Mari ikut blog ini

Tuesday 21 December 2010

Sakit jantung? oh tidak!


16 haribulan 12/10 Muharam (Hari Asyura)

5 am : Bangun subuh. Lepas solat sambung tidur sebab rasa mengantuk.

10 am: Terjaga dari tidur. Rasa pening kepala. Kembali kembara ke alam mimpi.

10.35am: Housemates kejut bangun, katanya kena bersiap cepat, pukul 11 pagi mahu bertolak ke Goolwa untuk mencari cockles (lala) di tepi pantai. Sudah plan bersama kawan-kawan yang lain sejak beberapa hari sebelumnya. Tetapi masih lagi rasa pening, jadi tak jadi untuk pergi. Kembali ke katil.

1.50 pm: Bangun sendiri dari tidur. Housemates semua dah tiada di rumah. Rasa lebih pening dari sebelumnya. Bergegas bangun menuju ke bilik air untuk mandi. Selesai solat zohor, menuju ke rumah jiran untuk meminjam kereta. Semalam sudah merancang untuk membeli-belah di Woolworth

Setibanya di Woolworth, rasa sangat pening. Tak pernah rasa macam ni sebelum ni. Berehat sebentar di dalam kereta. Kemudian aku berfikir, ni tak boleh jadi ni. Karang lambat pulak pulang kereta orang. Gagahkan diri untuk bangun dan keluar dari kereta. Menuju ke dalam kompleks North Park. Aku menuju ke rak-rak yang di dalamnya terletak barang-barang yang ingin aku beli. Hari semalamnya sudah buat list barang untuk dibeli. Barang pertama di genggam aku. "ah, sakitnya dada. Tambah lagi sakit kepala". Aku terduduk dibalik rak bahagian biskut-biskut. Diatas lantai. Mereka-mereka yang lalu lalang disitu merenung kepadaku, mungkin pelik rasanya bagi mereka orang duduk di atas lantai. Tapi apa aku kesah, dah tak tahan.

Fikirku dalam hati, kalau aku tunggu lagi lama, mesti makin teruk sakit nih. Aku kembali bangun untuk mengambil barang-barang lain yang berada di dalam list aku. Namun hajat aku tidak kesampaian. Aku semakin tidak larat. Aku tersungkur disitu. Beberapa ketika aku mengumpul tenaga, aku lantas meluru laju ke luar Woolworth untuk menuju ke bangku. Sempat aku meletakkan semula barang yang aku ambil ke tempatnya.

Pada mulanya, aku hanya duduk sahajadi bangku itu. Namun sakit masih tidak redha. Kemudian aku merebahkan diriku di atas bangku. Aku merubah ke posisi mengiring. Sakit, sungguh sakit. Aku mengiring ke kiri dan ke kanan. Pekerja-pekerja Woolworth dan orang awam melihatku, namun tiada siapapun yang menghampiriku. Apa aku kisah, aku tak tahan dah. Dalam hati aku, hanya fikir untuk balik nak berehat di atas katil sahaja. Tidak terfikir pada ketika itu untuk pergi ke hospital.

Aku segera menelefon seorang sahabatku yang juga naqibku; Khairi. Aku memberitahunya untuk datang mengambil aku kerana aku tidak larat untuk memandu kereta. Aku juga menyuruh beliau untuk membawa seorang lagi kawan supaya boleh tolong untuk menghantar kereta jiranku. Aku meraung kecil. Tidak tahu apa lagi untuk dibuat sementara menunggu mereka tiba. Dalam beberapa minit itu, aku berulang di antara duduk dan baring. Tidak boleh duduk diam.

Saat Khairi tiba, tidak dapat aku menahan sebak didada. Aku menangis sambil dipapah oleh Khairi. Terharu kerana mereka datang untuk mengambil aku. Khairi merupakan pelajar perubatan di sini, jadi dia menanyakan keadaan aku. Aku mengatakan bahawa aku berasa sakit di dada, pening di kepala, kesukaran untuk bernafas, dan berpeluh yang luarbiasa.

Beliau menyarankan untuk menghantar aku ke hospital. Walaupun aku agak berat untuk kesana, namun aku membuat keputusan untuk bersetuju kerana takut jika sakit ini semakin teruk.Aku dimasukkan ke wad kecemasan pada pukul 3.30 petang ditemani oleh Khairi dan Mujahid. Setelah ditanyakan beberapa soalan oleh doktor dan jururawat disitu, doktor menyatakan kebimbangan sekiranya sakitku itu berpunca dari sakit jantung. Aku berasa agak risau. Sekiranya itu betul, bertambah penyakit kronik yang aku hidapi. "Ya Allah berilah aku kekuatan".

