Mari ikut blog ini

Saturday 31 December 2011

dakwah di tempat kerja 2

Salam,

lagi, cerita di tempat kerja.

****************************************************

Di sini, akan diadakan ceramah bulanan selepas solat asar pada setiap hujung bulan disamping kuliah zohor pada setiap hari isnin dan khamis. Alhamdulillah, one of the thing that can hardly be found anywhere else. Selesai ceramah dalam pukul 6. Kebetulan aku membawa kereta sendiri pada hari itu. Sedikit jamuan ringan (mee) disediakan oleh pihak syarikat untuk kami yang menghadiri ceramah itu.

Aku duduk berdekatan dengan ustaz, boss aku dan beberapa orang-orang besar yang lain. Pada awalnya perbualan hanya berkisar di sekitar topik yang dibincangkan ketika ceramah sebelumnya. Apabila orang mula surut, suasana menjadi lenggang. Sampai akhirnya hanya tinggal aku and boss di meja yang aku makan. Pada mulanya aku ingin berangkat pergi, tapi takpe la teman la boss kejap Selang beberapa ketika kami berborak tiba-tiba boss masuk ke topik kritikal.

"Kamu join usrah?"

"ha ah"

"bagus bagus. Jemaah mana kamu?"

"errr. (nak cakap ke tak ni? macam nak fire je). ISMA boss"

"oh ISMA". Riak pada wajahnya sedikit berubah.

"ISMA sama dengan JIM kan? "

"(i have a bad feeling about this). Errrr. Lebih kurang la"

"ISMA sama dengan JIM kan?", he repeated the question.

"Banyak benda jugak la yang sama. Fundamentals dia mostly sama je"

"ISMA sama dengan JIM kan?", kali ini nadanya sedikit tinggi. Pertanyaannya sedikit mendesak supaya aku come out dengan satu jawapan yang dicarinya.

"YA", aku jawab dengan tegas.

RIak mukanya kembali tenang. "Jadi kenapa ISMA berpecah dari JIM? Apa bezanya? uslubnya?marhalah?bla bla bla (tak ingat apa lagi)"

"Alamak ni soalan hardcore ni, nak jawab camne ni. Kang kena berdebat pulak. Dah la tiap2 hari tengok muka boss", aku bermonolog dalaman.

"Choose your word carefully Aizat. Dengan berhikmah please", aku mengingatkan diri aku. Bimbang sekiranya kata-kata aku bakal membawa kepada sesuatu yang kurang baik.


random image 1

Thursday 29 December 2011

Dakwah di tempat kerja

Salam,


Situasi berikut berlaku di tempat aku praktikal.


"Kau pakai 'naqib' ye? Kau tak main couple-couple ni eh". Terpacul soalan ini dari salah seorang rakan sekerja aku; Az, ketika aku sedang mengadap komputer menyiapkan drawing 2-D yang bagi aku amat mencabar.


Aku menoleh." Haah. npe? Ni mesti pasal kahwin2 ni kan?". Aku mengagak. 


"shhhh!. Jangan kuat-kuat le, nnt orang dengar". Balasnya. "Bagi kau, 'naqib' tu macam mana?"


"Seorang yang boleh dipercayai"


"Kau percaya kat aku x?Haaa! ni aku nak jadi naqib kau ni". Sambil dia membuka laman sesawang 'facebook' seolah-olah mahu menunjukkan profile seseorang padaku.


Aku buat muka pelik. Kehairanan dengan ungkapannya.


"Bagi kau apa  itu 'naqib'?", Aku mengajukan soalan.


"Matchmaker? (orang yang menjodohkan lelaki perempuan)"


Aku ketawa kecil. Lucu pon ada. hehe. "Ush kau ni salah konsep nih. Aku dah agak dah. Haritu kita ada cakap pasal usrah kan. Salah satu peranan naqib adalah untuk 'handle' usrah la"


"Eh, ye ke? aku igtkan naqib ni matchmaker. carikan pasangan pastu jodohkan. "


 *******************************************
Tempohari ketika waktu rehat kami (beberapa orang) ada berborak mengenai (bekas dan sekarang) pasangan hidup masing2 (ex-gf). Borak punya borak, tiba-tiba salah seorang tanya padaku. "Kau lak macam mana? skrg dengan siapa?"


Aku sengih. sambil berkata "Takde".


"ex kau?"


"Pon xde" (sepanjang yang aku sedar, mana la tahu kecik2 dulu ada kan)


"Bai kau jangan tipu r mana boleh xde". Masing-masing buat muka hairan sambil menenung aku. Aku kira diorang pasti ingat aku sekadar bergurau. "seriously doh, kongsi r. Kitorang dah cerita, mne leh kau tak cerita"


Aku sekadar tersengih sambil menggeleng kepala. "Betul lah, xde"


Selang beberapa ketika, seorang dari rakan sekerja berkata, "kau pakai 'naqib' eh?". Terkejut aku bila dia sebut camtu. Aku senyum sambil mengangguk.


*******************************************


"cuba kau cerita sikit kat aku apa tu 'naqib' nih", dia bercakap dengan nada ingin tahu. Aku melihat jam, pukul 3 petang.


"sekarang tak leh, nanti lebih kol 5.30 petang nnt aku cakap". Ketika itu masih lagi dalam waktu pejabat, aku bimbang jika kami berborak dengan lebih panjang maka akan mengundang perkara-perkara yang tidak diingini.


"Aku nak lukis2 lagi nnt, nnt la ye". Dia sedikit pasrah dan mengangguk tanda setuju. Kami sambung buat kerja masing2.


*******************************************


Pukul 3.30 petang. Waktu rehat selama 15 minit. Kebiasaannya kami akan bergerak dalam kumpulan 4-5 orang menuju ke kantin. Duduk sahaja di kantin, Az memulakan bicara. "Ok aku ada soalan sikit nak tanya kau ni". Mat pula masuk ke kawasan kantin dan duduk di sebelah Az. "Mat kau tanya soalan yang 'tu' kat Aizat". 


Aku pon sedikit cuak. "Soalan apa la pulak yang diorang nak tanya ni. Mintak-mintak la tak susah. Ya Allah permudahkan urusanku." (monolog dalaman).


Mat berkata,"Ok aku nak test kau nih. Apa dia tujuan kita di dunia?"


"Ush, ni nak jawab guna pemikiran liberal ke ikut ilmu yang aku dah belajar ni" (monolog dalaman)


"Ok aku jawab ikut apa yang aku tau eh". Diorang mengangguk. 


"Mengikut Al-Quran, kita manusia ada 2 tanggungjawab. 1st, beribadah kepada Allah. 2nd, menjadi khalifah di bumi"


"Khalifah?", Az mencelah. "Maksudnya kena jadi pemerintah la ni?"


"Ooo yang tu mungkin kau maksudkan dalam sistem kalifah. Yang dimaksudkan dengan khalifah kat sini adalah menjadi wakil Allah di bumi ini untuk menguruskan bumi.... (aku pon tak berapa ingat aku explain apa kat sini)..."


