Mari ikut blog ini

Monday 6 September 2010

Flashback: Zaman muda-muda aku

Salam,

Sejak kecik2 lagi aku dah mmg minat dengan benda berteknologi ni, macam komputer, phone canggih2, keta, robot dll. Tapi time kecik2 dulu aku byk ikut abang aku, dia buat apa aku ikut. Dia main game apa aku ikut. Dia pergi mana-mana pon aku nak ikut. Teringat lagi ada sekali tu, time raya rasanya. Maybe time tu abangku dah tension sgt, aku asyik ngekor beliau kemana sahaja beliau pergi, pastu beliau marah aku. Dia nak g raya rumah kawan dia, aku nak ikut, pastu dia xbagi.

Rasa seperti dunia telah berakhir, aku hilang arah tuju. Xtau nak buat apa, xtau nak pergi mana. Mak aku pon kesian tgk aku.





Pastu semenjak benda tu aku mula belajar untuk berdikari, sedikit. Mula explore things on my own accord. Dah xikut beliau g mana2, aku mula belajar untuk rapat dengan kawan2 sekolah. Rasanya darjah 3. Barulah aku meningkatkan proses penghasilan kawan.

Ok back to the main reason of this entry. Aku mula belajar untuk mendalami ilmu komputer ni time sekolah menengah. Sebab apa? sebab time tu aku dah mula menjadi gamers. Ingat lagi time f1, tiap2 minggu, kalau boleh tiap2 hari, pergi rumah kawan sorang ni nak main xbox. rumah dia ada la dalam 3-4 km jauhnya, tapi sanggup aku berulang-alik tiap2 pagi semata-mata utk bermain game. oh jahilnya!

F1-f2 kat bangi sekolah sesi petang. start dlm kol 1 kot. jadi pergi rumah member ni dalam kol 8, balik kol 12.30.aha

Bila sampai rumah tu mula la kelam-kabut, nak mandi, iron baju, masak nasi, makan nasi(kalau sempat), sidai baju. Pergh, mmg hectic la. bkn sbb hidup ni busy, tp sengaja melengah2 kan sehingga ke minit2 yg terakhir.

Itu form 1.

Masuk form 2, abg aku ni form 3. Dia sekolah sesi pagi. Jadi kerja2 yang dinyatakan diatas aku yg fully buat. Sebelum ni buat dengan dia. Tapi time ni dah malas sikit nak g rumah kawan yg ada x-box tu, dah berkawan dengan kawan2 sebaya di kawasan perumahan. Tapi ni pon xkurang teruknya. tiap2 pagi g cybercafe (cc) yang hanya letaknya di belakang rumah. (Ni la rumah Faisal (bangi/ex-Adelaide/SQ). Ayah dia ni pon gamers/computer technician dan seangkatan dengannya. Main berjam2, duit belanja mak bagi abis kat situ je. g skolah xmakan, simpan duit utk main cc esok harinya. Bijak betul, sanggup simpan duit utk main cc. Kalau xmain kat cc tu, pergi jauh sikit ke seksyen 4 tambahan (dalam 1-1.5 km), cc yg bernama Farhan IT Terminal. (igt lg tuh, pergh). Sekarang dah tutup akibat xlaku. Komputer kat situ laju, dan mantap, utk zaman itu.

Cuba teka apa game remaja2 yg rosak akhlaknya (termasuk aku) ketika itu, yg famous kat cc?
CS or counter-strike.

Satu game yang dahulu menjadi suatu kegilaan zaman muda mudiku


Time tu mmg expert dah, selamba main 1 on 3. Aku sorang, lawan member 3. Selalu menang pulak tuh. (memang dahsyat r ketagihan ketika itu). Lagi2 mak aku kerja cikgu sesi pagi, jadi xde sesiapa yg pantau aktiviti kat rumah. Ada jugak tiap2 minggu main sorok2 dgn member. Dalam dekat 10 orang, main sorok2 kat rumah aku. (kurang siuman kan?). Antara lokasi faveret adalah dibawah katil, dalam almari, luar sliding-door, sebalik pasu, bawah selimut dan lain lain. Kawasan larangan adalah bilik parent. Pelik btol bila pikir sekarang, camne la boleh layan main sampai berjam2. tiap2 minggu lak tuh. Dah la tempat sma, rumah yg kecil, xbusan ke?hurm.

Itu la antara faktor2 membawa minat ku terhadap game, teknologi dan komputer. sebab lagi canggih teknologi---> lagi canggih komputer--->lagi best game!. Pemikiran budak2.

Seronok, tetapi sangat jahil.

Kegiatan diatas telah berhenti/berkurangan bila masuk f3.

