Mari ikut blog ini

Friday 30 April 2010

Wanita dan facebook

www.iluvislam.com
oleh:private_xplorers
(dipetik dari blog WEWR ~khabar dari urdun~)



MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.



Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.


Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...
p/s: jadi fikir2 kanlah..
aku sekadar berkongsi pendapat org lain..
dan aku agak bersetuju dgn ape yg dikongsi..

wassalam

Thursday 29 April 2010

Bergurau dan gurauan

Salam,

bergurau? rasenye sume org tau mksd bergurau tu ape

tp xsume org tau cmne nk bergurau..

ade org tu try nak bergurau, buat lwk dgn tujuan utk menghiburkan kawan2, tp sebaliknye yg terjadi, kawan2 jadi marah..

bergurau, memanglah seronok, cuit sane, cuit sini..tapi kalo dah xkene pade tmptnye, make org pon xsuke

ade org tu mmg suke bergurau, sampai slalu sgt bergurau..
sampai xkira mase, tmpt dan keadaan..
kadang2 mulut/ penulisan itu sukar dikawal, sbb si penggurau ni mmg dah jenis cmtu, ckp men lepas je..
bknnye die berniat utk menyakitkan hati, tp mungkin tergurau bende yg bkn gurau-gurau..
tapi die sedar, yg xsume org, bkn sume keadaan, bkn tiap2 mase gurauan ini boleh diterima..
Kadang kala, menjadi serious adalah satu perkara yg lebih baik...
jgn byk bermain, tgk tmpt, tgk keadaan, tgk suasana, tgk org...
xkan dlm majlis2 ilmu pon nak main2
xkan dlm meeting pon nak main
adakah penggurau menganggap sume bnde tu klaka?boleh dibuat main?

jadi, penggurau paham bahawa die perlu berubah, wpon bkn secara drastik tp at least bit by bit.
mmg susah nak mengubah habit seseorg ni, lg2 kalo dah mmg melekat n jd darah daging..
jd dgn kurangkan bercakap, kite dpt mengelakkan byk bnde dr berlaku..
dpt avoid fitnah, ngumpatan, sakitkan ati org, mengadu dombakan org, pecah rahsia dan mcm2 lg..

jd aku mintak maaf sekiranya sebarang percakapan, penulisan, perbuatan dan lain2 menyebabkan korg marah..
bkn niat utk berbuat demikian...
tp dah terbiasa...

tapi bg org2 seperti aku ini, bknnye aku xleh marah.
tp xsuke marah2 ni..
jd korg jgn la anggap aku ni bole diperlekehkan hanye krn aku begini..
wpon aku cuba utk menahan perasaan itu, ttp aku juga manusia..

bukanlah kuat dan tegas itu pada kuat pertarungan.tetapi kuat dan tegas dan yang sebenar ialah pada keupayaan seseorang itu mengawal dirinya ketika marah [Al-Hadis]


Ya Allah berikanlah aku kekuatan utk menjadi hambaMu yg lebih matang dan mampu mengawal diri pada setiap masa.

Ameen

Wednesday 28 April 2010

Perkara yg membawa kepada pembubaran piagam penyambungan kontrak di rumah Regency

sblm ape2, ni relates dgn ape yg berlaku smpi lah skrg.

1)Perkara yg membawa kepada pembubaran piagam penyambungan kontrak di rumah Regency
2)Perkara yg berlaku pada final inspection
3)Selepas final inspection, perkara yang membawa kepada peristiwa di tribunal
4)Peristiwa Tribunal, 1st hearing -episode1
5)Peristiwa Tribunal, 1st hearing -episode2 (ttg masalah yg masih xselesai)
6)Peristiwa Tribunal, 2nd hearing -episode 1

Perkara yg membawa kepada pembubaran piagam penyambungan kontrak di rumah Regency

Semua masalah bermula pada tahun lepas(2009), time ujung thn, sblm kami berpindah dari rumah lama kami yg beralamat 554 Regency Road,Broadview ..(Dimintak sume org blacklist rumah ni, jgn dekat, ade jin itam janggut pjg sembunyi dlm tuh).

Tapi sebelum itu, kami pada aslnye tdk pon merancang utk berpindah keluar..sbb bg kami, or mybe aku rumah ni dah cukup mantap dah..nak kate besa, xbesa..nak kate cantik, jauh skali..xtau r sbb pe tp dok rumah tu mmg dah orait dah pon..jd dlm erti kate lain kami plan utk stay kat umah tu and sambung kontrak selame mane yg boleh..

Tetapi, ade satu jin juga yg tinggal kat blakang umah kami nih.kat lot yg same,tp bangunan yg berasingan..mcm granny flat (flat nenek)..jin ni tinggal berseorangan. Pada mulanya ketika kami br mula berpindah ke situ, segalanya kelihatan berjalan lancar..xde perselisihan faham pon dgn die..kami stuju dan bertolak ansur utk bnde2 yg melibatkan dua2 pihak, kami-manusia dan dia-jin. cthnye: giliran membawa tong sampah keluar, memotong rumput, membersihkan laman, menyiram rumput dan seangkatan dgnnye. Dia ni jgk bekerja shift (xtau eja btol ke x).. jd slalu susah nk nmpk muke die kat umah..skali skala je selisih time die balik/pergi keje.

