Mari ikut blog ini

Friday 10 September 2010

Ruginya 'sekolah' selama hampir 20 tahun

Salam,

Malam ini sudah masuk 1 Syawal, atau kata nama lain hari raya. Hanya ada dua maksud sahaja padaku, yang aku baru belajar, setelah hampir 20 tahun hidup di dunia ini.

Maksud pertama:


Sekolah Ramadhan telah berakhir,
Tiada lagi pagar-pagar, yang melindungi aku dari godaan-godaan 'kawan-kawan' yang jahat.
Tiada lagi bonus-bonus jualan murah, kerana tempoh 'Mega Sale' selama sebulan sudah pon berakhir.
Tiada lagi 'latihan-latihan' untuk aku memantapkan diri aku.
Tiada lagi 'kelas-kelas' untuk aku hadiri, menambah dada ini yang kosong; hanya sedikit ilmu.

Maksud kedua:

Masa untuk 'internship/kerja',
Sebulan kursus intensif di 'sekolah', adakah cukup untuk aku praktikkan dan teruskan pengamalannya selama 11 bulan?
Tiada lagi pagar-pagar, yang melindungiku dari godaan-godaan 'mereka' yang baru sahaja bebas, adakah cukup persediaanku selama sebulan?
Perang sudah bermula, musuh sudah tiba, mampukah aku melawan mereka? Selama sebulan ini, sudah habis keringatku perah hanya sekadar untuk melawan nafsuku yang telah dilatih oleh mereka.


Adakah sudah cukup persediaanku? Mampukah aku?

Selama 19 tahun yang lepas, sudah 19 kali aku keluar masuk sekolah yang disediakan khas untuk melatih iman, menguatkan mental, memantapkan akidah, namum sekadar melepaskan batuk ditangga, aku hanya sekadar pergi ke sekolah ini hanya untuk mencukupkan syarat, mengikut ombak norma kehidupan manusia-manusia lain, hanya mampu mengikut.

Adakah selama ini aku mengambil mudah akan sekolah ini?

Adakah aku akan diberi peluang untuk memasuki sesi persekolahan ini buat kali ke 20?

Adakah sudah cukup banyak jualan 'Mega Sale' yang berjaya aku rebut?

Sigh

Rasa jauh sekali..

Seperti rasa perlunya ada sekolah seperti ini sepanjang tahun, untuk membantu manusia2 yang seperti aku, lemah, tidak berdaya, jahil.

Mampukah aku untuk terus istiqamah, sehingga bertemunya dengan sesi yang akan datang?