Mari ikut blog ini

Thursday 21 July 2011

Di mana kita?

Salam,

Mustafa Masyhur ada menggariskan 7 marhalah dalam melakukan Dakwah Fardiyah di dalam bukunya - Dakwah Fardhiyah.

1) ta`aruf dengan mad`u
2) membangkitkan iman yang lesu
3) Menolong menyelesaikan urusan ( agama dan taat kepada Allah )
4) Menjelaskan konsep ibadah yang syumul
5) Tidak mencukupi muslim hanya pada diri sendiri sahaja.
6) Kepentingan Bersama Jemaah
7) Jemaah yang Patut Dipilih  

Ok mungkin versi nya lain sedikit, tapi ini mengikut ayat yang mudah difahami.

Langkah pertama, ta'aruf dengan mad'u. Nampak mudah, teorinya mudah, kita boleh practise berkali-kali sampai puas, tapi bila kita mencubanya secara praktikal for example kita berhadapan dengan mad'u, agak-agak macam mana kita hadapinya? 

Lebih-lebih lagi bagi orang yang masih baru. Manusia ini unik, bagaimana uniknya? tiada seorang pon yang menyerupai yang lain dalam segala aspek. Latar belakang mereka, ahli keluarga mereka, perwatakan mereka, dan macam-macam lagi yang kita perlu hadapi untuk 'clear' marhalah pertama. Bukan senang, memerlukan skills kemanusiaan. Bagaimana kita handle situations, pertanyaan-pertanyaan, menyelesaikan masalah, bagaimana kita nak korbankan apa yang kita ada. Nak berkorban untuk diri sendiri pon dah susah, inikan lagi nak berkorban untuk orang lain. Berat.



Bila kita dah clear marhalah pertama. Masuk ke marhalah yang kedua; membangkitkan iman yang lesu. Ini lagi susah. OF course la lagi susah, takkan nak tiba di tingkat kedua semudah tiba di tingkat pertama. Tapi apabila beberapa tingkat yang pertama kita berjaya, maka momentum itu yang akan membantu kita di tingkat-tingkat yang seterusnya membuatkannya jadi lebih lancar dan mudah.

Bukan mudah untuk membangkitkan iman yang lesu ini. ”Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.” (HR Ibn Hibban). Sekali dah ada kat bawah tu, bukan mudah nak naik balik. Sekali dah lesu, susah sekali nak bangkit. Kadang-kala memerlukan pertolongan dari yang lain. 

Kita berkata-kata hebat, pung pang sana, pung pang sini. Mahu DF itu ini, tapi bila selesai marhalah pertama (ta'aruf), kita sangkut kat marhalah kedua. Hairan? haritu bukan main laju berkata, hebat berhujah. Rupa-rupanya iman kita sendiri lesu. Bagaimana iman yang lesu ingin membangkitkan iman lesu yang lain?

Kita sering berbicara mengenai meningkatkan amal, tapi bila sampai masa untuk istiqamah dengannya, kita gagal. Ada sesetengah mereka pulak, bermusim. Bila tiba musim peperiksaan, kita boleh tengok penuh (dari biasa) masjid-masjid dengan jemaah, tidak sepi dari alunan ayat suci Al-Quran, malam-malam tidak terbiar berlalu begitu sahaja tanpa melakukan sedikit solat tahjud, mengabadikan diri kepada Yang Esa. Namun bila musim peperiksaan berakhir, semuanya kembali seperti sediakala. Mana pergi mereka yang sering solat berjemaah di masjid-masijd? Adakah mereka berbuat demikian hanya di musim-musim tertentu. 




Bukannya aku mengatakannya salah, bukannya aku menyuruh kamu berhenti, tapi mengapa kamu tidak meneruskannya? Kita boleh lihat pada isu Palestin. Bila tiba masa-masa tertentu dalam setahun, aku terdengar suara-suara yang kembali membangkitkan isu-isu Palestin. menyuarakan ketidakadilan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin. Maka pada musim itu, ramai sungguh berdemonstrasi, membuat video-video, heboh sana sini. Cukup semusim, semua kembali redha, seolah-olah macam tiada apa yang berlaku. Walhal penindasan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin tidak pernah berhenti, and is happening as we speak. Penindasan itu tidak pula berlaku bermusim sebagaimana demonstrasi-demonstrasi jalanan itu berlangsung.

Lagi sekali, bukannya aku mengatakan bahawa perbuatan mereka ini salah. Cuma kurang berkesan, tidak sedikit pon mempengaruhi ataupun mengurangkan penderitaan rakyat Palestin. Tetapi kalau kita berterusan mendoakan mereka, memberi sumbangan, berterusan mengingati nasib mereka, bukankah itu lebih baik? Sekurang-kurangnya kita mampu meringankan beban mereka.


Dulu kita punya la semangat bila melakukan sesuatu, "eh takpe, biar saya yang buat". "Ni senang je ni", "Biarlah saya jadi ameer". Bekobar-kobar semangat. Menyala-nyala, kalau boleh nak menerangi satu alam (hyperbola). Tapi sampai satu saat dan ketika, api tadi mula malap. Aik, habis minyak dah ke? Laa rupa-rupanya apa yang kita nyalakan tadi api pelita je. Bila minyak tanah dalam tu dah habis, api pon padam. Bukannya lama, semalam sahaja habislah sumber bahan bakarnya.


Itulah perumpamaannya. Kita mahu buat macam-macam, impikan macam-macam, tapi bila sampai satu tahap, kita rasa letih. Bahan bakar dah habis. Sepatutnya kita beralih arah, gunakan bekalan bahan bakar yang lebih tahan lama. Kalau di Australia (tak semua), gunakan built-in gas system. Dapur dia connected directly to gas asli provider. Tak perlu nak top-up or risau jikalau habis. Cuba dapatkan sebab yang jitu untuk sesuatu itu, barulah ianya akan berkekalan. Jika dipacu oleh sesuatu yang bersifat sementara, maka apa yang dipacu itu juga akan bersifat sementara.


Mungkin tampak hebat pada awalnya namun apabila kehabisan bisa, mereka tersadai langsung.






Mari kita berfikir kembali, apa yang kita sedang buat. Jika di dalam Manufacturing Engineering, sesuatu graf peningkatan (improvement) itu tidak boleh sentiasa naik, ada masanya ia perlu mendatar, tapi yang pasti jangan benarkannya turun. Mengapa perlu mendatar? Sebab kita perlukan masa untuk mengenalpasti dimana kekuatan kita, dimana kelemahan kita, senang cerita, dimana kita?


Terlalu lama berjalan sampai kita hilang tujuan mengapa kita berjalan, adakah itu kita? 


Semoga aku, engkau dan mereka mampu untuk terus tsabat dalam jalan ini.

2 comments: