Mari ikut blog ini

Saturday 28 April 2012

Kerajaan Bersih dan Adil?

Assalamualaikum,

Pertama-tamanya, aku tak tahu nak mula dari mana. Sebab hari ini, Facebook sungguh aktif. Dengan warna kuning. Apa perkara hangat hari ini?

BERSIH: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil.

Itu perkaranya, dan itu slogannya.

BERSIH 3.0 adalah kesinambungan dari BERSIH 1.0 dan 2.0 yang lepas. BERSIH mempunyai beberapa tuntutan (KLIK SINI) dan semuanya adalah berkenaan dengan Pilihanraya di Malaysia. Mereka mahukannya Bersih (Seperti namanya) dan Adil.

Tuntutan-tuntutan ini adalah munasabah dan jika ditanyakan kepada orang kebanyakkan, mereka akan bersetuju dengan tuntutan ini.

Namun apa yang aku perhatikan adalah, apabila masuk ke edisi yang ke 3 (BERSIH 3.0), BERSIH ini seolah-olah mula beralih arah ke arah 'gulingkan kerajaan yang sedia ada', 'kami tak percaya SPR', 'kerajaan perlu ditukar' dan macam-macam lagi. BERSIH yang dahulunya dikatakan terdiri daripada Non-Government Organizations (NGOs) kita sudah disertai oleh pihak Pembangkang (secara terbuka). 



Siapa yang tidak mahukan keadilan? Jika keadilan yang dituntut, sesungguhnya Islam lah yang paling adil. 

Siapa yang mahukan kerajaan yang korup, penuh dengan rasuah, tidak menjalankan tanggungjawab, tidak menguruskan amanah rakyat dengan baik (misalnya duit cukai), dan berbagai-bagai lagi salahlaku?

Jika diberi pilihan, kita semua mahukan yang paling bersih, yang paling bertanggungjawab, paling amanah. Senang cerita, yang terbaik. Peliklah kita jika kita memilih yang sebaliknya. Itu fitrah.

Tapi apabila kita sibuk berbicara akan semua itu, kita lupa untuk berbalik kepada akarnya. Siapakah pelaku-pelaku perbuatan itu? Adakah kuda di trek lumba kuda Adelaide Cup? Adakah Wang-Wang dan Funi si panda di Adelaide Zoo? Tidak!


Mereka adalah manusia. manusia yang diberikan akal, diberikan tanggungjawab untuk menjadi khalifah di muka bumi.

Misal kata, segala korupsi berjaya di koreksi, segala rasuah berjaya ditangani, segala kekotoran dapan di'bersih' kan, adakah akan selesai dan tiada lagi permasalahan yang akan timbul selepas ini? Malaysia akan menjadi negara aman damai sentosa makmur bahagia? Tertegaknya undang-undang dan peraturan Islam?



Apabila hanya dahan-dahan yang dirawat dan bukan akarnya, maka permasalahan akan kembali timbul. Kerana semuanya bersumberkan dari akar. Tidak kisah lah berapa generasi, parti mana, pihak mana, yang memegang roda kemudi sebuah bahtera, jika individu-individu itu sendiri yang bermasalah, permasalahan itu akan kembali timbul. 

Apa yang dimaksudkan disini?

Kita melihat pada permasalahan-permasalahan yang berlaku pada permukaan tapi kita lupa pada dasar lautan. 

Individu-individu perlulah dididik, difahamkan, dirawat, dikembalikan jati diri mereka sebagai seorang muslim. Kenal jati diri mereka. MUSLIM. Itu yang lebih utama. Jika kembalinya individu kepada jatidiri muslim yang sebenar, maka segala permasalahan tadi dengan sendirinya akan dirawat.

Tapi tak lama ke nak buat benda ini? Orang sekarang sedang berbicara tentang kuasa pemerintahan. Tentang kerusi di Parlimen. Tentang Daulah Islamiyah. The boom dan The Bang. Kau bercakap pasal individu? Macam tak kena je.

Kita ambil sedikit dari sirah Nabi dan para sahabat. Diringkaskan ceritanya.

Pada fasa awal Islam disebarkan/ fasa awal dakwah Nabi Muhammad SAW di Mekah, Nabi pernah di tawarkan untuk menjadi pemimpin kepada penduduk kota Mekah. Tapi, mengapa Nabi tidak menerima tawaran itu?