Gambar hiasan



Friday 23 December 2011

Mata yang melihat

Salam,


Berpegang teguh dengan prinsip dan kepercayaan kamu, maka orang lain akan turut akur dan mengiktiraf kamu.


Minggu ini adalah minggu kedua aku menjalani 'industrial training' di Sapura Industrial Corporation. Ditugaskan di bawah Sapura Technical Centre (STC), kesemua rakan sekerja adalah engineer dimana kebanyakkannya adalah oversea graduates. Jika mereka adalah local graduates, mereka telah pun memiliki Master. Hendak menunjukkan bahawa hebatnya rakan-rakan sekerja aku.


Pada awal tahun ini, aku telah pun menjalani industrial training di sini tetapi diletakkan di department lain, iaitu di Quality Check/Quality Assurance (QA/QC) sebagai Quality Inspector. Banyak sekali perbezaan ketara yang aku dapat lihat setelah terlibat di dalam dua kumpulan yang berbeza ini. Ketika di QA/QC dahulu, tahap pendidikan yang paling tinggi dimiliki oleh rakan sekerja adalah Diploma, melainkan supervisor yang merupakan Degree holder dan bertindak sebagai engineer.


Bukan hendak mengatakan apa-apa disini, tetapi apabila kamu bergaul dengan mereka, aku dapat lihat perbezaan dalam cara mereka berfikir, apa yang mereka bualkan, cara percakapan serta banyak lagi. Sekiranya dahulu di QA/QC ketika aku mula-mula masuk mereka bertanyakan seribu macam soalan padaku, mengenai diriku, universiitiku, negara tempat aku belajar, dan bermacam-macam lagi. Tetapi di STC, tiada apa yang begitu menghairan dengan mereka yang menuntut di universiti di luar negara kerana kebanyakkan dari mereka itu sendiri telah pun belajar di luar negara.






Apa yang di bicarakan? juga berbeza. Bagaimana cara mereka bercakap? sangat berbeza. Medium percakapan juga berbeza. Cukup disitu, kali ini bukan itu tujuan aku menulis.

Monday 12 December 2011

Bila arkitek jadi peguam

Salam,



Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) bakal menjelma tidak lama lagi. Ramai orang bercakap mengenai politik. Pergi kedai mamak, politik politik politik. Buka facebook, banyak status-status memperkatakan tentang politik. Bukan itu sahaja, malah banyak juga video-video yang di post memperkatakan tentang politik. Tapi apa yang menyedihkan, ada satu video ini yang amat menyedihkan aku. Jika mahu berbicara mengenai politik, silakan. Tapi mengapa memperkatakan tentang suatu yang tidak kamu tahu.




Bukannya aku nak kata aku tahu banyak. Tapi benda asas seperti ini, even my little brother understand the wrongness of this video. Ish3x. SIapa lah dalang disebalik video ni. Tapi rasanya agak obvious sedikit sebanyak tentang di pihak mana dia berada. 


Teringat suatu masa dahulu apabila satu akhbar menyiarkan respond2 dari artis2 (penyanyi, pelakon) mengenai hudud. Aduh! Kenapa la bijak sangat bertanyakan kepada artis. Kalau aurat sendiri tak tutup, terdedah sana sini, bercampur lelaki perempuan, nak bercakap mengenai hudud? Aiseh. Yang bertanya soalan pon satu, pandai sangat.


Sepatutnya diletakkan sesuatu perkara itu pada tempat yang betul (adil). Maksudnya, bertanyakan pada mereka yang bersesuaian, mereka yang mempunyai ilmu. Kalau risau akan pengaruh politik, tanyakan pada NGOs Islam, penceramah-penceramah bebas, mufti. Bukankah itu lebih sesuai?


Baru-baru ini pulak, DAP dan MCA mahu berdialog mengenai hudud. Aih? Naik syeikh ke apa ni. Firstly, they are not even muslim. Secondly, it is very likely that they have very hideous agenda. Malaysia oh Malaysia. Macam-macam sungguh. 

Saturday 10 December 2011

Surau lain dari yang lain

Salam,

semalam ada dua rakan lama, Hasbi dan Paku dari Perak yang datang ke Bangi. Pada asalnya mereka dijadualkan tiba pada pukul 4 petang dengan menaiki bas. Namun akibat sedikit masalah teknikal, Hasbi memberitahu mereka akan tiba antara pukul 5-6 petang. Dalam pukul 6, Paku menghantar khidmat pesanan ringkas menyatakan mereka akan tiba dalam pukul 7 lebih. Macam-macam. Driver g tandas la, jam la. Biasa la, kehidupan. Many unexpected things tend to happen.

Yang penting, kita kena sentiasa bersedia menghadapi benda yang tidak dijangka. Jadi aku pon menunaikan solat Maghrib di sebuah surau di Taman Tenaga, Kajang kerana lokasinya yang berhampiran dengan Stesyen Bas Kajang. Disini, hampir separuh dari ahli jemaahnya terdiri daripada warga asing. Syumulnya Islam, tak kisah bahasa apa yang anda tuturkan, kita tetap solat 5 waktu sehari semalam. Selesai solat, imam berzikir, bertasbih dan bertahmid (aku rasa) secara bersendiri. Ada jemaah yang bangun terus meninggalkan perkarangan surau, anda yang bangun untuk solat rawatib dan ada juga yang berzikir sendirian.

Ketika zaman Nabi Muhammad SAW, ada masanya Nabi berzikir secara kuat (memperdengarkan kepada orang lain) selepas solat dan ada juga masanya beliau tidak melakukan sedemikian. Namun Nabi berzikir secara kuat adalah dengan tujuan untuk mengajarkan kepada makmum/jemaah lain tentangnya dan dalam tempoh masa tertentu.

Dalam Syarah al-Nawawi ‘ala Shahih Muslim (Jld. 5, m.s 84) dalam bab “Raf’ush-Shaut bidz-zikr” (menyaringkan suara dalam berzikir), berkata al-Nawawi berkenaan hadis Ibnu Abbas:

 Ini merupakan dalil tentang pendapat sebahagian salaf tentang sunat mengeraskan suara takbir dan zikir setelah selesai solat wajib. Di antara ulama muta’akhirin yang menganjurkannya ialah Ibnu Hazm al-Zahiri. Ibnu Bathal dan lain-lainnya menyatakan bahawa rakan-rakannya dan juga lain-lainnnya sepakat tentang tidak adanya anjuran mengeraskan suara zikir dan takbir tersebut. al-Syafi’i rahimahullah menafsirkan hadis ini bahawa hal itu merupakan pengulangan dalam jangka waktu yang tidak seberapa lama kerana Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam hendak mengajar sifat zikir kepada para sahabat, bukan bererti mereka terus menerus mengeraskannya. Dia berkata: “Imam dan makmum hendaknya memilih untuk berzikir kepada Allah setelah solat dengan menyembunyikannya (secara sirr). Kecuali jika ada orang yang hendak belajar zikir itu dari imam, hingga imam tahu bahwa orang yang belajar itu sudah mampu mempelajari darinya. Setelah itu imam harus menyembunyikannya. Begitulah semestinya.” Perkataan ibnu Abbas: “Aku tahu jika mereka menyelesaikan (solat)..” menurut zahir kalimatnya bahawa Ibnu Abbas tidak hadir dalam solat berjemaah pada sesekali waktu, kerana usianya yang masih kanak-kanak.

