Mari ikut blog ini

Tuesday 26 July 2011

Ramadhan : Dahulu dan kini

Salam,

Semalam ada banyak perkara yang menggembirakan. Alhamdulillah. Dan dua perkara besar, sempurnanya satu hari puasa sunat dan keputusan supplementary exam keluar. Alhamdulillah.

Dahulu ketika berada di tingkatan 5, aku merupakan seorang yang kerap berpuasa.  Di bulan Rejab dan Syaaban, aku berpuasa hampir setiap hari, 7 hari seminggu. Jika ada hari yang tidak, hari itu adalah hari Jumaat. Tiba di penghujung bulan Syaaban, seorang teman berkata padaku, "Jangan puasa banyak sangat bila dah dekat dengan Ramadhan, nanti kurang/hilang nikmat berpuasa di bulan Ramadhan". (Nu'man Basyir, Syaaban 2006) Wallahualam, betul atau tidak. Tapi selepas dari itu aku pon berhenti berpuasa, kerana aku merasakan ada benarnya kata-katanya.

Allah menguji kita dengan banyak perkara. Kadang-kala kita hanyut kerana kita ingat kita boleh melakukan segalanya bersendirian. Sekali bila Allah tarik pertolongan ke atas kita, terkapai-kapai kita. Kelemasan, tak berdaya. 

Buat apa mesti selalu beringat. Mungkin kita tidak berniat pon untuk melakukan sesuatu itu, tapi perbuatan kita menunjukkan sebaliknya. Sebagai contoh, dalam hati kita tahu exam itu susah, tapi kita sendiri tidak berusaha untuk mengulangkaji pelajaran. Hati kata lain, badan buat lain. Kedua itu mestilah seiringan, senada. Barulah kena iramanya.