Mari ikut blog ini

Wednesday 26 December 2012

Dzatiyah - segalanya bermula

Salam,

sedikit coretan dan luahan dari hati.

Ramai yang hebat berkata-kata, lantang bersuara, namun akhirnya segalanya kembali kepada dzatiyah diri.

Kita boleh kata 'ya' bila ditanya, tapi akhirnya dzatiyah kita yang memastikan 'ya' itu terlaksana.

Aku mungkin lambat dalam bertindak, perlahan dalam bersuara, tidak pandai berkata-kata. Namun, apabila ditetapkan pendirian, dibulatkan suara, aku akan pastikan sesuatu itu terlaksana.

Jika kita utuh dan berpegang dengan keputusan yang kita pilih , maka hanya Allah yang mampu menggagalkannya.

Pesan seorang murabbi kepadaku. Membuat keputusan bukannya menentukan langkah mana yang akan kita ambil, tetapi melangkah pada jalan yang kita pilih.

Ya Allah, tetapkanlah aku pada jalan yang membawa kebaikan kepada agamaku dan diriku, keluargaku dan bangsaku, saudaraku dan negaraku.

Dzatiyah yang menetapkan aku atas pilihan ini. Semoga ini yang terbaik.

Saturday 22 December 2012

Clinic PC Day: Menyumbang kepada komuniti

Salam,

Sudah lama ingin aku menulis entry ini, namun hasrat itu dibiarkan terkubur sehinggalah kini.

Bagaimana Clinic PC Day bermula?

Sepanjang tahun 2009 dan awal 2010 aku melihat ramai (atau mungkin segelintir) dikalangan pelajar Melayu (terutamanya perempuan) di Adelaide mempunyai masalah dengan komputer. Kebanyakkan daripada masalah itu berkisar di sekitar virus, spyware, adware, driver problem dan lain-lain dimana masalah itu merupakan suatu perkara yang tidak begitu susah untuk diatasi namun ramai yang tidak tahu bagaimana dan apa yang patut dilakukan apabila bertemu dengan masalah sebegitu.

Pada permulaan, aku membantu dan memberi nasihat berkaitan komputer kepada beberapa orang rakan. Lama-kelamaan, bilangan orang yang meminta bantuan semakin bertambah dan bermula dari mereka yang aku kenal, semakin lama semakin ramai yang tidak aku kenali menghubungi aku untuk meminta bantuan berkenaan komputer.

Mujur, aku dibantu oleh rakan serumah yang pernah berpengalaman bekerja di kedai komputer di samping keinginan dan minat aku dalam mendalami ilmu berkaitan bidang perkomputeran.


Malware alert!


Aku bermula dengan menerima laptop-laptop dari rakan-rakan yang memerlukan bantuan untuk 'remove virus/malware', 're-format laptop', 'replace hard drive', 'add RAM' dan 'solve drivers problem'. Ada juga masa-masa tertentu dimana rakan-rakan meminta nasihat berkenaan komponen apa yang perlu dibeli, adakah komponen-komponen itu 'compatible', mana satu yang sesuai dengan kegunaan mereka, membina sebuah 'desktop' baru dan lain-lain.

Sekitar hampir dua tahun aku membantu rakan-rakan dalam masalah berkaitan dengan komputer. Itu memang minat aku, mendalami bidang perkomputeran, mengambil tahu mengenai gajet-gajet terkini dan perkembangan teknologi.

Sepanjang tempoh itu, aku langsung tidak meminta sebarang bayaran ataupun upah. Namun jika ditawarkan, aku akan menerimanya.

Rakan serumahku yang lain pernah berkata, "kesian aku tengok kau. 'Charge' la diorang sikit. Kau spend banyak masa kau tolong diorang, takkan tak dapat apa-apa pon"

Aku kata, aku tolong-tolong gitu je. Bukan untuk buat duit atau dapat untung.

Sampai suatu masa, aku merasakan bahawa aku perlu melakukan sesuatu, supaya lebih ramai orang tahu bahawa aku boleh membantu mereka dan lebih ramai orang mampu aku bantu. Maka, terhasil lah idea penubuhan group 'Facebook Clinic PC Day' pada tanggal 1 Jun 2011.