Friday 9 December 2011

Khutbah Jumaat vs Mengaji Al-Quran

Salam,


bila tiba hari Jumaat, sudah menjadi kewajiban para lelaki Islam yang cukup syarat untuk menunaikan Ibadah Solat Jumaat secara berjemaah. Di sunatkan untuk memakai wangi-wangian, memotong kuku, mandi, membersihkan diri dan datang awal ke lokasi solat Jumaat itu berdasarkan hadis Nabi berikut:


“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat,memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya,kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain,solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya,maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)


“Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


Aku menghadirkan diri ke Masjid sedikit awal sebelum masuknya waktu supaya berpeluang untuk berada di saf hadapan. Masuk waktu zohor, bilal pon melaungkan azan. Kebanyakan jemaah bangun untuk menunaikan solat rawatib. Tunggu seketika, khatib bangun memberikan salam dan bilal melaungkan azan kedua. Pada asalnya pada zaman Nabi Muhammad SAW dikatakan azan hanya dilaungkan hanya sekali namun perkara ini sedikit diubah pada zaman Saidina Uthman ketika mana orang sudah ramai dan berjauhan dengan masjid. Untuk rujukan: [KLIK SINI]




Sedang khatib membacakan khutbah, aku terlihat seorang pakcik ni sedang tunduk. Pada mulanya aku ingat pakcik ni sedang tidur namun apabila diperhatikan dengan betul, aku mendapati pakcik tersebut sedang mengaji Al-Quran. Hebat! Tapi malangnya, perbuatan itu kurang bertepatan aka tak kena masanya. Aik apesal pulak? Orang nak mengaji biar la. Bukan ke sunat ke mengaji Al-Quran? Jeng3x.


Wednesday 7 December 2011

Golongan pemuda dan dewasa

Salam,

Hari ini adalah 10 Muharram mengikut perkiraan kalender Hijrah Malaysia. Di sunatkan untuk berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharram berdasarkan kemampuan kita. Kalau mampu puasa tiga-tiga hari. Kalau tak mampu dua hari. Kalau tak mampu lagi satu hari. Kalau tak puasa pon tak apa. Tapi fadilatnya sangat besar, jadi agak rugilah bagi mereka yang tidak cuba untuk berpuasa. Untuk dalil-dalilnya sila [Klik Sini]

Beberapa hari yang lepas, Masjid di berdekatan dengan rumah aku menganjurkan iftar bersama sempena Hari Asyura (10 Muharram). Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk turut sama-sama berbuka puasa dengan ahli kariah masjid yang lain. Suasana agak meriah, terdengar suara orang-orang dewasa berborak, sedikit tergelak apabila aku curi-curi mendengar perbualan mereka. Tahun depan bakal menjadi tahun terakhir aku di Adelaide (InshaAllah. Doakan segalanya berjalan lancar). Jadi nak taknak suatu masa nanti aku akan memasuki alam yang lebih mencabar dan asing bagiku, iaitu alam dewasa.

Jadi aku perlu belajar sedikit sebanyak bagaimana untuk berkomunikasi, bergaul dengan mereka. Untuk masuk dengan mereka memerlukan kaedah yang berbeza berbanding bergaul dengan mereka yang sebaya mahupun mereka yang lebih muda. Skills itu perlu diasah, keterampilan diri perlu ada. Tidak boleh menunjukkan sifat-sifat kurang matang, ketawa terbahak-bahak, tersengih-sengih. Itu antara perkara yang aku boleh simpulkan berdasarkan pengamatan dan pengalaman aku dalam proses untuk blend in dengan orang yang jauh lebih dewasa.

Hakikat ini telah lama aku fikirkan. Sedikit demi sedikit aku cuba mencari jalan untuk menjadi lebih 'adult-friendly'. Itu antara agenda aku apabila pulang bercuti di Malaysia kali ini. Selain itu, titik persamaan juga diperlukan untuk memudahkan proses itu. Kebetulan ramai di antara ahli kariah Masjid Al-Kauthar suka bermain pingpong dan di pihak masjid mempunyai 2 buah meja pingpong untuk kegunaan awam. Jadi apabila ada peluang, aku akan meluangkan masa untuk bermain bersama mereka.


Monday 5 December 2011

Trend tudung di Malaysia

Salam,

Dalam tempoh 2 minggu keberadaan aku di Malaysia untuk cuti summer 2011/2012 ni, aku mendapati kebanyakan rakyat jelata di Malaysia mempunyai satu fesyen tudung dan pemakaian yang hampir sama. Di Malaysia, terdapat satu jenis tudung pakai siap (istilah aku) yang xperlu nak lipat2 dan pin (bubuh brooch). Hanya beli, sarung dan jeng jeng jeng. Siap.

Aku pernah menanyakan pendapat beberapa muslimah mengenai tudung sebegini dan kebanyakkannya yang memilih tudung sebegini adalah kerana proses pemakaiannya yang amat mudah. Hanya perlu sarung di kepala. Itu satu kelebihan tudung ini. Tudung ini juga didatangkan dengan berbagai-bagai fesyen dan warna. Menarik!
Pada hakikatnya, tudung ini telah muncul sejak beberapa tahun yang lalu tapi bagi aku yang pulang bercuti di Malaysia, cuti kali ini menampakkan penguasaan tudung ini di pasaran. Kemana sahaja tempat yang aku pergi, pasti ramai yang menggunakan tudung jenis ini.

Contoh tudung pakai siap yang di maksudkan


Mesti kaya pengasas tudung jenis ni. Tapi malangnya, aku melihat ada seperkara yang amat tidak kena dengan tudung ini. Tudung pakai siap ini (sepanjang pengamatan aku) tidak cukup labuh. Kebanyakkannya hanya nyawa2 ikan sahaja, setakat nak tutup kepala and leher sahaja.

Jadi apa masalahnya? Dah tutup kepala, rambut dan leher settle la kan? Tidak. Anda salah.

FIrman Allah:

“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

Jadi kalau tudung tu singkat semacam je, adakah tudung itu memenuhi kriteria-kriteria yang di tetapkan di dalam Al-Quran?

Tetapi, aku tidak menafikan sumbangan tudung sebegini, cuma jika ada dipasaran, carilah yang lebih labuh yakni memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan dalam AL-Quran.

FIkir-fikirkanlah.

Wallahualam

Untuk pembacaan tambahan: [Klik Sini]

Wednesday 23 November 2011

Akidah itu. Dakwah ini.

Salam,

fasa pertama kepada dakwah yang dilakukan oleh para nabi adalah dengan memperbetulkan akidah manusia. Dengan mentauhidkan Allah. Meyakinkan manusia akan keesaan Allah. Bukannya bermula dengan menyuruh mereka mengerjakan solat, berpuasa, menunaikan haji. Semua itu adalah perlu, tetapi apabila fasa pertama telah selesai.