Dan, segalanya bermula pada suatu hari. Di mana jin ini telah jatuh sakit dan tidak mampu pergi ke kerja. beliau seorang diri terkontang di dlm flat neneknye seorg diri...

beliau mule menjadi seorg yg senang emo...

dan beliau mula menjadi bossy, mengarahkan kami itu dan ini dimana adalah diluar tanggungjawab kami..

sbg contoh, beliau memanggil encik apipi utk menolong beliau mengupas kulit epal utk beliau membuat jus.. dan pada ketika itu juga encik apipi ini agak busy dan tidak dpt meluangkan mase yg byk utk mengupas kulit epal ini..

maka beliau pon meminta izin utk beredar..

dan jin ini seraya berkata dlm bahasa jin "nnt kalo ade mase lg bole la dtg lg tlg saye ye"

pstu encik apipi pon balik la ke kamar beliau...keesokan harinye beliau dgn nada yg marah menyeru kami utk ke flat nenek beliau..kami pon agak terpinga2 disitu, ape kehe nye mamat sorg nih?

pstu beliau dgn nada marah berkata," u know what this guy did to me yesterday?" sambil memandang dgn jelingan manja kearah encik apipi..

kami pon tnye "gapo dio?"

die ckp lg " yesterday, i was left alone for 6 hours, on my bad, shiveringgggg, bla3x (xigt die ckp pe lg)"

die pon meneruskan syarahan nye sambil memuji2 tindakan encik apipi meninggalkan die keseorangan selame 6 jam atau lebih itu..

encik apipi tersenyum tersipu2 malu sbg reaksi kpd jelingan manja si jin ini..aummm

aku pon yg menyaksikan kejadian itu pon berbincang dgn kawe2 yg lain, 1st of all die ckp kt apipi nih utk dtg kemudian bebile, die xsuruh dtg balik hari tu jgk..mne la si apipi ni nk tau die tgh terkontang sambil terketaq mlm tuh..

pstu die nk marah2 encik apipi ni,eh manja2 dgn encik apipi plak..ape kes?

apipi dah tlg tu kira baik dah...org bg tulang ayam, die nak ayam sekor..lwn tokey nmpk..

pstu die salahkan encik apipi ni, die ckp, mcm ni ke sifat manusia..tinggalkan org tua yg kelemahan sorg diri selama 6 jam atau lebih..

tp walhal mlm tu, die xde pon nak call encik apipi ni bgtau die nak brmanja dgn beliau mlm tuh jgk..ni esok harinye br nk habaq.

-ni korg pikir dulu r sape salah sape btol eden xkesah sbb xterlibat secare langsung-

Maka, bermula dari sini lah hubungan percintaan antara kami yg terbina selama ini retak, pecah dan goyah..

Jadi, dari situlah muncul pelbagai masalah, dan kesongelan berliau semakin memuncak..

Juga,Antara big events yg membawa kpd pembubaran piagam penyambungan kontrak di rumah Regency:

1) House Warming di awal thn

sudah menjadi adat resam serta tradisi rakyat2 malaysia di adelaide utk menjalankan proses pemanasan rumah apabila berpindah kerumah baru.

maka kami sebagai sebhgn dari komuniti ini, pon berbuat demikian utk membuktikan status kami disamping berkenal-kenalan dan mengenalkan org2/sahabat2 dgn rumah kami yg serba macho pada ketika itu..

proses pemanasan ini berlangsung pada waktu mlm...

aku, dimana baharu sahaja tiba di negeri pesta-Adelaide ini pada pagi itu pon dlm keadaan terpinga-pinga pon hanye melayan shj ape yg berlaku...bberape hari lps tu br tau nme proses yg sedang berlaku itu adalah house warming..

Dan kembali kepada proses dimlm itu, proses berlangsung dgn meriah dan begitu ramai muka2 baru yg tidak pernah dilihat sblm itu (knpem r ramai sbb baru je smpi pagi tuh) berada utk turut memanaskan rumah kami ini..selang beberape jam berlangsung,make semakin ramai lah yg berada dirumah kami pada ketika itu

mereka-mereka ini yg sudah menelan dan menelantakkan makanan2 didlm rumah kami ketika itu pon, bknnye tau nk balik cpt2, tapi berlonggok2 diluar rumah, kat dpn, utk memberi ruang kpd org2 yg baru smpi..
Bak kate ahli biologi, proses osmosis berlaku..ramai org2 yg terserap utk dtg kerumah kami, ttp hanye segelintir shj yg reti nak balik cpt2 time tuh..jadi Net flow adalah kearah dlm,yakni kerumah kami...

rse mcm melihat suasane parti hari raya dimalaysia, nmpk ramai org2 melayu, dan bangse2 lain bersosial...but, thats not a prob ..at least not to us..

Until, bila ttiba kelihatan satu jin bergerak masuk kehalaman rumah kami dgn muka termarah lebar..pada mlm tu beliau tidak mengatakan ape2 sbb mungkin cuak kot, ramai sgt..

time tu aku xtau lg sape mamat ni, rupenye penghuni di flat nenek blakang umah kami,aka tuan punye tanah dan rumah...

then, keesokan harinye( rsenye la, xpon bberape hari selepas proses pemanasan rumah berlaku mlm tuh), si jin ini mari kerumah kami..

aku sbg org yg masih asing lagi terhadap beliau, hanye mampu beliau..berikut adalah dialog cinta antara beliau dan sep sip sup yg telah diubahsuai kerana kegagalan memori aku utk berfungsi dgn baik :

jin: what was last night all about?

sep sip sup (sss) ; kami hanye wat get together je mlm tuh..nothing more..

