Mari ikut blog ini

Thursday, 14 July 2011

Hak

Salam,

antara perkataan yang sering bermain di minda seorang yang mengaku bahawa mereka terlibat dengan urusan dakwah adalah mad'u.

Bagi mereka yang baru, usaha mendapatkan mad'u adalah sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Siapa kata untuk mencuri hati seseorang ini mudah? Untuk berjaya membuatkan seseorang itu tsiqah dengan kita amatlah payah. Unless kita adalah seorang yang hebat, mempunyai ciri-ciri tarikan seperti magnet, mampu menarik besi-besi yang berdekatan dengan hanya menghampiri mereka.

Setelah berjaya mendapatkan atau dalam proses mendapatkan mad'u, pastinya seseorang itu akan menghadapi berbagai jenis kesukaran. Manusia itu berbagai sifatnya, tidak ada satu pun yang 100% sama dengan yang lain. Pasti ada perbezaan. Maka cara menangani seseorang itu dengan seseorang yang lain itu pastinya berbeza.

Sukar, tapi tidak mustahil

Salam,

Bila bercakap hebat, tapi bila beramal memang susah. Siapa kata senang?

"Kita kalau nak berdakwah kena hebat, kena kreatif, baru orang suka. Baru senang nak dapat perhatian...."

Tapi bila tiba sedikit kesulitan, misalnya terpaksa bersabar menunggu orang lain, dah melenting. Kata tak boleh tahan. Macam mana pulak?

"Saya dah biasa jadi lebih awal dari punctual, jadi kalau kata pukul 11, pukul 10 saya dah siap"

Ok bagus lah ada sikap tu, memang aku puji. Hebat! Aku jauh dari mampu berbuat yang demikian.

Berubah tidak semudah bermadah. Kita boleh cakap, kita boleh buat, tapi mampukah kita untuk istiqamah?

Jika kita lihat, seorang pemuda. Penuh dengan sifat jahiliyah. Sebut sahaja dari apa jua aspek, dia pastinya top ten. Hebat tak hebatnya pemuda ini.

Solat? tak buat. Pergi masjid? Jauh sekali.

Masa lapang? tengok movies yang lagho, berdating, main games, merokok, buat maksiat lah senang cerita.

Bila ditakdirkan Allah, pemuda ini bertemu dengan tarbiyah. Mula berjinak kembali dengan Islam, merasakan seronok berbuat kebaikan. Adakah kita akan mengharapkan esok harinya dia menjadi ustaz?

Rome wasn't bulit in a day. Islam tidak tertegak dan menjadi kuasa besar dunia dalam satu malam. Prosesnya memakan masa. Berstrategi, berfasa-fasa dan beransur. Diisi dengan kesabaran, ketabahan, pengorbanan, penat lelah. You name it.

Mahu mengubah sikap Jahiliyah itu bukanlah kerja mudah, namun tidak pula mustahil. Namun mungkin memakan masa. Panjang atau pendek, bergantung pada individu dan persekitaran.


Tuesday, 28 June 2011

Kalaulah...

27 June 2011

Adelaide Showground

10 minit sebelum pukul 5 petang.

Penjaga peperiksaan:  "You have ten more minutes to finish your exam..."

"Kalaulah aku ada lagi 3 jam"

"Kalaulah aku terfikir nak buat cara tu tadi"

"Kalaulah aku study bahagian ni dulu"

"Kalaulah aku tahu nak buat soalan ni awal sikit tadi"

Dan berbagai-bagai lagi KALAU
_____________________________________________________________________________

Bila masa untuk menjawab exam hampir habis, macam-macam perkara main kat fikiran aku. Kalaulah itu, kalaulah ini. Macam-macam kalau. 

Kalaulah aku buat revision betul-betul masa sebelum exam.

_____________________________________________________________________________

Tepat pukul 5

"Everyone please stop writing. Pens down"

_____________________________________________________________________________
 
Get real Aizat, perkataan "kalau" itu sendiri adalah something that is unreal. Orang boleh bercakap, kalaulah aku kaya. Tapi mereka tidak akan kaya dengan hanya berkata-kata dan mengharapkan "kalau" itu menjadi kenyataan.
Memang benar, kalau aku buat ulangkaji dengan lebih tekun semestinya kesudahannya tidak akan jadi begitu. Kalau aku plan baik-baik, pasti hasilnya lebih baik.

Tapi itu semua dah lepas. Takkan aku nak cakap, "kalaulah aku boleh patah balik ke masa tadi". Definitely not. What past is past. 

Padan muka kat diri sendiri. You act all strong and might but in the end you are nothing. 

You definitely underestimating the exam, not from your mouth but from your actions. Mulut kata lain, badan buat lain. 

Hidup pada realiti, bukan bergantung pada fantasi.

Hari semalam sudah lepas, hari ini belum habis, hari esok belum pasti.

Don't cling to the past or leave it hanging, but learn from it.

Monday, 20 June 2011

Flashback: Exam Zaman Muda

Salam,

Peperiksaan hanyalah another bit of your life that you need to go through no matter what is your feeling toward it. Semakin meningkat umur, semakin banyak garam yang kita makan (literally true). Sejak dari tadika lagi, kita dah lalui zaman peperiksaan ni.



