Mari ikut blog ini

Saturday, 28 May 2011

versi Muhasabah Diri: Ketahui kapasiti diri

Salam,

Setiap manusia berbeza, dari segi jantina, warna kulit, umur, tinggi, dan berbagai-bagai lagi. Dengan mereka yang sama jantina sekalipun, cara berfikir, perlakuan serta kapasiti/kemampuan diri adalah berbeza mengikut individu.

Sesuatu perbuatan yang kita lakukan itu hendaklah bersesuaian dengan kapasiti kita, ukur baju di badan sendiri, bukan di badan orang lain. Jika masih berdegil, mungkin akhirnya yang dibeli itu tidak muat kita pakai ataupun terlalu besar bagi kita.

Dalam apa jua perkara sekalipun, walau dengan niat dan tujuan yang baik, hendaklah kita mendasari perbuatan itu berdasarkan kapasiti kita. Biar berpada-pada. Usah berlebih-lebih. Apa salahnya kita nak buat lebih? Bukankah lebih bagus?  Yang penting niat kan?

Tiada salahnya, namun kurang bersesuaian pendekatannya.


Bersederhanalah dimana kamu tidak melakukannya dengan terlalu sedikit ataupun meninggalkannya ataupun melakukan secara berlebihan dan memenatkan diri. Kedua-dua perbuatan yakni terlalu sedikit atau berlebihan seringkali menjuruskan perbuatan yang kita buat itu menjadi tidak konsisten, dan akhirnya kita akan meninggalkannya secara kekal.

Menyebut perkara ini berdasarkan pengalaman diri sendiri, sebagai contoh, bangun solat malam (berqiam). Merancang untuk melakukan solat malam itu sendiri adalah satu kebaikan dan dengan meniatkannya itu sendiri inshaAllah kita akan dikurniakan pahala oleh Allah SWT (rujuk sini). Namun kita tidak sepatutnya berhenti setakat itu sahaja kerana kita sepatutnya mampu pergi lebih jauh. Namun persoalannya disini, berapa jauh?

Perkara ini sangatlah subjektif dan tertakluk kepada kapasiti setiap individu itu sendiri, maka berapa jauh itu berbeza mengikut individu. Ada yang mampu berbuat lebih dari yang kita mampu, namun tidak kurang juga ada yang kurang mampu melakukannya sebanyak yang kita mampu. Islam tidak menyangkan atau memperkecilkan usaha setiap individu yang berusaha dalam melakukan amal-amal kebaikan walaupun sekecil atau sesedikit mana pun.

Daripada Aisyah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu. Amalan paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Subhanallah. Kembali kepada persoalan berapa jauh yang kita mampu pergi? Sebagai permulaan, sudah tentu sebaik-baiknya adalah dengan bermula sedikit. Kerana di fasa ini kita diperingkat hendak 'berjinak-jinak' dengan amal ibadah, maka dengan bermula sedikit perkara itu tidak akan menjadi membebankan dan kita dapat merasakan keseronokan dalam beramal. Apabila sedikit dirasakan tidak cukup? Maka apabila berlaku seperti yang sedemikian barulah kita menambahkan lagi sedikit jarak yang mampu kita pergi.

Sebagai contoh, mungkin kita boleh bermula dengan melakukan qiam sebanyak sekali atau dua kali seminggu, 15 ke 30 minit untuk setiap kalinya. Cuba untuk istiqamah dengannya selama sebulan, jika kita merasakan bahawa ada keperluan untuk kita tambahkan jarak, maka go on. Proceed to the next level. Namun jika dalam 'tempoh percubaan' itu kita merasakan berat, tidak larat, mungkin kita perlu on hold dulu perancangan kita untuk menambah jarak dan meneruskan apa yang kita sedang lakukan untuk membiasakan diri kita dengan amalan itu. Atau mungkin jika masih dirasakan tidak mampu, mungkin kita boleh mengurangkan sedikit jarak itu ke tahap yang kita berasa selesa dengannya?

