Mari ikut blog ini

Wednesday 29 December 2010

Lagu Binnabil Huda

Salam,


Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi

Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku

Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir

Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.

Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.

Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..

Wahai yg memberi syafaat,

Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,

Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya

Wassalam 

Monday 27 December 2010

Ekspedisi ke Carrickalinga

Salam

Semalam, 26/12/2010 bersamaan dengan hari Ahad, aku dan beberapa rakyat Malaysia yang masih berada Adelaide telah bertolak ke Carrickalinga, South Australia untuk hiking dan swimming. Dan juga bersiar-siar di tepi pantai.


Kerana menganggap summer itu panas, maka kami masing-masing tidak memakai sweater

 Angin sungguh kencang meniup kami, ni summer ke winter?

Friday 24 December 2010

Saya baru 20 tahun ok!

Salam,

Hari ini hari jumaat. Jadi, menjadi kewajipan semua lelaki muslim untuk menunaikan solat Jumaat. Seperti biasa, aku pon pergi la solat Jumaat kat Masjid Wandana.

Time tengah dengar kutbah aku nampak la dua orang budak. Tengok macam melayu, jadi aku plan lepas solat nanti nak tegur.

Habis solat, aku pon cari diorang berdua.

Pergi ke diorang untuk bersalaman, pastu tiap sambut salaman kemudian dia cium tangan.

Erk? Rasa janggal la pulak.

Sebab kat OZ ni tak pernah tengok orang wat camtu. And lagi satu, aku muda lagi la woi!

cis. Lepas tu, aku terus jalan.

Tuesday 21 December 2010

Sakit jantung? oh tidak!


16 haribulan 12/10 Muharam (Hari Asyura)

5 am : Bangun subuh. Lepas solat sambung tidur sebab rasa mengantuk.

10 am: Terjaga dari tidur. Rasa pening kepala. Kembali kembara ke alam mimpi.

10.35am: Housemates kejut bangun, katanya kena bersiap cepat, pukul 11 pagi mahu bertolak ke Goolwa untuk mencari cockles (lala) di tepi pantai. Sudah plan bersama kawan-kawan yang lain sejak beberapa hari sebelumnya. Tetapi masih lagi rasa pening, jadi tak jadi untuk pergi. Kembali ke katil.

1.50 pm: Bangun sendiri dari tidur. Housemates semua dah tiada di rumah. Rasa lebih pening dari sebelumnya. Bergegas bangun menuju ke bilik air untuk mandi. Selesai solat zohor, menuju ke rumah jiran untuk meminjam kereta. Semalam sudah merancang untuk membeli-belah di Woolworth

Tuesday 14 December 2010

Berbicara mengenai Fikrah

Salam,

Beberapa hari yang lepas, aku menghadiri majlis makan-makan yang bertajuk 'Makan ketam dan Tazkirah Maal Hijrah'. Majlis ni bersifat tidak formal, dan Person In Charge (PIC) adalah aku. Majlis ini adalah kesinambungan dari program menangkap ketam di Port Parham beberapa hari sebelum itu.Diadakan di Asquith (SQ), hampir kesemua pelajar undergraduate yang masih belum pulang ke Malaysia hadir. Kehadiran telah melebihi jumlah yang dijangkakan dan mereka yang hadir tidak dapat menambah nasi kerana telah habis.

Selesai tazkirah oleh Dr Duwe, maka semua orang memenuhi ruang disekeliling talam-talam yang telah disediakan oleh pihak tuan rumah. Selesai makan, aku mengambil tempat berdekatan dengan sudut belakang ruang tamu rumah berkenaan. Aku menggunakan masa yang ada untuk berbual dengan beberapa orang rakan. Selang beberapa minit, tiba-tiba aku didatangi oleh salah seorang tetamu yang hadir. Beliau seorang tabligh. Aku menghormati mereka-mereka yang terlibat dengan tabligh kerana mereka kebanyakkannya mempunyai kemahiran bercakap yang tinggi, pandai mengambil hati, berani mendekati seseorang yang tidak mereka kenali, dan sanggup pergi ke destinasi-destinasi asing untuk berdakwah. Mungkin ada banyak lagi kelebihan mereka, tapi cukup sekadar itu aku katakan.


Thursday 9 December 2010

Cuti, membuang masa

Salam,

Hari ni nak bercerita mengenai kisah dari dua minggu selepas cuti bermula (sambungan post sebelum ni). Minggu-minggu selepas itu tidak lagi se-busy sebelumnya. Bagi sesetengah orang, itu berita baik.Kan?

Sebenarnya semakin lapang kita semakin tidak bagus situasi itu untuk kita. Masa lapang itu menyebabkan aku spend more time in front of my computer doing things that are not beneficial. Such as? downloading movies, watching movies/animes, surfing without real purpose, playing games, chatting, facebook-ing, and many others. Bukannya takde aktiviti yang berfaedah, tapi kebanyakkan masanya dihadapan komputer digunakan untuk perkara tak/kurang berfaedah.


Wednesday 8 December 2010

Aktiviti waktu cuti.Anda buat apa?

Salam,

Sekarang sudah lebih sebulan dah cuti akhir penggal (cuti summer). 2 minggu selepas paper terakhir exam, walaupun cuti tapi hari-hari diisi dengan berbagai perkara dan aktiviti yang boleh dikatakan bermanfaat.
Aktiviti2 untuk mengenyangkan rohani, aktiviti untuk mengisi jiwa yang disusun oleh ISMA-SA. Menarik, tapi juga memenatkan. Antaranya adalah seperti bengkel2, daurah, mukhayyam, dll. Sekiranya tidak mempunyai aktiviti, aku akan mengambil peluang itu untuk bekerja.

Cuba teka kerja apa? :D

Kerja jadi buruh kasar. hehe


Tuesday 30 November 2010

Pelik, memang pelik. Mengapa manusia begini?

Salam,

First sekali apa aku nak kata, WOW!. Apa jadi dengan orang Islam sekarang ni, ok mungkin itu kurang tepat.

Rephrase ayat.

Apa jadi dengan orang melayu sekarang ni? Susah memang susah.

Aku tak sangka satu status yang bersifat biasa bagi aku di Facebook boleh menjurus kearah pendebatan/permasalahan di antara mereka.


Monday 29 November 2010

Sedih lagi menyedihkan

Salam,

sekarang ini seringkali kita dengar akan masalah2 yang timbul di merata-rata pelusuk dunia. Perangla, tsunami, gempa bumi, buang anak, gejala sosial, dan macam-macam lagi. Ok, maybe for some of us as long as benda2 ni berlaku di tempat lain, it is fine. Although it is not, tapi bukan itu yang ingin diperkatakan disini.

Apa yang menyedihkan aku baru-baru ini adalah mengenai mereka yang bertudung hanya apabila berada di tempat-tempat tertentu. Ok ni mainly akan cakap tentang wanita. Yes. wanita. Apabila aku sedang mengemas facebook aku, terlihat akan aku news feed yang aku memang kurang gemari. wanita yang tidak bertudung. Apatah lagi, mereka yang sudah bertudung namun apabila berada di tempat lain membuka tudung mereka dan tambahan lagi memakai pakaian yang menjolok mata. Oh,azabnya, parahnya.

Tidak mahu aku menyebut nama, kerana itu akan menimbulkan kemarahan sesetengah pihak dan mungkin mengaibkan sesetengah yang lain. Mungkin itu perkara yang baik tapi tidak ingin aku timbulkan disini. Perkara ini berlaku terhadap ramai orang, tidak kira dimana mereka berada. Sebagai contoh, si Z adalah seorang pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara. Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara, dia memang adalah orang yang tidak memakai tudung dan gemar mengenakan pakaian yang kurang kainnya. Panas katanya.

Setibanya dia di Negara A, dia telah mengalami 'culture shock' kerana hampir kesemua orang melayu di Negara A bertudung. Jadi mungkin dengan kejutan budaya itu, dia memilih untuk bertudung dan menampal pakaiannya yang sebelum ini tidak mempunyai kain yang cukup. Disini pentingnya biah solehah. Suasana atau biah itu amatlah mempengaruhi seseorang itu, walaupun sifat tidak kekal dan boleh diatasi dengan dzatiyyah diri yang kuat aka tolakan dalaman. Sebagai contoh, Abu adalah seorang sangat warak. pada suatu hari, beliau diajak oleh kawannya untuk ke disco. Abu berfikir, mungkin aku boleh mendakwah beberapa orang supaya menginsafi perbuatan mereka ini.

Itu apa yang Abu fikir. Maka suatu malam itu Abu pon mengikuti kawannya ke Disco. Pada mulanya, memang Abu bersemangat untuk mendakwah pengunjung2 disco itu. Namun, setelah beberapa kali pergi kesitu, Abu mula rasa selesa dengan suasana disana. Abu yang pada asalnya memakai serban kini tiada lagi berserban, alasannya, susah untuk mendekati orang muda di disco. Hari silih berganti, sekarang kelihatan Abu pulak yang turut sama menari di situ. Abu sudah terpengaruh dengan biah jahiliyyah itu. Dzatiyyah dirinya yang pada asalnya meluap2 kini sudah pun redha, kalah dengan pengaruh suasana itu.


