap ye mak, sikit lagi nak habis game ni".

Kemudian apabila si anak tadi telah selesai bermain game, besar kemungkinan dia akan terlupa untuk membeli santan di kedai Pak Kasim. Disitu, si anak juga yang akan merasa kerugian kerana tidak dapat makan nasi lemak kesukaannya.

Tuesday, 1 February 2011

Ikhwanul Muslimin Bakal Menggantikan Kerajaan Husni Mubarak?

Salam,

Dipetik dari berita

WASHINGTON, DC – As protests in Cairo continue, attention has turned to the Muslim Brotherhood, the 83-year-old Islamist opposition group. Members of the long-suppressed organization have recently been arrested in the protests. The opinions of the Muslim Brotherhood are vast and varied, as beliefs that the group's sole motivation is to oust President Mubarak and bring peace to the country are contradicted by proclamations that the Brotherhood plans to take over Egypt and create an anti-American state. Here is a sampling of the current discussion and the questions everyone is asking.
  • What Is the Brotherhood's Role in the Protests?  

Bersangka buruk vs berhati-hati

Salam

Allah swt mengingatkan :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ
Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, ayat 12]

Ramai orang keliru mengenai larangan bersangka buruk termasuklah aku.

Dulu, aku berpendapat, memang benar bersangka buruk itu tidak baik tetapi bagaimana pula kesnya apabila kita rasa tidak senang dengan perbuatan seseorang itu?