Sebab apa? sebab sekarang sekolah sesi pagi. Jadi aktiviti harian akan dipantau oleh mak ku.
Pastu dalam hidup sebagai pelajar biasa, sekali mak aku kenalkan dengan sorg cikgu ni. Cikgu yang akai die gila2 sikit. Waktu tu status dia bercerai. Ada sorang anak. Nama glamer cikgu pejal (faisal, bkn pejal, saja ja tu).

Pemikiran diorg mmg amat masuk dengan anak2 tuition beliau. aku pon masuk tuition dgn dia. Start tgh thn f3. Dia aja semua subjek, (itu apa yang dia cakap).bayaran xigt brape, tp fix. Dia guna rumah dia sbg lokasi tuition. Time 1st day aku dtg, xtau mane satu die. sebab yg tuition kat situ ada beratus2 peringkat umur. dari sekolah rendah sampai budak U. gila kan?aha. pastu dia ajar sume sekali gus. hebat x hebatnya dia. Waktu tu rambut dia panjang, jadi aku x expect cikgu utk jadi begitu. (btw dia bukan cikgu yg bertauliah sebenarnya). Tunggu punya tunggu dalam tu, utk satu ari suntuk. xbuat apa2.aha.pastu balik gitu je. jarak dari rumah dalam dekat 1 km.xsmpi pon.

Lepas tu mula la moto baru ku: tuition ku, hidup ku. Mula rapat dengan kawan2 baru. Network meluas, perbagai ragam. pastu terbentuk group2, atau geng2. aku ada satu geng, bertiga. Ahlinya adalah aku, Anaz lutfi (ke lufti?) and Zul Syahmi Zaman. Zaman ni lagi syaitan, gila2.

Ini SMKJ3


Ok start dgn yg the least syaitan aktiviti.

Aku g tuition ni tiap2 hari, tiap2 waktu free. Dia xde specific time, and skema macam tuition2 lain. Ramai org yg masuk tuition ni endup berhenti, sebab xproper langsung. Tapi aku suka, sebab bebas. bila nak dtg, bila nak balik, bila nak blaja, bila nk tido, dan lain lain. Kalau aku merajuk dengan mak aku, aku lari ke tuition. Macam student yg bgs kan? pastu mak aku dah biasa dah, bila aku xde kat rumah je mesti kat tuition. die akan dtg ke tuition pickup aku.
Tiap2 minggu, hari2 tertentu cikgu Faisal ni akan meninggalkan rumah nye, utk pergi mengajar tuition die merata2, bersepah2, tempat di Selangor.

Antara tempat yang aku igt (sebab famous) adalah TKC (Tungku Kursiah College), RMC (Royal Military College), sekolah2 lain yg kurang famous,rumah2 manusia biasa, orang kaya, orang kurang kaya, dan lain2. Geng yang slalu mengekor cikgu Faisal xlain dan xbukan adalah kami bertiga, sebab kami paling selalu ada kat tuition tu. Kalau sehari xde je, mesti orang pelik.

Sebab tu aku tau TKC, kalau xknfem2 xtau. Sekolah tu ahlinya semua perempuan. Jadi kami pon berkelakuan sedikit baik ketika Cikgu Faisal sedang mengajar studentnya. ada dalam 5 org kot. xigt. Pastu, selalu jgk die tinggal kitorg kat celah2 mana tah kat Selangor ni, pastu beberapa jam kemudian datang kutip balik. Kadang2 tu masjid, rumah orang mana tah, kedai makan, dan byk lagi. die juga suruh kitorg bawak buku2 latihan yg die bagi, so boleh buat time die tinggalkan kitorg bertiga. Igt lagi, time kat kedai mamak, org lain makan, kitorg buat latihan. Malu jugak la time awal2 tu, tp bile dah slalu kene cmtu, dah xheran dah.

Selalu jugak, bila ikut dia ngajar tuition kat rumah org, kitorg buat la kerja masing2. Pastu then abes tuition tu, mesti tuan rumah akan masakkan lunch. rasanya mmg cikgu Faisal sengaja pilih masa tu kot, beliau ni bijak bab2 berjimat nih. kesian makcik tu, tiap2 minggu kene masak utk kitorg. Pastu bila die nak kutip kitorg lepas die dah tinggal lama, die xkan berhenti kereta. Mula2, kereta tu die pusing2 dkt area tu dkt dgn kitorg, bg kitorg nmpk kot. Then bila kitorg mula bergerak ke kereta tu, dia akan mula laju sikit. Bila kitorg lari, die laju lagi. Saja je pekena kitorg. Ada masa2 tertentu, kami masuk dalam keta ikut tingkap la,melompat. xpon pon, die bukak pintu, pastu suruh lompat. extreme x extreme nye kami time tuh. fuhh!

