Mari ikut blog ini

Saturday 5 March 2011

Hablu minannas (hubungan dengan manusia)

Salam,

Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudara kamu yang bertelagah itu dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu peroleh rahmat.
Al-Hujrat ayat 10
Sewaktu aku menghadiri satu kuliah di suatu tempat pada suatu ketika dahulu, teringat seorang ustaz pernah berkata. Banyak perkara akan selesai sekiranya kita mempunyai sikap mengutamakan orang lain.

Pada ketika itu, aku agak kurang setuju dengan kata-kata ustaz tersebut namun aku tidak menyatakan pendapat aku itu. Perkara ini sering bermain di minda aku sehinggalah pada suatu masa dibuka dan diizinkan oleh Allah untuk mendalami akan perkara ini.



Perkara ini ada kaitan rapat dengan proses penjalinan ukhuwah.


Serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada dan setinggi-tinggi ukhuwah adalah ithar/isar (mengutamakan orang lain)

Bila aku terdengar surah di atas ni, aku rasa macam terpaku. So betul lah apa yang ustaz tu sebut, bukan dia main pakai taram je ikut sedap dia.

Tapi memang benar pon, aku merasai akan perkara ini sendiri.

For example, kita nak makan tapi tetiba kita tengok sorang kawan kita ni hypo semacam je kan. Tengok muka dia macam orang nak nazak dah, and dia ni pon takde makanan untuk dimakan. Walaupun kita lapar, tapi kita bagi jugak makanan kita kat dia. Ataupun berkongsi makanan kita dengan dia. Ini contoh. There are lots greater example than this. I believe you know what i mean.

Seseorang diantara kamu tidak dikatakan beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
(Bukhari&Muslim) 


hadis ini juga sejajar dengan ayat Quran mengenai bagaimana caranya kita patut melayan saudara/kawan-kawan kita. Ayuh mari kita mencapai sebagaimana tahap beriman yang dinyatakan di atas!


wassalam


AF

2 comments:

  1. saya suka berkawan dengan anda kerana anda seorang yang suka mendengar dan memerhati lalu berfikir secara sendirian, lalu menterjemahkan semula apa yang telah dihadam bila sampai masa dan ketikanya.

    ReplyDelete
  2. Saya tak sehebat apa yang anda fikirkan. Saya cuma berkongsi perkara yang terlintas dalam pemikiran saya berdasarkan pengalaman saya apabila perkara yang seakan sama diterjemahkan semula di depan mata saya.

    ReplyDelete