Mari ikut blog ini

Thursday 26 August 2010

Makan nasi vs makan roti

Salam,

Sudah lebih kurang hampir sebulan aku tidak memakan nasi, melainkan jika ada keramaian, di tempat orang, atau sekali-sekala hendak memakannya.

Semalam, ada undangan berbuka puasa di SQ. Seperti biasa, seperti mana di rumah-rumah pelajar melayu yang lain, hidangan dengan nasi adalah menjadi kewajipan. Azan berkumandang, kami pon berbuka dengan kurma tanpa biji berjenama Coles.

Kemudian kami menyambung hidangan berbuka dengan murtabak yang disediakan khas oleh teman serumahku; Naim beserta Onion Ring, iaitu kentang kurus-kurus disalut tepung dan popia segera oleh Tuan-tuan rumah. Kemudian kami bersolat Maghrib berjemaah.

Selesai solat, tiba masa untuk hidangan utama. Kari ayam dan sayur lemak. Nasi diagih-agihkan kepada setiap mereka yang sudah mengambil tempat di sekeliling hidangan. Aku hanya mengambil sesenduk nasi, kerana berasa sudah agak kenyang dengan hidangan berbuka tadi. Selesai menjamu selera, kami serumah bertolak ke Masjid Khalil untuk menunaikan solat Isyak dan Tarawikh disana.

Kepala dah mula rasa berat, mata dah menangis-nangis pohon untuk ditutup langsirnya. Sepanjang bersolat Tarawikh, rasa sungguh mengantuk sekali. Sekali-sekala tersengguk, hampir-hampir terjatuh kehadapan. "Ni xboleh jadi ni",ujarku dalam hati. Habis 8 rakaat Tarawikh, aku bangun dari tempat solat dan keluar dari saf, menuju ke begku yang tersergam indah di tepi sebatang tiang yang menyokong masjid tempat umat Islam bersolat ini. Aku membaca Al-Quran,"ah, lega sikit kepala ni", kata-kata hatiku, lega.

Hari ini, aku berbuka dengan beberapa keping roti beserta lauk ayam yang dimasak oleh teman serumah sebagai juadah untuk berbuka. Kenyang pon kenyang, kepala pon xrasa berat, jauh sekali dari mengantuk. Alhamdulillah, sepanjang solat tadi tidak sekali pon aku menguap, menandakan betapa segarnya mindaku, atau sekurang-kurangnya lebih segar berbanding semalam.

Maka aku pon keluar dengan satu kesimpulan, makan nasi walaupun sedikit memberi kesan mengantuk kepadaku, apatah lagi memakannya dalam kuantiti yang banyak. Adakah benar perkara ini?

Allahualam

Pelajaryangbelajar