Mari ikut blog ini

Saturday, 21 May 2011

versi Muhasabah Diri: Tetapkan niat

 Salam,

 

 Demikian adalah satu hadis beserta terjemahan berkenaan dengan niat.

Di kisahkan bahawa setiap amal perbuatan itu bergantung  pada niatnya. Didalam Shahih Bukhari karangan Imam Bukhari, Riyadus Solihin karangan Imam Nawawi dan beberapa lagi kitab utama yang menjadi rujukan umat Islam, bab pertama yang dibincangkan adalah berkisar mengenai niat. Ini menggambarkan betapa pentingnya niat itu sendiri.

Entry kali ini bukan hendak membincangkan mengenai hadis itu secara khususnya kerana perihal yang demikian memerlukan pengetahuan yang mendalam dan terperinci mengenai hadis itu sendiri. Hanya sekadar membincangkan perihal niat dari satu perspektif.

Tetapkan niat

Ramai orang sedar dan mengetahui akan pentingnya menjaga niat itu tapi amatlah sedikit bilangan di antara yang betul-betul menjaga ketulusan niat mereka itu. Disitulah pentingnya untuk kita sentiasa memperbetulkan niat kita.



Sebagai contoh, Abu keluar dari rumahnya dengan tujuan untuk pergi ke kedai runcit Kak Zah. Abu menunggang basikal retronya dan kebiasaannya perjalanan pergi akan mengambil masa 15 minit. 5 minit pertama, Abu melalui sebuah padang bola. Abu melihat ramai kawan-kawannya bermain bola dengan penuh mengasyikkan. Abu tergoda. Abu memperlahankan basikalnya dan berhenti di bahu jalan dan kemudian menyertai kawan-kawannya bermain bola. 30 minit berlalu. Tiba-tiba Abu teringat akan pesan emaknya untuk pergi ke kedai runcit membeli garam. Abu segera menuju ke basikalnya dan menyambung perjalanan ke kedai runcit. Dalam perjalanan, Abu merasa haus akibat dari bermain bola tadi.

Abu pon singgah di van cendol pulut yang terletak di hadapan sebuah sekolah. Sedang Abu menikmati cendol yang lazat berkrim itu, tiba-tiba loceng sekolah berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan untuk pelajar sekolah rendah. Kanak-kanak berpusu-pusu keluar dari sekolah dan membanjiri kawasan luar sekolah, dan tidak kurang juga bilangan mereka yang mengelilingi van cendol pulut itu. Suasana menjadi hingar bingar dan Abu terasa sesak dan pening kepala.

Abu segera membayar cendolnya dan beredar dari situ. Kebetulan klinik Che Wan berada tidak jauh dari situ maka Abu pon menuju ke klinik Che Wan untuk mendapatkan ubat sakit kepala. Pesakit di dalam agak ramai menyebabkan Abu terpaksa menunggu selama 30 minit untuk tiba gilirannya. Selesai membayar duit ubat, Abu kembali teringat untuk pergi ke kedai runcit Kak Zah untuk membeli garam untuk dibuat ayam masin masak merah yang memerlukan garam yang banyak.

Setibanya di kedai runcit, Abu segera mengambil 10 kilo garam dan bergerak ke kaunter untuk membayar. Namun, apabila Abu membuka dompetnya untuk membayar, Abu mendapati bahawa hanya tinggal 3 dollar dan 10 kilo garam itu pula berharga 10 dollar. Abu hairan kemana hilangnya duit 30 dollar yang diberikan oleh emaknya. Diimbas kembali kepada rentetan peristiwa yang berlaku semenjak dia meninggalkan rumahnya. Baharulah Abu sedar bahawa 7 dollar telah digunakan untuk membeli cendol dan 20 dollar digunakan untuk membeli ubat sakit kepala di klinik tadi.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Sudah terantuk baru nak terngadah



Ada beberapa pilihan yang boleh dibuat Abu.
1)menyesali perbuatannya (tidak menyelesaikan masalah)
2)berhutang dengan Kak Zah.
3)patah balik ke rumah dan meminta wang tambahan dari emak mengatakan harga garam sudah naik.
4)Pergi ke atm dan mengeluarkan duit sendiri
5)Pulang tanpa membawa apa-apa dan sedia menerima leteran dari emak
6)Mengikut kreativiti anda

Tentu sekali kita mampu memikirkan berbagai cara untuk tindakan seterusnya, namun itu tidak sekali dapat menggantikan masa, tenaga dan modal kita yang telah lupus sebelumnya. Perancangan baru terpaksa dibuat.

Seseorang itu akan cenderung untuk menyimpang dari tujuan asalnya sekiranya niatnya kurang jelas. Niatnya mungkin akan dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran ataupun terhakis dimamah masa yang berlalu. Oleh sebab itu penting untuk kita sentiasa memperbaharui niat kita dari semasa ke semasa. Bukan sekadar untuk memperingatkan tujuan asal kita melakukan sesuatu itu, juga untuk terus memberi motivasi kepada diri kita untuk istiqamah melakukannya.

Boleh jadi seseorang yang kerap melakukan sesuatu itu telah menjadikan amalannya sebagai salah satu norma kehidupannya dan apabila ditanya mengapa dia berbuat apa yang dilakukannya, mungkin sekali jawapannya akan berbeza dengan ketika mana diawal tempoh dia memulakan perbuatan itu.

No comments:

Post a Comment