Friday 12 November 2010

10 wAsiAt iMaM aS-syAHid HaSsan AL BanNa


1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.

2. Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah; dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya… asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.

Sekadar perkongsian. Tidak salah bukan mengambil apa yang baik?
Semoga sama-sama mengambil iktibar.

Saturday 6 November 2010

1 Sudah, 4 lagi

Salam,

Di Adelaide, sekarang tengah musim peperiksaan. Jadi semua benda yang dilakukan sekarang banyak berkisar mengenai akademik. (yeke?). Itu apa orang kata, bukan aku.

Hari ini hari Sabtu, pagi tadi baru lepas satu paper. Still 4 more to go. Ouch, banyak lagi rupanya.

Jadi apa komen untuk peperiksaan tadi? no komen. Susah? hurm..X susah kot.
Senang? X juga. Sedang2. Ada juga lopang-lopang di atas kertas jawapan tadi. Bukannya tidak mahu diisi, tapi tidak tahu untuk diisi dengan apa. Bukannya soalan objektif seperti sekolah rendah dahulu, kalau tak tau boleh baling dadu saja.(dadu?lol)

Hati resah, hanya Allah yang tahu. Nak kata dah selesai, then bertawakkal, tapi malu dengan Allah, dengan usaha yang tak seberapa itu.
Malu dengan diri sendiri, malu dengan Maha Pencipta.
Kali ni mesti score lebih baik dari yang lepas. Taknak jadi orang yang rugi, hari yang lepas lebih baik dari hari yang sekarang.
Yosh!
Mari berusaha. Tidak punya banyak masa, tapi guna selagi boleh.
Doakan semoga urusan kita semua dipermudahkan.

Ameen

Thursday 4 November 2010

Blog berwajah baru.Yey!

Salam,

Time nak exam ni la tetiba tangan gatal nak mengusik sana, usik sini. Dan kali ini, apa yang diusik? Blog ini.
Mula-mula setakat jenguk je, then macam xde pengunjung je?

Awat suram muram lesu lesi je blog aku nih?gelap dan tidak mengundang je.

Jadi picit-picit la tetikus kat atas meja tuh

picit punya picit, jeng jeng jeng~

Inilah hasilnya. Mudah saja, cuma tambah air.

Selamat bermujahadah kepada rakan-rakan di mana jua anda berada!(dan kepada diri sendiri juga)

Wassalam

Tuesday 2 November 2010

Tak beli tiket balik lagi!!!

Salam,

Entry kali ini, mungkin akan jadi agak merapu kerana mengambil kesempatan dicelah-celah pengulangkajian pelajaran dan pencarian tiket balik untuk cuti summer di Adelaide,Australia.

Mungkin ramai yang pelik, kalau nak balik kenapa xbeli tiket lagi?kan?

Aku pon pelik.


Monday 1 November 2010

Mistakes done during performing the prayer

Salam,


Taken from youtube. Someone shared it on Facebook. Take your time to watch it. May Allah reward us for our deeds.

Sekarang enggak punyai masa untuk menulis. Banyak di minda, tapi sekali dah menaip, mahu berjam-jam terlekat di depan komputer. Jadi on hold dulu, bia habis exam dulu. Biar keadaan redha dulu.

Wassalam

Wednesday 27 October 2010

Hidup ini umpama menunggang basikal

Hidup ini boleh diibaratkan seperti menunggang basikal.Apa pula hubungkait antara basikal dan hidup ni?

Setiap kali aku menunggang basikal ke University of Adelaide pasti perkara ini akan bermain di benak fikiranku. So kenapa aku cakap hidup ini adalah seperti menunggang basikal?


Sunday 24 October 2010

Kesungguhan/Bersungguh-sungguh

Salam,

Apa yang ada dengan kesungguhan ini, sehingga beliau menjadi tajuk entry aku pada kali ini?

Selama ini, seringkali aku mendengar akan perkataan ini, namun jarang sekali aku dalami makna perkataan itu apatah lagi cuba mengamalkannya.


Saturday 23 October 2010

Selamat Hari Kelahiran aka Happy birthday

Salam,

Hari ini hari Sabtu.
Hari ini 23 October
Hari ini usiaku mencecah usia 20 (mengikut kalender Gregory)

Orang kata, makin meningkat usia, semakin tua lah kita. Kalau fizikal yang dilihat, that fact is definitely true. No objection.
Tapi, adakah kita semakin tua sekiranya hari ini tiada bezanya dengan hari semalam? Bahkan lebih teruk lagi, hari ini adalah hari yang lebih teruk berbanding hari-hari yang telah lepas. (Nauzubillah). Rugilah aku, kau dan mereka.


Tuesday 19 October 2010

Sedikit renungan untuk diri ini

Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah sesuatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka yang diperolok-olokkan lebih baik dari mereka yang menggolok-olok, dan jangan pula perempuan-perempuan menggolok-olok perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang diperolok-olokkan lebih baik dari perempuan yang mengolok-olokkan. Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan yang fasik setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(Al-Hujurat, surah 49 ayat 11)

Monday 18 October 2010

Kemerepekan: Kesan cahaya matahari di OZ

Salam,

Fuhh..letih
baru balik dari 'jalan-jalan' sambil mengedarkan kertas2 bercorak dari rumah ke rumah.
Tapi sebelum pergi tadi, time nak buat lunch. bukak la tin tuna pakai pembuka tin. pastu dah siap, nak keluarkan penutup tu. Zap, rasa tajam. Ouch! tepi penutup tu terhiris kat jari telunjuk. Sakit woo! Darah meleleh-leleh.
Kecik je kawasan yang kena, tapi darah yang keluar banyak.

Pesalah yang berjaya ditangkap gambar. Jenama diputihkan untuk mengelakkan dari disaman oleh company yg terlibat.(eh?ke daripada menyaman company tu?)

Waduh2, jahat sungguh beliau. Pastu dah lap dah darah tu byk kali sampai darah dah stop mengalir, then aku balut pki plaster.

Then, dalam pukul 4 petang, mula la mengedarkan 'kertas-kertas bercorak & berwarna' dari rumah ke rumah yang telah ditetapkan. Panas jugak, tapi sebab ada angin jadi xrasa sgt.

Settle semuanya, balik kerumah. Approximately dalam 2 jam dok luar rumah.
Pastu bukak la plaster yg membaluti jari tu, sebab nak berwuduk. Jeng3x, tiba2 nmpk dua kaler kat jari.
Sunburn rupanya. Hamboi dahsyatnya matahari OZ ni, baru dalam 2jam berjemur dah menggelap kaler kulit aku.

 Pakai kamera enset, jadi xobvious gambarnya.

Ni pon xobvius sgt. Tengok jari telunjuk

 Side view. Kesan potongan yang tidak jelas kelihatan. Sekali lagi, kamera enset jenama ayam.

So, nasihat kepada kawan2 di luar sana. Jangan datang OZ time dekat2 nak summer sampailah abes summer. Kalau makin hitam nanti aku xtanggung.

Nak datang, time autum sampai winter je.

Yang dah memang kat OZ nih, jangan la berjemur ye. Lagi2 yg perempuan, kalau xnak selalu pakai 'fair n lovely' atau yg xde stock dah tu, baik dok rumah je tau. hehe

Sekian, kemerepekan.

Wassalam

Saturday 16 October 2010

Antara kawan dan sahabat

Salam,

Semua orang mempunyai mampu menjadi kawan tetapi tidak semua orang mampu menjadi sahabat. Apa bezanya kawan dan sahabat ini? Bukankah maksud kawan sama sahaja dengan sahabat?

Hurm, mungkin ya, mungkin juga tidak.

Bagaimana tu?

Bagi aku, semua orang yang boleh dibawa bercakap adalah kawan. Tetapi, sahabat pula adalah seseorang/mereka yang 'level'nya lebih tinggi.

Bagi sesetengah orang, semestinya kita mahu orang-orang yang berada disekeliling kita untuk sentiasa menyokong kita, bersama kita dalam apa sahaja yang kita buat. Sentiasa menyokong kita dari belakang.
Mungkin, hal itu benar bagi sesetengah perkara. Tapi itu juga mungkin menjurus kepada perkara yang salah. Mereka ini bukanlah 'sahabat', tetapi 'kawan'.

 Kenapa aku berkata begitu?

Sahabat sepatutnya adalah seseorang yang sentiasa menyokong usaha kita dalam berbuat kebaikan. Sahabat juga adalah seorang yang sanggup memarahi kita sekiranya kita berbuat salah. Sebagai contoh, sekiranya kita terjebak didalam sesuatu perbuatan/gejala yang tidak sihat. Kawan-kawan kita akan sekadar memandang dan lebih teruk lagi mungkin ada yang lebih menggalakkan perbuatan kita itu. Tetapi, sahabat pula akan berusaha untuk menarik kita keluar dari situ. Memberi nasihat, memberi sokongan. Mereka juga akan berkeras dalam menegah kita dari terus 'rosak'.

