Mari ikut blog ini

Saturday, 28 May 2011

versi Muhasabah Diri: Ketahui kapasiti diri

Salam,

Setiap manusia berbeza, dari segi jantina, warna kulit, umur, tinggi, dan berbagai-bagai lagi. Dengan mereka yang sama jantina sekalipun, cara berfikir, perlakuan serta kapasiti/kemampuan diri adalah berbeza mengikut individu.

Sesuatu perbuatan yang kita lakukan itu hendaklah bersesuaian dengan kapasiti kita, ukur baju di badan sendiri, bukan di badan orang lain. Jika masih berdegil, mungkin akhirnya yang dibeli itu tidak muat kita pakai ataupun terlalu besar bagi kita.

Dalam apa jua perkara sekalipun, walau dengan niat dan tujuan yang baik, hendaklah kita mendasari perbuatan itu berdasarkan kapasiti kita. Biar berpada-pada. Usah berlebih-lebih. Apa salahnya kita nak buat lebih? Bukankah lebih bagus?  Yang penting niat kan?

Tiada salahnya, namun kurang bersesuaian pendekatannya.

Sunday, 22 May 2011

versi Muhasabah Diri: Perjelaskan jalan, destinasi yang baik

Salam,

sambungan dari part 1 yang berkisar mengenai niat.

Setelah kita berjaya dalam menetapkan niat kita. Sebelum dan sepanjang perjalanan sehinggalah matlamat atau tujuan kita itu berjaya kita capai. Namun bagaimanakah proses untuk kita tiba disitu?

Satu garis lurus adalah jalan yang tersingkat, yang paling cepat menghubungkan diantara dua titik. Tiada siapa yang dapat menafikan akan fakta dan kebenaran ini.

Tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang Kau beri nikmat, bukan jalan mereka yang Kau dustai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. (Al Fatihah: 6-7)
 Jika kita tahu jalan yang terbaik, mengapa pilih jalan yang lain? Ini jika berkisar mengenai hal agama, memohon kepadaNya mengurniakan jalan yang terbaik untuk menuju kesyurgaNya. Kita sentiasa memohon di dalam solat, namun apabila tiba masanya kita tidak melakukan seperti apa yang kita pohon.

Saturday, 21 May 2011

versi Muhasabah Diri: Tetapkan niat

 Salam,

 

 Demikian adalah satu hadis beserta terjemahan berkenaan dengan niat.

Di kisahkan bahawa setiap amal perbuatan itu bergantung  pada niatnya. Didalam Shahih Bukhari karangan Imam Bukhari, Riyadus Solihin karangan Imam Nawawi dan beberapa lagi kitab utama yang menjadi rujukan umat Islam, bab pertama yang dibincangkan adalah berkisar mengenai niat. Ini menggambarkan betapa pentingnya niat itu sendiri.

Entry kali ini bukan hendak membincangkan mengenai hadis itu secara khususnya kerana perihal yang demikian memerlukan pengetahuan yang mendalam dan terperinci mengenai hadis itu sendiri. Hanya sekadar membincangkan perihal niat dari satu perspektif.

Tetapkan niat

Ramai orang sedar dan mengetahui akan pentingnya menjaga niat itu tapi amatlah sedikit bilangan di antara yang betul-betul menjaga ketulusan niat mereka itu. Disitulah pentingnya untuk kita sentiasa memperbetulkan niat kita.