Sakitku kini sudah redha. Seorang jururawat memberikanku aspirin. Kata Khairi, aspirin boleh membantu sekiranya ada saluran darah yang tersumbat. Hajat aku untuk berpuasa sunat pada hari itu terbatal. Terlepas pahala berpuasa sunat. "Takpelah, karang sakit lagi susah". Beberapa ketika selepas itu, seorang lagi jururawat yang lain masuk ke bilik aku. Beliau menampal beberapa benda yang berbentuk segiempat dan bulat di badanku. Kalau tak silap, semuanya berjumlah 12 keping. Benda ini ada kaitan dengan ECG. Kata Khairi lagi, alat ini berfungsi untuk mengesan arus elektrik di dalam badan.

Setelah bermacam-macam soalan diajukan kepadaku dalam tempoh beberapa jam, doktor kemudiannya mengatakan bahawa aku perlu bermalam di hospital untuk rawatan lanjut. Tidak pernah dalam hidup aku bermalam di hospital. Ini pengalaman pertama aku. Aku sedikit rasa excited untuk tidur di hospital. Tambahan pula, aku akan dipindahkan ke wad baru yang baru dibuka sebulan yang lepas kata doktor.

Ingat lagi ada suatu ketika itu doktor bertanyakan aku satu soalan yang cukup mudah tapi mungkin pada masa itu aku tidak memberikan perhatian. "Do you take take any illegal drug?". Aku dengan yakinnya menjawab, " yes!." Pastu dia buat muka pelik. Eh aku salah jawab ke? pastu dia cakap lagi, " No, i mean like cocaine and .." tak sempat dia menyudahkan ayat dengan segera aku menjawab "oh that. No i don't". Kemudian doktor itu beredar. Beredar sahaja doktor itu, habis Khairi dan Mujahid ketawa habis-habisan mendengar perbualan kami itu. Aku tunduk, tersipu-sipu malu.Cis!. Takpe2, orang sakit.

Dalam pukul 7.30 petang, Khairi pergi ke Rundle Street untuk membeli kebab untuk berbuka puasa dan juga untuk aku makan kerana aku belum lagi memakan apa-apa sejak pagi. Doktor memberikan aku dua keping roti beserta keju. Setahu aku, itu sahaja makanan yang diberikan untuk pesakit di bahagian kecemasan.Aku hanya makan sedikit daripada kebab itu kerana takut jika dimarahi oleh doktor. Itupun makan curi-curi. :D

Pukul 12 malam. Beberapa orang rakan datang melawat aku. Mereka baru sahaja habis dari program ringkas iaitu makan cockles yang berjaya dikutip pada siang hari itu. Kalau tak salah dalam 5 baldi diorang angkut. Habis la cockles kat Goolwa tu. haha. Kemudian aku dipindahkan ke bahagian Acute Medical Unit. Katil-katil di sekeliling aku semuanya dipenuhi oleh orang-orang yang jauh lebih tua daripada aku. Rasa macam orang tua la pulak. Seorang jururawat datang membawa sedikit makanan untuk aku. "Bagus la akak ni, tau2 je aku lapar.

Dalam pukul 1 pagi, akhirnya aku dibenarkan tidur. Selesai eksperimen yang dilakukan terhadap aku. Tapi nurses yang bertugas kata pada aku, " we will need to annoy you few times at night to check your body condition". Oh yeke, tak lena la tidur aku nampaknya.
Ketika di hosptial, ternampak benda ni. Made in Malaysia tu~


Pukul 2.36 pagi, aku terbangun. Kelihatan kelibat 3 orang nurses disekeliling katil aku. Aku tanya kenapa? Seorang daripada mereka kata sambungan (lead) dari mesin  ke badan aku tercabut (Ingat lagi yang 12 keping benda tampal kat badan aku tu?). Mereka menyangka bahawa ada yang tidak kena, kerana alarm berbunyi. Nasib baik hanya sambungan tercabut. Tangan kiri aku rasa sangat kebas dan tidak selesa. Semalam harinya, nurse mengambil sample darah aku. Di tangan kiriku. Jarum sambungan masih lagi ada attached pada tangan aku. (Kalau korang pernah kena ambil darah kat Australia ni tau la apa benda aku cakap nih).

Dalam pukul 3 pagi aku terbangun. Tidak boleh tidur. Akibat kebas pada tangan kiri. Aku menekan butang untuk memanggil nurse. Seorang daripada mereka bergegas mendapatkan aku. Aku memintanya supaya mencabut jarum ini, kerana jarum itu menyakitkan tanganku dan mengganggu tidurku.Setelah dicabut, aku berasa sedikit lega walaupun sakitnya masih sedikit terasa. Aku cuba untuk menyambung kembara mimpiku namun aku hanya dapat tidur apabila sudah pukul 4 pagi.

5.18 pagi, aku terbangun bila nurses kejut aku. Kali ini beberapa sambungan pulak tercabut. " You make us worried". Lasak jugak aku tidur. Sampai boleh tercabut. Bila nurses beredar, aku kelam kabut berwuduk dan kemudian solat subuh takut sekiranya matahari sudah naik. Kemudian aku kembali tidur kerana tiada apa yang hendak dibuat.