Mereka inilah sahabat.

Namun, tiada seorang pon di dunia ini yang sempurna, tiada cacat-cela, mempunyai semua sifat-sifat terpuji tanpa sebarang sifat-sifat negatif. Perlu diingati, kita adalah manusia. Itulah gunanya kita mempunya sahabat, supaya kita dan mereka boleh saling menasihati, mengajak kepada yang maaruf, yakni kebaikan dan mencegah kemungkaran.Rugilah mereka ini, yang dilahirkan kedunia ini tetapi tidak berpesan-pesan kearah yang lebih baik. Selaras dengan Firman Allah di dalam surah Al Asr:

"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihat untuk kesabaran"

Mungkin, segelintir dari kita yang tidak suka dengan mereka. Dikatakan kepada mereka yang menasihati,"ah apa kau kesah?","Jaga tepi kain sendiri sudah la bro!","mati nanti kubur lain-lain","Aku reti la jaga diri aku sendiri", dan banyak lagi. Familiar tak dengan ayat-ayat diatas?



Tidak kurang juga ada yang sanggup mencaci dan mengutuk balik mereka yang menasihati mereka. Teringat aku sebuah kisah yang pernah aku terbaca dalam lebih kurang sebulan yang lepas. Kisahnya berbunyi lebih kurang begini.



Kisah ini berlaku di negara yang majoritinya orang Islam. Suatu hari didalam bas. Seperti biasa, semua orang sibuk dengan urusan masing-masing. Ada yang hendak pergi ke tempat kerja, ada yang hendak ke sekolah, dan tidak kurang juga mereka yang hendak pergi melawat saudara-mara mereka. Dan hendak dibuatkan cerita, ada seorang wanita ini. Cantik paras rupa. Tetapi malangnya, dia tidak menutup aurat. Pakaiannya seksi. Dalam perjalanan, seorang pakcik yang tua datang menghampiri wanita tersebut. "Cik, adalah lebih indah sekiranya cik memakai pakaian yang menutup aurat.". Wanita tersebut menoleh dan menjeling kearah orang tua itu sambil berkata," Ah, apa yang kau kisah". Wanita tersebut terus menerus mengutuk pakcik itu. Tidak cukup dengan itu, dicabarnya pakcik itu."jika benar apa yang kau katakan, maka doalah aku supaya terus masuk ke dalam neraka serta merta" sambil menunjukkan wajah yang seakan-akan menghina. Orang-orang lain didalam bas itu hanya diam sahaja. Mereka takut jika mereka berkata-kata maka akan bertambahlah kacau bilau yang ditimbulkan oleh wanita itu. Ditakdirkan, kemudiannya selepas peristiwa tersebut wanita itu telah terlena di tempat duduknya. Sampai di perhentian bas yang terakhir, semua penumpang yang tinggal pon turun. Tetapi wanita tersebut masih tetap,terlena di tempat duduknya. Orang ramai menjadi hairan. Setelah puas memanggil-manggil dan cuba mengejutkan wanita itu, akhirnya pakcik yang sebelum ini dimarahi oleh wanita tersebut mendekatinya. Beliau cuba mendapatkan bacaan nadi wanita itu. Pakcik itu menggelengkan kepala. Wanita itu telah meninggal dunia.


Ini, cerita yang aku baca dikongsikan oleh teman di laman maya. Benar atau tidak?Wallahualam. Tetapi sekiranya benar perkara ini, apa yang kamu semua rasakan akan berlaku pada wanita itu diakhirat kelak? Adakah akan dimasukkannya kedalam syurga atas sebab perbuatannya setelah dia mencabar kekuasaan Allah? Nauzubillah minzalik.

Nasihat yang diberikan, cacian yang diperolehi.


Jadi bagaimana untuk kita buat untuk mendapatkan kawan yang berkualiti sahabat?Juga bagaimana untuk menjadi seorang sahabat ini? Pertama-tama sekali untuk mendapatkan sahabat yang berciri-ciri yang baik ini, kita sendiri hendaklah cuba untuk menjadi baik.


“ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud)



Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.” 

Sekiranya kita tidak menyukai sesuatu perkara itu, maka sudah tentu jika seorang yang lain berbuat perkara tersebut itu akan menyebabkan kita tidak menyukainya, Begitu juga dengan orang lain yang berada disekeliling kita, apa yang kita tak suka itu janganlah kita lakukan kerana apa yang kita tidak suka semestinya tidak disukai juga oleh orang yang lain.

Sesuatu perkara itu, yang telah berubah menjadi 'habit' aka tabiat ini memanglah sesuatu yang sukar diubah. Namun sukar tidak bermaksud mustahil. Tidak benar sama sekali. Prosesnya mungkin lama, tetapi sekiranya disertakan dengan niat yang ikhlas kerana Maha Pencipta, aku yakin kita akan mampu mengubahnya. Jika difikirkan secara logiknya, manakan mungkin akan air yang lemah, lagi lembut itu mampu membentuk/mengubah rupa batu yang keras itu. Ssebagai contoh, sekiranya usaha kita itu berterusan yakni kita istiqamah sepertimana setiap hari setitik air jatuh ke atas batu, lama kelamaan dengan berkat usaha berterusan air itu akhirnya batu itu pasti akan berubah bentuk.

Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang berkekalan (berterusan) walaupun amalan itu dilakukan sedikit-sedikit. ( Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim daripada Saidatina Aisyah ra )

Tak begitu?



Sekian.

 
Tutup dulu lagu kat atas tu, baru play yang ni. Kalau tak nanti bunyi dia berkecamuk.

Wassalam

Friday 15 October 2010

Main bola time hujan

Salam,

This entry is just for sharing. No big deal.

Cuma nak story sikit je. That's all. Petang tadi, mula-mula cuaca agak baik. Jadi seperti biasa, kami pelajar-pelajar lelaki yang sihat di Adelaide akan bermain bola di atas court berdekatan dengan rumah SQ.

Dalam pukul 6.30, kami kumpul dan permainan menypak bola mula dimainkan. dalam 10 minit main, drumm.. vroomm.. drussh. boom..(xtau nak gambarkan bunyi hujan camne). Semua kelam kabut cari tempat teduh. Masing-masing berlari masuk kereta masing2. ok. Mula-mula ingat nak balik dah, yela, hujan. Nanti demam, sape yang susah?

Zaujah?belom kahwin lagi. *kecewa*. Calon pon xde lagi. (yang nak masuk meminang tu boleh la daftar).
parents? ada nun jauh kat Malaysia. xnak nyusahkan.
Kawan-kawan?alaa diorg pon susah, xkan la nak susahkan diorang.

Sambung cerita, dalam 5 minit gitu. Hujan yang tetiba lebat tadi reda. Ok, renyai je nih. Kami pon keluar balik untuk bermain. Gian dah sehari xmain kot.

Main dalam 5 minit, bruum..woossh.. Hujan turun dengan kencang. Lagi sekali. Aigoo. Guano ni?

Masing2 pon dah malas nak pikir dah. Kami pon redah je.

Teringat masa kat MRSM Qtan dulu, time hujan2 ni la antara benda yang seronok. Bagi aku, dan sesetengah orang. And only bila time angin dia ok.

Kalau dulu, time hujan best main. Dah lepas hujan xbest dah. Kalau dah sampai masa main bola dan hujan pon turun, memang seronok la. Main je ramai yang tergolek-golek. Pastu masing-masing main luncur2 atas air. Best! Guling2, berenang sat dalam lopak air then sambung main bola balik. Pasti agak2 dalam kol 6.30 (masa dinner) baru la masing2 kelam kabut nak balik dorm mandi. Biasenye bila sorang turun ke padang, mesti ramai yang ikut.

Tapi xsume main la, kalau yang ikut ada jugak yang stop by kat pondok2 kecil di sekeliling maktab. Ada dalam 6-7 jugak kot. Diorang jadi penonton.

Score game tadi: 9-8. Yey menang!

Itu saja. Saja nak tulis, tetiba rindu zaman sekolah dulu.

Weee~~

Wassalam

Sunday 10 October 2010

Kenapa begitu?

Salam

"Xleh jadi ni, balik ni kena tulis jugak kat blog nih", bisik aku di dalam hati ketika melihat beberapa peristiwa dan ketemu beberapa orang melayu ketika berada di Pasar Tani aka Gepps X, Adelaide.

Semuanya bermula secara tidak dirancang oleh ku, namun ketentuan Allah siapa yang tahu?
Malam tadi ada usrah di Meredith (rumah Naqib aku). Kehadiran ahli usrah amatlah memberangsangkan. Tahniah La_Tahzanis. Arshad memberikan tazkirah pendek mengenai penciptaan manusia. Sound familiar? Yes, indeed it is. Antara tajuk awal yang aku pelajari ketika mula berjinak-jinak dengan alam usrah ini.

"Selama ni kita selalu berbicara mengenai benda-benda lain yang kita anggap besar seperti masalah ummah, politik di tanahair, kekacauan di Palestin, dll, jadi apa kata malam ni kita bercakap mengenai satu, satu perkara yang kecik sahaja bunyinya tapi adalah besar nilainya".Kata Arshad.


Friday 8 October 2010

Menghadapi ujian?bersabarlah sahabat

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. 

Salam, 

tersenyum aku apabila terbaca ayat di atas. Benar sungguh jika hendak dibicarakan mengenai ayat ini. Kadang-kala kita diuji dengan sedikit kepayahan, assignment bertimbun-timbun, Bantal kucing yang kita peluk tiap-tiap kali kita tidur hilang, sakit sana sakit sini, Xreti nak jawab soalan tutorial dan berbagai-bagai lagi. Bagi yang kurang sabar sikit tuh, mula la nak meradang. Angin satu badan, mula la bertempik xtentu pasal. Habis orang-orang yang berada disekeliling menjadi mangsa.

Bagi yang penyabar sikit, mereka beristighfar, muhasabah diri. Cuba juga menyelesaikan masalah itu walaupun mengambil masa yang lama. Teringat pada artikel  yang aku kongsikan sebelum ini tentang golongan-golongan manusia dari segi tahap kemarahan (rujuk). 

Beruntung sungguh mereka yang berada di golongan yang aku rasa terbaik iaitu golongan yang dimana lambat marahnya dan cepat sejuk.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir"  (Al Baqarah ayat 286)
Sungguh bertepatan sekali ayat diatas dengan maksud surah diatas. Selain itu, Allah mendatangkan sesuatu ujian tu bukannya kerana saja-saja je, ke nak main-main ke. never!.


Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? (Surah Al-Ankabut ayat 2)

Jadi bersyukurlah disamping bersabar menghadapi sesuatu ujian itu, kerana itu tandanya bahawa Allah masih sayang pada kita. Diakhir ujian itu, pasti, akan kita berasa puas setelah kita berjaya menghadapi sesuatu ujian itu.

Jangan marah-marah. Live life to the fullest (betul ke?). Senyum sokmo! 

Wassalam

Thursday 7 October 2010

Blog berabuk!

Salam,

Rasa2 nya dah lama beno xupdate blog. minggu sebok la katakan.yeke sebok? entah la.
Xpe2, nnt this weekend mau update ini blog. kasi meriah sikit. bagi segar sikit. sembur perfume.yeay!

Tuesday 28 September 2010

Jawapan kepada ketidakpastian?: Perasaan was-was

Salam,

Masuk hari ni, dah 2 hari berbengkel/workshop di TAFE Panorama.
Sehari sebelum bengkel ni bermula, iaitu pada hari ahad, aku ada bertanyakan mengenai bengkel ini kepada seorang kawan yang telah pon selesai menjalani workshop ni pada minggu lepas. Antara persoalan yang aku kemukan adalah mengenai bagaimana hendak ke lokasi? Apa yang perlu dibawa? Apa yang akan dibuat disana? dan lain-lain perkara.

Sedang kami asyik berbalas sms, tiba-tiba beliau telah memberitahu sesuatu perkara yang kurang enak didengari.

Jeng3x, cuba teka apa yang kurang enak itu?

Beliau ada menyatakan bahawa ketika kelas 'welding', pihak TAFE akan bekalkan pelajar dengan satu jacket dan sepasang glove yang diperbuat daripada kulit. Beliau menimbulkan perasaan risau dan ragu-ragu mengenai jenis kulit yang digunakan. Beliau turut mengesyaki bahawa haiwan yang telah diambil kulitnya itu mungkin sekali adalah khinzir (pig's skin). Macam mana beliau muncul dengan pandangan itu?mungkin setelah beliau telah menjalankan beberapa proses penyiasatan terhadap jacket dan glove itu? Allahualam. Aku tiada disitu ketika beliau berada disitu.

Jadi, timbullah perasaan yang kurang selesa dalam diriku. Hari itu hari Ahad. "esok dah start workshop nih, cmne ni?knpem ke kulit ba*i nih? Geli r cmni.... bla3x...bla3x"

Hari Isnin tu, tiba di rumah dalam kol 2 pagi. Mamai habes.
Bangun pagi tu, masih rasa ngntok lg. pening sikit2. lps solat subuh, g mandi terus. Dalam keadaan hati resah gelisah, aku bertolak ke Panorama bersama Afifi dan Hasnor. Naik keta.

Di pendekkan cerita, tibalah masa untuk kelas welding. Gulpp. Telan air liur kuat2. Demonstrator suruh g amik glove and jacket yg tersadai disitu. Katanya untuk safety. Mmg btol pon. Xkan saja2 nak pakai.
Nak x nak, aku pakai jugak.sarung jugak dua2 benda yang berstatus was-was itu. Aku pon sambil pakai tu usha2 r jugak tgk2 kalau ade benda yg meragukan pada pakaian tuh. Seem fine. Ok stop menyiasat. Pakcik tu dah panggil.

Pastu mulalah melekatkan besi dgn besi, buat bentuk ni, bentuk tu. Dalam hati, igt nak tanya pakcik demo 1 ttg asal usul keturunan glove and jacket tuh. Pastu asyik punya bermain dgn 'pistol' welding tuh, pastu bila balik lupe plak. Aiseh. Xpe2, lek lu. Jangan was2, esok knpemkan.

Keesokan harinya(hari ini: selasa). Pergi ke tempat yang sama. Buat welding lg. Kali ni dah nekad nak tanye. habis lecture pagi sebelum workshop, tggu sume budak2 lain keluar kelas dulu. Pastu aku g menghampiri pakcik demo 2. "Pakcik, nak tanye sikit boleh x? sarung tgn dan jaket kulit tu buat dari kulit apa ye? kulit ba*i ke?lembu ke?binatang pe ye?". Pakcik demo 2:" Pakcik pon kurang pasti, tapi kalau xsalah pakcik rasa kulit lembu. Adik ni kenape?". Aku :" Owh xde pape, saje je tnye. Thx!".

End of story, xyah nak siasat detail2 lagi. Kalau bukan sebab wujud keraguan dalam hati ni, knpem2 aku x g tanye. 

lecturer aku, Mr L pun pernah pesan, islam tak galakkan umatnya untuk siasat berlebihan untuk mencari kesahihannya. contohnya, cafe di KBU (untuk pelajar di KBU). kalau di situ sudah ada cop halal jakim, maknanya halal la untuk kita makan walaupun cafe itu dijaga oleh abang chinese one thirtyy... 

jangan pergi sibuk-sibuk nak check apa yang menjadi kandungan makanan dan cara memasaknya, termasuk la siapa yang masak. tapi, ada tapinya! tiba-tiba la suatu hari, kita ada dengar cerita dari orang yang BOLEH dipercayai yang cafe KBU ni menggunakan ayam yang tidak disembelih secara islam atau sumber lain yang tidak halal, ha! time ni lah baru kita dibenarkan siasat sebetulnya. untuk check sama ada betul atau tidak cerita tu.

ada satu kisah, umar al-khattab dan seorang lagi sahabat sedang berjalan dan melalui sebuah rumah. tiba-tiba, bajunya terkena air yang datangnya dari mizab ( laluan air hujan dari atap). maka, sahabat terus memanggil tuan rumah untuk bertanya air itu dari mana datangnya dan risaukan sama ada air itu mutanajjis atau tidak.

sebelum tuan rumah sempat menjawab soalan sahabat, saidina umar sendiri yang menjawab dengan menyatakan, tidak perlu disiasat air itu mutanajjis atau tidak. selagi ianya kelihatan seperti air biasa, kita boleh anggapnya bukan air mutanajjis. 
Haa, so kalo benda apa2 tu usah2 la rajin sgt dok g siasat. Tapi lain ceritanya kalau macam ada dengar dari sumber yang dipercayai, baru g siasat.  
kita selalu was-was sama ada betul ke tidak ke dah lakukan ibadah tu. kadang-kadang kita terlupa yang kita dah cukup buat sunat 3 kali bagi setiap langkah mengambil wudhu'. sebab itu kita selalu berwudhu berkali-kali, dengan niat untuk memastikan kita benar-benar melakukannya. begitu juga dengan angkat takbir berserta niat dan bacaan ayat al-quraan dalam solat. kita was-was. kita sudah niat dan takbir dengan betul atau tidak. sehinggakan berkali-kali kita bertakbir. kalau seorang, boleh tahan lagi tapi bila kita mengimamkan solat perkara ini menjadi masalah besar. macam mana imam boleh terangkat takbir banyak kali. pening kepala makmum. kita mengulangi ayat al-quraan yang sama berulang kali kerana mahu membetulkan cara bacaan kita. ditegaskan, kita bukan hendak bertilawah tapi disyaratkan untuk qiraah iaitu membaca ayat al-quraan.

sunnah rasulullah untuk menghilangkan rasa was-wasnya setiap kali berhadas kecil ialah baginda akan merenjiskan air pada seluarnya sehingga ada banyak tompok-tompok air kecil. ini adalah kerana dikhuatiri, satu ketika nanti apabila terlihat tompok air kecil selepas berhadas kecil, kita akan was-was sama ada ia najis atau hanya tompok air.
- Aku melayari internet pagi tadi untuk mencari maklumat mengenai perkara ni, dan sebab tu terlambat sikit pagi tadi untuk bertolak keluar rumah. Sorry ye Hasnor and Perng!

p/s: Tadi time sedang ber-welding, ttiba aku rasa macam bosan plak. jadi aku pon buat benda kat bawah ni:


Mula2 igtkan nak buat atas sekeping besi je, sekali ade kantoi2. Jadi kene gabung dua keping besi. Ngeh3x. 

p/s 2: Mohon ampun kalau terdapat sebarang kesilapan dalam perkongsian ni, ilmu pon cetek. Tapi cuba jugak untuk memberi manfaat kepada yang lain. Mohon diperbetul sekiranya ada yang tersilap atau terkurang

Thursday 23 September 2010

Kurang sihat



Salam,

Beberapa hari ni badan rasa kurang sedap. Asyik batuk-batuk. Tekak rasa kering.