Untuk menanam keimanan kedalam hati-hati manusia bukanlah sesuatu yang mudah. Islam tidak disebarkan dengan mata pedang. Keimanan itu hanya mampu ditanam dengan penjelasan, penerangan, kata-kata, proses pengajaran, bukannya dengan memaksa seseorang itu menerima Islam. Islam bukan agama paksaan. Yes, bukan suatu paksaan untuk masuk Islam, tetapi setelah memeluk agama Islam adalah kewajipan untuk mempelajari akan Deen ini.

Bagaimana kita ingin membina bangun yang super hebat, mempunyai lampu liplap-liplap, bertingkat-tingkat di atas foundation yang tidak kukuh? Adakah akan selamat bangunan setinggi menara KLCC sekiranya dibina di atas tanah gambut? Tidak.

Itulah antara sebabnya mengapa memperbaik akidah merupakan perkara tunjang dalam dakwah. Kita risau, sekiranya segala macam amalan dipikul di atas iman yang goyah itu, akhirnya akan membawa kepada keruntuhan dan kebinasaan yang lebih teruk. Sehingga tidak mampu lagi untuk mendirikan walau rumah setingkat, tenggelam terus tidak timbul-timbul. Itu perumpaan bagi bagaimana pentingnya membina iman, akidah yang teguh.

Pernah sekali aku melihat akan komen seorang hamba Allah di gambar yang menunjukkan 'Mike Tyson' diketika beliau menunaikan haji.


Komennya berbunyi lebih kurang begini:

"Ush tengok tu ada tatoo lagi, pergi bersih tatoo dulu la baru pergi haji"

Wednesday 2 November 2011

Berlaku adil

Salam,


apakah yang dimaksudkan dengan adil dan bagaimanakah yang anda rasakan adil itu?


Adil di definasikan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya.






Adakah dengan memberikan sesuatu itu secara sama rata kepada semua tanpa mengira faktor-faktor seperti latar belakang, umur, tahap pemikiran dan lain-lain itu adil? 


Cuba bayangkan ketika hari raya. Budaya orang Melayu, pasangan yang dah berkahwin 'wajib' memberikan duit raya kepada anak buah. Kamu ada dua anak buah, Usop dan Hamzah. Kalau ikut konsep 'sama rata', Usop dan Hamzah akan dapat RM5 kerana semua orang mesti menerima jumlah yang sama. 


Tapi rupa-rupanya Usop baru berusia 5 tahun, tapi Hamzah sudah berumur 15 tahun. Adakah kita berlaku adil disitu?


Percaya atau tidak, sejak kecil lagi kebanyakkan dari kita di 'doctrine' dengan konsep sama rata yang di associate dengan perkataan adil. 


Bagaimana kita berlaku adil terhadap seseorang?


Aku pernah berborak dengan seorang sahabat tidak berapa lama dahulu mengenai perkara ini. Dia pernah menyebut (lebih kurang begini), "Ana tak membezakan antara orang. Semua orang ana cakap guna ana enta. Macam kat si *****, mula-mula memang dia tak biasa, tapi lama-lama dia pon boleh terima". Tapi aku kurang setuju. Penerimaan setiap orang ke atas sesuatu perkara adalah berbeza. Dalam kes tadi, Alhamdulillah si ***** boleh menerimanya, mungkin kerana latar belakangnya. Tapi cuba sekiranya kita berbuat demikian dengan mat-mat rempit, adakah penerimaan mereka juga sama? Tidak.


Diskriminasi itu kadang-kala perlu, but in a right context. Jika kita menafikan hak-hak sesetengah orang dengan mendiskriminasikan mereka, itu salah. Seperti dasar Apartheid yang membezakan seseorang mengikut warna kulit dimana rakyat Afrika yang berwarna hitam dianggap sebagai golongan kelas kedua.

Tuesday 1 November 2011

Kekalutan seminggu

Salam,


Kisah ini berlaku pada minggu lepas. seminggu sebelum swot vac/study week second semester 2011. Al kisahnya sebagai student tahun 3 mechanical engineering di university of Adelaide, kami perlu menyiapkan satu projek di bawah subjek Engineering Design and Communication. Projek nya adalah membina sebuah Electrically Assisted bike. Bunyi mudah. Bukannya kena physically bina basikal tu. Cuma come out dengan design di dalam komputer, buat research utk market, bahan dapat mana, design mana paling efficient, cost saving, dll.


Projek ni memakan masa setahun. Tapi time awal2 tahun tu macam xberapa nak kectic, biasa-biasa je. pergi meeting, balik meeting. Sampai la ke week 12. Bila each group kena finalize everything and submit final report beserta engineering drawing. Satu group semua budak Melayu (ush xberkembang langsung). Bila nak masuk week 12 tu baru nampak semua orang mula buat drawing untuk subsystem masing2. Macam aku punya subsystem adalah handlebar. I think the easiest part of the bike. Cuma kena design handlebar stem, bar, dan bolt. Tambah la sikit handlebar grip dan benda2 kecik yg lain utk bg nilai estatika (aesthetic). Dan aku dah menyiapkan design aku 2 minggu sebelum tu lagi. Tapi aku hairan jugak, budak2 lain dalam group aku ni macam tak gerak pon dalam menyiapkan engineering design masing2. Maybe sbb aku punya part paling senang kot sbb tu boleh siap awal.


Pada week 11, kami meeting dan come out dgn dateline utk menyiapkan semua design by the end of week 11. Meeting hari Khamis kalau xsilap. Bila dah decide, baru la masing2 rush nak buat. Ada yang dah halfway, ada yg nak siap dah, ada yang xmula pon lagi. Dan components dlm each subsystem tu berbeza bilangan dan kesusahan utk di-design. Aku pon tolong la sikit2 kawan2 yang lain. Hari Sabtu tu, aku tolong buatkan satu part. Sehari suntuk diperlukan just utk siapkan satu part. Start dari pagi, siap pukul 3 pagi esoknya. Siap2 je dalam pukul 3 tu, terus terjun tidur. Tak ingat sempat save ke tak. Komputer biar terbuka.


Malam tu ramai kawan2 datang utk berqiam di rumah, jadi dalam pukul 4 lebih tu aku terbangun sebab bunyi orang gerak2, tapak kaki gitu. Bangun minum air pastu sambung tidur, xlarat nak qiam sekali. Lepas tu gerak ramai2 pergi masjid utk solat subuh. Balik je dari masjid rasa pening2, tidur straight. Tapi rasa lega sikit sebab dah siap 'kerja'. Bangun pukul 10 lebih (ush!). Mengadap komputer, macam biasa check email dll. Tak terfikir pon pasal drawing yg dah buat malam tu.


BIla teringat, eh? Kenapa Autodesk Inventor (application yang digunakan) ni tertutup? Aku blur. Eh sat, kalau camtu camne dgn drawing yang aku dah buat semalam? Kelam-kabut aku geledah komputer cari kat mana 'kerja' yang aku buat dengan harapan aku dah save. ada la dekat 30 minit. Lepas tu aku search pulak internet untuk dapatkan 'software' yang boleh track deleted file atau recover lost file gitu. Hampa semua scam belaka di internet. adalah sejam lebih. pukul 12 camtu aku macam blur.