Bukankah lebih mudah untuk mengubah dari atas. Ambil alih pemerintahan, kuatkuasakan undang-undang, wajibkan itu dan ini, selesai kerja. Tertegaklah Islam. Begitukah?

Tapi apa yang Nabi buat? Nabi tidak mengambil atau menerima tawaran itu. Dakwah berjalan seperti biasa. Sebagai rakyat biasa, bukannya orang yang mempunyai kuasai politik (mungkin sedikit, sebagai cucu kepada Abdul Mutalib). 

One way of looking at it ialah tidak guna kuasa di tangan sekiranya mereka dibawah tidak memahami, tidak mampu untuk menelan dan menafsir peraturan, tidak mampu menjelmakan kepada bentuk amal. Maka apa yang akan berlaku? Tentangan dari rakyat. Hendak melaksanakan hudud? Orang Islam sendiri yang menentang. Adakah hudud itu ciptaan ahli Feqah? Tidak. Tapi mengapa mereka yang tertera di kad pengenalan mereka perkataan ISLAM sendiri tidak sependapat. 



Mudah, semua berbalik pada individu.

Dan fasa ini bukan sekejap. 13 tahun di ambil oleh Nabi di Mekah untuk memperbaik akidah-akidah umat. Hasilnya, subur sekali kota Madinah. Itu, Nabi Muhammad SAW yang kita perkatakan. Apakan pula Abu, Pian, dan Temah yang merupakan orang biasa. Dikirakan logik dek akal yang pendek ini, pastinya Abu, Pian dan Temah tidak sehebat Nabi. Pastinya masa yang diperlukan lebih lama.

Aku fikir lain, kau fikir lain, kenapa kita tidak sekepala?

Perbezaan pendapat pasti wujud.

*Imam Malik pernah berkata kepada Abu Jaafar: " Para sahabat Rasulullah SAW telah bertaburan di seluruh muka bumi dan masing-masing mempunyai ilmu tersendiri. Jika engkau arahkan mereka supaya berpegang kepada satu pendapat, sudah tentu akan berlaku bencana."

*Ada juga perbezaan yang berdasarkan kepada pihak yang mereka rujuki. Seperti ada sesetengah ahli hadis yang mengutamakan amalan penduduk Madinah daripada hadis ahad dan ada pula yang tidak berpendapat sedemikian. Ada juga kisah dimana seorang periwayat dianggap boleh dipercayai oleh seorang imam tapi dalam masa yang sama dia dianggap tidak boleh dipercayai oleh seorang imam yang lain berpandukan kepada pengetahuan imam itu tentang periwayat tersebut.

*Seperti perbezaan akal mencedok sesuatu hukum atau memahami dalil. Agama ini berlandaskan ayat-ayat Al-Quran, hadis dan nas sedangkan semua ini difahami oleh akal berdasarkan kaedah bahasa dan tatabahasa. Dalam perkara ini semua manusia amat-amat berbeza dan perbezaan pendapat sudah pasti tidak dapat dielakkan.

Jadi apa yang kita boleh buat, hormati perbezaan pendapat selagi mana perbezaan pendapat itu hanya pada perkara furu' (cabang).

Walaupun hal ini sedikit berbeza dengan kisah yang diceritakan, tapi gunakan kekreativitian anda memahaminya.
********************************************

Pokoknya, bermula dari akar, hingga ke hujung dahan (daun). Di tebang dan di potong dahan, tumbuh semula yang kurang elok. Dibaja dan dijagai akarnya, moga batang dan dahan yang tumbuh darinya akan se'suci' akar yang dijagai.
 
* Majmuk Rasail Hasan Al Banna


6 comments:

  1. Erm...so, penulis sokong bersih ke x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melalui penulisan saya ni agak2 saya berat ke arah mana ye? ^v^

      Delete
    2. BTW penulisan saya yang ini tujuannya bukan untuk menyatakan pendirian saya dimana, cuma untuk pembaca berfikir semula akan apa yang berlaku setakat ini dan dimana peranan kita disitu. Wallahualam.

      Delete
    3. Sy setuju pendapat penulis yg masalah perlu dirawat dr individu sendiri, tp so far, when we have nothing to lose, why dont we just support the cause, keep still to the genuine intention of the cause itself. Me neither a well speaker about this, tapi rasanya menjadi peranan & tanggungjawab kita untuk sama2 menegakkan keadilan, yang tak betul dibetulkan.
      wallahua'lam.

      Delete
  2. Terima kasih utk pandangan saudara/i. Setuju, tanggungjawab kita utk menegakkan keadilan. Sy kira semua orang bersetuju dgn itu. Tapi bagaimana? di situ ramai orang berselisih pendapat. Sebagaimana kita boleh katakan kita mahu negara kita menjadi sebuah negara yg hebat, maju, membangun dll, tp definisi utk sebuah negara yg hebat dll itu sendiri berbeza, dan bagaimana kita hendak mencapainya juga berbeza. Jadi, BERSIH itu merupakan cara sesetengah org utk mendapatkan keadilan. Itu saya tidak tolak.

    Saya setuju dgn tuntutan2 BERSIH itu sendiri. Tapi apa yg kurang enaknya adalah bgmana BERSIH itu mengekalkan identitinya sendiri. Pertama-tamanya, BERSIH itu merupakan gabungan NGOs yg mahukan pilihanraya yg adil dan bersih.

    Tapi sekarang kita lihat, keterlibatan parti politik disitu. Jd BERSIH tdk lg kekal dgn identitinya sblm ini. Tp spt yg saya katakan sblm ni, semua org mahukan keadilan. Termasuklah parti2 politik. Sy xmenyalahkan keterlibatan parti politik, tp sy disini sy mempersoalkan integriti BERSIH itu.

    Kedua, sy kurang setuju dgn pendapat saudara/i yg berbunyi:

    "tp so far, when we have nothing to lose, why dont we just support the cause, keep still to the genuine intention of the cause itself"

    adakah saudara/i pasti kita tidak ada apa2 yg akan merugikan kita?
    Kita lihat pada kesan selepas demo itu sendiri. Kerosakan sana sini, mungkin tidak byk, tp ttp ada. Kemudian, ada pihak tuduh satu pihak yg memulakan provokasi, and pihak lagi satu menuduh pihak yg lagi satu pula. Wujud sentimen disitu. Ada pihak2 tertentu yg mahu mewujudkan suasana yg kurang elok, tidak kiralah pihak mana yg sbnrnya bertanggungjawab disitu.

    Ketiga, siapa yg mengetuai BERSIH ini sendiri? kita tahu siapa. Ambiga. Saya bukannya racist, atau bersikap berat sebelah kerana dia bukan melayu atau apa. Ada yg mengatakan, A Samad Said juga ada di barisan pimpinan, tapi sepanjang pemerhatian saya, beliau seolah-olah spt boneka yg hnya digunakan oleh pihak2 tertntu utk meraih sokongan dr org melayu khususnya. Segala urusan, perbahasan, dll diwakili oleh Ambiga. di mana Samad Said disitu? Bknnya sy mengatakan Ambiga tidak layak berada disitu dari sudut kepimpinan. Tp kita lihat pd latar belakang beliau. Beliau memperjuangkan LGBT. Itu shj sudah cukup utk sy menolak. Tp ada pihak yg kata, kita xsokong Ambiga, kita sokong BERSIH. Tp segala2 tuntutan, arahtuju BERSIH antaranya dipengaruhi kuat oleh Ambiga. Sehari sblm BERSIH, golongan2 yg menyokong LGBT telah membuat demonstrasi di hdpn pejabat peguan (kalau xsalah). Adakah hari ini kita memperjuangkan LGBT, esok kita memperjuangkan keadilan? Masukkah logik disitu?

    Org mungkin kata, itu hal peribadi dia, kita xmasuk campur. Tapi pemikiran itu sbnrnya adalah pemikiran sekular. Jika kita sbg org Islam berfikiran begitu, amat bahaya kesannya. Memisahkah agama dr kehidupan. Kita xkisah hal peribadi dia, asalkan dia hebat bercakap, mampu memimpin. Walhal dlm Islam, kedua2 itu amat berhubungkait.

    Cukup sekadar itu celoteh sy, tidak mahu dipanjangkan. Byk lg sbb2 lain, tp itu antaranya. Maaf atas penulisan yg pjg ini. Sukar ingin sy perjelaskan pndngn sy melalui penulisan sebegini krn tidak mahir menulis.

    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermm.. okay, masing2 punya pendapat sendiri. Sy hormat pandangan penulis, ada betulnya. =)

      Delete