Mari ikut blog ini

Sunday 9 January 2011

Aku, Malaysia and Malaysian

Salam,

hari ini 9/1/2011 (ahad) bersamaan dengan ulangtahun seminggu kepulangan aku (buat sementara) ke Malaysia.

Jadi, atas sebab demikian, aku akan membuat satu blog entry yang berkisar ttg seminggu keberadaanku disini.

Facts about me, Malaysia and Malaysian

Malaysia tak sepanas OZ yang sekarang tengah summer, tapi aku tetap berpeluh, walaupun di dalam Masjid yang ber-aircond.

Pemandu-pemandu di Malaysia masih lagi sama macam dulu, masuk lane lain xbagi signal, dan bawak laju macam hara*

Sistem pengurusan pesakit di Hospital Putrajaya telah meningkat, aku pergi haritu takyah tunggu lama sangat pon (tapi masih lama jugak)



Time 1st day aku balik Malaysia( seminggu yang lepas), aku teman mak aku ke Shah Alam. Aku volunteer nak drive. On the way, time berdekatan dengan HICOM, kawasan ni selalu jam. tp time tu tak jam. Aku pon heran jugak, aku bawak la cam biasa. Sampai kat satu kawasan tu, lines yang memisahkan antara lanes tak jelas kelihatan, dah la kawasan ni banyak lori lalu, dan tetiba dari 3 lanes jadi 2 lanes, aku yang tak biasa dengan jalan tu pon kelam kabut. Seronok je keta2 yang lain potong. Diorang macam main game lak, tukar-tukar lane sesuka hati dorg je. Ada sekali tu sikit lagi nak langgar belakang lori. Mak aku dah cuak da, tapi aku control lagi la. Seb baik time tu mak aku jerit sikit, aku tgh tgk tepi. pandang depan je, bpe inci lg nak langgar lori. Dengan pantas aku mengemudi kereta citra ke tepi.

Duit syiling 20sen Malaysia sama saiz dengan syiling 10sen OZ. Aku dah banyak kali tersilap, sebab bila buat bayaran aku tak tengok pon nombor atas syiling tu, aku bajet2 je ikut saiz die.

Cube tengok gambar kat ats ni, sebelah kiri tu 20sen Malaysia, sebelah kanan 10sen OZ. Aku da check, memang saiz sebijik.
Lagi satu, saiz 50sen Malaysia = saiz 20sen OZ. Orang yang buat duit Malaysia ni xde idea ke utk buat saiz lain sikit?

Gara2 saiz yang sama ni la menyebabkan beberapa insiden yang agak memalukan berlaku. Tp xpe, aku cool je.

Insiden 1: Di tol mana tah. Time ni mak aku bawak. Mak aku mintak la 20 sen nak cukupkan duit RM1.60 utk tol. Aku bagi r dua keping 10sen . Pastu mak aku pulang balik sekeping. aik? Bila tengok kat duit tu, angka dia 20. aiyak! blaja obeC pon xgheti kira duit ke?(ni aku yg ckp). Dush.

Insiden 2:Aku pergi hospital putraja untuk buat appointment. Kat sini xleh book melalui phone. hampeh sikit. Jadi aku susah payah la memandu ke putrajaya semata-mata utk book appointment. Pastu akak kaunter suruh aku potosssetit something. Aku g r ke satu kedai ni dalam hospital yg ada service tersebut. siap potosssetit. Aku tanya."brape kak?". "20posen je dik"jawabnya. Aku pon hulur la 2 keping '10sen' yang menurut firasat aku, btol. Pastu akak tu wat muka blur. pastu dia pulang sekeping kat aku. Aku lagi la blur. asal akak ni pulang blk sekeping?td ckp 20sen. Ke sebab aku ni muka baik je dia bagi diskaun?
Oh tidak, orang Malaysia xsebaik itu. Dia cakap. "ni 40sen dik". errr, setebal tembok cina jadinya muka aku. Mesti dalam hati dia pikir, "bdk ni darjah bpe ni 20sen pon xtau". Dush lagi skali.

Sume salah kau duit 20sen! sapa suruh sama saiz dgn duit 10sen OZ.

Benda2 lain. Bangi semakin maju.

Aku sepatutnya da start praktikal hari Rabu , 5/1/2011 yang lepas. Tapi hari selasa de kerani dari Sapura Industrial call aku dan mintak introduction letter dari uni. Dia kata boss dia nak. Aku pon then forward la ke email brader tu. Pastu aku mengharapla beliau menelepong aku kembali. Sampai la hari ni, tarak. Habuk pon tarak. Aku call banyak kali da. Kalau tak engage, mesti xde orang angkat. Dorang ni boikot produk OZ ke? Tiap2 hari tggu dorg call, jd susah. Nak plan bende tkt de praktikal. Aiseh.

Bilangan kehadiran jemaah di masjid telah meningkat

Surau Al-Kauthar mempunyai 14 buah air-conditioner dan 20 buah kipas. Sekurang-kurangnya 8 air-cond dan 10 kipas dipasang pada setiap waktu solat.

bilangan jemaah berkadar langsung dengan suhu dan cuaca

waktu solat menjadi semakin lambat berbanding tahun lepas

Adik aku hampir sama tinggi dengan aku

Aku lebih suka memandu kereta di OZ. Malaysia is scary

Waktu malam di Malaysia terasa sangat panjang

Di bangi, bertambah lagi 3 buah tempat futsal. Yang baru ni, pernah test 1 je. Galaxy namanya. Lagi 2 xtry lagi.

Misai dan janggut bertumbuh dengan kadar yang lebih perlahan pada musim cuti?

Hyperthyroidism menyebebkan cpt rasa lapar dan menguruskan berat badan.

Sekian kemerepekan.

p/s: Banyak lagi makanan kat Malaysia kena try nih. Setakat ni baru makan nasi lemak, lidah buaya, roti canai (bukan roti pratha k), roti telo, berbagai jenis ikan, teh misai kucing, kerepek pedas, tempeyek (bukan tempoyak, euw)(ke rempeyek?), apam balik, ayam percik, nasi goreng kampung, kerepek ubi, pisang goreng, dll. Banyak lagi yang perlu dicuba sebelum balik ke OZ!

4 comments:

  1. Kunjungan di siang hari untuk memperkenalkan... gaya trendy celbritis jaman sekarang...
    berbagi link untuk yang mau dan bertukar.
    blog ini mempunyai informasi yang cukup berbobot...saluuuut sob lanjutkan jangan berhenti berkarya anda memang sangat luar biasaaaaa

    ReplyDelete
  2. tuh r lain kali prepare 2 wallet. satu wallet mesia satu wallet oz. kuar je sempadan swap je r ape2 yg patut

    xdek r bercampur2 duit tuh

    ReplyDelete
  3. Ihsan: asalnya mmg plan nk buat begitu (ye ye je). g harbour town aritu, skali mhl da dompet kat sne. cancel trus

    ReplyDelete