Mari ikut blog ini

Wednesday 27 October 2010

Hidup ini umpama menunggang basikal

Hidup ini boleh diibaratkan seperti menunggang basikal.Apa pula hubungkait antara basikal dan hidup ni?

Setiap kali aku menunggang basikal ke University of Adelaide pasti perkara ini akan bermain di benak fikiranku. So kenapa aku cakap hidup ini adalah seperti menunggang basikal?


Sunday 24 October 2010

Kesungguhan/Bersungguh-sungguh

Salam,

Apa yang ada dengan kesungguhan ini, sehingga beliau menjadi tajuk entry aku pada kali ini?

Selama ini, seringkali aku mendengar akan perkataan ini, namun jarang sekali aku dalami makna perkataan itu apatah lagi cuba mengamalkannya.


Saturday 23 October 2010

Selamat Hari Kelahiran aka Happy birthday

Salam,

Hari ini hari Sabtu.
Hari ini 23 October
Hari ini usiaku mencecah usia 20 (mengikut kalender Gregory)

Orang kata, makin meningkat usia, semakin tua lah kita. Kalau fizikal yang dilihat, that fact is definitely true. No objection.
Tapi, adakah kita semakin tua sekiranya hari ini tiada bezanya dengan hari semalam? Bahkan lebih teruk lagi, hari ini adalah hari yang lebih teruk berbanding hari-hari yang telah lepas. (Nauzubillah). Rugilah aku, kau dan mereka.


Tuesday 19 October 2010

Sedikit renungan untuk diri ini

Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah sesuatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka yang diperolok-olokkan lebih baik dari mereka yang menggolok-olok, dan jangan pula perempuan-perempuan menggolok-olok perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang diperolok-olokkan lebih baik dari perempuan yang mengolok-olokkan. Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan yang fasik setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(Al-Hujurat, surah 49 ayat 11)

Monday 18 October 2010

Kemerepekan: Kesan cahaya matahari di OZ

Salam,

Fuhh..letih
baru balik dari 'jalan-jalan' sambil mengedarkan kertas2 bercorak dari rumah ke rumah.
Tapi sebelum pergi tadi, time nak buat lunch. bukak la tin tuna pakai pembuka tin. pastu dah siap, nak keluarkan penutup tu. Zap, rasa tajam. Ouch! tepi penutup tu terhiris kat jari telunjuk. Sakit woo! Darah meleleh-leleh.
Kecik je kawasan yang kena, tapi darah yang keluar banyak.

Pesalah yang berjaya ditangkap gambar. Jenama diputihkan untuk mengelakkan dari disaman oleh company yg terlibat.(eh?ke daripada menyaman company tu?)

Waduh2, jahat sungguh beliau. Pastu dah lap dah darah tu byk kali sampai darah dah stop mengalir, then aku balut pki plaster.

Then, dalam pukul 4 petang, mula la mengedarkan 'kertas-kertas bercorak & berwarna' dari rumah ke rumah yang telah ditetapkan. Panas jugak, tapi sebab ada angin jadi xrasa sgt.

Settle semuanya, balik kerumah. Approximately dalam 2 jam dok luar rumah.
Pastu bukak la plaster yg membaluti jari tu, sebab nak berwuduk. Jeng3x, tiba2 nmpk dua kaler kat jari.
Sunburn rupanya. Hamboi dahsyatnya matahari OZ ni, baru dalam 2jam berjemur dah menggelap kaler kulit aku.

 Pakai kamera enset, jadi xobvious gambarnya.

Ni pon xobvius sgt. Tengok jari telunjuk

 Side view. Kesan potongan yang tidak jelas kelihatan. Sekali lagi, kamera enset jenama ayam.

So, nasihat kepada kawan2 di luar sana. Jangan datang OZ time dekat2 nak summer sampailah abes summer. Kalau makin hitam nanti aku xtanggung.

Nak datang, time autum sampai winter je.

Yang dah memang kat OZ nih, jangan la berjemur ye. Lagi2 yg perempuan, kalau xnak selalu pakai 'fair n lovely' atau yg xde stock dah tu, baik dok rumah je tau. hehe

Sekian, kemerepekan.

Wassalam

Saturday 16 October 2010

Antara kawan dan sahabat

Salam,

Semua orang mempunyai mampu menjadi kawan tetapi tidak semua orang mampu menjadi sahabat. Apa bezanya kawan dan sahabat ini? Bukankah maksud kawan sama sahaja dengan sahabat?