Ditambah pula dengan selesema. Juga asyik bersin. Hidung rasa berhingus.

Ya Allah berikanlah aku kesihatan tubuh badan agar dapat aku menjalankan urusahan seharianku dengan lebih baik dan lancar. Ameen.

Wednesday 22 September 2010

Keluhan seorang mad'u

Salam

Sumber: iluvislam

"Akhi, dulu ana merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, kebelakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah makin kering-kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah pula yang aneh dan pelik!"

Begitu keluh kesah seorang mad'u kepada murabbinya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad'unya.

"Lalu apa yang ingin anta lakukan setelah merasakan semua itu?" Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.

"Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja."

Ikhwah itu berkata.

Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut daripada wajahnya. Sorot matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal.

"Akhi, bila satu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.

Sang mad'u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat.

"Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?" Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya.

"Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?"

Serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang ikhwah tersebut. Tidak semena-mena, sang ikhwah menangis tersedu-sedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.

"Akhi, apakah anta masih merasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?"

Pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk.

"Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di tepi jalan atau mencuba memperbaikinya?" Tanya sang murabbi lagi.

Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya.

"Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqamah*. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia. Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah dan hanya Allah swt sahaja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji-NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana."

Sang mad'u berazam di hadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya. Sang murabbi tersenyum.

"Akhi, jama'ah* ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT."

"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka."

"Futur, mundur lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidakkesepakatan selalu diselesaikan dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" Sambungnya panjang lebar.

"Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan.Mencari kelemahan orang lain dengan mendgengar fitnah .Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai'e. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh Allah swt untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya membongkarnya, yang menjadikan ia semakin meruncing dan membarah.Bukanlah hakikat dakwah mencari lopong-lopong yang terhasil daripada kelemahan da'ie lain tapi anta perlu terus kerja amal islami walaupun kadang-kadang ada khilaf antara ikhwah sendiri.Seperkara lagi, banyaknya jema'ah di muka bumi ini bukan bermakna mereka berbalah.Hakikat sebenar khilaf adalah rahmat bagi sebuah ummah.Masakan kita manusia yang kreatif hanya akan tertakkhluk atau berada dalam satu lingkungan dakwah saja.Lain jemah lain mantajnya tetapi sedarlah bahawa kita bersama berada di landasan mencari redha ALLAH. "

Sang mad'u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya.

"Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?"

Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.

"Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah Allah swt menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!" Sahut sang murabbi.

"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau fitnah, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara anta sendiri."

Malam itu sang mad'u menyedari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama jama'ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT.

p/s: Terasa diri seperti berada di dalam cerita diatas. Tetapi bukan sbg sang mad'u, ttp seperti org yg diperkatakan oleh sang mad'u. Tidak memberikan komitmen di dalam tarbiyah. Tidak meletakkan tarbiyah pada tempat yang betul. Sesungguhnya aku zalim pada tarbiyah itu.

Wassalam

Monday 20 September 2010

Perasaan marah?

Orang yang bijak, lagi perkasa adalah orang yang berjaya mengawal kemarahan...
Mereka adalah golongan yang berjaya.....

Imam Ghazali membahagikan 4 kategori jenis kemarahan iaitu:
1. Orang yang cepat marah, maka cepat hilang marahnya.
2. Orang yang lambat marah, maka lambat reda kemarahannya.
3.Orang yang lambat marah, cepat pula reda marahnya.

4. Orang yang cepat marah tetapi lambat reda kemarahannya.


Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bukanlah orang yang kuat itu orang yang dapat mengalahkan orang lain dengan kekuatannya. Sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang mengawal dirinya ketika dalam kemarahan.
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Malik & Ahmad)

Daripada Sahl bin Muaz daripada ayahnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia boleh melepaskannya, Allah SWT akan memanggilnya pada hari Kiamat lantaran Allah memberinya pilihan (untuk memilih) mana-mana bidadari yang dikehendaki.
(Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majjah & Ahmad)


Mengawal perasaan marah

Individu yang normal pasti akan mengalami perasaan marah apabila berhadapan dengan situasi yang memungkin perkara itu berlaku, dan kemarahan itu tidak boleh dielakkan. Kecuali mereka yang kurang atau tidak normal sahaja yang tidak marah. Perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa marah adalah seperti berikut:

  1. Sibukkan diri dengan mengingati Allah. Misalnya dengan berzikir dan berselawat. Firman Allah dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai anak-anak Adam, apabila kamu marah, ingatlah kepada-Ku.”
  2. Meminta nasihat daripada orang berpengalaman. Suatu kisah yang berlaku pada zaman Nabi, sepasang suami isteri yang sering bergaduh bertemu baginda untuk meminta nasihat. Lalu kata Nabi, “Apabila kamu berasa marah, maka hiruplah air dan biarkan air itu di dalam mulutmu sehingga kemarahanmu reda.”
  3. Marah itu datangnya dari syaitan. Oleh itu, mintalah perlindungan dari Allah seperti membaca kalimah taawuz.
  4. Jika berasa marah ketika sedang berdiri, maka hendaklah duduk, dan jika sedang duduk, maka hendaklah berbaring.
  5. Fikirkan tentang kemurkaan Tuhan dan hukuman dari-Nya. Siapakah yang lebih besar kemarahannya, manusia atau Tuhan. Apa akan berlaku sekiranya Tuhan menunjukkan kemurkaan-Nya?
  6. Maafkan orang yang menyebabkan kemarahan itu. Setiap orang melakukan kesilapan termasuk diri kita. Jika kita mengharapkan keampunan Tuhan, maka wajarlah kita bersedia untuk memaafkan orang lain. Sifat saling maaf-memaafkan akan mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat.
  7. Berwuduklah. Sebaik-baiknya lakukan solat sunat.
p/s: Nota untuk diri:

Hari ini, aku dah buat satu perkara yang aku rasa satu kesilapan besar. Menyebabkan renggangnya hubungan sillaturrahim dengan seorang member nih. Semuanya berlaku bila bermain bola petang tadi. Seperti biasa, main seperti biasa. enjoy2, suka2, ole2. sepak sana sini.
Tapi permainan kami dicemari oleh anjing2 yang dibiarkan oleh tuannya untuk berkeliaran di padang Robe Terrace. Ada 3 orang tuan, 5 ekor anjing. beso2. Gebu. Walaupun xsebesar yang pernah mengejar lipas(bukan nama sebenar) dan hasnor, tapi cukup besar untuk menakutkan kami yang alah anjing.

Anjing2 ni dok main2, lari celah-celah antara kami dikala kami bermain bola. rapat2, macam nak jilat.eiii!geli den. dah la najis kalau  usik, cmne nak elak nih?
Sekali dua berlaku tu biasa la, tapi ni tiap2 beberapa minit je anjing tu datang kacau. Budak2 yang main tadi pon panas la. Ada anjing yang hidu2 beg, bola dll.
Abes keluar segala macam carut yg dah lama tidak kudengari. Astarfirullah. Mood memasing mula down. Xpe2, kita sambung main. Main punye main, hari dah petang. Mau malam sudah. Dah pukul 6 lebih sikit. Rasanya dah masuk maghrib. Pastu aku pon seperti biasa bermain, tersepak la kaki sorg member nih. betis die kene stud aku. bunyi macam sakit (xkan xsakit). Pastu aku dah rase lain dah, mamat ni dok cakap sorg2(macam maki2). Aku ckp sry pon die xlyn, jd aku tau mood die xbaik.
Xpe2, sambung main lg. Then tertackle pulak sorg mamat lain, mamat yg 1st nih pon tetiba sound aku. Aku pon cakap la biasa la main bola ter tackle tuh, bukannya aku saja dok g kat kaki die pastu tackle. Memang aku main aggressive sikit, Sebab tu aku xsuke main kat padang. Stud boot aku ni cepat lapa, xcukup satu kaki. die knpem makan byk kaki. sbb tu bila org ajak main kat padang aku kureng sikit, melainkan main tournament ke, friendly ke, dan seangkatan dengannya.
Sebab mmg standard org main aggressive. Cara aku main tu pon kira biasa. berlambak lagi orang yang betul2 main kasar, ssengaja!. aku bukannya sengaja. Haish. Dah2, lepas ni jgn dok ajak aku main kat robe. kalau ajak jgk, kene makan kaki aku xtau. aku cuba sedaya upaya supaya x kene. Kau dok main posisi menyerang konpem2 xpayah kene tahan/marking org slalu. Aku yang main defender ni mmg la mcm tuh.
Pape pon, terpulang lah. And 1 more thing rasenye sebab time tu maghrib. Mak aku kata, time2 maghrib tu la setan berlambak berkeliaran. And time tu jangan gurau2/main2, nanti pape berlaku akan cepat marah n gaduh.
mmg btol mak aku pesan. Emo sikit je, abes la.

