Mari ikut blog ini

Saturday 19 March 2011

hidup dan pilihan

Salam,

Hidup ini penuh dengan pilihan. Pilihan yang dibuat itu dibuat berdasarkan pemilihan keatas setiap pilihan yang kita ada. Allah tidak menyediakan suatu persoalan itu dengan hanya satu jawapan dan penyelesaian. Namun, adakah pilihan jawapan mahupun penyelesaian kita itu adalah yang terbaik?



Ataupun sekiranya pilihan ataupun tindakan kita itu kurang tepat dan ahkirnya hasilnya kurang memberangsangkan maka kita akan menyalahkan takdir, mengungkit segala macam perkara, membicarakan segala macam asbab? menyenaraikan seribu alasan? Semuanya terletak pada kita. Kita boleh menanak nasi dengan hanya membasuhnya dengan air sebanyak sekali. Kita juga boleh membasuh beras itu sebanyak tiga kali dan disertakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Tapi mana satu pilihan kita? Adakah kita akan memilih jalan yang pertama dan kemudian berkata aku tidak mahu membazir air? wajarkah pilihan kita itu.



Kita boleh memilih untuk mengurung diri kita di dalam rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu semata-mata untuk mengabdikan diri kita untuk belajar, menyiapkan kerja-kerja rumah, menyelesaikan permasalahan diri, namun adakah kita masih akan mengadu tidak cukup masa? Tidak berkesempatan.

Ya, kita boleh spend 7 jam atau lebih sehari ke atas kajian/kerja kita (terutamanya pelajar Honour dan phD) tapi kita masih merasakan bahawa masa mencemburui kita. Tidak cukup masa. Tapi ada mereka yang lain, memakai kasut yang sama dengan kita, di dalam sampan yang sama dengan kita, membuat sesuatu yang sama dengan kita, hanya menggunakan 1/3 dari masa yang kita peruntukkan untuk perkara yang sama and yet, he or she got a completely different result. Way better than we do. Jadi apakah alasan kita? Bukankah kita telah usaha keras? Bukankah lebih banyak masa telah kita gunakan dari dia?

Di manakah silap kita? Orang solat kita pon solat. Orang makan kita pon makan. Orang tidur 6 jam kita tidur 1jam. Jadi apakah kekurangannya pada tingkah laku kita?

Manjadda Wajada. Siapa usaha lebih, dia dapat lebih. Bukankah itu janji Allah?

Memang kita membicarakan soal masa. Soal usaha. Tapi bagaimana dengan soal keberkatan?

Adakah kita yakin dengan amal kita?
Bagaimana dengan habluminAllah. Hubungan dengan Allah?
Bagaimana dengan habluminannas.Hubungan dengan manusia?

Memang kita solat, tapi adakah kita solat di awal waktu?
Memang kita solat tapi adakah kita solat secara berjemaah?

Memang kita ada kawan tapi adakah kita berkawan?
Kawan pada nama, tapi tidak pada tindakan.

Mereka ajak kita 'berkawan' kita kata kita sudah kawan,
mereka ajak kita 'bersahabat' tapi kita kata kita sibuk.
Jadi adakah kita menjaga kedua hubungan ini?

Juga hubungan dengan kedua ibubapa kita. Juga hubungan dengan adik beradik kita. Minta restu mereka, minta doa mereka.

Bukankah keredhaan Allah datangnya dari keredhaan ibubapa?dengan syarat perlakuanmu itu menepati kehendak syarak, menjaga batas-batas beragama.

Lokasi tidak menghalangi kita dari beramal. Masa tidak mengongkong kita dari berbuat baik. Hasil yang baik tidak semestinya memerlukan tenaga yang lebih, masa yang lebih. Namun setiap kejayaan dan hasil akhir itu adalah milikNya. Dia dan hanya Dia. Tiada yang lain. Bukannya supervisor kita. Bukannya lecturer kita.

Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yangmengatur pergantian malam dan siang. Tidakkah kamu mengerti?
(Surah Al-Mu'minun, ayat 80)

Jadi apa pilihan kita? Apa keputusan kita? Mari jadi manusia yang bijak. Bukan sekadar berusaha keras. Tapi berusaha bijak. Do it hard. Do it smart. Do it right. You can do it.

Wassalam

No comments:

Post a Comment