Saidina Ali pernah berkata:

"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam."

 Jadi disini hendak menyampaikan bahawa sebaik-baiknya jika kita tidak mampu untuk pergi lebih jauh, maka beristiqamahlah sekadar yang termampu.


Ada masanya bila tiba angin dan ribut, kita akan merasakan kurang bermotivasi untuk meneruskan amal ibadah itu. Perkara ini seringkali terjadi, dan jika dibiarkan berterusan maka boleh membantutkan pengamalan kita.Disini pentingnya untuk kita berada didalam bi'ah solehah yakni suasana yang membolehkan dan mampu 'boost' motivasi diri kita. 

"Sesungguhnya berkawan dengan orang-orang yang soleh (orang-orang baik) dibandingkan dengan orang-orang jahat adalah seperti berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi berbanding dengan tukang besi. Maka berkawan dengan tukang penjual minyak wangi terkadang dia memakaikan kepadamu atau kamu mengikutnya atau mencium wanginya. Akan tetapi berkawan dengan tukang besi (peniup api) mungkin terbakar pakaianmu atau kau merasakan panasnya." (Hadis Riwayat Muslim) 

 Hadis ini ada beberapa versi, namun basically berkenaan siapa yang kita pilih untuk berkawan, maka faedahnya kita juga yang akan peroleh. Itulah pentingnya memilih kawan yang akan mendampingi kita, untuk mewujudkan bi'ah solehah. 

Allah berfirman dalam Al-Baqarah, ayat 148: "Maka berlum-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan.
Cuba bayangkan, sekiranya kita asyik bersendiri, mungkin sukar untuk kita merasakan 'competitiveness' dalam siapa lebih banyak melakukan ibadah. Tiada masalah, kerana hal ini adalah persaingan yang telah Allah nyatakan. Cuma perlulah untuk kita sentiasa memperbetulkan niat kita agar segala perbuatan kita itu bukan untuk menunjuk-nunjuk atau memperkecilkan mereka yang lain.

Selain itu, dzatiyah diri juga perlu dipupuk untuk membolehkan kita terus-meneruskan dalam melakukan amal itu. Frankly speaking, kesan dari dzatiyah diri yang tinggi itu sendiri adalah lebih baik kesannya berbanding bi'ah itu sendiri. Perbezaan kedua-dua ini boleh digambarkan sebagai external vs internal factor. Tolakan luaran vs tolakan dalaman. Sekiranya kita punyai tarbiah dzatiyah yang cukup utuh, maka walau tanpa hadirnya bi'ah solehah inshaAllah kita masih mampu berpegang pada amalan-amalan kita.



 Juga, bergantung kepada sebab yang mendorong kepada mengapa kita membuat keputusan untuk melakukan itu dan ini. Adakah tujuan utama kita melakukannya kerana seseorang yang lain? Ataupun perbuatan/perubahan kita itu didasari oleh kefahaman kita terhadap ilmu-ilmu agama/kemahuan kita untuk mendalami ilmu-ilmu agama? Cuba fikir dan renung-renungkan.

Sekiranya asbabnya muncul dari sebab yang pertama, maka amat tinggi kemungkinannya untuk kita tidak mampu untuk istiqamah. Mungkin permulaan dahulu kita bermula kerana seseorang, namun masih ada ruang ada diperbaiki. Check your intention and revise it, for the sake of Allah. Ubahnya kerana Allah.

Akhir kata, bersederhanalah, ketahui kapasiti diri, perbaiki niat, tetapkan jalan.

Wallahualam.

Pelajaryangbelajar

Nota kaki:

Kebanyakan hadis-hadis diambil dari buku Riyadhus Sholihin.

Versi muhasabah diri yang lalu : Perjelaskan jalan , Tetapkan niat


No comments:

Post a Comment