Pape pon, amalkan apa yg ditulis di atas.iA redha marah tu.

~Aku nak jadi orang yang kuat, tapi bukan pada fizikal. Tapi pada kemampuan menahan kemarahanku. Bantu aku, jangan beri tekanan padaku. Aku yang dulu lain dengan sekarang, Kalau dulu konpem aku dah maki hamun balik dah mamat tuh. Korang xkenal aku, apa korang tahu.~

Wednesday 15 September 2010

If the Prophet (SAW) visited you

Author: Unknown

If the Prophet Muhammad (peace be upon him) visited you,
Just for a day or two;
If he came unexpectedly
I wonder what you’d do.

Oh! I know you’d give your nicest room
To such an honored guest;
And all the food you’d serve to him
Would be the very best;

And you would keep assuring him,
You’re glad to have him there;
Your hospitality would be beyond belief
And service beyond compare.

But… when you saw him coming,
Would you meet him at the door
With arms outstretched in welcome
To your honoured visitor?

Or… would you have to change your
Clothes before you let him in?
Or hide some magazines and put
The Quran where they had been?

Would you still watch movies
On your trusty TV set?
Or would you rush to switch it off
Before he gets upset?

Would you turn off the radio
And hope he hadn’t heard?
And wish you hadn’t uttered
That last loud nasty word?

Would you hide you worldly music
And instead take Islamic books out?
Could you let him walk right in,
Or would you rush about?

And, I wonder… if the Prophet spent
A day or two with you,
Would you go right on doing the things
That you always do?

Would you go right on saying the things
You always used to say?
Would life for you continue
As it does from day to day?

Would your family conversation
Keep its usual pace?
Or would you find it hard each meal
To say a table grace?

Would you keep up each and every
Prayer, forcing back a frown?
And would you always jump up early
For every prayer at dawn?

Would you sing the songs you always do
And read the books you read?
And let him know things on which
Your mind and spirit feed?

Would you take the Prophet with you
Everywhere you normally go?
Or would you , maybe, change your plan
Just for a day or so?

Would you be glad to have him meet
Your very closest friends?
Or would you hope they’d stay away
Until his visit ends?

Would you be glad to have him stay
Forever on and on?
Or would you sigh with great relief
When he at last was gone?

It might be interesting to know
The things you would do
If the Prophet Muhammad (peace be upon him), in person,
Came to spend some time with you.

Tuesday 14 September 2010

Jazak ' Allah sahaja atau Jazak' Allah Khayr (+)?

Sumber: http://www.turntoislam.com

Salam,

Berikut di ambil dari sebuah forum:


Many Muslims have now gotten the Habit of saying Jazak'Allah. But what does it Mean?

Jazak'Allah Means = " "May Allah Grant(or give) you"

It does not have any meaning to it, if it is said just like this.

You Have to Add something to It like for instance Jazak'Allahu Khair which Means "May Allah grant you with Good" This has a Meaning or:

Jazak'Allah Firdaus which Means "May Allah Grant you a High Station in Heaven"

If you only say Jazak'Allah it doesn't have any meaning to it.

Also you can not Say Jazak'Allahu Khair Insha'Allah. It is wrong, because when you say Jazak'Allahu Khair you are saying a Du'a and it is forbidden to say Insha'Allah after the Dua.


A Muslim should be firm in his du’aa’, because the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said:

“No one of you should say, ‘O Allaah, forgive me if You wish, O Allaah, have mercy on me if You wish’; he should be firm in his asking, for Allaah cannot be compelled.”

Narrated by al-Bukhaari, 6339; Muslim, 2679

p/s: Tapi dalam forum tu ada jugak yang cakap begini:

Seriously though.. Although I always say something after jazak Allah, I have no trouble accepting it by itself as an implication of something good/bad... and it does have a meaning; still; regardless.. It's according to the context. For instance if someone does something nice to me, and I say "jazak Allah" with a "smile" it can only imply that "jazak Allah with something as good as what you've shown me."... However, if someone does me wrongly and I'm really upset about it, I can tell them "jazak Allah", and in this context I mean "may Allah grant you the same as you've shown me."

It's the genius of our arabic language.

- Jadi, boleh ke x kalau sebut Jazak Allah shj (jzk)?
-atau mmg kene tambah something di belakang spt Jazak Allah Khayr (jzkk)?

Just nak share.

Kenapa? Sebab aku adalah pelajar, yang sedang belajar.

Wassalam

Friday 10 September 2010

Ruginya 'sekolah' selama hampir 20 tahun

Salam,

Malam ini sudah masuk 1 Syawal, atau kata nama lain hari raya. Hanya ada dua maksud sahaja padaku, yang aku baru belajar, setelah hampir 20 tahun hidup di dunia ini.

Maksud pertama:


Sekolah Ramadhan telah berakhir,
Tiada lagi pagar-pagar, yang melindungi aku dari godaan-godaan 'kawan-kawan' yang jahat.
Tiada lagi bonus-bonus jualan murah, kerana tempoh 'Mega Sale' selama sebulan sudah pon berakhir.
Tiada lagi 'latihan-latihan' untuk aku memantapkan diri aku.
Tiada lagi 'kelas-kelas' untuk aku hadiri, menambah dada ini yang kosong; hanya sedikit ilmu.

Maksud kedua:

Masa untuk 'internship/kerja',
Sebulan kursus intensif di 'sekolah', adakah cukup untuk aku praktikkan dan teruskan pengamalannya selama 11 bulan?
Tiada lagi pagar-pagar, yang melindungiku dari godaan-godaan 'mereka' yang baru sahaja bebas, adakah cukup persediaanku selama sebulan?
Perang sudah bermula, musuh sudah tiba, mampukah aku melawan mereka? Selama sebulan ini, sudah habis keringatku perah hanya sekadar untuk melawan nafsuku yang telah dilatih oleh mereka.


Adakah sudah cukup persediaanku? Mampukah aku?

Selama 19 tahun yang lepas, sudah 19 kali aku keluar masuk sekolah yang disediakan khas untuk melatih iman, menguatkan mental, memantapkan akidah, namum sekadar melepaskan batuk ditangga, aku hanya sekadar pergi ke sekolah ini hanya untuk mencukupkan syarat, mengikut ombak norma kehidupan manusia-manusia lain, hanya mampu mengikut.

Adakah selama ini aku mengambil mudah akan sekolah ini?

Adakah aku akan diberi peluang untuk memasuki sesi persekolahan ini buat kali ke 20?

Adakah sudah cukup banyak jualan 'Mega Sale' yang berjaya aku rebut?

Sigh

Rasa jauh sekali..

Seperti rasa perlunya ada sekolah seperti ini sepanjang tahun, untuk membantu manusia2 yang seperti aku, lemah, tidak berdaya, jahil.

Mampukah aku untuk terus istiqamah, sehingga bertemunya dengan sesi yang akan datang?

Monday 6 September 2010

Flashback: Zaman muda-muda aku

Salam,

Sejak kecik2 lagi aku dah mmg minat dengan benda berteknologi ni, macam komputer, phone canggih2, keta, robot dll. Tapi time kecik2 dulu aku byk ikut abang aku, dia buat apa aku ikut. Dia main game apa aku ikut. Dia pergi mana-mana pon aku nak ikut. Teringat lagi ada sekali tu, time raya rasanya. Maybe time tu abangku dah tension sgt, aku asyik ngekor beliau kemana sahaja beliau pergi, pastu beliau marah aku. Dia nak g raya rumah kawan dia, aku nak ikut, pastu dia xbagi.

Rasa seperti dunia telah berakhir, aku hilang arah tuju. Xtau nak buat apa, xtau nak pergi mana. Mak aku pon kesian tgk aku.


Sunday 5 September 2010

Sifat malas2 lengah gitu

I am a guy which definitely (well it is obvious to me) lacking the sense of urgency. Yeah I know, it is not a good thing and indeed it is a dangerous attribute, especially for a student like me.

