Mari ikut blog ini

Tuesday 28 June 2011

Kalaulah...

27 June 2011

Adelaide Showground

10 minit sebelum pukul 5 petang.

Penjaga peperiksaan:  "You have ten more minutes to finish your exam..."

"Kalaulah aku ada lagi 3 jam"

"Kalaulah aku terfikir nak buat cara tu tadi"

"Kalaulah aku study bahagian ni dulu"

"Kalaulah aku tahu nak buat soalan ni awal sikit tadi"

Dan berbagai-bagai lagi KALAU
_____________________________________________________________________________

Bila masa untuk menjawab exam hampir habis, macam-macam perkara main kat fikiran aku. Kalaulah itu, kalaulah ini. Macam-macam kalau. 

Kalaulah aku buat revision betul-betul masa sebelum exam.

_____________________________________________________________________________

Tepat pukul 5

"Everyone please stop writing. Pens down"

_____________________________________________________________________________
 
Get real Aizat, perkataan "kalau" itu sendiri adalah something that is unreal. Orang boleh bercakap, kalaulah aku kaya. Tapi mereka tidak akan kaya dengan hanya berkata-kata dan mengharapkan "kalau" itu menjadi kenyataan.
Memang benar, kalau aku buat ulangkaji dengan lebih tekun semestinya kesudahannya tidak akan jadi begitu. Kalau aku plan baik-baik, pasti hasilnya lebih baik.

Tapi itu semua dah lepas. Takkan aku nak cakap, "kalaulah aku boleh patah balik ke masa tadi". Definitely not. What past is past. 

Padan muka kat diri sendiri. You act all strong and might but in the end you are nothing. 

You definitely underestimating the exam, not from your mouth but from your actions. Mulut kata lain, badan buat lain. 

Hidup pada realiti, bukan bergantung pada fantasi.

Hari semalam sudah lepas, hari ini belum habis, hari esok belum pasti.

Don't cling to the past or leave it hanging, but learn from it.

1 comment:

  1. tiada perkataan 'kalau' dalam hidup seorang Muslim kerana secara sedar atau x, perkataan ni blh memberi maksud yang sesorang tu menyalahkan takdir. tapi x dinafikan mmg susah nak buang sikap selalu berkata KALAU kerana dah dibiasakan diri sejak kecil lagi. sama juga dgn word NASIB BAIK. "nasib baik aku balik naik bas, kalau x...." see.... sama juga..ingatan untuk diri sendiri juga.

    ReplyDelete