jin: hang gila ka? xkan r get together ramai mcm tuh..bg gua la, dlm 5- 10 org tu kira orait lg la

sss: la, tu bnde biase je bg kami melayu, hang tu india pe tau

jin; ah aku pe kesah, aku india ko melayu, yg penting aku tuan punye jd ko kene ikut ckp aku. mungkin korg xjelas lg kot ttg bnde ni jd aku bole maafkan lagi wat kali nih, aku xbenarkan sebarang majlis yg melibatkan bilangan hidupan yg byk...kalo stakat bwh 10 tu orait la jgk, tu pon kire byk dah..

sss: hang biaq btui? kalo pe yg lu risau adalah possible dmg terhadap rumah tercinta yg boleh disebabkan oleh tetamu2 ini, jgn bimbang, kami akan tanggung...

jin: ahhh, aku xkesah..aku xbg mksdnye aku xbagi...hang nak wat party hang g wat tmpt len..

Dan seterusnye...bla3x..

make perbualan cinta mereka berakhir dimana kedua2 pihak tidak berpuas hati...
Tp time tuh masih ok lg, cume kami agak tidak sng hati la, sbb nak ajak org ramai sikit je pon dah xleh..xde freedom r cmtu..

2) Sambutan hari raya

Lebih kurang sama perkara berlaku seperti di (1), dimana kami telah mengundang ramai org utk dtg kerumah kami..tp ni selepas event (1) berlaku, yakni time raya..

yela, mybe korg ckp, ni salah kitorg sbb die dah warning dah awl2..

laa mmg la, tp kami nk jgk ajak org datang..raye kot bai, raya..pe slhnye, tp die non-muslim kot, jd die xphm perkara ni..wpon kami dah ckp and bg jaminan dah kat die, kami akan be responsible for any damage causes by the guests..

tp die ttp xnk bg jgk, dah dasar degil tu xleh wat pape la

kite sebagai student, tambahan pula tinggal dirumah sewa, di oversea, nak jgk ade kebebasan..
kami bknnye macam OZ, wat party minum2 arak pstu rosak sane rosak sini, kami berakhlak..ish2..susah tol jin ni nk phm..

The end kpd, sbb bermulanya hubungan antara kami yg goyah yg membawa kpd peristiwa di tribunal

Note: Dah letih dah tulis pepanjang nih, so later on, akan tulis ttg di tribunal lak..
antara perkara akan dtg, peristiwa di tribunal - episode 1, dan episode 2..
sbb kitorg dah buat 2 kali hearing dah

stay tune :D

Monday 26 April 2010

Kenapa bila dah tau buat juga?

Salam,

Just nak meluahkan perasaan sikit ttg few masalah yg common and berlaku dikalangan umat Islam secara umumnya.

Penutupan aurat

Lelaki:

ramai org tau, aurat lelaki dr lutut ke pusat. Tp walau ramai yg tau, tp knape dorg masih pakai seluar pendek? Sebagai cth mcm ketika bermain bola, mmg boleh dilihat la org2 yg pki seluar pendek ni..pstu bile di tnye, dorg jwb dah terbiase dah dr kecik, lg senang la nak main xganggu pergerakan, dah org lain pki cmtu, dll..knape mcm tu lak?
Tidakkah mereka tau bhw menutup aurat itu wajib dan melanggar perkara yg wajib adalah berdosa?
Pastu ade sesetengah pihak yg mmg dah aware ttg bnde ni.bagus
jd mcm bile kuar g memane, dorg tutup aurat dorg..pki seluar pjg ke pape je asalkan tutup aurat.
TAPI, bila kat rumah, dorg pakai seluar pendek..especially time tido
xpon bile jumpe mmbr2 laki ke, dorg menonjolkan aurat mereka..
ADAKAh mereka igt aurat tu hnye utk berlainan jantina?
TIDAK!
aurat lelaki dengan lelaki jua adalah sama dengan lelaki dengan perempuan.
Which from pusat ke kepala lutut
mungkin ramai lelaki yg xtau bnde ni, jd so kalo skrg dah tau jd boleh la tukar habit tuh and tutuplah aurat.
atau mungkin, die mmg dah tau dah, tp sbb org len xtutup, die pon ikut je..ni la masalahnye, pak turut..org wat dosa, die pon turut ikut.
atau mungkin die dah tau, tp die malas nak ikut..haa! golongan ni la yg paling susah..

"sesungguhnya, antara orang yang paling zalim adalah apabila mereka diberikan hidayah oleh Allah maka mereka memalingkan muka mereka darinya (hidayah itu) "

Perempuan:

Bila time kecik2 muda2 dulu, aku tgk kat skola sume pki tudung..comel molek
nmpk berseri2 je muka, ayu..
tp bile dah abes zaman persekolah, maka nmpk r belang2 sesetengah dari mereka ini.
mula la, dorg bukak tu, bukak ni, tebuk sane tebuk sini, koyak sane koyak sini.
yg dah elok2 nye time dulu pki tudung then skrg dah xpki tudung..
Adakah sebab engkau memakai tudung ketika disekolah dahulu hanyalah sbb peraturan menetapkan begitu?sbb org2 len pki?sbb xnk cikgu marah?
tidakkah engkau belajar agama bhw rambut itu adalah aurat?
tidakkah engkau tahu walau jika ternmpk sehelai rambut, dosanya adalah seperti dosa engkau berbogel?apatah lagi keseluruhan rambut? *(mintak check ketepatan perkara ini)*

pstu yg ttg rambut tu satu kes, tp bile dah bukak tudung tu, msti rse mcm rimas je kan? rse nak bukak lebih lg kan? maka boleh la nmpk sane sini lubang, makin singkat makin ketat pakaian tu, nmpk lengkung2 disane sini?apakah engkau mahukan dilihat oleh org lain?menarik perhatian lelaki2 lain?
tidakkah engkau tau berdosalah engkau apabila org yg memandang engkau punye aurat? org yg tgk aurat tu pon dosa jgk.
Byk lg la masalah2 ummat yg kite leh tgk skrg ni..makin lame makin teruk..
Tp kite sbg org2 yg paham akan perkara ini, wpon siapalah kita, kite bkn ustaz, para bijak2 pandai, pemimpin, perlulah at least merasa sesuatu ape melihat kemungkaran ini berlaku..
Rase tanggungjawab itu wajib ade..
Selemah-lemah iman itu adalah dgn menegur menggunakan hati...at least rse la dlm hati tu kan..
Kalau nak tunggu kite perfect, jd ustaz, jd ketua br kite nak perbaiki bende ni alamatnye mmg sampai bile2 la masalah ni berlarutan, bahkan menjd lebih teruk lg..
wpon kite sbg org bwhan, adalah menjadi tanggungjawab kite utk menegur ketua kita apabila mereka salah.apatah lg sahabat2 kita, keluarga kita, diri kita.

Wallahualam,

Sesungguhnya ilmu Allah itu maha luas

Salam,

Syukur kpd Allah krn masih memberikan kita nyawa, masih mampu menyedut udara nya, tambahan lagi secara percuma,xyah byr sesen pon..

Syukur kpd Allah krn diberikan nikmat Islam, bkn semua org bertuah spt kita..
ada mereka yg masih tercari2 kebenaran, dimana kita telah pon ditunjukkan kebenaran, cuma ape yg tinggal, utk mengikutinya atau tidak.

Semalam aku disuruh utk bg tazkirah pendek time usrah kat masjid khalil
so kat sini just wanna share some of my tazkirah yg sgt2 la pendek..

Hadis empat: Peringkat kejadian Manusia. (refer buku Asas-asas Islam, modul pembangunan insan, by ISMA)

mls nk tulis hadis die kat sini, wpon xpjg sgt..

1)bermula apabila sperm bertemu dgn ovum,
kemudian.3 proses perkembangan berlaku: 40 hari yg pertama, dlm bentuk air mani. next 40 hari, dlm bentuk darah and the next 40 days dlm bentuk sepotong daging. Lebih kurang dlm 120 hari disini, maka malaikat akan meniupkan roh kedlm janin tersebut.

dimana perkara ini telah pon dibuktikan oleh teknologi sains , dimana dlm lebih kurang 4 bulan maka jantung bayi dlm kandungan akan mula berdenyut dan kebiasaannya ibu akan mampu merasakan pergerakan bayi itu.

a)terjemahan: "maka demi Allah yang tiada tuhan selainNya, sesungguhnya seseorang kamu mmg beramal dgn amalan ahli syurga kecuali sehasta, lalu takdir yang telah ditulis mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu dia memasuki neraka"

b)juga: "Sesungguhnya seseorang kamu memang beramal dengan amalan ahli neraka,sehingga tidak tinggal antaranya dengan neraka kecuali sehasta, lalu takdir yg telah ditulis mendahuluinya,lantas dia beramal dgn amalan ahli syurga, lalu dia memasuki syurga"

..riwayat al-Bukhari dan Muslim

utk bhgn (a) ni, kite amik contoh Ahmad. Ahmad ini seorang anak yang soleh, tidak pernah meninggalkan amalan2 fardhu malah ditambah jua dgn amalan2 sunat. semua org menyayangi dia, pandang tinggi padanya.. Maka pada suatu ketika Ahmad sengaja atau tidak telah melakukan dosa, tidak kisahlah besar atau tidak. Mungkin pada ketika itu tilah ditakdirkan die hanya tinggal sehasta lg utk memasuki syurga Allah (Subhanallah), maka dgn akibat krn satu dosa yg telah dilakukan olehnya pada suatu ketika itu, maka Allah mencampakkannya kedlm api neraka.

begitu juga senarionya utk bhgn (b), sbg contoh, mamat ni telah terlampau byk melakukan kekufuran, kemaksiatan ,kejahatan , dan pelbagai2 lg dosa2 yg amat dasyhat sekali azab yg telah disediakan Allah menunggunya di akhirat kelak. Dan sekali ade suatu ketika terdetik didlm hatinya utk melakukan satu kebaikan, wpon cuma mengalihkan dahan pokok dari sebuah jln. Dan juga telah ditakdirkan Allah bhw hanya tinggal sehasta lg jarak antara mamat ini dgn neraka(nauzubillah minzalik), maka dgn takdir dgn satu kebaikan yg dilakukan olehnya, maka Allah pon meletakkannya kedalam syurga sbg ganjaran amalannya itu.

Ape yg nk disampai kan disini adalah, sesungguh ilmu Allah itu amatlah luasnya dan tiada penghujung. dan walau digunakan seluruh air dilautan sbg dakwat utk menulis ilmu itu jua tidak cukup, dan maka ditambahkan lagi sekali ganda air lautan itu, even tidak cukup utk menulis ilmu Allah itu.
kita sbg hambaNya, wpon sebyk mana ilmu pon yg kita ada.wpon sebyk mane pon amalan yg telah kita lakukan..sebesar mana pon.. selama mana pon, tp jgn kita igt bhw sesungguhnya semua itu telahpon cukup
jgn kita igt,"aku dah asyik beribadat je, skali skala wat maksiat xpe kot.JANGAN!..sesungguhnya Allah mengetahui apa yg tidak kita ketahui. Mungkin disaat kita melakukan kemungkaran itu/dosa itu/maksiat itu, dicabutnya nyawa kita dan ditakdirkan Allah bhw timbangan amalan dosa kita adalah lebih berat dari amalan baik kita, maka masuklah kita dikalangan org2 yg rugi.
xpon wpon kita tidak dicabut nyawa, dan kita kemudiannya melakukan amal kebaikan, dan hanya tinggal selangkah lagi utk kita masuk syurga,namun disbbkan hanya satu kemungkaran kecil itu, maka Allah campakkan kita kedlm api nerakaNya. Siapa tahu?

"...and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know." [2:216]

ada skali tu, junior ckp dgn aku, dia ckp "aku kat time kat malaysia dulu, igtkan sume org yg g oversea ni pandai2...skali bila dah smpi sini (australia), skali markah2 dorg ramai yg sederhana je..xsederhana, teruk..nak tgk yg power2 tu susah..fail tu la, fail ni la..."

Aku pon dlm hati nak je ckp, ko meh buat dulu exam tu br ko tau pe yg berlaku..Tp kalo ko dpt sume HD (high distinctive , bkn high-definition ye), br la atleast ko bole ckp bnde tu..buat lu br tau, meh cube....tp aku xckp la, mls nk buat gambaran buruk ttg aku.

mungkin ade seniors tu, die mmg pandai..tp time exam dah Allah xnak bagi dia sihat,Allah nak uji dia..terkena demam panas kaw2 ke, kaki patah ke, otak berair ke, kencing manis ke...siapa tahu?sume hanya Allah yg tau..
So jgn la kita anggap buruk kat org lain,

Semoga atleast post aku ni dpt la menolong sesiapa yg membacanya mendapat sesuatu utk diri mereka.

Wassalam

Wednesday 21 April 2010

sebelum dan selepas Kembali ke sekolah

Salam,

selepas 2 minggu cuti, rse mcm dah mls dah nk g skola

bia cuti smpi bile2 pon..haha

tp kalo cuti smpi bile2, maka berkarat la otak ni yg dah mmg uzur dan xberkualiti

So, skrg dah 3 hari pembukaan skola selepas 2 minggu cuti.. 1st thing yg berlaku pada waktu pagi:

aduhai malasnye nak mandi!..sbb time cuti kalo xde nk g memane pagi tu biasenye aku akan

mandi tgh ari x pon xmndi lgsg..haha..sbb sejuk (bole jd alasan)..kalo nk wat alasan sejuk kat Msia mmg xdapek r..

kedua, assignment pe cite? huhu cuti tu dah abes panjang dah..tp sepanjang2 cuti xusik walau satu pon esemen ini..maka bile sehari dua nak bukak skola yg lps make berpulun-palan lah membuat esemen dgn ape cara jua pon, xkesah la copy ke, wat sndrik ke(mcm xberlaku la plak)..mula la call sane call sini tnye tu tnye nih, pening2 pstu tension pstu emo..
pstu emo kalo sorg2 xpe, then org len pon terkene tempias ke-emo-an ini..

Jadi BEWARE, kalo eden senyap je and mcm xsenyum tuh jgn la tnye soklan yg pandai2 atau pon wat lwk2 pandai , kalo wat jgk hambek la hang kene maki..haha

ok selesai hal skola..

kite g ke aktiviti wktu petang , yakni riadah.

ni la time yg best skali, bole lps tension..kalo men bola tuh, bola sepak bola kuat2, xdpt bola, kaki2 org pon orait gak..

kalo main bola bakul aka basketball, seronok bole lompat2..kan bgs kalo lompat tinggi, maka boleh la mempoyo sedikit dgn melakukan 'celup kedlm gelang' spt yg slalu dilakukan oleh pemain2 NBA.

Pstu kite g ke Robe Terrace lak (kaw. pdg yg besa dan mempunyai kemudahan2 utk riadah)..

kebelakangan ni nampak la muke2 yg sblm ni mmg xpnh nmpk turun ke pdg nih..maka aku pon pelik, ape kejadah dorg ni dtg ke sini..ade pesta ape2 ke? dorg dah r ppuan xkan main rugbi kot..?

aik pelik..pstu aku pon pergi lebih jauh kedlm hal ini dgn memasuki lebih jauh ketgh pdg, ape yg dorg tgh baling2 tuh..

Mak Aih...! dorg baling pinggan ke???

tp slow la plak pinggan2 tu terbang...bole men tangkap2 lg lak tuh...

Owh teringat lak kat KBU dulu time persediaan org2 asing kat situ slalu main natang nih..

pe tah nme die?ha!..Frisbee...

sape la punye keje lak ni menyebarkan budaya membaling pinggan didlm jiwa rakyat2 malaysia disini? jwpnnye: capik..

en. capik ni lah yg menghasut gadis2 dan bkn gadis utk bermain baling pinggan di padang itu..

pstu aku pon tgk mcm mnarik la plak bnde baling2 nih, tp NO..aku laki sejati mne leh main bnde2 crap mcm ni..hahaha

pstu aku pon sambung main bola..

pstu hari kemudiannye nmpk lg dorg bermain, kali ni ttiba ramai plak bkn gadis yg bermain..eh?gadis kurang, yg lain tambah...

maka aku pon menyimpulkan bhw permainan ini adalah dwi-seks bhw kedua2 jantina selain khunsa adalah tidak diharamkan dr bermain baling pinggan ini..

hohoho, maka aku pon membuat planning utk menyertai mereka2 yg pelik ini...

Tp pada hari ketiga mereka bermain, ade la plak klas and assignment..

klas tu no hal, sbb aku mmg ponteng pon hari tuh..yg tinggal assignment..

malang skali, nak kene anta assignment tu keesokan harinya dimana aku br mula membuatnya pada siang hari yg same..maka kerane kecuakan ketidaksempatan penyiapan esemen itu maka hajat utk membaling pinggan terpakse disekat, demi kesejahteraan group Design Practice aku..
ah kecewa...

dah la aku mendapat jemputan dari gadis yg agak xgadis..

melepas eden..

ape kan daya, msti ade hikmah...seb baik mlm tu berjaya disiapkan esemen itu dgn 95% isi kandungan esemen itu adalah salinan dr past year yg diturunkan dr generasi ke generasi..
just tangkap muat je kedlm komputer..muahaha

abes kalo kantoi plagiarism mmg terbaik r, satu group aku trima padah..

xpe2 sape suruh xtlg aku wat, kalo kene bia bersame..haha

ok sok xde esemen nk dihantar, maka malam ni bole la enjoy..weeee

wassalam

Sunday 18 April 2010

adakah kau lupa?

Salam

igt lg x time JML?
dimana kite sume bersusah2, sng2,suka2, dll bersama2..
tp ape yg penting jgn tgk pada semua itu..

lihatlah pada pengisiannya...

jgn lah lupa ape yg kita dpt ketika JML itu..

wpon dah seminggu berlalu, ttp kehangatan itu masih ade dan jgnlah kita hanya membiarkan kehangatan itu hilang begitu saje.


semoga suatu kite akan tergolong dikalangan org2 yg berjaya menegakkan ISLAM kembali di mata dunia..

sbg tontonan: Adakah kau lupa



Youtube version:
http://www.youtube.com/watch?v=uqfyzXCMbEM
bile tgk video ni, rse syahdu je..bagaimana umat Islam suatu ketika dahulu disegani

digeruni sbg lawan

disayangi sbg kawan..

maka selalulah muhasabah diri

Wassalam

Wednesday 14 April 2010

Jom makan oat n wheat bix!

Salam,

smlm ade mmbr ckp mmbr die jarang mkn nasi
mcm best la plak, pastu aku tnye lg..abes tu die mkn ape?xkan makan sayur kot?
pstu die jwb, x ah, die mkn oat..OAT???ape tu? (tipu je)

Utk sesape yg buta makanan meh aku explain sikit kat sini.
Oat tu geng ala2 gandum
baik utk mengurangkan kolestrol dlm darah sbb die suke sedut kolestrol..so indirectly baik utk jantung
kalo kat Msia jenama yg feymes adalah Quaker Oat...aku suke mkn oat nih dgn milo...
wat milo panas pstu bubuh oat smpi milo tu tepu kaw2 liao..br umphh sdp dimakan..

Tp masalahnye kat sini oat2 die jenis lain,mybe sbb lidah org oz ni pelik xmcm msia jd oat die pon dibuat ikut citarasa dorg...
down gile aku...
jd kalo nk mkn mcm dulu,oat n milo kne la g merayau kat Asian Groceries utk mencari oat import dr Msia..which is Quaker Oat..
Tp dah kate import, jd hargenye pon beraban mahal..
jd xleh bli slalu...

pstu tup tap tup tap hari dpt tips dr pakar pemakanan dan keluarga, mcm mane utk mengatasi mslh ni

die kate: masak lah oat tu.

WHAT!!?? oat bole dimasak..
wahhh,hebat!...

pstu die kate lg: masak dlm kuali, Xyah bubuh minyak
mula2, masuk oat,bukak api,simbah susu(lembu,skim,full) utk memandikan oat2 itu..
kalo nk bg rse lemak, campakkan garam
kalo nk bg manis, terbangkan jem2 kepejadah cth: jem strawberry ke, anggur ke, kaya ke, cokolat ke, pape la yg korg nak...
kaco kaco kaco selame 5 minit,
pup jd la oat crunch ( ikut nada mcm dlm iklan coco crunch kat tv mesia) !!

oat itu juga boleh la digantikan dgn wheat bix..

Note:

Resepi diatas boleh diubahsuai utk dimakan dgn lauk2 pauk spt yg dijual di mangkuk hayun berisi satay.

resepinye berbunyi begini..

kite tabur je sume bhn2 berikut skali gus..

lunch/dinner: oat+air+garam...mak aih simple nye mcm tipu je?tp sbb tips ini diberikan oleh pakar maka 'aku mempercayainya'..(bak kate selemun ketika menyanyi sblm mula berlakon)

and utk brekky: anda bole menggunakan wheat bix dimana pakar mengatakan ianya lebih seswai? wallahualam

carenye same, campakkan bhn2 yg sudah dihiris berikut sekali gus kedlm periuk..

Wheat bix+susu+air sikit2(pndi2 r bajet xnk bg byk air,kang kembong prot)+perisa n pewarna yg dibenarkan..

