Mari ikut blog ini

Thursday 10 March 2011

Banyak kerja? Tak cukup masa? Jangan Stress

Salam,

Tidak dapat dinafikan stress adalah salah satu 'penyakit' yang common di dunia masa kini. Mengikut kajian, Stress adalah pembunuh no 2 selepas penyakit. Kemalangan pon kalah. So marilah kita menjauhi stress kerana kesan jangkamasa panjang maupun pendek adalah sama sekali tidak mendatangkan faedah buat kita.

Banyak sebab yang menjurus kepada stress ini. Berdasarkan pengalaman diri ini yang macam selalu la jugak stress, beberapa faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan tekanan ini adalah:

1)rasa tidak cukup masa/ tidak mempunyai waktu yang cukup
2)melengah-lengahkan tugasan yang diberikan
3)Apabila datang suatu bala/bencana/musibah secara tiba-tiba
4)Masalah hubungan sesama manusia
5)nafsu yang inginkan lebih dari apa yang dimiliki
6)Dikhianat/aniaya orang
7)Dan lain lain (cari sendiri)



Bercakap mengenai melengahkan tugasan/kerja. Teringat pada satu hadis Nabi SAW yang berbunyi lebih kurang begini.

"Jangan ditangguhkan kerja hari ini kepada esok"

Ok, maybe exact wording dia lain tp lebih kurang la maksudnya. Kerja dua minggu lepas kita buat minggu ni, pastu minggu ni dapat kerja lain maka bertimbunlah kerja kita. Dan bila hampir kepada dateline untuk kerja tuh, mula la kepala berpusar-pusar, tak cukup tidur, makan tak tentu masa, emosi tidak stabil. Orang lain akan turut affected, lebih-lebih lagi mereka yang berhampiran dengan kita.

Apabila musibah datang secara tiba-tiba, misalnya kematian dan kehilangan harta benda, kita perlulah bijak dalam menangani perkara-perkara sebegini. Jangan ikutkan perasaan dan dekatkan lagi diri kita pada Allah. Terima dan redha dengan ketentuan itu tapi jangan simpan perasaan itu. Cuba keluarkan tapi ke channel yang betul. 

Nafsu yang inginkan lebih. Something new? Ini juga satu perkara yang sangat common sebenarnya berlaku. Misalnya kawan kita membeli sebuah basikal baru berharga AUD2000 dan basikal kita hanyalah berharga AUD1950. Kita berasa tercabar dan irihati dengan kawan kita. Rasa macam nak beli je basikal sebijik lagi yang lebih mahal tapi tak mampu. Lama kelamaan kita rasa stress memikirkan akan perkara seremeh ini. Secara tidak langsung hubungan kita akan menjadi renggang hanya kerana perkara yang sekecil ini. Ini contoh. Banyak lagi perkara yang berlaku yang boleh ktia ambil iktibar.

Perkara seperti dianiaya/khianat orang juga seringkali berlaku. Seperti baru-baru ini yang berlaku di rumah aku di Aussie. Basikal aku dan seorang teman serumah telah dicuri orang. Suspek: orang tempatan. Wallahualam. Lebih teruk lagi, dicuri di perkarangan rumah. Berani sungguh mereka. Dan masa ketika itu adalah senja (8pm-9pm). Samada kami serumah sedang bersolat maghrib ataupun sedang makan malam. Tapi takpe, benda nak berlaku. Ambil la iktibar dari perkara itu, seperti lebih berhati-hati dalam menjaga keselamatan harta benda sendiri. Menutup pagar sebaik sahaja berada di dalam rumah dll.

Jadi bagaimana caranya untuk kita mengelakkan stress? Ok disini aku kongsikan sedikit ilmu yang aku ada, dan aku sendiri cuba untuk mengamalkannya.

1)Kerjakan solat
2)Pelihara solat e.g:solat awal waktu, jaga rukun, toma'ninah dll
3)Yakin pada pembalasan hari akhirat
4)Jaga kehormatan(kemaluan)
5)Banyakkan bersedekah
6)Jaga amanah
7)Jadi saksi yang adil/benar

Aku pernah tertanya-tanya bahawa adakah surah or apa-apa doa yang boleh dijadikan amalan untuk menghindari stress nih?

Bagi sesiapa yang biasa membaca Al-Matsurat, di dalamnya terdapat doa yang boleh dijadikan amalan.


Terjemahan BM:

Allahuma, aku berlindung padaMu daripada rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung padaMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung padaMu daripada sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu daripada cengkaman hutang dan penindasan orang.

Wassalam,

AF

1 comment:

  1. Salam,

    Thanks for sharing. Stress is a common thing among students. It's a good thing that we do something else other than studying; bola ke, ragbi ke, tennis ke, cycling ke, hehe.

    p/s: Kalau boleh, letakkan hadith yg betul, tepat wording dia. Make some effort brother, insyaAllah :)

    ReplyDelete