Mari ikut blog ini

Tuesday 31 August 2010

Ramadhan yang penuh bermakna

Salam,

Hari ini, sudah masuk fasa ke 3 puasa, iaitu fasa terakhir atau nama lain; 10 malam terakhir.
Malam semalam, aku seperti biasa, berbuka bersama ahli rumah dan bersolat tarawikh di Masjid Khalil. Sepanjang malam, teringat aku pada program yang telah diatur khas untuk membantu umat-umat Islam,melayu terutamanya untuk merebut bonus-bonus/jualan pahala murah yang hanya berlangsung selama sebulan, untuk satu tahun.

Program pada malam semalam adalah untuk beriktikaf di Masjid Khalil. Selepas solat tarawikh, kami serumah pulang untuk menyiapkan apa yang patut. Seperti aku, membuat assignment Engineering Math II yang telah tertangguh hampir seminggu kerana sifat malasku yang membuak-buak. Tak tau la, kenapa sekarang ni asyik malas je nak buat kerja-kerja sekolah, kalau membaca blog-blog, cerita-cerita dll yang tidak berkaitan dengan akademik rajin pulak. Astarfirullah. Sampai bila nak malas ni? Tak mau ke dapat HD macam orang lain? asyik on par je, cukup-cukup makan je.

Lebih kurang pukul 11.05, dah mula rasa resah dah. Assignment soalan satu pon tak habis jawab lagi ni, kalau ikut tentatif program dalam pukul 11.30 dah kena ada di Masjid Khalil. Ni la akibatnya melengah-lengahkan kerja, esok nak hantar malam ni baru nak buat. Mata memandang ke sehelai kertas di atas meja, tercatat jadual kuliah disitu. "Esok ada free sampai pukul 1, assignment kena hantar sebelum pukul 12, sempat kot kalau sambung esok", ujarku dalam hati. Itu la sifat-sifat biasaku, dah lewat pon masih mahu bertangguh. Seperti terjamin akan dapat melihat hari esok. Seperti mengetahui bahawa esok akan mampu terus sedar untuk menyiapkan assignment.

Siap punya siap, dalam pukul 11.45 kami serumah bertolak ke Masjid Khalil dari Day Avenue. Tiba lebih kurang pukul 12. Di bawa bersama satu sleeping bag dan satu beg mengisi barang2 seperti al-Quran, Kurma, roti, beg duit dan lain. Masuk ke dalam kawasan dalam masjid, kebanyakan lampu sudah ditutup, kelihatan ramai orang sudah tidur. Ada sesetengah yang sedang khusyuk bersolat, dan juga yang sedang membaca Quran. Malam pon sudah larut, jadi aku tidak membuang masa, terus mengibarkan sleeping bag dan masuk tidur.

3.05 pagi, aku tersedar dari tidur. Terdengar suara makmum-makmum mengaminkan bacaan Al-Fatihah Syeikh Amin, imam besar Masjid Khalil. Berasa agak berat kepala ini, duduk sebentar mengumpulkan fikiran-fikiran yang sedang bertaburan di alam mimpi. Tepuk-tepuk pipi, kemudian aku bangun untuk mengambil wuduk dan kembali ke dalam masjid.

“Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat (Tahajjud) di tengah malam.” (Hadith riwayat Muslim)

2 rakaat pertama solat tahajjud di tunaikan secara berjemaah. 6 rakaat kemudian aku bersolat tahajjud secara bersendiri, cuba untuk mendapatkan rentakku dan untuk mendapatkan lebih khusyuk kerana aku lebih selesa bersolat mengikut 'pace' aku.

Kenapa 8 rakaat?

Daripada Abi Salamah bin Abd Rahman, bahawa dia bertanya kepada Aisyah (semoga Allah meredhainya) bagaimanakah solat Rasulullah s.a.w. di malam Ramadhan? Maka berkatalah Aisyah: “Baginda tidak menambah lebih daripada sebelas rakaat, sama ada di bulan Ramadhan atau di bulan-bulan lain.” (Hadith riwayat Bukhari)

11 rakaat tu termasuk solat witir, 3 rakaat.

Selesai witir, aku menadah tangan berdoa kepadaNYA. Banyak benda yang aku minta, banyak benda yang aku perkatakan, banyak benda yang aku ulangi. Mengalir air mata aku keluar dari mata ini. Mata ini yang selama ini tak pernah menangis buat sekian lamanya kerana mengingati Maha Pencipta. Sebak aku di dalam hati, apabila difikirkan betapa keras dan hitamnya hati aku selama ini. Bila tah kali terakhir aku menangis memohon keampunan daripadaNYA. Tak ku sangka mataku yang sudah sekian lama, kering, telah mengalirkan air mata.

Cukuplah, hal dunia aku tinggalkan dirumah. Berilah aku peluang, untuk bersama yang Maha Esa, walaupun hanya seketika, bersendirian. Sebak rasanya, apabila difkirkan kejahilan-kejahilanku selama ini, kesilapan-kesilapan, dosa-dosa, kemaksiatan, dan perbagai lagi kemungkaran yang telah aku buat selama ini. Sebak juga hati ini, bila memikirkan permasalahan umat manusia sekarang, especially di Malaysia. Mungkin ramai orang akan berkata, siapa aku, untuk sebok-sebok berbicara dan risau perkara tersebut. Tapi jika tiada yang berfikir, tiada yang risau, maka selama-lamanya tak akan kembalilah zaman kegemilangan Islam, yang pada suatu masa dahulu tegak, gah berdiri.

Bertambah sebak rasa dihati, memikirkan permasalahan orang-orang tersayang di Malaysia. Masing-masing dengan ragam mereka sendiri. Keras kepala, degil tidak mahu bertolak ansur dan bawa berbincang. Tetap dengan pendirian mereka. Letih, letih aku melayan karenah mereka. Cukuplah aku memikirkan dan risau dengan perkara tersebut, maka pohonlah aku pada Tuhanku, perdamaian di antara mereka yang berselisih ini.

Maha Suci Allah, yang telah memberi aku nikmat untuk menangis, menangisi kesilapan-kesilapan dan kemungkaran-kemungkaran yang aku dan orang-orang disekeliling aku lakukan.

Maha Suci Allah, yang telah memberi aku peluang, untuk menangis.

Daripada Abi Hurairah (semoga Allah meredhainya), beliau berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila berlalu setengah malam atau dua pertiga malam, turunlah Allah Yang Maha Tinggi ke langit dunia seraya berfirman: “Adakah sesiapa yang meminta untuk diberi (Aku perkenankan permintaannya), adakah sesiapa yang berdoa untuk dimakbulkan (Aku makbulkan doanya), adakah sesiapa yang beristighfar untuk diberi ampun kepadanya (Aku ampunkannya)”, sehinggalah terbit fajar.” (Hadith riwayat Muslim).

Sungguh dapatku rasakan walau sedikit, nikmatnya, berdoa, dan berqiam ini.
Bilakah kali terakhir aku, bangun sendiri, dengan inisiatif sendiri, untuk berqiam yakni beribadah kepada tuhanku.

Sungguh rugi rasanya diri ini, tanpa menyedari berapa banyak yang sudah aku terlepas.

“Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat (Tahajjud) di tengah malam.” (Hadith riwayat Muslim)

Maha Suci Allah. Semoga aku diberi peluang, untuk masih merasakan kemanisan berqiam ini.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Pelajaryangbelajar

Sumber rujukan: http://ustazhazizi.wordpress.com/2010/08/30/mengenai-solat-tahajjud/