Friday 21 December 2012

Friday Night bersama rakan sekerja

Salam,

Pada 14 Desember yang lepas, tempat di mana aku bekerja part-time mengadakan program 'Laser Skirmish and Bowling Night'. Fully sponsored. Bertempat di Kingpin Bowling, Norwood. Aku tidak bekerja pada malam tersebut. Plan asalnya adalah untuk berkumpul di tempat kerja, carpool dan bergerak bersama ke lokasi.

"Alamak! Macam mana ni. Kang sekali kena duduk sekali dengan pekerja-pekerja perempuan yang lain"

Malam 14 Disember itu, aku menelefon John.

"Hei John, can i just go straight to the Kingpin Bowling?"

"Yeah sure. Be there before 10 pm k"

"Fuh. Lega. Terlepas dari risiko ber-carpool dengan perempuan-perempuan", aku menarik nafas lega. Lagipun, malas aku pergi ke tempat kerja, kerana lokasi Kingpin Bowling adalah pada arah yang bertentangan. Buat perabeh minyak kereta je.


Sila RSVP ye~ 'tick' aku yang berkedut-kedut tu
Selain itu, terdapat juga Christmas Dinner dan kami dikehendaki membawa 'partner'. Aku menolak pelawaan ini dengan alasan mempunyai urusan pada malam tersebut.

Setibanya di Kingpin Bowling, aku melihat rakan-rakan sekerja yang lain sudah pun tiba di situ.

"Azac, where are you? come in", aku membaca kiriman sms oleh John.

Kelihatan John sedang tercari-cari seseorang.

Ok, just in time. Tak cepat sangat, tak lambat sangat.

Aku bertegur sapa dengan mereka dan kemudian kami bergambar bersama.

Ramai tak rakan sekerja aku? hehe. Cuba teka mana satu-satunya pekerja lelaki berbangsa Australia?




Apabila semua sudah berkumpul, kami mula dengan bermain bowling. Boleh dikatakan kesemua pekerja (18+) yang memesan beer terlebih dahulu sebelum bergerak ke 'bowling lanes'. Seperti meminum jus, laju sungguh mereka meminumnya. 

"Don't you want to order any drink?", tanya Kumar kepadaku.

"Nah, i'm fine"

Wednesday 19 December 2012

Apa yang mereka borakkan?

Salam,

30 November yang lepas aku dijemput untuk 'dinner' di rumah salah seorang rakan berbangsa Itali yang sudah menetap di Australia.

Namanya Adam.

Turut di jemput sama adalah rakan-rakannya yang berbangsa Afrika dan Mesir.


Cooked by Italian. Serious sedap. nyum2~

Menu utama adalah Lasagne, which is an Italian specialty. Dimasak oleh seorang berbangsa Itali, iaitu bangsa yang mencipta resepi Lasagne, umph! Memang sedap rasanya. Tak dapat dinafikan.

Selain itu terdapat juga hidangan-hidangan lain seperti nasi dan ayam (rasa macam ayam masak paprik je) beserta roti Arab (kot).

Good place, good friends, good foods. It can't be wrong.

Selesai makan malam, kami berborak tentang banyak perkara.

Dikalangan kami (selain aku dan kawan-kawan Melayu) ada 2 orang berbangsa Afrika (adik beradik), seorang berbangsa Itali (Adam) dan seorang berbangsa Mesir yang sebelum ini tinggal di Arab Saudi. Mereka semua merupakan Permanent Residents di Australia.

Apa yang menjadi bahan perbualan?

Games, Playstation, Dota dan yang seangkatan dengannya. 

Familiar with these terms?

Ya. Aku juga familiar. Dan tidak berapa lama dahulu, istilah-istilah ini bergelumang dan berjalan-jalan disekeliling aku dan masa lapangku. Umpama darah daging. 

"Any of  you guys played Black Ops 2 yet?", perbualan dimulakan oleh Bro M.

"Yeah i did. It was awesome. But the game is too short. Easy", balas Bro A2 dengan nada teruja.

"I prefer Call of Duty rather than Black Ops tho", sampuk Bro A1.