Hurm, mungkin ya, mungkin juga tidak.

Bagaimana tu?

Bagi aku, semua orang yang boleh dibawa bercakap adalah kawan. Tetapi, sahabat pula adalah seseorang/mereka yang 'level'nya lebih tinggi.

Bagi sesetengah orang, semestinya kita mahu orang-orang yang berada disekeliling kita untuk sentiasa menyokong kita, bersama kita dalam apa sahaja yang kita buat. Sentiasa menyokong kita dari belakang.
Mungkin, hal itu benar bagi sesetengah perkara. Tapi itu juga mungkin menjurus kepada perkara yang salah. Mereka ini bukanlah 'sahabat', tetapi 'kawan'.

 Kenapa aku berkata begitu?

Sahabat sepatutnya adalah seseorang yang sentiasa menyokong usaha kita dalam berbuat kebaikan. Sahabat juga adalah seorang yang sanggup memarahi kita sekiranya kita berbuat salah. Sebagai contoh, sekiranya kita terjebak didalam sesuatu perbuatan/gejala yang tidak sihat. Kawan-kawan kita akan sekadar memandang dan lebih teruk lagi mungkin ada yang lebih menggalakkan perbuatan kita itu. Tetapi, sahabat pula akan berusaha untuk menarik kita keluar dari situ. Memberi nasihat, memberi sokongan. Mereka juga akan berkeras dalam menegah kita dari terus 'rosak'.

Mereka inilah sahabat.

Namun, tiada seorang pon di dunia ini yang sempurna, tiada cacat-cela, mempunyai semua sifat-sifat terpuji tanpa sebarang sifat-sifat negatif. Perlu diingati, kita adalah manusia. Itulah gunanya kita mempunya sahabat, supaya kita dan mereka boleh saling menasihati, mengajak kepada yang maaruf, yakni kebaikan dan mencegah kemungkaran.Rugilah mereka ini, yang dilahirkan kedunia ini tetapi tidak berpesan-pesan kearah yang lebih baik. Selaras dengan Firman Allah di dalam surah Al Asr:

"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihat untuk kesabaran"

Mungkin, segelintir dari kita yang tidak suka dengan mereka. Dikatakan kepada mereka yang menasihati,"ah apa kau kesah?","Jaga tepi kain sendiri sudah la bro!","mati nanti kubur lain-lain","Aku reti la jaga diri aku sendiri", dan banyak lagi. Familiar tak dengan ayat-ayat diatas?



Tidak kurang juga ada yang sanggup mencaci dan mengutuk balik mereka yang menasihati mereka. Teringat aku sebuah kisah yang pernah aku terbaca dalam lebih kurang sebulan yang lepas. Kisahnya berbunyi lebih kurang begini.



Kisah ini berlaku di negara yang majoritinya orang Islam. Suatu hari didalam bas. Seperti biasa, semua orang sibuk dengan urusan masing-masing. Ada yang hendak pergi ke tempat kerja, ada yang hendak ke sekolah, dan tidak kurang juga mereka yang hendak pergi melawat saudara-mara mereka. Dan hendak dibuatkan cerita, ada seorang wanita ini. Cantik paras rupa. Tetapi malangnya, dia tidak menutup aurat. Pakaiannya seksi. Dalam perjalanan, seorang pakcik yang tua datang menghampiri wanita tersebut. "Cik, adalah lebih indah sekiranya cik memakai pakaian yang menutup aurat.". Wanita tersebut menoleh dan menjeling kearah orang tua itu sambil berkata," Ah, apa yang kau kisah". Wanita tersebut terus menerus mengutuk pakcik itu. Tidak cukup dengan itu, dicabarnya pakcik itu."jika benar apa yang kau katakan, maka doalah aku supaya terus masuk ke dalam neraka serta merta" sambil menunjukkan wajah yang seakan-akan menghina. Orang-orang lain didalam bas itu hanya diam sahaja. Mereka takut jika mereka berkata-kata maka akan bertambahlah kacau bilau yang ditimbulkan oleh wanita itu. Ditakdirkan, kemudiannya selepas peristiwa tersebut wanita itu telah terlena di tempat duduknya. Sampai di perhentian bas yang terakhir, semua penumpang yang tinggal pon turun. Tetapi wanita tersebut masih tetap,terlena di tempat duduknya. Orang ramai menjadi hairan. Setelah puas memanggil-manggil dan cuba mengejutkan wanita itu, akhirnya pakcik yang sebelum ini dimarahi oleh wanita tersebut mendekatinya. Beliau cuba mendapatkan bacaan nadi wanita itu. Pakcik itu menggelengkan kepala. Wanita itu telah meninggal dunia.