Apa aku nak buat nih? Letih la semalam seharian buat, harini hilang? Rasa give up habis dah time tu. Rasa macam taknak g skolah dah (macam budak2). hehe. Tapi fikir punya fikir, mana boleh camni. Kalau Rasulullah SAW dulu give up untuk sebarkan dakwah, mesti Islam tak sampai kat aku. Aku punya dugaan baru sikit ni.


Fuh, aku pon start balik everything from scratch. Tapi kali ni habis laju dah, sebab tangan dah mcm biasa dengan application ni. Mana tak nya, seharian dok mengadap je. Dalam pukul 5.30 ptg siap semua. Alhamdulillah. Dan design yang aku buat pon better than before. Amazed with myself. (LOL).


Petang tu rasa lega habis la. Sebab sempat siapkan sebelum dateline (which is hari tu la). Malam tu pulak buat assignment (rasanya) yang nak kena hantar hari Isninnya pulak. Pon tidur lambat jugak malam tu. Dalam pukul 2-3 jugak.

Thursday 20 October 2011

Hati, akal dan jasad. Siapa pemandu?

Salam,



Semua orang mahukan yang terbaik buat dirinya. Ada ke orang yang nak yang tak baik untuk dirinya sendiri? baju nak yang paling kotor, seluar lagi banyak koyak lagi bagus, rumah kalau air hujan boleh masuk lagi seronok, kereta kalau tak boleh gerak itu pilihannya. Ada ke? (ke ada?). Lumrah seorang itu mahukan yang baik-baik belaka. Jangan kita ingat bila seseorang itu dah ditarbiyah, hilang sifat kemanusiaan dia. Tiada dah hawa nafsu, semuanya iman. Iman. dan Iman. Kalau kamu kata YES, kamu bohong. 


Manusia tidak boleh melawan fitrah dirinya, tapi kita boleh mengawalnya. Manusia bukan jasad semata-mata. Juga bukan hati semata-mata. Manusia secara amnya terdiri dari 3 unsur utama; hati, akal dan jasad (Roberto Gathering, October 2011). Jasad tanpa hati dan akal? Binasalah ia. Akal tanpa hati? porak-perandalah. Hati tanpa akal dan jasad? Apa yang mampu dilakukan.


Hati boleh diibaratkan sebagai takwa. Hati digunakan untuk memandu jasad supaya kearah yang betul. Akal digunakan untuk memikirkan kebesaran-kebesaran, tanda-tanda dan kekuatan ciptaanNya. Jasad adalah untuk melihat, mendengar, merasa dan juga menunjukkan kesyukuran kita kepadanya. 






Jasad sepatutnya dipandu oleh akal dan hati. Tapi apa yang selalunya berlaku, jasad yang memandu, yang lain hanya menumpang, menjadi pak turut. Cuba kita fikirkan situasi di bawah ini.


Masa untuk makan.


Jasad: Dah pukul 1, aku nak makan tengahari!


Hati: Sabar dulu, kau tak lapar lagi wahai jasad. Bukankah Rasulullah pesan makan apabila lapar?


Jasad: Argh kau hati, ada je nak halang aku. Akal! mana kau. Carikan aku makanan yang paling best sekali yang kau boleh fikir.


~~Akal yang lemah akan hanya menurut~~


Akal: Baik lah abang Jasad. Biar saya fikirkan menu terbaik sekali.... Apa kata abang Jasad pergi makan Burger Ramlee Double Special tambah cheese triple. Beli 3 bungkus.


Jasad: haa! bijak pon akal. ni yang aku sayang kat kau ni. Tak macam si Hati ni, asyik nak membantah je.

Sunday 9 October 2011

Realiti masyarakat. Beginikah kita?

Salam,

Sedikit perkongsian pengalaman.
********************************************

"Bandu, bila Boy(bukan nama sebenar) sampai kat sini kan waktu awal-awal sampai dulu, Boy rasa pelik. Orang-orang yang baik-baik kat (Boy gelar orang alim) sini tak macam orang yang kat Malaysia. Sesetengah orang alim ilmu agama kat Malaysia tu kerek sangat. Diorang pandang rendah orang-orang yang cetek ilmu agama ni. Boy rasa macam ada perbezaan yang ketara antara kitorang. Ye la, Boy bukanlah alim sangat macam diorang", Boy memulakan bicara.

Aku sekadar mengangguk. Menunggu ceritanya dihabiskan.

"Boy tau la Boy macam mana, kat tahap mana. Memang la Boy pergi bersukan pon pakai seluar pendek je. Ada sekali tu diorang tanya, dulu SPM dulu berapa markah PI. Boy pon cakaplah dapat A. Lepas tu diorg cakap lagi, mesti A cukup-cukup makan kan," Boy mengeluh, menyatakan rasa tidak selesa di hati.

" Ye ke, ish memang tak patut", aku membalas.

Boy menyambung cerita, " Diorang ingat orang macam Boy ni tak boleh score ke PI tu? Ada jugak time kat uni kat Malaysia dulu kan, ada la geng2 ni yang datang ke bilik. Diorang cakap diorang ada buat prog tadarus kat masjid. Tapi yang buat sakit hatinya kan, diorang siap cakap lagi yang diorang buat tadarus ni ikut group-group. Yang slow ni group lain. Yang laju ni group lain. Macam pandang rendah kat kitorang pulak. Housemate Boy yang time tu ada kat situ pon panas la, dia ni memang tiap2 lepas Maghrib biasakan diri untuk mengaji. Dia panas, sebabnya kenapa lak kena buat camtu. Dia ingat dia siapa nak pandang rendah kat orang."

Good explanation. Tolong dengar sampai habis.

"Betul jugak tu Boy. Kalau nak cakap, tipikal orang Melayu macam tu la. Pandang rendah kat sesetengah orang yang lain. Diorang ingat diorg ni dah habis 'warak'. Mungkin betul diorang ni alim (berilmu), lagi-lagi bidang agama. Tapi tak bermakna diorg ni lebih bagus. Tak semestinya orang yang warak, sentiasa pergi masjid, mengaji Quran tak tinggal semuanya boleh score A subjek PI. Tak semestinya orang yang aurat tak tutup, masjid jarang pergi, Quran jarang baca tak boleh score PI. Siapa kita untuk menilai seseorang itu sampai ke situ?", aku mencelah percakapan Boy.

Tambahku lagi, " Kalau semua orang yang 'alim' ni berperangai macam tu, macam mana orang-orang yang jahil agama ni nak tertarik pada Islam? Siapa nak bimbing orang-orang yang jahil ni kalau bukan orang-orang yang berilmu (alim) ni?"

Time tengah bercakap tu teringat pulak aku kat satu babak dalam 'Nur Kasih The Movie'

Saturday 8 October 2011

Usaha kita, ketentuan Allah

Salam,



apabila kita berdampingan dengan seseorang, mesti secara sedar atau tidak sedar, sedikit mahupun banyak kita akan terpengaruh dengannya. Teringat hadis Nabi

Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang saleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap. (Sahih Muslim)

 Kawan-kawan memainkan peranan dalam kehidupan kita. Masakan tidak, orang boleh menilai mengenai diri kita hanya dengan melihat dari siapa kita berkawan. Menjadi tanggungjawab kita untuk membantu kawan kita dimana boleh, setahap yang kita mampu. Memang kita perlu memilih dengan siapa kita berdampingan tapi kita juga perlu berkawan dengan semua. Tidak kiralah bagaimana sifat mereka, siapa mereka. 

Tapi kita perlu berhati-hati supaya kita tidak terpengaruh dengan pengaruh negatif (jika ada) yang dibawa oleh mereka. Sebaliknya, kita yang perlu memainkan peranan untuk mempengaruhi dia untuk lebih mendekatkan diri dengan Islam. Bagaimana? Banyak caranya. Antara cara yang paling berkesan, tapi mungkin memakan masa yang lama adalah dengan menunjukkan qudwah yang baik. Jika kita melihat ada diantara kawan-kawan kita yang terjebak dengan maksiat ataupun melakukan sesuatu yang tidak patut, menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan sesuatu. 

Ramai orang menyalahsangka akan perintah Allah yang menyuruh mengubah sesuatu dengan tangan, jika tidak mampu dengan lisan (perkataan) dan dengan selemah-lemah iman adalah merasakan bahawa perbuatan yang dilakukannya itu salah di dalam hati kita. Kita perlu juga melihat kepada konteks perkara itu, siapa kita berbanding pelaku maksiat/kesalahan itu. Sebagai contoh, mengubah kemungkaran dengan tangan (kuasa) adalah lebih applicable kepada pihak-pihak yang mempunyai kuasa, yang mampu, dan selalunya mereka-mereka ini adalah dari golongan pemerintah, orang atasan, orang yang dilantik/diberi kuasa. 
Tetapi ini juga bukan alasan untuk kita tidak melakukan apa-apa.

Friday 7 October 2011

Spring break 2011



Salam,

hanya ingin berkongsi cerita berkenaan aktiviti yang dilakukan ketika cuti pertengahan sem 2, 2011.

Barang lelongan pertama (RSP)
Tempoh cuti pada tahun ini adalah 2 minggu, bermula pada 24/9 sehingga 9/10. Banyak jugak events yang berlangsung samada dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu atau pun oleh individu-individu tertentu sepanjang tempoh cuti ini. Antaranya adalah Roadshow Palestin Adelaide 2011 (RSP), mentadabbur alam, perkhemahan, crab raking, Futsal ISMA CUP, Bowling UMNO CUP dan lain-lain.

Roadshow Palestin Adelaide 2011 berlangsung dengan jayanya pada 24 September 2011. Kehadiran para tetamu adalah agak memberangsangkan, memenuhi ruangan dewan yang disewa. Antara aktiviti yang berlangsung adalah ceramah mengenai Palestin oleh Dr. Zainur Rashid (perunding Aman Palestin), pameran, silent bidding, live auction dan ramah mesra bersama penceramah. Acara kemuncak adalah live bidding. 5 barang yang di lelongkan ketika itu. Lelongan bermula dengan agak suram, kerana mungkin ramai yang masih belum biasa dengan cara-cara membida barangan.

Masuk ke barangan kedua dan keatas, acara live bidding mula menjadi rancak. Jumlah bidaan meningkat dengan cepat. Ada yang membida atas kapasiti individu, tidak kurang juga mereka-mereka yang berpakat berkongsi duit supaya mampu membida dengan harga yang lebih tinggi. Barang bidaan terakhir yang dinamakan 'Kingdom of Faith' telah dibida dengan harga AUD 20,222 (approximately RM 62,595.656). Satu angka yang bagi aku adalah sangat tinggi.
Kingdom of Faith, dibida dengan harga AUD20,222

Sunday 2 October 2011

Penghijrahan DAY ke ROBERT

Salam,

Sekitar penghujung bulan Ramadhan 1432Hijrah (2011), aku telah berpindah ke rumah baru. Lokasinya amatlah berdekatan dengan rumah aku yang sebelum ini.


Sekiranya rumah yang lama dikenali sebagai Day, rumah baru ini dikenali sebagai Robert atau nama glamour-nya Roberto. Kenapa Day? Kenapa Robert? Kebiasaannya pelajar-pelajar lelaki yang belajar di Adelaide menggunakan nama jalan untuk menamakan rumah mereka. Misalannya alamat rumah aku sebelum ini 2 Day Avenue, jadi Day di ambil sebagai nama rumah. (Tak kreatif kan?)

Berbeza dengan kebanyakan pelajar perempuan yang berada di Adelaide, mereka menggunakan nama-nama yang unik dan jauh berbeza dari apa yang di buat oleh pelajar lelaki. Nama-nama ini kadangkala kita boleh dapatinya di Malaysia sendiri. Sebagai contoh, Baitul Mawaddah (tiada kena mengena dengan rumah sesiapa pon).

Perpindahan ini berlaku secara sangat ad-hoc. Pada asalnya, aku (dan housemates yang lain) telah pun menandatangani perjanjian untuk menduduki rumah Day sehingga ke bulan 8, 2012. Namun pada sekitar bulan 7-8 Peter Doukas, agent dari 21 Century (Agent yang menguruskan rumah Day) memberitahu kami bahawa tuan rumah (Day) telah berjaya menemui pembeli yang berminat untuk membeli rumah Day.

Tuesday 13 September 2011

10 Muwasafat Muslim

 


1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. 

Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
  "Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah,  tetapi pada keduanya ada kebaikan."   
 
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.
 
2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.
 
3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. 

Pesan Imam Banna: 
"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting. 
 
4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.
 
5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat. 
 
6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.
 
7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
 
9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah. 
 
10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Huraian diambil dari : iluvislam 

Sunday 14 August 2011

Flashback: Diari Ramadhan 5: Puasa masa kecik!

Salam,

Sewaktu berumur 5 tahun (ke enam?) sehinggalah berumur 9 tahun salah satu perkara yang memotivasikan aku untuk berpuasa tidak lain dan tidak bukan adalah duit. yes, duit!. Haaa, usah menafikan perkara ini. Mesti ramai diluar sana yang pernah melalui fasa ini. 

"Siapa puasa separuh hari dapat lima posen. Puasa penuh dapat seringgit"

Seboleh-bolehnya aku akan berusaha untuk mendapatkan seringgit. (Mata duitan betul). Tapi bila dah masuk darjah satu, aku dah berjaya puasa penuh sebulan. Maka dapatlah RM30.
 
Di malam hari, aku seperti kebanyakkan umat Islam di Malaysia akan pergi ke masjid/surau untuk menunaikan solat Tarawikh secara berjemaah. Tetapi sebenarnya bagi seorang kanak-kanak (aku la tu), tujuan utama untuk pergi ke surau adalah untuk bermain bersama kawan-kawan yang lain. Jarak surau As-Syakirin (sekarang dah jadi masjid) hanyalah dalam 200 meter begitu. Jadi kebiasaannya aku akan pergi secara bersendiri.

