Mari ikut blog ini

Wednesday 12 January 2011

Besarnya ganjaran mengajak. Dosa atau pahala?

Salam,

tadi lepas solat maghrib aku stay sebentar untuk mendengar kuliah agama.

Ustaz di depan membacakan sebuah hadis. Hadisnya berbunyi lebih kurang begini:

“Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang buruk lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun.

Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1017 (Kitab Zakat, Bab suruhan bersedekah sekalipun dengan setengah biji tamar…).

Ustaz punya kuliah terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah mengenai bahagian pertama hadis ini dimana kelebihan melakukan sesuat kebaikan itu dan kemudian diikuti oleh orang lain. Subhanallah. Mudahnya nak buat 'duit', nak melabur saham, nak jadi businessman. Cukup mudah.

Kata beliau lagi, usahawan yang berjaya adalah mereka yang goyang kaki pon duit masuk. Apatah lagi kalau kita kerja, berganda-ganda lagi ganjarannya. 

Orang yang dah kahwin

Salam,

tiba-tiba tadi terfikir tentang benda ni.

Terfikir lepas baca novel yang berjudul Denyut Kasih Medik. Best ceritanya. Apa yang aku terfikir nih?

Kalau orang yang kahwin. Biasanya lelaki akan di panggil abang dan isteri akan dipanggil sayang. Tapi apa jadi kalau lelaki lebih muda dari isteri?
Dia jadi camni pulak ke: adik dan sayang? haha
kelakar la pulak bila terfikir.