Ini, cerita yang aku baca dikongsikan oleh teman di laman maya. Benar atau tidak?Wallahualam. Tetapi sekiranya benar perkara ini, apa yang kamu semua rasakan akan berlaku pada wanita itu diakhirat kelak? Adakah akan dimasukkannya kedalam syurga atas sebab perbuatannya setelah dia mencabar kekuasaan Allah? Nauzubillah minzalik.

Nasihat yang diberikan, cacian yang diperolehi.


Jadi bagaimana untuk kita buat untuk mendapatkan kawan yang berkualiti sahabat?Juga bagaimana untuk menjadi seorang sahabat ini? Pertama-tama sekali untuk mendapatkan sahabat yang berciri-ciri yang baik ini, kita sendiri hendaklah cuba untuk menjadi baik.


“ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud)



Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.” 

Sekiranya kita tidak menyukai sesuatu perkara itu, maka sudah tentu jika seorang yang lain berbuat perkara tersebut itu akan menyebabkan kita tidak menyukainya, Begitu juga dengan orang lain yang berada disekeliling kita, apa yang kita tak suka itu janganlah kita lakukan kerana apa yang kita tidak suka semestinya tidak disukai juga oleh orang yang lain.

Sesuatu perkara itu, yang telah berubah menjadi 'habit' aka tabiat ini memanglah sesuatu yang sukar diubah. Namun sukar tidak bermaksud mustahil. Tidak benar sama sekali. Prosesnya mungkin lama, tetapi sekiranya disertakan dengan niat yang ikhlas kerana Maha Pencipta, aku yakin kita akan mampu mengubahnya. Jika difikirkan secara logiknya, manakan mungkin akan air yang lemah, lagi lembut itu mampu membentuk/mengubah rupa batu yang keras itu. Ssebagai contoh, sekiranya usaha kita itu berterusan yakni kita istiqamah sepertimana setiap hari setitik air jatuh ke atas batu, lama kelamaan dengan berkat usaha berterusan air itu akhirnya batu itu pasti akan berubah bentuk.

Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang berkekalan (berterusan) walaupun amalan itu dilakukan sedikit-sedikit. ( Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim daripada Saidatina Aisyah ra )

Tak begitu?



Sekian.

 
Tutup dulu lagu kat atas tu, baru play yang ni. Kalau tak nanti bunyi dia berkecamuk.

Wassalam

Friday 15 October 2010

Main bola time hujan

Salam,

This entry is just for sharing. No big deal.

Cuma nak story sikit je. That's all. Petang tadi, mula-mula cuaca agak baik. Jadi seperti biasa, kami pelajar-pelajar lelaki yang sihat di Adelaide akan bermain bola di atas court berdekatan dengan rumah SQ.

Dalam pukul 6.30, kami kumpul dan permainan menypak bola mula dimainkan. dalam 10 minit main, drumm.. vroomm.. drussh. boom..(xtau nak gambarkan bunyi hujan camne). Semua kelam kabut cari tempat teduh. Masing-masing berlari masuk kereta masing2. ok. Mula-mula ingat nak balik dah, yela, hujan. Nanti demam, sape yang susah?

Zaujah?belom kahwin lagi. *kecewa*. Calon pon xde lagi. (yang nak masuk meminang tu boleh la daftar).
parents? ada nun jauh kat Malaysia. xnak nyusahkan.
Kawan-kawan?alaa diorg pon susah, xkan la nak susahkan diorang.

Sambung cerita, dalam 5 minit gitu. Hujan yang tetiba lebat tadi reda. Ok, renyai je nih. Kami pon keluar balik untuk bermain. Gian dah sehari xmain kot.

Main dalam 5 minit, bruum..woossh.. Hujan turun dengan kencang. Lagi sekali. Aigoo. Guano ni?

Masing2 pon dah malas nak pikir dah. Kami pon redah je.

