Mari ikut blog ini

Saturday 2 April 2011

Sedikit itu dan sedikit ini. Itulah kehidupan

Salam,

Hari ini aku melakukan beberapa perkara yang sedikit lain daripada biasa. Mungkin untuk menambah seri hari yang kurang serinya. Mahu sedikit perubahan daripada biasa.

Bermula dari pagi hari. Menyertai team bola sepak Adelaide yang akan ke Melbourne pada 29-30 April ni (KLIK SINI) . Aku berhajat untuk 'turun padang' untuk menyaksikan setakat mana kemampuan team tahun ni. Adakah mereka bakal mengulangi kejayaan kami pada tahun 2009? Perlawanan melawan Team UNISA B. UNISA itu shortform utk University of South Australia. Pertama kali dalam sejarah orang melayu menyertai league di Adelaide nih sebagai sebuah pasukan 'all-Malaysian'. Kalau sebelum2 ini ada saje seorang dua yang join leagues di Adelaide nih. Tapi tidak ramai.

Perlawanan di jadualkan sekitar 11 pagi. Lebih melayu dari melayu, opponent tiba lebih lewat dari team kami. Selalunya orang mesti kata biasala melayu lambat, tak punctual dll. Aku berasa bangga menjadi orang melayu. :D. Habis dalam sekitar pukul 1 tengahari. Sedikit postmortem oleh captain dan manager, dalam pukul 1.30 bergerak pulang. Eh wait, kami tidak terus pulang. Kebetulan pula pada hari yang sama ada satu rumah membuat 'housewarming', maka most of us directly headed there to had our lunch. Senang, lepas penat bermain boleh terus makan. Adat orang melayu, biasanya bila makan tu akan lepak-lepak dulu, borak-borak. Jadi kami beredar dari rumah tu agak lambat. Dan tiba di rumah aku dalam pukul 3 lebih.

"Tak solat lagi nih".



Housemates semua dah solat, rugi pahala jemaah. Tapi nak buat macam mana, dah balik lambat. Solat la seorang diri. Juga pada hari ini juga kami bercadang untuk pergi ke pantai (membawa juniors) untuk beraktiviti (Beach Day!) dan makan-makan. Pada asalnya aku ada bercadang untuk turut serta. Tapi sedikit keletihan dan kekalutan menyebabkan aku memutuskan niat aku untuk menyertai mereka. Selepas solat, muka rasa mengantuk semacam je. Plan asal ingatkan kalau tak pergi Beach Day boleh la buat revision sikit. Assignment banyak nak buat tapi tak tahu nak buat, jadi kena la ulangkaji dulu. Ye dok?



Baca satu chapter. 'buk'. Aku 'pengsan'. Tertidur la maknanya. Bangun-bangun seorang housemate kejut, jom solat. Tengok jam di screen phone. 6.20 pm. Ush lambat dah ni. Bergegas solat. Lupa nak cakap. Ada 2 lagi housemates yang juga tidak pergi 'Beach Day'. Selepas solat, diorang bermain pingpong.

Aku mencapai kotak aiskrim di dalam peti sejuk. "Korang kalau nak, ambik jela ye". Aku bercakap selamba.

Menarik keluar sebatang aiskrim berjenama bulla, jenis 'split'. Baharu sahaja hendak membuka bungkusannya, satu panggilan masuk diterima.



Aku menjawab panggilan. "Salam Abu, ada apa?" -Abu, bukan nama sebenar.identiti dirahsiakan.

"w.salam. Enta tengah buat apa ye?Busy x?"

"Err, tak buat apa pon." - memang time ni tengah duduk saja sambil memerhatikan mereka bermain pingpong.

"Kenapa ye Abu?"

"Tau kan malam ni ada program *tut* *tut* di *tet* *tet*?"

"hah tau, awat?"

"Enta bagi tazkirah boleh. Lepas maghrib".

Aku pon tengok jam, waktu menunjukkan pukul 7.10pm. Are you kidding me? Dengan bahannya takde, xprepare apa pon. Nak terus bagi tazkirah? (tapi part ni aku cakap dalam hati jela)

"Ush bia btol ni Abu, ana nak cakap tentang apa nih. Dah la tak sedia ni"

"Alaa xpe, enta cakap je tentang benda yang enta pernah guna sebelum nih"

-hamboi cakap senang nooo-

Aku pon mengalah.

"Hurm, boleh la kot."

Gagang diletakkan.

Aku pon pergi la membuka kitab kitab lama(lama la sangat), untuk cari benda apa la yang aku nak cakap nih. Tak boleh terlalu berat, nanti orang tak suka dengar. Bukannya Ikhwah target audience nya. Belek punya belek, hah! Thats it!

Cuba teka apa dia?

Kisah mengenai Saad bin Abi Waqqas. Beres. Kisah mengenai beliau memang panjang tapi aku sekadar mengambil kisah mengenai permulaan beliau mengenal Islam. Kisah yang seringkali diceritakan apabila Saad menjadi tajuk utamanya. Iaitu mengenai Saad dan ibunya. Mahu tahu apakah kisahnya?Sila tekan disini . (Aku main google je, untuk bubuh link disini wokeh).



Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar. Tak tergagap time bagi tazkirah tadi. hehe.

Pengajarannya, jangan kata tidak selagi kita belum cuba. Orang kata, belum cuba belum tahu. Sekali cuba nak lagi.
Take the challenge, walaupun it may seems a bit ridiculous at time. Tazkirah aku bagi simple je. dalam lebih kurang 10 minit je. Alhamdulillah feedback positif. Ada mereka yang bertanyakan soalan. Aku pon xsangka. Betul lah kata orang. we will never know what others will do.

Wassalam

AF

2 comments:

  1. Salam,
    Hah! ana dah tau sapa Abu tu...huhuhu. Anyway, good writing.

    ReplyDelete
  2. Ush jangan di nyatakan identitinya disni ye. :D

    jzkk

    ReplyDelete