Pakar juga hampir2 menyaman saya sbb hampir2 menyebarkan ajaran sesat..

beliau seraya berkata: periuk la bkn kuali!!

apekah? bkn dorg same je ke? hati ku berkata

make beliau pon mengexplain pdku berbezaannye..

bla bla bla...

owh gitu rupenye...

so pe yg diperkatakan oleh pakar?

kpd mangkuk2 yg xtau bezanya(aku dah bebas dr golongan ini), bezanye berbunnyi begini..

periuk tu besaq sikit, utk mcm rebus2

kalo kualiq tu die pendek2 tp gemuq, aka keluasan tpknye lebih mantap..

so kalo utk resepi ini, periuk lebih seswai digunakn..

So pembetulan kpd resepi diatas, jgnlah menggunakan mangkuk mahupun kuali, gunekan periuk..

taa daa, maka siap la mknan kite utk hari ini

igt2 kan, dan selamat beramal~~

Tuesday 13 April 2010

Warman progress

Salam,

Hari ni masih cuti jd spend mase utk menyiapkan project warman nih..
Just some simple info about warman project:
final project utk sem 1 lvl2, ..period for completion: 1sem
4 people in a group
inventing device to fulfill the task
task kali adalah utk mencipta dua devices, A and B.
A akan angkut load dah dihantar ke B.
B akan menerima Load dan menghantar ke sasaran

Agak menarik jgk project ni.. Hari ini menunjukkan progress yg amat memberansangkan bila nmpk prototype berjaya dihasilkan..sblm ni just discussion and then g bli brg, and borak2..

hari ni br ade potong2 kayu, drill sane sini, cabut sane sini,ketuk2, and mungkin sedikit programming utk pergerakan device B nih...
(perlukan bantuan dari Saif utk settlekan prob nih)

jom kite sambung ye~~

Monday 12 April 2010

aku dan Dia

Salam,

Sedang aku sebok dgn kehidupan seharian aku, xkesah la samada buat esemen ke (amat jarang skali), surfing ternet, golek2 atas katil, men game, beriadah di luar dll,

seringkali aku merasekan kosongnye hidup ini..

adakah kehidupan ini begitu kosong nilainye, xbermakna, pabila bangun dr tido di siang hari, mkn, n tido semula di mlm hari? adakah itu sj mkne kehidupan ini pada aku?

memanglah sume hiburan2 didunia ini mampu sedikit sebyk memberi pengisian di dlm diri ttp mengapa aku masih trus merasekan sepinya kehidupan aku..

seringkali sedang aku menonton anime aku , minda aku spt terkapai2 n melayang nun jauh disane...mata umpama melihat anime,ttp aku tidak boleh fokus...aku rse kosong skali..

adekah aku diciptakan ke dunia ini hnyelah utk mengisi masaku dgn perkara2 sebegini?

siapakah aku pada mata kwn2ku?siapakah aku pada pandangan keluargaku?siapakah aku pada pandangan org2 disekelilingku?

Adakah aku sekadar kenalan yg tidak lebih dr teman berbual dan bermain dikala mereka busan?

dan yg paling penting skali siapakah aku di hadapan Maha Pencipta yakni tuhan sekalian alam?

layakkah aku masuk ke syurgaMu ya Allah? berikanlah aku kekuatan utk terus mempunyai kesedaran ini utk ttp pada jlnMu yg lurus dan semoga Kau berikanku petunjuk dikala aku menyimpang dari jlnMu..

Ameen~

wassalam

Interview pendek dgn pemain star dr Adelaide yg bernombor 5

Aku: Aku dgr cite ko mcm xmain sgt je time melb cup?

No 5: agak r

Aku: pesal?

No 5: panjang citernye...

Aku: pendekkan la bro..

No 5: kk no hal...gini citernye...sbnrnye aku injured lg nih, kecederaan sejak hampir sebulan lebih yg lalu..jd kalo bole aku nk kurangkan beban kat kaki aku nih..kang lg parah la plak ssh gak

Aku: xkan sbb tu je bro?hampagas tol ko

No 5: ush de lg,sbr beb..Aku saje je bg players lain masuk lu bajek2 nk conserve energy tkt ttiba main nnt kang ttiba menggelupor lak tgh pdg..asaknye gitu, skali tgk pemain2 di dlm pdg mcm orait je kan, jd bia r dorg main..wpon team Adelaide control nearly the whole game, tp nk wat gane, xdapek den nk tlg time gol dibolosi lwn..sbb dok luar pdg jo kojo..

Lastly aku bkn pe, cume bile tgk kat bdk2 br smpai thn ni rse kesian la plak kan..jd bg la dorg masuk pdg tok tunjukkan bakat mereka yg ade x de je tuh..

Aku: orait, rse2 nye sebab2 tu dah cukup munasabah dah utk pemain star seperti ko mengelakkan dr dipotong gaji,,k sekian..kite gerak ke k-mart la plak lps nih..

No 5: no hal, k-mart pon k-mart la...bole beli sweater, dah r sejuk je time nih..aku ttinggal lak sweater kat umah..klam-kabut keja flight td..

sekian shj interbiu dr Aku.

Roadtrip to Melb and Melb Cup 2010, satu kesilapan?

Salam,

9 April 2009, lepas solat Jumaat kitorg bertolak dgn 2 kereta 8-seaters dr uni Adelaide menuju ke melb. Aku naik dgn keta yg consist of juniors, aku sorg je senior dlm keta tu. Disitu bermula la perjalanan kitorg..