Ada jugak pada satu2 masa, kereta beliau (proton saga) menyumbat sehingga 15 org. hahaha. Atas bumbung, bonet, dan kat dalam. Memang gila2 punya level, kalau org awam tgk mmg pening dorg.

Malam2, Bdk2 tuition ni pon slalu tido kat situ, especially time ujung minggu atau time cuti. jadi bila dah tido situ, konfem2 dah xde orang nak dok pantau. die pon slalu tergolek atas katil, dalam bilik sambil tgk Astro die sensorang dlm bilik. (kadang2 join jgk die). Keluar bila die nak je. And slalu jgk die kuar rumah, xbgtau g mane, selama berhari2 xbalik. pintu rumah xpernah kunci. Die ada sediakan beberapa tilam, jadi kitorg tarik bawak turun tingkat bwh, pastu tido ramai2.
Ok, ni masih agak normal lagi.

Kita up sikit lg. Time memalam ni, slalu mengantok, busan, dan macam2. So slalu tiap2 malam akan g Seven-E utk membeli makanan seperti roti berkrim, maggi cup, gula, coklat , air gas botol besar, dan lain2. pastu kekah ramai2. Cop2, lepas beli tu xterus balik.
Cuba teka g mana?

haa!

g CC. Time ni cc Farhan yg kat seksyen 4 tambahan dan bukak branch berdekatan dengan tempat tuition tu. cc ni 24 jam. mmg tiap2 malam dok berkerumun la dak2 yg rosak akhlaknya disitu. Aku pon dapat byk kawan yg xsihat kat situ. Bila ada peluang je kami akan dok main kat cc tu sampai pagi. Oh sebenarnya cc tu tutup jat dalam 2 jam (6pagi-8 pagi). jadi dr tgh mlm smpai kol 6, kami main CS. Gila x gilanya disitu. ~Zaman remaja~ Kalau xde kat tuition, ade kat cc, xpon ade lepak2 kat luar cc dgn budak2 lain. Dari bdk skolah hingga pakcik2, sume aku buat geng.

Alhamdulillah xdevelop tabiat hisap rokok.

Ada beberapa kali, cc tu kena serbu dengan polis. Sebab dapat aduan dari rumah2 sekitar, bising sgt. Walau pun diorg ni berlesen (cc tersebut). Rempit2 pon lepak situ.

Time kalau ada polis ni, aku mmg cuak gaban r. yela, kitorg dah la underage, and tanpa pengetahuan parents. Bila kene serbu je, mesti lari lintang pukang balik tuition. Kalau sekali sekala tu cikgu Faisal sedar kitorg keluar g cc( which is very rare), dia akan lock pintu die sebagai hukuman. jd kitorg xleh balik. Kalau nk balik rumah lg la xleh, nak mati?kantoi dgn parents.

Jadi kebiasaannya kitorg akan insaf sekejap dan g tido kat surau. Dan bersolat subuh secara berjemaah disurau (sbb kene paksa dgn tok imam)

Kat bangi ni byk sgt cc. Kadang2 kalau cc Farhan ni penuh kitorg g cc lain, jauh sikit, ada la dalam 100 meter. ada 4 cc dalam radius 300 meter kat area tu. dahsyat!

Ada satu malam ni, kitorg tgh seronok bermain. Sekali tiba2 si Anaz ni macam cuak2, resah2. pastu ttiba die kuar dari pintu cc tu. aku ikut la, skali nmpk parents die. gulp, Warning level 5. Kantoi! pastu kene la leteren dari mereka.kat situ jugak. pastu balik ke tempat tuition, parents die masih menunggu. Sambung lg lecture utk setengah jam. pot pet pot pet. Niat asal parents die nk buat lawatan mengejut kat tuition, diorg bwak roti canai.byk. skali sampai tmpt tuition, kosong? mane x nye, meletup r dorg.hangin satu badan. Dah la time tu dalam kol 12 malam.

Ada jugak masanya, kalau dah byk sgt mak2 dan bapak2 buat aduan, cikgu Faisal akan bawak keluar pedang dia (rotan). Pastu sorg2 die panggil, kena sebat. Ouch, berbekas. Last for a week, or two.

Pastu f3 kan ada exam besa, iaitu PMR. dalam dekat bulan 10 kot (sebulan sebelum PMR), baru cikgu Faisal paksa kitorg pulun. Caranye senang je, buat latihan beratus2 kotak buku. Contoh, subjek sejarah. Ada la dalam dekat 30 buku latihan aku buat, dah tiap2 ari mengadap. jadi lancar je jawab. Soklan pon objektif, style pon lebih kurang. Jadi macam dah hapal dah jawapan. Semua subjek buat cmtu, selain english, pendidikan Islam, dan BM. Aku de tuition BI dgn cikgu lain.
Maybe sbb tu kot PMR dapat 6A, 2B. Cuba teka B tu apa>? PI dan BM. (walaupun mak aku cikgu BM).

