Mari ikut blog ini

Sunday, 22 May 2011

versi Muhasabah Diri: Perjelaskan jalan, destinasi yang baik

Salam,

sambungan dari part 1 yang berkisar mengenai niat.

Setelah kita berjaya dalam menetapkan niat kita. Sebelum dan sepanjang perjalanan sehinggalah matlamat atau tujuan kita itu berjaya kita capai. Namun bagaimanakah proses untuk kita tiba disitu?

Satu garis lurus adalah jalan yang tersingkat, yang paling cepat menghubungkan diantara dua titik. Tiada siapa yang dapat menafikan akan fakta dan kebenaran ini.

Tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang Kau beri nikmat, bukan jalan mereka yang Kau dustai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. (Al Fatihah: 6-7)
 Jika kita tahu jalan yang terbaik, mengapa pilih jalan yang lain? Ini jika berkisar mengenai hal agama, memohon kepadaNya mengurniakan jalan yang terbaik untuk menuju kesyurgaNya. Kita sentiasa memohon di dalam solat, namun apabila tiba masanya kita tidak melakukan seperti apa yang kita pohon.
Mari kita ambil kisah Abu, dan kita ubah sedikit dari kisah yang sebelum ini. Abu ingin membeli garam di kedai runcit Kak Zah. Namun Abu tidak mempunyai duit. Abu membuat keputusan untuk mencuri duit dari rakan-rakannya ketika mereka sedang asyik bermain bola di padang. Niatnya suci murni, mahu membeli garam supaya emaknya boleh memasak masakan kegemaran adik-adiknya, ayam masin masak merah.

Boleh kah begitu? Niat, O.K. Tapi jalan yang diambilnya itu, K.O. Sudah tentu tidak secocok. Tidak sama padan. Niat yang baik mesti selari dengan jalan yang diambil dan diguna pakai.
Bagaimana pula sekiranya kita melakukan sesuatu perkara itu dengan cara 'islamic', tapi niat kita pula hendak menganiaya orang? Hurm...
Agak-agak masuk tak? 
Cahaya dan kegelapan tidak boleh co-exist. Apabila cahaya tiba, gelap akan pergi. Tak percaya? Masuk bilik yang tiada tingkap, agak-agak boleh nampak tak apa yang berada dihadapan kita? Cuba buka lampu, haa! barulah nampak apa dihadapan. 
Namun kadangkala 'cahaya' itu kurang mencukupi untuk mencukupi seluruh pelusuk bilik.
Ambil kisah si Abu (lagi sekali). Niat di hati beliau pergi ke kedai runcit Kak Zah adalah untuk mencuri garam. Setibanya di pintu kedai, Abu memberi salam. 
"Assalamualaikum Kak Zah, saya datang nak mencuri ni"
Abu pon masuk kedalam. Abu melihat-lihat di mana letaknya garam. Berjaya mengenalpasti lokasi.
"Bismillah. Sahaja aku mencuri garam kerana Allah"
Selesai mencapai apa yang di niatkan, Abu pon berkata. 
"Alhamdulillah.Terima kasih ye Kak Zah, Assalamualaikum. Kirim salam kat suami!"
Abu pon beredar meninggalkan kedai runcit Kak Zah.
Masuk ke? Agak-agak dapat pahala tak? Kenapa tak dapat? kita mulakannya dengan mengingati Allah, selesai urusan, lagi sekali mengingati Allah. Bukankah itu satu perkara yang baik?
Semestinya tidak.
Haram + Halal = Haram
Apabila dicampurkan yang halal dengan yang haram, yang haram akan menang. Satu formula yang pernah diajarkan oleh ustazku ketika di Malaysia dahulu.
Semoga sentiasa urusan yang kita dilakukan diterima Allah.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah Maha Baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memerintahkan oran-orang yang beriman dengan apa yang telah diperintahkan kepada para rasul. Dia berfirman yang bermaksud: 'Wahai para rasul, makanlah dari makanan yang baik dan halal, serta lakukanlah amalan yang soleh.' (al Mu'minun:51). Allah Ta'ala juga berfirman yang bermaksud: 'Wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada makanan yang baik dan halal yang Kami kurniakan kepada kamu.' (al Baqarah: 172)." Kemudian Baginda menyebut tentang seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya dan berdebu badannya. Lelaki itu mengangkat tangannya ke langit sambil berdoa: "Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku." Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan makanan yang haram. Oleh itu bagaimanakah akan dikabulkan doanya itu? (riwayat Muslim) 
Satu video yang mungkin agak menarik untuk ditonton.
Wassalam

No comments:

Post a Comment