Mari ikut blog ini

Wednesday 8 June 2011

Kesan paku pada tembok batu



Said adalah seorang pemuda yang panas baran. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanya berdepan dengan satu masalah yang kecil. Pada suatu hari, ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ibu?"tanya Said.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu", jelas ibu.

Pada hari pertama sahaja, Said telah memaku sebanyak 33 batang paku pada tembok paku tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan turut berkurang. Said mendapati bahawa adalah lebih mudah untuk mengawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tidak marah walaupun sekali. Said mengkhabarkan akan perkara itu kepada ibunya mengenai perkara tersebut dengan rasa gembira. Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruhnya mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya Said berjaya mencabut kesemua paku yang berada pada tembok batu tersebut. Said lantas memberitahu perkara tersebut kepada ibunya dengan penuh bangga.

Ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dan berkata, "Kau telah melakukannya dengan baik anakku, namun kau lihatlah akan kesan lubang-lubang yang tinggal di tembok batu ini. Tembok ini tidak akan kelihatan sama seperti mana keadaan asalnya sebelum ini."

"Apabila kau melakukan menyatakan/melakukan sesuatu dalam keadaan marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini"

Kata ibunya lagi, "Tetapi ingatlah, walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal akan perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka dihati lebih pedih daripada luka fizikal.

Bayangkan berapa banyak paku yang kita kena ketuk, mesti letih nak cabut balik


Sumber: Solusi Isu 28.

2 comments:

  1. bagaimana mengatasi masalah takde drive/kurang izzah/hampir futhur?

    ReplyDelete