And also aku pon tuition BM dengan mak aku. Tapi kalau dah tuition dengan mak sendiri tu, mmg susah r. tergedik2 la aku. ada sekali time tgh tuition, aku g gunting rambut dgn abang aku. haha. mak aku pon xleh nk wat apa la. Abes masa cmtu je. Ada dua kwn (rapat time f1-f2 sbb g cc skali) yg tuition BM skali.

Tu la antara zaman yg paling extreme aku. Ada lagi, tapi xnak cite sekarang. Maybe simpan dulu.

Ini JESS


Masuk zaman sekolah menengah atasan. F4-f5. Dapat masuk mrsm. Tapi sempat sekolah di sekolah mak aku mengajar (SMKJ4 atau name glamernye JESS) selama sebulan. Kami geng bertiga ni, dapat masuk JESS. tiga2 kelas sama. aku dok sebelah Anaz kot, kalau xsalah. xbyk memori pon kat skola tu, sebulan je. Awal thn tu, mcm br dlm seminggu skola, aku dan kwn baru sekolah keluar sama2 g Warta (sekarang Bintang) utk main bowling. And aku pon bercadang utk beli Enset. Xpernah lagi ada enset time tuh. And aku, yg mmg minat teknologi dan game, telah memilih Nokia N-GAGE yg pada ketika itu famous sbb boleh install applications dan main games.

Mahal woo enset tu, dalam RM800 lebih. menggunakan duit koleksi dari pakcik2, makcik2 sedara hasil dari 6A PMR, dan sedikit tambahan dari makku, berjaya membeli enset tu. Sampai sekarang ada lagi, tinggalkan kat adik aku. Ada masalah dgn battery, xtahan. selain tu, orait lg. Enset Nokia ni slalu mcm tu, prob battery.



Lupa nak ckp, dulu time sekolah menengah rendah hujung2 minggu slalu g main bowling dgn kawan2 di kejiranan. sanggup naik bas g warta. wpon aku benci naik bas. kalau kaya sikit, naik teksi.

Waktu tu, N-GAGE is my pride. bangga, sampai tiap2 ari bawak g skola JESS tu. Seb baik xkene rampas, (menggunakan privilege sbg 'anak cikgu').

Then around 1 month later, dapat surat dari MARA mengatakan layak masuk MRSM. 1st batch.
MRSM Kuantan/ Kuatagh/Q-tan. Di takdirkan, aku dan Zul Syahmi ni dapat masuk MRSM yg sama. and si Anaz ni xdapat. pergh, sedih jgk waktu tu. Kalau time f3, aku g skola naik beskal, park kat rumah Anaz, sbb dekat dgn skola. pastu jln kaki, sambil usha pengawas2 perempuan yg bertugas( dia ajar), beliau ada minat sorg minah ni. Aku masih igt lagi ni Anaz!hehe

pastu time F4 die pulak park beskal kat rumah aku, jln kaki sesame g JESS. Pastu sampai waktu yg ditetapkan, aku pon transfer ke MRSM. And bberapa bulan kemudian si Anaz ni dpat offer utk MRSM Transkrian di P.Pinang. 3rd Batch kalau xsilap. Ok skip intro kat MRSM qtan ni. xbest pon.

kita masuk bab2 yg jahat sikit. Kat sini la mula digelar dengan gelaran 'BANDU' ni. Sebabnya tidak mahu diceritakan, atas sebab2 peribadi.

Kat sini mula develop minat pada satu game ni, Defense of The Ancient (btol ke) atau name pendek: DOTA.
Macam mana minat boleh bercambah?akibat habit pergi ke cc sejak sekolah menengah rendah. Jadi week 1st skola je dah g cc. (walaupon peraturan kat MRSM (informal, ditetapkan oleh seniors) xleh g CC, kecuali dgn izin khas). Pastu buat geng, yg ada minat yg sama. Dari situ, tiap2 kali outing je msti g cc. Bagi yg xtau outing tu ape, beliau adalah aktiviti keluar dari MRSM pada ujung minggu (time tu bole keluar (legally) hari jumaat, sabtu ahad) utk membeli/pergi mana yg patut. Awal2 tu masih baik lagi, keluar je mintak izin. Dapatkan sign warden. Pastu dlm 2-3 bulan, dah malas dah. sistem ni xefficient langsung. Warden2 ni susah nak cari, mcm main sorok2. pastu, bila dah jumpa, xsemestinya dapat kebenaran. Sekali dua kali, xdpt sign. Frust.

Then mula keluar tanpa sign. Fly waktu siang. Tp cari baik, ikut pintu belakang. Time tu ada dua gate besa, yg terbuka. Xtau nape sekolah bijak sgt bia gate ni terbukak. senang2 je nak fly cara baik. Tp gate ni tutup waktu malam la. Pastu bila dah ketagihan main cc, mula fly yg sebenar. panjat pagar, redah lubang, potong pagar (ni aku xbuat, aku hanya gunakan kemudahan yg disediakan), panjat pokok, panjat pintu, panjat dinding. Slalu je terserempak dgn pak guard, tp seb baik die dua. jadi bila kene kejar, boleh lari sepantas kilat meninggalkan beliau. Lorong fly pulak ada byk. Ada yang kene cross padang bola dulu, pastu lalu ikut longkang. Yang dekat sikit, dekat dengan asrama. Panjat pagar, atau masuk lubang. Tapi yg ni seram sikit, lalu hutan sikit. panjang lak tu laluan hutan. seram.


Ni gambar baru, time aku sekolah dulu xde macam ni.


Ada la kdg2 terserempak dgn lembaga2 atas pokok. Tp cc punye hal, wa redah jua.:D
Pernah skali (ok bukan skali, slalu jgk) aku fly sorg2 ikut jln utan tu. pastu sorg member ni tnye, time tu die dah kat cc, " aih, bila kau datang?datang dengan siapa?". Aku dgn selambe badak je menjawab:" baru je sampai, dtg sorg. Dah korg gerak dulu". Pastu die buat muka mcm beruk (terkejut), "kau bia btol. kau xtau ke laluan hutan tu keras sikit?".

Haah kan, selama ni aku menjalankan proses peng-fly-an sorg2, xpikir pon bende ni. Pastu lepas tu aku jarang dah fly sorg2, selalu pakat2. pastu dalam line tu, aku dok tgh2. xnak dok depan skali, atau blakang skali. Cuak beb! Cuma skali skali desperate sgt, tgn dah ketar2 nak tekan keyboard, baru aku terbang sorg2. Hah! masa ni la yg dok terserempak dgn lembaga. Padan muka hang bandu!

Ada juga masa2 tertentu, berubah angin, g main snooker/pool. Kat beserah (check google kalau nak tau). Melalui jalan tok Sira kot kalau xsalah. ada la dalam sejam jugak kot nk smpi lokasi (sebab slalu jln slow2, mkan angin, dan lalu jalan jauh dari jln besa utk mengelak polis/warden roda). Jalan tu di explore oleh mmbr sorg ni yg bernama Rusyhdi, atau pon gelaran lain, mat ganja.

Beberapa kali setahun, kami pelajar2 MRSM akan buat event besar2. Iaitu fly beramai2 ke TC:Teluk Cempedak. Ini memang lokasi fly berjalan kaki paling jauh. Dah xigt dah jln ke situ. ada la bberapa jam kot nak smpi situ. gerak mlm2. pastu lepak dok tepi pantai. Ada budak2 ni yg gila2 sikit, suka g naik jambatan yg menuju ke dlm hutan utan utk menyergah pelaku2 maksiat. TC ni terkenal dgn aktiviti maksiat nih. Aku xikut slalunya, pernah skali je ikut. Seram woo jalan tu, lagi2 time malam. masuk dalm hutam.huhuhu. Selalu kalau g, dok amik2 gambar atas batu, borak2 cerita hantu dlm bulatan, sebagaimana yg dilakukan oleh pelajar lain yg agak normal.

Biase time baru lepas exam, blok asrama lelaki mmg obviously kosong. Kalau warden dtg check masa ni konfem kantoi, and mmg slalu pon kantoi kosong. Kitorg akan fly beramai2 ke bermacam2 lokasi seperti Big Mug, cc, snooker, city Kuantan, atau pon sesaje tido hotel ramai2. Xde keje punye pasal. Kalau lepak Big Mug, slalu mkn nasi lemak. sedapnye xterkata. selalu mkn 'double', nasi lebih, sambal lebih, tambah telur dan lain lain. Pastu biase kalau g Big Mug ni, kalo bdk2 yg xfly time tu tau, diorg akan kirim. Pernah skali tu mmbr aku sorg ni(sian dia) dikirimkan dgn byk skali order. Die angkut 2 plastik besa, penuh dgn polisterine. Ada la dalam 20 lebih polesterine. Camne tah die buat, angkut bende tu sambil panjat pagar. Aku perasan pon bile nmpk die dok termengah2 kat tgk 'cover-walk' ke blok asrama lelaki. aku pon tolong die mengagihkan makanan tu.

MRSM ini memang klasik


Time fly ni jgk, slalu terkantoi dgn warden. Tempat yg slalu kantoi adalah cc dan Big Mug. Dua lokasi feveret. Selalunya , kalau kantoi, warden ni suruh panggil balik je. Sebab die dah malas nak ambil tindakan. Kebanyakan warden sporting, cuma diorang anti kalau budak2 sap kok. mmg akan masuk JDM (mahkamah MRSM, xigt stand for what) kalau kantoi. Aku masih pegang rekod bersih xpernah masuk JDM, hoho. Tapi ada sekali tu hampir masuk, time tu tgh menjalankan operasi fly besar2an. And waktu tu ketua warden baru yg dilantik. Die ni semangat sikit, die dok ronda2 kat luar. Time tu tgh syok main dota, pastu nmpk mamat warden ni tgh menangkap nangkap member2 seperjuangan aku yg berada di row komputer dihadapan. Aku, alamak! slame ni xpernah terserempak dgn warden yg sorg nih.slalu warden lain. Aku pon siku mmbr kat sebelah, "Zulai2". (Kalau xsalah nme die kot). Tapi time tu buat kesilapan yg besa. Kat cc tu (Orange) bole mintak open pc dulu (post paid), main dulu baru byr. baru puas main.

Apa kesilapan yg aku wat? aku g berhenti kat kaunter depan pintu dulu utk byr. Baik la pulak time tuh, dah terbiase. Patut cabut lu, dah reda baru balik. Tokey cc pon dah kenal, jadi no hal. Sebab tu la kot kantoi dgn si Zulai ni. Sejam kemudian bila dah reda aku pon balik ke MRSM dgn mmbr2. Pastu tiba2 ada roll-call. Aik? pelik jgk. time tu f5. f5 mane kene roll call dah. Buat roll call ade la. Rupa2 nya Warden2 yg buat. Semua f4 and f5 dipanggil, dok kumpul kat kawasan morning call, iaitu court Basketball dan takraw. Ade la beberapa jam kene dok situ. Si Zulai ni dok panggil name sorg2 dari A sampai Z++. Die ni baru, jd xknal nama bdk2 ni lg. Tp mata die power, die cam muka. Jadi bila die panggil nama, and bdk yg bgn tu dah terkantoi dgn die, siap r.

Aku pon xterkecuali, bila nama dipanggil. Aku terus bangun, then join group yg dan kantoi, duduk seblah group selamat. Xyah pergi mengadap dia dan tunggu dikantoikan, sbb aku rasa aku mmg da kantoi.hua hua.

Igtkan esoknya nak masuk JDM da(Abes rekod bersih aku), tapi mybe sebab ada dlm 100 lebih org kot yg kantoi. Jadi die xsanggup buat kot.hehe. Maybe die mark dulu kot.

Time f5 ni jgk, ada satu konspirasi besar yang berlaku. Sampai sekarang aku masih xtau apa sebenarnya yang berlaku.

Satu malam ni, ada sekumpulan bdk2 ni g r masuk ceroboh Library, sbb dlm library ada komputer, and ade internet. Pastu tah mcm mane, ade bdk2 report kot ke cikgu2 and warden. Then Warden2 set trap. Impressive jgk, bile aku pikir.

Malam kedua diorg2 ni nak ceroboh masuk library ni, mudah je. pintu xberkunci. kire xde hal la dorg nak masuk. diorg ni pon bijak, g tinggal selipar kat depan pintu. And mybe xterfikir kot masa tu, mybe igt ade org trlupe kunci pintu ke, ape ke. sedang asyik dorg guna komputer, pastu salah sorg dari dorg jerit. KANTOI!warden2!. Abes lintang pukang dorg sume ni lari. Tapi sebab dah ade warden ni guard pintu, satu2nya jln keluar, diorg xleh lari keluar. Dok menyorok kat dlm tu. Dgr2 dari bdk2 yg tau ttg kejadian tu, diorg ni semua dok nyorok kat tandas laki. Sorang ke dok nyorok kat tandas ppuan. Bijak x?aha. Beliau adalah pok Nik, my classmate. Pastu semua yg nyorok dalam tandas laki ni kantoi, dan di tangkap. Bawa ke balai polis kot malam tu, xigt. Tapi time diorg dibawa keluar, ada sepasang selipar tertinggal. Warden2 ni dok tnye ni selipar sape?tp dgn ukhuwah yg kuat diantara mereka ni, diorg xjawab. Maka terselamat la si Pok Nik ni.