Not that I’m doing nothing to fix it, It is just that I have been in this state since I was a small kid. Something that you have already gets use to for such a long time won’t be that easy to change. Slowly over time it has turned into a habit. My family rarely urged me to get something done quickly. I’m a spoilt brat in another word, anak yang manja lagi dimanjakan. ^^.

I have long realized about this not-so-good attitude of mine.

People that are closed to me or live around/with me can really tell you about this stuff. Always delaying doing any works or assignments.

Always wait until a few minutes before the due date to start doing something.(e.g mandi pagi).

If we are going out (shopping, masjid, riadah), usually i will be the last person to get out from the house.

That is why i prefer to have my own transportation, so that i won't or would have delayed others and ruin the mood of others.

p/s: sekali-sekala ni nak juga menulis dalam English, walaupon bahasa tunggang langgang, verb lari, grammar tergolek-golek, tenses entah hilang kemana.

Tengah boring-boring di kala menyiapkan assignment yang berlambak (sekali lagi, disebabkan oleh sifat kurang peka pada kecepatan-translate: lack of urgency)


Thursday 2 September 2010

Buatlah pelaburan yang menguntungkan!

Janji Allah
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung."
(Surah At-Taubah, ayat 111)

Letih?Kecewa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
(Surah Ali Imran, ayat 139)

Tak suka tapi dapat? Suka tapi xdapat?
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)

Tuesday 31 August 2010

Ramadhan yang penuh bermakna

Salam,

Hari ini, sudah masuk fasa ke 3 puasa, iaitu fasa terakhir atau nama lain; 10 malam terakhir.
Malam semalam, aku seperti biasa, berbuka bersama ahli rumah dan bersolat tarawikh di Masjid Khalil. Sepanjang malam, teringat aku pada program yang telah diatur khas untuk membantu umat-umat Islam,melayu terutamanya untuk merebut bonus-bonus/jualan pahala murah yang hanya berlangsung selama sebulan, untuk satu tahun.

Program pada malam semalam adalah untuk beriktikaf di Masjid Khalil. Selepas solat tarawikh, kami serumah pulang untuk menyiapkan apa yang patut. Seperti aku, membuat assignment Engineering Math II yang telah tertangguh hampir seminggu kerana sifat malasku yang membuak-buak. Tak tau la, kenapa sekarang ni asyik malas je nak buat kerja-kerja sekolah, kalau membaca blog-blog, cerita-cerita dll yang tidak berkaitan dengan akademik rajin pulak. Astarfirullah. Sampai bila nak malas ni? Tak mau ke dapat HD macam orang lain? asyik on par je, cukup-cukup makan je.

Lebih kurang pukul 11.05, dah mula rasa resah dah. Assignment soalan satu pon tak habis jawab lagi ni, kalau ikut tentatif program dalam pukul 11.30 dah kena ada di Masjid Khalil. Ni la akibatnya melengah-lengahkan kerja, esok nak hantar malam ni baru nak buat. Mata memandang ke sehelai kertas di atas meja, tercatat jadual kuliah disitu. "Esok ada free sampai pukul 1, assignment kena hantar sebelum pukul 12, sempat kot kalau sambung esok", ujarku dalam hati. Itu la sifat-sifat biasaku, dah lewat pon masih mahu bertangguh. Seperti terjamin akan dapat melihat hari esok. Seperti mengetahui bahawa esok akan mampu terus sedar untuk menyiapkan assignment.

Siap punya siap, dalam pukul 11.45 kami serumah bertolak ke Masjid Khalil dari Day Avenue. Tiba lebih kurang pukul 12. Di bawa bersama satu sleeping bag dan satu beg mengisi barang2 seperti al-Quran, Kurma, roti, beg duit dan lain. Masuk ke dalam kawasan dalam masjid, kebanyakan lampu sudah ditutup, kelihatan ramai orang sudah tidur. Ada sesetengah yang sedang khusyuk bersolat, dan juga yang sedang membaca Quran. Malam pon sudah larut, jadi aku tidak membuang masa, terus mengibarkan sleeping bag dan masuk tidur.

3.05 pagi, aku tersedar dari tidur. Terdengar suara makmum-makmum mengaminkan bacaan Al-Fatihah Syeikh Amin, imam besar Masjid Khalil. Berasa agak berat kepala ini, duduk sebentar mengumpulkan fikiran-fikiran yang sedang bertaburan di alam mimpi. Tepuk-tepuk pipi, kemudian aku bangun untuk mengambil wuduk dan kembali ke dalam masjid.

“Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat (Tahajjud) di tengah malam.” (Hadith riwayat Muslim)

2 rakaat pertama solat tahajjud di tunaikan secara berjemaah. 6 rakaat kemudian aku bersolat tahajjud secara bersendiri, cuba untuk mendapatkan rentakku dan untuk mendapatkan lebih khusyuk kerana aku lebih selesa bersolat mengikut 'pace' aku.

Kenapa 8 rakaat?

Daripada Abi Salamah bin Abd Rahman, bahawa dia bertanya kepada Aisyah (semoga Allah meredhainya) bagaimanakah solat Rasulullah s.a.w. di malam Ramadhan? Maka berkatalah Aisyah: “Baginda tidak menambah lebih daripada sebelas rakaat, sama ada di bulan Ramadhan atau di bulan-bulan lain.” (Hadith riwayat Bukhari)

11 rakaat tu termasuk solat witir, 3 rakaat.

Selesai witir, aku menadah tangan berdoa kepadaNYA. Banyak benda yang aku minta, banyak benda yang aku perkatakan, banyak benda yang aku ulangi. Mengalir air mata aku keluar dari mata ini. Mata ini yang selama ini tak pernah menangis buat sekian lamanya kerana mengingati Maha Pencipta. Sebak aku di dalam hati, apabila difikirkan betapa keras dan hitamnya hati aku selama ini. Bila tah kali terakhir aku menangis memohon keampunan daripadaNYA. Tak ku sangka mataku yang sudah sekian lama, kering, telah mengalirkan air mata.

Cukuplah, hal dunia aku tinggalkan dirumah. Berilah aku peluang, untuk bersama yang Maha Esa, walaupun hanya seketika, bersendirian. Sebak rasanya, apabila difkirkan kejahilan-kejahilanku selama ini, kesilapan-kesilapan, dosa-dosa, kemaksiatan, dan perbagai lagi kemungkaran yang telah aku buat selama ini. Sebak juga hati ini, bila memikirkan permasalahan umat manusia sekarang, especially di Malaysia. Mungkin ramai orang akan berkata, siapa aku, untuk sebok-sebok berbicara dan risau perkara tersebut. Tapi jika tiada yang berfikir, tiada yang risau, maka selama-lamanya tak akan kembalilah zaman kegemilangan Islam, yang pada suatu masa dahulu tegak, gah berdiri.

Bertambah sebak rasa dihati, memikirkan permasalahan orang-orang tersayang di Malaysia. Masing-masing dengan ragam mereka sendiri. Keras kepala, degil tidak mahu bertolak ansur dan bawa berbincang. Tetap dengan pendirian mereka. Letih, letih aku melayan karenah mereka. Cukuplah aku memikirkan dan risau dengan perkara tersebut, maka pohonlah aku pada Tuhanku, perdamaian di antara mereka yang berselisih ini.

Maha Suci Allah, yang telah memberi aku nikmat untuk menangis, menangisi kesilapan-kesilapan dan kemungkaran-kemungkaran yang aku dan orang-orang disekeliling aku lakukan.

Maha Suci Allah, yang telah memberi aku peluang, untuk menangis.

Daripada Abi Hurairah (semoga Allah meredhainya), beliau berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila berlalu setengah malam atau dua pertiga malam, turunlah Allah Yang Maha Tinggi ke langit dunia seraya berfirman: “Adakah sesiapa yang meminta untuk diberi (Aku perkenankan permintaannya), adakah sesiapa yang berdoa untuk dimakbulkan (Aku makbulkan doanya), adakah sesiapa yang beristighfar untuk diberi ampun kepadanya (Aku ampunkannya)”, sehinggalah terbit fajar.” (Hadith riwayat Muslim).

Sungguh dapatku rasakan walau sedikit, nikmatnya, berdoa, dan berqiam ini.
Bilakah kali terakhir aku, bangun sendiri, dengan inisiatif sendiri, untuk berqiam yakni beribadah kepada tuhanku.

Sungguh rugi rasanya diri ini, tanpa menyedari berapa banyak yang sudah aku terlepas.

“Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat (Tahajjud) di tengah malam.” (Hadith riwayat Muslim)

Maha Suci Allah. Semoga aku diberi peluang, untuk masih merasakan kemanisan berqiam ini.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Pelajaryangbelajar

Sumber rujukan: http://ustazhazizi.wordpress.com/2010/08/30/mengenai-solat-tahajjud/

Saturday 28 August 2010

Busana Muslim:Di mana Islamnya?