Surau As-Syakirin terbahagi kepada beberapa partitions, antaranya adalah ruangan solat utama, ruangan solat wanita, bilik besar dibahagian belakang (kelas agama) dan ruangan solat biasa di sekeliling ruangan solat utama. Kebiasaannya, kanak-kanak tidak dibenarkan solat di dalam ruangan solat utama, maka aku akan bersolat di bahagian solat di luar bersama rakan-rakan yang lain. Biasa la bagi budak yang masih kecil, solat berjemaah (tambah lagi dengan tarawikh dan witir!) ni agak memenatkan dan membosankan. 

Jadi selepas solat Isyak kami ramai-ramai akan pergi singgah sebentar di Stesyen minyak untuk membeli gula-gula (konon nak hilang mengantuk). Masa ni la nak guna duit hasil berpuasa di siang hari.

Wednesday 10 August 2011

Flashback: Diari Ramadhan 4: Ramadhan the 10th

Salam,

Kisah yang berlaku pada hari Rabu, 10 Ogos bersamaan dengan 10 Ramadhan 1432 Hijrah.

"Bandu bangun bandu, dah lewat dah ni", terdengar suara housemate mengejutkan aku, sambil menggoyangkan badanku. 

Membuka mata, dalam keadaan mamai. Tangan mencapai telefon bimbit disebelah kiri untuk melihat masa. '5.20a.m'. "Ya Allah, dah lambat!", detikku dalam hati. Hari yang aku bangun paling lewat setakat ini. Rushing menyiapkan makanan untuk bersahur dan dimasukkan kedalam ketuhar gelombang mikro. Masa di set kan pada 2 minit sementara aku menuju ke bilik air untuk menyiapkan diri sebelum makan. Keluar bilik air, makanan di ambil, dan terus menjamah. Ops! "Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang".

Melihat ke satu sudut rumah, beberapa rakan sedang menunaikan solat sunat. "Ruginya hari ni bangun lambat, tak sempat nak qiam".

Bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat sunat di waktu malam”
( HR. Muslim )

Waktu subuh masuk pukul 5.36a.m. Baru sahaja duduk dan menyuap 2-3 suapan ke dalam mulut, jam menunjukkan pukul 5.30a.m. "Alamak 6 minit je lagi ni"

Saturday 6 August 2011

Flashback: Diari Ramadhan 3: Puasa di perantauan

Salam,

ketika tahun pertama berpuasa di Adelaide (1st year), semangat sungguh bila nak dekat puasa.

"mama jangan lupa kirim kuih raya ye!", pesan kepada emak even sebelum start puasa lagi. Bukan sekali, tapi berkali-kali. (Eh ni bukan semangat nak puasa)

Duduk serumah dengan kawan-kawan yang buat persediaan sekali di Kolej Bandar Utama. Syukur hampir semua antara mereka pandai memasak. Kalau tak sudah pasti aku akan kebulur ataupun terpaksa menghabiskan duit untuk makan diluar. Di Adelaide ni bukan sahaja kedai halal sangat sedikit (Tak explore pon), malah agak mahal. Makan sekali-sekala tu mungkin masih boleh diterima.

Kami bersepakat untuk memasak untuk juadah bersahur dan untuk berbuka kami akan makan di Masjid Khalil. Kebiasaannya kami akan masak malam sebelum hari bersahur tu kerana bimbang kalau masak pagi nak sahur tu takut tak berkesempatan.

Dengan harapan yang besar untuk bersahur lauk yang sedap keesokan harinya aku pon tidur. 

Pagi esoknya tersedar dari tidur. Tekan butang lampu pada jam tangan digital jenama Casio, "alamak! dah pukul 6 sudah".

Kecewa. Sambung tidur semula. (Ish teruk betul). Bila housemates kejut baru nak bangun solat Subuh. Pagi tu masing-masing muka masam. Lepas tu kami berazam untuk bangun bersahur keesokan harinya. Benda sama berlaku lagi. 

Perkara yang sama berlaku hampir setiap minggu. Ada sekali itu berlaku straight 3 hari (ke lebih?). Susah payah je masak malam tu. Terlepas keberkatan bersahur.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Thursday 4 August 2011

Flashback: Diari Ramadhan 2: Ukhuwwah knows no boundaries

Salam,

Hari ini ada beberapa kawan datang rumah. Kami berbuka bersama-sama. Selesai solat maghrib dan berbuka, kami menuju ke Masjid Khalil.

"Hari ini nak pakai jubah la, dah lama tak pakai". Jubah putih disarungkan ke badan. 

Setibanya di masjid, solat Isyak sudah pon bermula. Terlewat menyertai imam untuk dua rakaat. Seusai solat Isyak, salam diberikan ke kiri dan kanan. Selesai doa, aku menyapa seorang lelaki disebelah kanan yang baru selesai menunaikan solat rawatib.

"Assalamualaikum brother", tangan dihulurkan.

"Waalaikumussalam", tanganku disambut. Senyuman terukir di wajahnya.

Seperti biasa imam akan memberikan tazkirah pendek dalam bahasa arab. Semua yang berada di situ khusyuk mendengar. Aku pon turut khusyuk mendengar seketika. 



"Duduk mendengar pon bukan faham apa pon. Menyesal tak belajar bahasa Arab betul-betul dulu", aku bermonolog sendirian, sedikit marah pada diri. Aku mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket kanan. Membelek-belek gambar rumah-rumah yang baru diambil siang tadi. "Malasnya nak pindah rumah. Tapi biar bersusah-susah dahulu daripada bersusah di kemudian hari".

Gelagat aku diperhatikan lelaki yang duduk disebelah aku. Dia menoleh kearahku. "Have you read the latest news on ABC?".

Sunday 31 July 2011

Tidak sama panas dan sejuk

Salam,

Untuk mengetahui apa itu panas, kita mesti terlebih dahulu merasai bagaimana rasanya sejuk. Cuba kita bayangkan apa perbezaan yang dirasai oleh seorang pelajar yang pulang ke Malaysia (panas dan lembap sepanjang tahun) dari Australia ketika musim panas dan ketika musim sejuk? Banyak perbezaannya.

Jika kita pulang ke Malaysia ketika Australia sedang mengalami musim sejuk, kita akan merasakan bahawa suhu di Malaysia terlampau panas dan badan kita mungkin sekali mengambil masa yang lama untuk adjust kepada perubahan persekitaran itu. Tetapi jika kita pulang ke Malaysia ketika Australia sedang mengalami musim panas, perbezaan suhu yang tidak berapa ketara itu menyebabkan kita tidak merasai 'kepanasan' Malaysia itu.

Panas dan sejuk itu adalah sesuatu yang subjektif, dan berkait rapat dengan individu itu sendiri. Orang yang sudah biasa tinggal di Kutub Utara sudah pasti merasakan bahawa padang pasir di Sahara sangat panas. Tetapi yang tinggal di Sahara itu sendiri merasakan bahawa suhu di Sahara adalah normal. Itu perbezaannya. 