Tapi ni bukan konspirasi yg aku nak citekan. Konspirasi adalah ttg sorg mmbr aku yg namanya Umar. Ada ramai warden yg bengang dgn die ni, aku xtau npe. Lepas dah kantoi, beg2 dorg digeledah, disiasat. Sekali ada pulak satu disket/cd yg berisi porn. Hush?berat ni. Pastu bila aku tnye Umar tu, die dok nyumpah2 satu cikgu ni kate cikgu tu yg masukkan disket/cd tu dlm beg die. Dia xpernah pon buat keje tu. Aku xtau apa yg terjadi tu btol ke x, cikgu tu aniaya dia atau mmg perlakuan dia. Sebab tu dipanggil konspirasi (btol ke?).

Pastu diorg2 ni yg kantoi ni (semua dah selalu keluar masuk JDM) pon telah dinaikkan satu level. Masuk JDRM. kalau JDM tu mahkamah majistret, JDRM tu mahkamah tinggi. Judge die orang2 peringkat pusat. level satu Malaysia. dahsyat x dahsyat nye crime diorg tu. Dan konfem2 la diorg semua guilty dan dijatuhkan hukuman buang sekolah, kecuali pok Nik ni sbb die selamat.
Semua bdk ex(iaitu golongan yg masuk MRSM dari f1, xkisah dari MRSM apa). MRSM qtan time tu utk f4-f5 je.

Hah! satu lagi peristiwa ketika di MRSM. ni undur balik satu tahun. form 4. Awal thn. Bdk2 ex ni kebanyakkan bdk pantai timur, and diorg rapat dgn gangster2 f5 yg juga kebanyakkannya pantai timur (kelate,ganu). Bdk2 ex ni mark budak2 yg diorg xsuke, kumpul2 and list sampai ramai. Then dalam tgh thn kot, peristiwa ni berlaku. Semua2 bdk2 government(bdk yg masuk MRSM f4) yg diorg xpuas ati ni dipanggil dan dikumpulkan dalam satu bilik. Blok H, bilik 1 kalau xsalah. Aku pon xterkecuali. Kena panggil jugak. Igt lagi, bdk ex yang panggil aku namanya gelarannya fiji. tah bila tah die xpuas ati dgn aku, selama ni baik je (atau mungkin dia buat2 baik).

Aku dan budak2 lain sume dikumpulkan. Kitorg disuruh duduk. Pastu si fiji ni la, xtau pasai pa. Dok tuduh2 aku curi enpon die, ke enpon sorg bdk lain. Aku mmg blur abes la, sebab aku xbuat. Mmg malam tu dah fikir hospital dah. Pastu peristiwa ganjil berlaku. Sorg bdk ex ni tarik aku keluar dari bilik tu, die ni antara org yg berpengaruh. tapi si fiji ni macam xpuas ati, die xbagi. tp bdk2 f5 lebih rapat dgn mamat sorg ni, nyet org panggil die. jadi aku dibawa masuk ke satu bilik, berdekatan dgn bilik 1 tu td. Kiranya dalam bilik tu, aku slamat la. At least, for the time being. Pastu dalam 3o minit lepas tu aku dgr bunyi bising. Ktang2, Ktung2,Kting2. Bunyi bende pecah, locker (almari besi yg sume org disediakan dgn 1) kene ketuk2. seram gile time tuh.

Pastu dlm beberapa jam, reda dah bende tu. Tapi aku xtggu sampai abes bnde tu, dalam sejam gitu si nyet ni bawa aku balik ke dorm aku. Aku pon tido seperti xde pape berlaku mlm tuh.
Esoknya, time morning call. Aku nmpk la salah sorg bdk yg dipanggil malam tu. Nampak bahu dia jatuh, nnt beberapa lagi tanda2 lain kene pukul. Pastu ade sorg ustaz (warden jugak) tnye, knape. ape yg jadi. Kawan aku ni nama dia katik, die xjwb. ustaz bwk die g ospital utk bedah siasat. pastu didapati tulang bahu die retak, xpon patah, dan beberapa lebam2, atleast thats what i heard. Pastu sah2 la, warden xdok diam. korek punye korek, sume yg terlibat malam tu dipanggil, bawak g balai polis. aku terkecuali. Alhamdulillah.

Diorg ni, sama ada yg memukul atau yg dipukul, semua kene tido lokap. Xigt brape hari. 2 malam kot. Dgr dari mereka2 yg kene pukul ni(mmbr2 aku) lps balik dr lokap, diorg ni sume dipaksa pakai boxxer (seluar pendek) yang disediakan kat lokap tu. Dah la busuk, entah dah brape org pakai, and tah basuh ke x. Pastu yg klaka nye, polis ni suruh bdk2 ni berumbuk dlm lokap ni. Salah sorg kwn aku, Dzul Fahmi aka Nipon, rasanya org pertama. die dipasangkan dgn sorg senior xigt sape.pastu polis ni suruh die tumbuk senior ni, and senior ni xdibenarkan utk elak. si Fahmi ni tumbuk la gegitu je, igt polis tu main2. Pastu hambek, polis tu yg tumbuk die sekuat hati. Pastu ckp," kau xreti tumbuk ke?tumbuk mcm pondan". Pastu barulah berlaku aktiviti pertumbukan yg meriah selepas itu. And diorg ni jugak disuruh jalan itik la kat dlm lokap tu, and kalau xsalah diambil gambar (laa mcm yg korg slalu tgk dlm tv, org yg masuk penjara pastu gambar diambil sambil memegang kertas bernombor). Macam artis.ahak.