Mula2 Afiq yg bwk keta tu and Ihsan act as his co. Pstu dorg akan tuka2 la dimana yg patut.
Ape yg bestnye sepanjang perjalanan kitorg tu cuace mendung je xpanas,matahari xkuar, jd sronok je naik keta nih.

Ade satu time nih dimana keta lg satu Im yg bwk, keta kitorg Afiq yg bwk..pstu bile Im speed je Afiq akan follow (mybe cuak kene tinggal kot).. Time tu jgk jln ade 1 lane je,satu kearah ke melb lg satu ke Adelaide, side by side..pstu tgh sronok drebar2 ini menyepeed di jln yg aman ni ttiba nmpk kelipan lampu biru-merah dr satu keta arah bertentangan..

Jeng Jen Jen! Dgr r suara2 berkata, POLIS DOWH POLIS!..
otometik je dua2 keta menjadi baik dan mengikut speed limit yg telah ditetapkan oleh kerajaan.
tp itu sudah terlambat kot,lmpu keta polis dah nyale dah,xgune jd baik,kalo aku baik aku pecut je mcm dlm game Need for Speed. Menjadi persoalannye disini sape yg bakal ditahan polis nih??
keta Im ke keta Afiq or dua2? sume cuak je time tu,tggu je keta polis tu tuka lane kitorg..

Pstu keta polis tu pon menghampiri kereta2 kami yg membawa dgn speed yg ditetapkan kerajaan..seb baik aku naik keta dgn juniors( kitorg keta blakang), polis pon menghampiri keta didepan dan keta dorg pon berenti... slow slow keta kitorg gerak melepasi polis dan keta dihadapan dan kami pon tgh membuat persiapan utk bersorak..bile agak2 line clear je,'HooRAY!'

Kami slamat dr kene saman..hoho lega...seb baik sluar xbasah lg..

Dari situ kitorg lead the way smpi la ke stesen minyak terdekat (50km dihadapan) and kami pon berhenti disitu menunggu ketibaan keta saman,opps, keta lg satu..

Tup tap Tup tap dipendekkan cite, kitorg smpi kat McD halal di Melb..(boikot McD la wei)..pstu aku order kat kaunter..bang, Big Mac kurang manis satu! bg pakej dgn air kak Ya and kentang pjg2..pergh,kenyang jgk ...pstu susun2 keta,aku nek dgn keta saman (9 org dlm keta) tuk tido kat umah mmbr Donk..umah 3 tingkat beb,yg aku jelesnye kat sini,umah die ade tv lcd besa mau 40 inch aku rse and ade x-box 360..mau je cilok natang nih bawak blk Adelaide,seb baik iman masih kuat lg...

Time tu tiba kol agak2 kol 2 kot, pstu tido dlm kol 3...
sok pagi bgn dkt kol 7, pstu siap2,kol 8 pon bertolak ke pdg yg jaraknye sejam perjalanan dr tmpt tido kami...pergh pandai gak organizer thn ni pilih location,celah ceruk mne tah die pilih



Ramai org expect team Adelaide akan menang lg thn ni sbb kitorg ni defending champion (2009) utk UMNO Cup.

berbekalkan tido yg sgt cukup, sarapan yg mengenyangkan,latihan yg lengkap,serta ilmu didada,kami pon tiba di pdg perlawanan. game yg kedua,turn adelaide.
Miu score dulu melalui penalty, selepas dikasi, eh dikasari oleh pihak lwn selepas shopping byk sgt smpai dorg jeles..

Pstu selang bbrape minit je dorg pon dpt penalty,dorg score gak..wpon team dorg dikatakan berlatih tiap2 hari dgn serius (kabarnye feveret) vs kami yg berlatih bersungguh2 didepan laptop memasing, tp dorg hnye mmpu seri dgn kami..

begitu la perkara yg sama berlaku dlm game kedua, seri lg..wpon dua2 game kami yg pegang bola..bak kate org, 99-1 kalo ikut %.tp pe nak wat, dah Allah xbg mng,xde luck..memasing dpn gol bukan nak score,tp clear ball mcm dah jd defender la plak. mybe sbb kitorang training byk sgt kot sblm g melb cup nih, tu yg sepak memasing accurate sgt nih.

3rd game, Am sbg striker score goal yg disangka..kami lead 1 kosong..dah happy dah, memasing kate, ni leh mkn ni kacang je..pstu tup tup tup tap, dorg pon dpt penalty (pandai tol kepten no 6 ni dan kuncu2 nye berlakon terjun (diving)).. Dorg ni selame ni training berlatih diving je ke?memasing expert je bak menjerit2 n wat2 tergolek..
hati panas je tgk, bkn nak kate pe..member same member langgar,ttiba die yg tergolek pstu guling2 atas kapet wat2 mcm sakit..pe kejadahnye?

Pengadil ni pon satu, dua2 padang same je..caye sgt lakonan terjun dorg.. dah r mls nk lari keja bola, die dok tiup wisel kate foul sedangkan die dok kat goal seblah lg satu..aik?power tol mata leh nmpk?

Pstu game ketiga kalah 2-1. tinggal game last lwn brisbane (queensland)..hati mls dah main..
tp ttiba lak time ni memasing main lawa,pass2 cross back pass dll ..mentang2 xde pressure dah, kalah or mng ttp out jgk..

Ape yg team Adelaide dpt time Melb Cup?
4 kad kuning
pengajaran utk berlatih terjun
kalah lwn team paling lemah skali dlm group A
makan McD
jgn g K-Mart jika blom abes sume game

Sekian saya melaporkan sbg pemerhati dr luar pdg