Seekor  kucing di Australia

Rakyat Palestin mengutip buah Zaitun untuk mengalas perut
Pembaziran makanan



Thursday 28 July 2011

Flashback: Diari Ramadhan 1: Berbuka di Masjid Khalil

Salam,

"That's all for today. Any questions?...If no, see you guys next week. Enjoy your holiday" 

"Cepat Naim, cepat!". Aku separa menjerit kepada seorang rakan. " Dah nak azan maghrib dah ni, karang lambat pulak sampai kat Khalil (Khalil Mosque)".

Kami pon bergegas keluar dari Horace Lamb Lecture Theatre dan berlari anak menuju ke bahagian belakang university, di mana terdapat ruangan parkir untuk motosikal. Vroom, enjin dihidupkan. 


************************************************************

Ramai orang berkerumun di sekeliling satu meja besar. Seperti burung hering menunggu masa yang sesuai untuk menerkam mangsanya. Aku hanya memerhatikan gelagat mereka dari tepi. Malas untuk bersesak-sesak. "Allahuakbar Allahuakbar", azan dilaungkan menandanya telah masuk waktu Maghrib. Mereka yang tadi mengerumuni meja mula mengorak langkah. Tangan-tangan dihulurkan untuk mencapai kuih-muih yang dihidangkan di atas meja. 


Wednesday 27 July 2011

Flashback: Rumah Antoo

Salam,

Teringat kisah ketika berada di sekolah rendah. Ketika itu hari kantin. Kebiasaannya, budak-budak sekolah akan berasa excited bila tibanya hari kantin. Ketika hari kantin, akan terdapat pelbagai juadah makanan, pelbagai aktiviti, pelbagai ragam.

Antara aktiviti yang mengujakan aku adalah rumah hantu. Ada satu tahun itu, aku menghadiri hari kantin bersama rakan-rakan sebaya. Maka beratur la kami di pintu hadapan rumah hantu itu. Ada dua barisan beratur, dan pelawat kena masuk ke dalam rumah hantu in group. Sebab tempat tu tak berapa besar, jadi untuk mengelakkan kesesakan di dalam maka kena masuk group by group. Pada asalnya aku beratur bersama-sama dengan kawan-kawan. Tapi sekali bila masuk ke dalam tu, aku terpisah dari group aku.



Jadi aku pon masuk lah dulu ke dalam rumah hantu tu. Aku habaq kat kawan-kawan, "aku masuk dulu. Nanti aku tunggu kat dalam sampai korang masuk".

Maka aku pon tunggu di dalam itu, sebab selepas group yang aku masuk sekali itu adalah group aku. Tunggu beberapa ketika, satu group masuk. Di dalam rumah hantu itu, gelap gelita. Umpama malam tanpa bulan. Tak nampak apa-apa pon, sampailah pintu dibuka, baru cahaya dapat masuk.

Apabila group tadi dah sampai berdekatan dengan aku, aku pon join lah berjalan sekali. Disebabkan keadaan yang gelap-gelita, aku pon memegang bahu salah seorang dari mereka yang berada di dalam group tu (Macam main keretapi tu, lepas tu jalan ramai-ramai). Sepanjang berada di dalam rumah hantu tu aku tak bercakap sepatah pon. Cuak agaknya.

Sepanjang perjalanan di dalam itu aku hanya dengar suara perempuan menjerit je. Aku pon agak pelik la, ingatkan ada lagi satu group di dalam rumah hantu itu. Jalan punya jalan, sampai lah ke penghujung rumah hantu. Bila pintu dibuka, barulah aku nampak. Rupa-rupanya, aku berjalanan dengan sekumpulan perempuan. Laaa, salah orang rupanya. Aku cepat-cepat lari masuk balik sebelum kantoi (harapnya).

Haha. Nasib baik budak-budak perempuan tu tak perasan.

Fikir-fikir balik, aku ber-keretapi dengan siapa di dalam rumah antoo tu?

Tuesday 26 July 2011

Ramadhan : Dahulu dan kini

Salam,

Semalam ada banyak perkara yang menggembirakan. Alhamdulillah. Dan dua perkara besar, sempurnanya satu hari puasa sunat dan keputusan supplementary exam keluar. Alhamdulillah.

Dahulu ketika berada di tingkatan 5, aku merupakan seorang yang kerap berpuasa.  Di bulan Rejab dan Syaaban, aku berpuasa hampir setiap hari, 7 hari seminggu. Jika ada hari yang tidak, hari itu adalah hari Jumaat. Tiba di penghujung bulan Syaaban, seorang teman berkata padaku, "Jangan puasa banyak sangat bila dah dekat dengan Ramadhan, nanti kurang/hilang nikmat berpuasa di bulan Ramadhan". (Nu'man Basyir, Syaaban 2006) Wallahualam, betul atau tidak. Tapi selepas dari itu aku pon berhenti berpuasa, kerana aku merasakan ada benarnya kata-katanya.

Allah menguji kita dengan banyak perkara. Kadang-kala kita hanyut kerana kita ingat kita boleh melakukan segalanya bersendirian. Sekali bila Allah tarik pertolongan ke atas kita, terkapai-kapai kita. Kelemasan, tak berdaya. 

Buat apa mesti selalu beringat. Mungkin kita tidak berniat pon untuk melakukan sesuatu itu, tapi perbuatan kita menunjukkan sebaliknya. Sebagai contoh, dalam hati kita tahu exam itu susah, tapi kita sendiri tidak berusaha untuk mengulangkaji pelajaran. Hati kata lain, badan buat lain. Kedua itu mestilah seiringan, senada. Barulah kena iramanya.


Thursday 21 July 2011

Di mana kita?

Salam,

Mustafa Masyhur ada menggariskan 7 marhalah dalam melakukan Dakwah Fardiyah di dalam bukunya - Dakwah Fardhiyah.

1) ta`aruf dengan mad`u
2) membangkitkan iman yang lesu
3) Menolong menyelesaikan urusan ( agama dan taat kepada Allah )
4) Menjelaskan konsep ibadah yang syumul
5) Tidak mencukupi muslim hanya pada diri sendiri sahaja.
6) Kepentingan Bersama Jemaah
7) Jemaah yang Patut Dipilih  

Ok mungkin versi nya lain sedikit, tapi ini mengikut ayat yang mudah difahami.

Langkah pertama, ta'aruf dengan mad'u. Nampak mudah, teorinya mudah, kita boleh practise berkali-kali sampai puas, tapi bila kita mencubanya secara praktikal for example kita berhadapan dengan mad'u, agak-agak macam mana kita hadapinya? 

Lebih-lebih lagi bagi orang yang masih baru. Manusia ini unik, bagaimana uniknya? tiada seorang pon yang menyerupai yang lain dalam segala aspek. Latar belakang mereka, ahli keluarga mereka, perwatakan mereka, dan macam-macam lagi yang kita perlu hadapi untuk 'clear' marhalah pertama. Bukan senang, memerlukan skills kemanusiaan. Bagaimana kita handle situations, pertanyaan-pertanyaan, menyelesaikan masalah, bagaimana kita nak korbankan apa yang kita ada. Nak berkorban untuk diri sendiri pon dah susah, inikan lagi nak berkorban untuk orang lain. Berat.