Pastu diorg pon pulang. Semua geng yg memukul tu dibuang sekolah, dan bdk2 yg kene pukul diberi pilihan utk stay atau pindah skola. Ada yg g MRSM Balik Pulau; si Katik,bdk bangi, Serting, ada yg balik skolah harian; si Nipon ni, dah la bdk bangi jgk. Sorg lg xigt, org panggil die John, nama dia Elias. Cuma sorg je yg decide utk stay, iaitu Firdaus aka Cho. Cho ni jgk lah, kalau aku xsalah, yg mintak kat nyet diatas, utk tarik aku keluar dari bilik pemukulan itu. THANK YOU la Cho, kau memang sahabat dunia akhirat aku! Terlepas aku dari kegiatan yg xdiingini itu.

Tapi bila kami dah masuk F5, bende2 ni dah xberlaku dah, at least not to us. Sbb bdk2 ex ni pon mybe dah xde seniors utk backup diorg. Diorg ni pon golongan minoriti je sebenarnye. Kitorg pulak dok buat kat juniors. Mmg best la pekene bdk2 juniors. Tp aku xterlibat la dlm aktiviti ganas2. torture sikit2 tu ada la. Antaranya, suruh diorg tiup mentol lampu sampai padam, buat post menunggang moto, then bubuh tong pemadam api yg berat gampang tu atas die utk tempoh yg lame. Ada jugak time busan2, time xtau nak buat apa. saje panggil bberapa bdk juniors masuk bilik. Aku pon join je. Salah sorg dak junior yg aku igt, nama dia Meor. Mamat ni paling kesian. Die disuruh buat huruf A sampai Z guna badan die. Bayangkan. hahaha. dah la budak2 ni buat video. Aku dok terbahak-bahak gelak waktu tu. Tapi igt,aku xde pon terlibat secara langsung dgn perkara2 ni. aku just join tgk je, sbb klaka.hehe

Banyak lagi benda yang berlaku sepanjang zaman persekolah, ada yang klaka, ada yg sedih, ada best, seronok, happening, ade yg menyakitkan.

Tu sume masa silam, tapi benda2 ni la yg akan diingati bila dah besa nnt. bila nak cite kat anak2 nnt.iA kalau sempat, diizinkan Allah utk berkahwin dan beranak.

Benda2 ni yg mencorakkan kehidupan, xdelah nnt bila nk cite kat org, plain je.Bosan. Yes, mmg, mmg sume ni xbaik. Jahiliyah dan janganlah dijadikan tauladan. Just for sharing. My past experience sebagai budak sekolah. Part of it, yg rasa macam nak tulis kat blog. hehe

4 comments:

  1. adeih panjangnya. sebaik harini xramai patient, boleh la baca autobiography anda ni. panjang2 ni nak conclude camner? Nizam cadang satu word je untuk summary

    uninstall

    nicely written. all the best for future undertakings or in other words kahwin dan beranak pinak

    ReplyDelete
  2. part last xtahan "diizinkan allah utk berkahwain dan beranak" --> beranak ke?? hehe.. =p

    cerita y menarik..xpenah tau pe y jadi kat hostel lelaki sbnrnye..

    ReplyDelete
  3. Nizam: hamboi, sempat lg membaca bahan yg panjang lebar ni sambil di hospital. hebat!hehe

    Mira: hehe. cis. kene tulis ayat penuh r 'beranak pinak'. lain kot maksud die dari beranak. :p

    ReplyDelete
  4. uniknya tuisyen cikgu faisal tu, memg x pernah jumpa...

    ohh,camtu ye bdk laki duk asrama,warna-warni ^_^...btw, JDM = Jemaah Disiplin Maktab...tp, JDRM tu taktau nama pjgnya...

    tak suka jgk senior F5 time tu, suka ckp jerit2 kat telinga...pastu suruh ketuk ketampi berkali2 tgh2 mlm, akibatnya nak turun tangga pun rasa gerun sbb kaki sakit (lagi 1 sbb kurg exercise pun,nk ketuk ketampi pulak tak wat warming up) ^_^...

    ReplyDelete