Di petik dari lawan web www.saifulislam.com

“Ayah, emak, saya sudah memakai hijab seperti yang kalian suruh. Bye-bye!”

Bagaimanakah tatacara melabel sesuatu sebagai Islamik (HALAL)?

Apakah ada garis ukurnya, atau bergantung kepada intepretasi bebas masing-masing?

Ketika masyarakat berdepan dengan pelbagai ancaman ajaran sesat yang lazimnya berpaksikan sesuatu yang ritual, mistik dan terpencil daripada kehidupan massa, kita juga sedang mendepani kekeliruan-kekeliruan yang berada di dalam arus perdana. Sesuatu yang jarang dilihat sebagai ‘ajaran sesat’, tetapi cukup banyak memesongkan manusia daripada landasan hidayah.

Itulah BUSANA MUSLIMAH.

LANDSKAP 1990′AN

“Mak Fatih di Turki, purdahnya bukan sehelai kain tambahan yang menutup muka. Tetapi tudung yang dipakai, digenggam dengan tangan di bahagian hidung. Semua perempuan pakai seluar besar,” saya berbual dengan ibu tentang cara berpakaian wanita Anatolia yang saya lihat.

“Nak kenal mahasiswi Turki senang sahaja. Ramai di kalangan mereka suka memakai tudung dengan sanggul tinggi,” saya bersembang dengan rakan-rakan di Jordan.

“Bukan sanggul tinggi itu, bonggol unta yang Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam laknat dalam hadith tu ke?” tanya rakan saya.

“Betul dah tu. Tak apa, kita buang sanggul tu, kita ambil tudungnya sahaja. Buat hadiah. Bukan senang nak dapat tudung sutera Turki di Malaysia” saya menokok perbincangan.

Kelana saya ke pelbagai negara umat Islam di era 90′an, memperkenalkan saya kepada pelbagai bentuk pakaian yang disesuaikan dengan budaya, persekitaran dan keperluan, namun masih mengekalkan prinsip-prinsip asas berpakaian menurut Islam. Pelbagai bentuk seluar, abaya, tudung, malah pelbagai bentuk niqab, kesemuanya membentuk satu kesediaan pada diri saya untuk lebih dinamik dalam mendefinisikan apa itu fesyen dan seluas manakah ruang yang disediakan oleh Islam untuk ia berkembang.

Ketika itu, segala-galanya masih asing daripada masyarakat kita.

Baju kurung, masih kekal dengan potongan baju kurung yang biasa.

Tudung juga tidak banyak jenis.

Malah berpurdah masih asing dan pantas dikaitkan dengan Jemaah al-Arqam.

Saya juga boleh rancak bercerita tentang pengalaman saya di negara Arab kerana jarang-jarang sekali muka Arab ditemui di jalanan ibu kota negara. Malah Malaysia hampir-hampir tidak termasuk di dalam destinasi pelancongan warga negara Arab yang ketika itu masih berkiblatkan Eropah untuk percutian mereka.

LANDSKAP SEMASA

Hari ini, komunikasi, teknologi maklumat dan mobilisasi manusia mengalami perubahan yang besar. Globalisasi menghimpunkan manusia yang pelbagai di sebuah perkampungan antarabangsa. Masyarakat kita semakin terdedah dengan pelbagai bentuk budaya dan ekspresi diri termasuklah fesyen. Pelbagai idea datang untuk mengembangkan cara berpakaian kita, khususnya untuk wanita Muslimah.

Industri fesyen semasa berkembang maju. Ia sesuatu yang boleh dihargai pada sudut-sudut positifnya.

Baguslah begitu.

Dahulu kala, wanita yang berhijrah itu mendefinisikan HIJRAH bukan sekadar pada memakai tudung, tetapi terus kepada mengubah keseluruhan penampilan diri dan gaya hidup. Imej perubahan diri Hajjah Wan Chik Daud, Siti Fairuz, Rahimah Rahim juga Noorkumalasari, memperlihatkan hijrah itu benar-benar suatu hijrah.

Namun kini, dengan perkembangan fesyen yang begitu dinamik, HIJRAH boleh berlaku dalam format yang lebih mudah. Ia tidak menjadi satu revolusi ke atas diri, namun sekadar mengenakan tudung atau meletakkan sesuatu di atas kepala yang dianggap sebagai simbol perubahan diri. Semakin lama, ia semakin berkembang. Malah perkembangan fesyen alternatif ini sudah sampai kepada berjaya menganjurkan pertunjukan fesyen di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. Antaranya adalah Fashion Show Busana Muslim 2010 di MIDF HALL, di ibu kota Kuala Lumpur tidak lama dulu.

Versi DUBAI!

PENTAKRIFAN

“…Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu…” [al-Ahzaab 33: 33]

Sejauh manakah pakaian itu boleh diterima sebagai Busana Muslimah?

Bagaimana dengan batas-batas Aurat?

Bagaimana dengan sifat bersederhana dan MALU yang menjadi tunjang ekspresi diri pada berpakaian itu?

Perkembangan semasa, memperlihatkan, apa yang dilabelkan sebagai Busana Muslimah itu, bukan lagi sekadar Tabarruj Jahiliah malah sudah menjadi al-Kaasiaat al-‘Aariyaat seperti yang diungkapkan oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang bermaksud SEPARUH TELANJANG, atau BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Dua kelompok daripada penghuni Neraka yang aku tidak pernah melihatnya (semasa hidupku): Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu dan mereka melibas-libas orang dengannya. Yang kedua adalah wanita yang akan telanjang walaupun mereka sedang berpakaian, perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya seumpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaannya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. “[Hadith riwayat Muslim]

Fesyen yang membiarkan leher keluar, telinga keluar, dada terdedah, jenis kain lembut yang rapat membalut tubuh dengan bentuk yang menonjol, semua itu diterima sebagai sebahagian daripada kriteria BUSANA MUSLIMAH. Malah tahun 2010 menyaksikan berleluasanya pemakaian tudung dengan bonggol yang sangat menonjol di bahagian atas kepala, sama ada oleh rambut sendiri yang panjang, atau dengan sanggul palsu yang dijual di kedai HIJAB?

Sekadar meletakkan sesuatu di atas kepala, atau melabuhkan top hingga ke bawah ala-ala jubah atau abaya, jadilah ia BUSANA MUSLIMAH!

Di manakah Islamnya?

Pakaian ini diberikan kepada artis-artis yang mungkin di hatinya memang mahu membuat perubahan diri. Saya tidak berada di posisi untuk menilai niat di hati sesama insan. Tetapi niat yang baik itu ditemukan dengan solusi yang sangat jauh daripada Islam. Apatah lagi, dengan status pemakainya sebagai ikon masyarakat (jika masih mahu mengikonkan artis), ia menjadi ikutan. Lalu berleluasalah segalanya.

Tidak sampai ke suku ketiga tahun 2010, penyelewengan cara berpakaian menurut Islam semakin menjadi-jadi.

Jika kalian yang tidak pernah bertudung, mula bertudung dengan fesyen sebegini, mungkin sukar untuk menghayati perubahannya. Namun bagi kalian yang dahulunya berpakaian secara sederhana tetapi mula memperagakan fesyen seperti ini, tanyalah secara jujur ke dalam hati, adakah kalian semakin malu di hadapan Allah atau semakin berani dan bijak mencipta justifikasi?

Islam menyediakan ruang yang secukupnya untuk seorang wanita Muslimah dan lelaki Muslim yang belum menutup aurat untuk segera mencari kekuatan berbuat demikian. Tetapi menyambut kejayaan membuat perubahan dengan menghantar mereka ke daerah Busana Muslimah yang sangat bercanggah dengan Islam ini, ia adalah suatu kesesiaan yang mengundang penyesalan.

BEBAS

“Inilah kata-kata orang agama. Semua salah” ulasan yang muncul.

“Semua itu hanya Male Chauvinism. Semua perbuatan orang perempuan mahu dikawalnya” tegas seorang yang lain.

Sesungguhnya kata-kata seperti itu sangat jauh dari kalam terbitan IMAN.

Islam memuliakan kaum lelaki dan perempuan, pada TAQWA, iaitu kualiti diri berkaitan dengan ilmu, bakat, Akhlaq, keupayaan diri dan jauh sekali daripada memperhambakan diri kepada mengejar usaha mengisi makna CANTIK yang tidak pernah berakhir itu. Sesungguhnya CANTIK itu adalah satu bentuk perhambaan wanita yang menyeronokkan (lagi menguntungkan).

Jika demikianlah komen-komen yang timbul tatkala saranan ini datang, ketahuilah anda sememangnya bebas berpakaian sesuka hati anda dan kita tidak akan mengganggu kebebasan individu yang dibanggakan itu. Namun sebaik sahaja pakaian jelek itu kalian nisbahkan kepada Islam, kami bangkit menentangnya.

Kami cemburu dengan agama kami.

BUSANA MUSLIMAH yang tidak mematuhi Islam seperti itu adalah penghinaan kepada Syariat Allah.

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. [al-Ahzaab 33: 36]

FULL STOP!