Mari ikut blog ini

Wednesday 7 December 2011

Golongan pemuda dan dewasa

Salam,

Hari ini adalah 10 Muharram mengikut perkiraan kalender Hijrah Malaysia. Di sunatkan untuk berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharram berdasarkan kemampuan kita. Kalau mampu puasa tiga-tiga hari. Kalau tak mampu dua hari. Kalau tak mampu lagi satu hari. Kalau tak puasa pon tak apa. Tapi fadilatnya sangat besar, jadi agak rugilah bagi mereka yang tidak cuba untuk berpuasa. Untuk dalil-dalilnya sila [Klik Sini]

Beberapa hari yang lepas, Masjid di berdekatan dengan rumah aku menganjurkan iftar bersama sempena Hari Asyura (10 Muharram). Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk turut sama-sama berbuka puasa dengan ahli kariah masjid yang lain. Suasana agak meriah, terdengar suara orang-orang dewasa berborak, sedikit tergelak apabila aku curi-curi mendengar perbualan mereka. Tahun depan bakal menjadi tahun terakhir aku di Adelaide (InshaAllah. Doakan segalanya berjalan lancar). Jadi nak taknak suatu masa nanti aku akan memasuki alam yang lebih mencabar dan asing bagiku, iaitu alam dewasa.

Jadi aku perlu belajar sedikit sebanyak bagaimana untuk berkomunikasi, bergaul dengan mereka. Untuk masuk dengan mereka memerlukan kaedah yang berbeza berbanding bergaul dengan mereka yang sebaya mahupun mereka yang lebih muda. Skills itu perlu diasah, keterampilan diri perlu ada. Tidak boleh menunjukkan sifat-sifat kurang matang, ketawa terbahak-bahak, tersengih-sengih. Itu antara perkara yang aku boleh simpulkan berdasarkan pengamatan dan pengalaman aku dalam proses untuk blend in dengan orang yang jauh lebih dewasa.

Hakikat ini telah lama aku fikirkan. Sedikit demi sedikit aku cuba mencari jalan untuk menjadi lebih 'adult-friendly'. Itu antara agenda aku apabila pulang bercuti di Malaysia kali ini. Selain itu, titik persamaan juga diperlukan untuk memudahkan proses itu. Kebetulan ramai di antara ahli kariah Masjid Al-Kauthar suka bermain pingpong dan di pihak masjid mempunyai 2 buah meja pingpong untuk kegunaan awam. Jadi apabila ada peluang, aku akan meluangkan masa untuk bermain bersama mereka.