Teringat masa kat MRSM Qtan dulu, time hujan2 ni la antara benda yang seronok. Bagi aku, dan sesetengah orang. And only bila time angin dia ok.

Kalau dulu, time hujan best main. Dah lepas hujan xbest dah. Kalau dah sampai masa main bola dan hujan pon turun, memang seronok la. Main je ramai yang tergolek-golek. Pastu masing-masing main luncur2 atas air. Best! Guling2, berenang sat dalam lopak air then sambung main bola balik. Pasti agak2 dalam kol 6.30 (masa dinner) baru la masing2 kelam kabut nak balik dorm mandi. Biasenye bila sorang turun ke padang, mesti ramai yang ikut.

Tapi xsume main la, kalau yang ikut ada jugak yang stop by kat pondok2 kecil di sekeliling maktab. Ada dalam 6-7 jugak kot. Diorang jadi penonton.

Score game tadi: 9-8. Yey menang!

Itu saja. Saja nak tulis, tetiba rindu zaman sekolah dulu.

Weee~~

Wassalam

Sunday 10 October 2010

Kenapa begitu?

Salam

"Xleh jadi ni, balik ni kena tulis jugak kat blog nih", bisik aku di dalam hati ketika melihat beberapa peristiwa dan ketemu beberapa orang melayu ketika berada di Pasar Tani aka Gepps X, Adelaide.

Semuanya bermula secara tidak dirancang oleh ku, namun ketentuan Allah siapa yang tahu?
Malam tadi ada usrah di Meredith (rumah Naqib aku). Kehadiran ahli usrah amatlah memberangsangkan. Tahniah La_Tahzanis. Arshad memberikan tazkirah pendek mengenai penciptaan manusia. Sound familiar? Yes, indeed it is. Antara tajuk awal yang aku pelajari ketika mula berjinak-jinak dengan alam usrah ini.

"Selama ni kita selalu berbicara mengenai benda-benda lain yang kita anggap besar seperti masalah ummah, politik di tanahair, kekacauan di Palestin, dll, jadi apa kata malam ni kita bercakap mengenai satu, satu perkara yang kecik sahaja bunyinya tapi adalah besar nilainya".Kata Arshad.


Friday 8 October 2010

Menghadapi ujian?bersabarlah sahabat

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. 

Salam, 

tersenyum aku apabila terbaca ayat di atas. Benar sungguh jika hendak dibicarakan mengenai ayat ini. Kadang-kala kita diuji dengan sedikit kepayahan, assignment bertimbun-timbun, Bantal kucing yang kita peluk tiap-tiap kali kita tidur hilang, sakit sana sakit sini, Xreti nak jawab soalan tutorial dan berbagai-bagai lagi. Bagi yang kurang sabar sikit tuh, mula la nak meradang. Angin satu badan, mula la bertempik xtentu pasal. Habis orang-orang yang berada disekeliling menjadi mangsa.

Bagi yang penyabar sikit, mereka beristighfar, muhasabah diri. Cuba juga menyelesaikan masalah itu walaupun mengambil masa yang lama. Teringat pada artikel  yang aku kongsikan sebelum ini tentang golongan-golongan manusia dari segi tahap kemarahan (rujuk). 

Beruntung sungguh mereka yang berada di golongan yang aku rasa terbaik iaitu golongan yang dimana lambat marahnya dan cepat sejuk.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir"  (Al Baqarah ayat 286)
Sungguh bertepatan sekali ayat diatas dengan maksud surah diatas. Selain itu, Allah mendatangkan sesuatu ujian tu bukannya kerana saja-saja je, ke nak main-main ke. never!.


Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? (Surah Al-Ankabut ayat 2)

Jadi bersyukurlah disamping bersabar menghadapi sesuatu ujian itu, kerana itu tandanya bahawa Allah masih sayang pada kita. Diakhir ujian itu, pasti, akan kita berasa puas setelah kita berjaya menghadapi sesuatu ujian itu.

Jangan marah-marah. Live life to the fullest (betul ke?). Senyum sokmo! 

Wassalam

Thursday 7 October 2010

Blog berabuk!

Salam,

Rasa2 nya dah lama beno xupdate blog. minggu sebok la katakan.yeke sebok? entah la.
Xpe2, nnt this weekend mau update ini blog. kasi meriah sikit. bagi segar sikit. sembur perfume.yeay!