Sewaktu aku berada di darjah 5, aku agak blur sebab melalui peralihan dari darjah 3 ke darjah 5 (budak lompat/langkau kelas). Time tu aku sangatlah aktif (bermain). Belajar ni macam menyemak je. Pergi sekolah adalah untuk bermain dengan kawan. No more, no less. Satu masa ni, minggu pendidikan Islam. Jadi time minggu tu ada pelbagai aktiviti berkaitan dengan Islam. Salah satunya kuiz. Siapa dapat jawab paling banyak betul dari setiap kelas akan dapat hadiah. Time tu budak meja depan aku ni memang seorang yang alim (alim itu maksudnya banyak ilmu ok, tak semestinya warak) dengan ilmu agama. Bila cikgu yang jaga tu keluar, hampir semua budak lelaki dalam kelas kerumun si Amar ni. nak tiru jawapan dia. Aku pon tak terkecuali, lagi-lagi aku agak rapat dengan dia. Habis semua jawapan dia aku copy bulat-bulat.

Lepas tu, minggu depannya ketika perhimpunan, hari Isnin diumumkan pemenang kuiz dari setiap kelas. Kebetulan hari Isnin tu aku ponteng kelas, tak ingat sebab apa. Esok harinya, hari Selasa, aku pergi ke kelas. Lepas tu tiba-tiba kawan-kawan aku datang kat aku dan cakap aku memang kuiz tuh. Terkejut beruk la aku. " Ait, aku yang tak tahu apa-apa pon boleh menang?". Fikir-fikir balik baru ingat minggu lepasnya aku copy jawapan si Amar tu. Aku pon pelik, kenapa Amar tak menang.

Thursday, 16 June 2011

Isu kartun: kekeliruan kes rogol

Salam,

Di facebook pages, heboh dengan beberapa perkara.

1) Gerhana bulan (ke matahari?)
2) Hackers vs kerajaan Malaysia
3) Kartun di Utusan Malaysia/Melayu


Utusan Melayu, bertarikh 15 Jun 2011
 Kalau kita baca dan amati kartun ini, apa yang kita dapat simpulkan? Apa yang kartunis tersebut mahu sampaikan dan apa yang kita atau rata-rata rakyat Malaysia (Melayu/Islam terutamanya) faham?

Isu rogol. Tajuk kartun tersebut, kekeliruan kes rogol. Melihat sekali lalu, kebanyakan dari kita akan jadi marah. Apa ni kartun ni, menghina Islam.

"ada 4 orang saksi?"

"Peralatan itu tak boleh jadi saksi...hanya besi"...

itu satu point.

Kita akan mengatakan, kartunis ni mesti jahil ni. Sejak bila mangsa rogol perlukan 4 orang saksi untuk menghukum/mendakwa perogol.

Lebih teruk lagi, apabila kita melihat perkara ini dari pandangan politik. rujuk sini. Aku tak mahu komen tentang akhbar ni milik siapa, dan lain-lain. Tapi kita kena melihat sesuatu itu dari banyak aspek. Bukan dari satu sudut sahaja.

Wednesday, 8 June 2011

Kesan paku pada tembok batu



Said adalah seorang pemuda yang panas baran. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanya berdepan dengan satu masalah yang kecil. Pada suatu hari, ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ibu?"tanya Said.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu", jelas ibu.

Pada hari pertama sahaja, Said telah memaku sebanyak 33 batang paku pada tembok paku tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan turut berkurang. Said mendapati bahawa adalah lebih mudah untuk mengawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tidak marah walaupun sekali. Said mengkhabarkan akan perkara itu kepada ibunya mengenai perkara tersebut dengan rasa gembira. Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruhnya mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya Said berjaya mencabut kesemua paku yang berada pada tembok batu tersebut. Said lantas memberitahu perkara tersebut kepada ibunya dengan penuh bangga.

Ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dan berkata, "Kau telah melakukannya dengan baik anakku, namun kau lihatlah akan kesan lubang-lubang yang tinggal di tembok batu ini. Tembok ini tidak akan kelihatan sama seperti mana keadaan asalnya sebelum ini."

"Apabila kau melakukan menyatakan/melakukan sesuatu dalam keadaan marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini"

Kata ibunya lagi, "Tetapi ingatlah, walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal akan perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka dihati lebih pedih daripada luka fizikal.

Bayangkan berapa banyak paku yang kita kena ketuk, mesti letih nak cabut balik


Sumber: Solusi Isu 28.

Tuesday, 31 May 2011

Jujurkah kita?

Salam,

Sebagai orang Islam, kita diajar untuk bersikap jujur. Jujur itu perlu, dalam apa jua keadaan sekalipun. Walaupun dalam keadaan terdesak, mengelakkan diri dari berbohong adalah langkah yang terbaik untuk diambil. Berbohong bukan sahaja menyebabkan timbangan dosa kita nanti akan bertambah, malah banyak lagi akibat buruk yang lain akan terjadi.Antaranya:

1) Apabila tembelang kita telah terbongkar, orang yang telah kita bohongi akan merasakan bahawa kita ini merupakan seorang yang tidak boleh dipercayai. Dengan erti kata lain, kita akan di 'label'. Label ini bukan sahaja akan mendatangkan kesan buruk kepada kita, malah kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kita. Keluarga, masyarakat, negara, syarikat, jemaah dan macam-macam lagi boleh terkena tempias akan perbuatan kita itu. Inilah imej. Kita bukan sahaja membawa imej diri kita, tetapi pakej-pakej yang lain juga.

"Mat, kau baik jangan beli kat kedai Abu tu, nanti habis duit kau kena tipu"

"Hei, ni mesti bapak kau yang ajar kan?"

"Kat sekolah tak belajar ke jangan tipu orang?"

"Orang Malaysia mesti semua kuat berbohong"

"Satu jemaah tu sama je semua, semua kaki penipu"