7 pagi. Aku dikejutkan untuk bersarapan. Pesakit-pesakit lain satu persatu dihidangkan dengan talam-talam yang berisi makanan. Nampak menyelerakan. Tibanya giliran aku, Nurse datang dan memberikan 2 slices of sandwiches seperti semalam. berintikan keju. Down. "Diorang ni anti aku ke?Roti je dia bagi". Dalam  keheningan pagi, tiba-tiba aku terfikir. Kan semalam tak habis makan kebab?. Aku mengeluarkan kebab dari tempat persembunyian yang tidak dapat dilihat oleh doktor mahupun jururawat (takut kantoi!). Memandang ke kiri dan ke kanan, line clear. Kemudian aku menutup tirai yang berada di sekeliling katil aku. Apa lagi! makan~~~

Pukul 9 pagi. Aku dihampiri oleh 5 orang. Mengikut penaakulan aku, rasanya empat daripada mereka adalah doktor dan seorang adalah nurse.Tiga daripada mereka bergilir-gilir menggunakan stethoscope, mungkin untuk mencari punca kesakitan aku semalam. Namun aku kira mereka masih tidak berjaya mencari puncanya, kerana aku melihat mereka masih lagi berbicara sesama mereka, membincangkan kemungkinan punca-punca yang lain.

Seorang daripada mereka mengatakan padaku bahawa aku akan diletakkan dibawah pengawasan doktor lain, dari bahagian neurology rasanya. Walaupun aku tak faham apa maksud neurology. Dalam pukul 10 pagi, doktor yang dikatakan itu tiba. Seorang doktor perempuan. Mungkin dalam umur 30-an.

 Makanan lunch. Vegetarian meal. Tapi ada daging kat dalam ni. Terus aku tak jadi makan. 
Lepas tu dia bagi roti.(roti lagi!)

Dipendekkan cerita (malasnya nak tulis. Banyak sangat benda berlaku kat hospital), dalam pukul 2 petang hari jumaat doktor menyuruh aku menjalankan scan. Tapi bukan di dada, tapi di leher dan kaki. Semalam hari dah scan dada dah. erk kenapa kaki? pelik2 je doktor kat Royal Adelaide Hospital (RAH) ni. Tapi kali ni bukan scan macam biasa dibuat macam time buat medical checkup sebagaimana untuk masuk universiti. Kali ini aku disuruh berbaring dan kemudian dimasukkan kedalam mesin yang berbentuk silinder. Best woo. Rasa macam dalam movie. haha. Sementara imej diambil, aku tidak dibenarkan bergerak. Ada la dalam 3-5 minit untuk setiap scan. Sampai tertido aku dibuatnya.

Kemudian sementara menunggu keputusan, aku berborak dengan seorang makcik yang berasal dari Yugoslavia. Umurnya 60 tahun. Kami berbicara mengenai banyak benda. Antaranya mengenai negara Yugoslavia itu sendiri. Yang sekarang ini sudah terbahagi kepada beberapa negara, seperti Serbia, Bosnia dan lain2. Ingat lagi aku apabila pertama kali dia menegur aku, " What are you doing here? You are too young. You should not be here in hospital". Terharu aku bila dia berkata begitu. Peramah orangnya. Dia yang memulakan bicara tiap kali kami bercakap.

Kemudian aku dibenarkan kembali ke katil aku di wad. Kali ini pula, aku ditegur seorang pesakit di katil sebelahku. Umur 81 tahun kalau tak silap. Dia baru dimasukkan ke hospital pagi tadi kerana 'black-out' akibat leukemia. Akibat sel darah putih yang terlalu banyak. Banyak perkara yang diceritakannya.Kebanyakan daripada masanya aku hanya menjadi pendengar. Antara perkara yang masih aku ingat adalah dia adalah menganut Protestant. Salah satu cabang dari Kristian. Ingat lagi aku apabila dia menceritakan mengetai Lutheran. Katanya, Pada asalnya pengasas Lutheran adalah juga penganut Protestant. Akibat daripada twisted mind, Lutheran mengasaskan ajarannya yang mana hanya mempercayai Jesus Christ. Berbeza dengan Protestant yang mempercayai Marry dan Jesus Christ.

 Pakcik sebelah katil
Aku menceritakan bagaimana aku ended up admitted to hospital. Kelakar rasanya apabila dia dengan serius mengatakan bahawa that is how life works. Sometimes we are up, and sometimes we are down. Bukannya aku tidak bersetuju dengan apa yang dikatakannya, cuma sedikit kelakar apabila dia membuat muka serius. (jahat gak aku).

Bersama nurses dan jiran sebelah katil

Akhirnya pada pukul 4.30 petang, Aku dibenarkan pulang ke rumah, dengan syarat aku mengambil ubat pada masa yang ditetapkan. Alhamdulillah, bukan sakit jantung. Tapi penyakit lain, juga penyakit kronik. Tapi mungkin tidak seteruk sakit jantung.

Diberikan ujian sebegini, mungkin untuk menyedarkan aku yang telah lalai dibuai arus duniawi.


O Allah, give me strength, and guidance if i ever stray from the path of righteous. Ameen.

2 comments: