Mari ikut blog ini

Monday 8 July 2013

The Apple's Story: G'day Mate!

Redward Avenue

"Kita kena bertolak paling lewat pukul 6.30 pagi esok. Jadi kau datang la ke rumah aku awal sikit. Kita gerak sekali, naik kereta budak rumah aku", kedengaran suara serak basah Mizan melalui corong telefon.

"Wah awalnya. Start kerja pukul berapa? Nak kena bawa apa-apa ke? Sejuk tak? Rehat macam mana? Kau makan apa tengahari nanti?", bertalu-talu soalan aku ajukan kepada Mizan. Bimbang dan risau kerana bakal bekerja buat pertama kali di ladang kepunyaan syarikat Flavel and sons.

"Start kerja pukul 8 pagi. Tapi kalau boleh aku nak sampai awal, nanti taklah kelam kabut. Takyah bawa apa-apa, tapi bawa la sweater takut sejuk kat atas sana nanti. Kau bawa la makanan yang kenyang sikit untuk tengahari. Nanti penat nanti. Aku biasa bawa nasi untuk lunch", Mizan menjawab semua pertanyaan aku, ringkas dan padat.

"Sempat ke aku nak bersiap dan sampai kat rumah Mizan sebelum pukul 6.30 pagi ni. Solat subuh di masjid pon habis sekitar 6.20 pagi, perjalanan balik pula sekitar 5-10 minit. Perjalanan ke rumah Mizan lagi", aku bermonolog dalaman. Bimbang terlambat pada hari pertama bekerja dan memberi persepsi buruk kepada Mizan dan majikan baru.

"OK-ok. Aku cuba gerak ke rumah kau secepat mungkin. Jumpa esok pagi inshaAllah. Assalamualaikum"

"Waalaikummussalam"

Aku melihat ke jam dinding. Jarum panjang sudah menghampiri angka 10. Melangkah ringan menuju ke dapur untuk melihat apa yang ada untuk dijadikan menu makanan tengahari hari esok.

Ternampak sebungkus plastik separuh penuh berisi roti buku di sudut meja berhampiran dengan dapur.

"Ha! jadi la tu. Makan roti disapu dengan jem pon cukup dah", aku bercakap sendirian.

Aku mengeluarkan empat keping roti dari plastik dan menyapunya rata jem berperisa strawberry berjenama Coles itu. 

...

Alarm dari telefon bimbit berbunyi. Tangan kiri meraba-raba dalam kegelapan pagi mencari butang dismiss.

Bangkit dari baring, menggosok-gosok mata yang masih berat. 

"Naim, bangun. Jom siap nak pergi masjid", aku mengejut teman sebilikku.

Di masjid-masjid tertentu di Australia, solat berjemaah di masjid bagi setiap waktu telah pun ditetapkan waktunya dan selalunya sedikit lewat berbanding masuknya waktu solat yang asal, kemungkinan besar untuk memudahkan jemaah hadir kerana waktu solat akan berubah dari hari ke hari dan ada masanya berubah dengan drastik sekali.

Seusai solat dan tiba di rumah, jam menunjukkan pukul 6.30 pagi.

"Alamak lambat dah ni. Tak siap lagi ni. Bising Mizan nanti"

Ringtone telefon bimbit berbunyi. Tertera nama Mizan di screen telefon.

"Ada kat mana? Jom. Dah pukul 6.30 dah ni", Mizan menyuarakan kerisauan.

"Kejap-kejap. Baru balik masjid. maaf lambat. Kejap lagi aku sampai"

Menyalin pakaian, memasukkan bungkusan untuk lunch dan sebotol air ke dalam beg, aku bergerak menuju ke kereta hijau cilik di luar rumah.

Sejuk. Suhu berkisar sekitar 10 darjah Celsius pada penghujung musim luruh. Ditambah pula dengan tiupan angin yang menambah kesejukan pagi menusuk hingga ke tulang sum sum.

6.50 pagi

Kelihatan Mizan sedang menunggu dihadapan rumah. Telah beberapa kali telefon berbunyi sepanjang perjalanan ke rumah Mizan.

Kereta diletakkan di bahu Regency Road berhampiran Northpark Shopping Centre

"Maaf Mizan sebab lambat. Jom"

"Kau kena bawa kereta sebab aku tak ada lesen kereta"


Perjalanan ke Forest Range yang mengharungi Norton Summit, Ashton dan Basket Range mengambil masa sekitar 30-40 minit bergantung kepada kesibukan lalu lintas.

Kami tiba awal di lokasi. 

"Jalan menuju ke sini berlingkar macam ular, pening pula kepala. Aku nak tidur sekejap ok", aku merendahkan sudut tempat duduk dan memejam mata.

...

"Bangun-bangun, dah dekat pukul 8 dah", Mizan mengejutkan aku dari nap

Keluar dari kereta, kami berjalan menuju ke dalam shed. Kelihatan makcik-makcik sedang berborak-borak di dalam sambil menyusun kotak dan bekas di atas pallet

Ladang epal di Forest Range

Mizan berjalan di hadapan sambil diikuti aku. Tidak biasa dengan keadaan disitu, aku hanya mengikuti apa yang dibuat oleh Mizan.

"Morning!", makcik-makcik menyapa kami dengan wajah ceria.

"Morning!", aku membalas.

Tidak banyak berkata, aku menolong mereka menyusun kotak.

Tiba-tiba seorang makcik bergerak pantas melalui sebelah kami. Dia berhenti.

"Good Day Mate!". Nyaring suaranya.

Sedikit terkejut, kemudian segera aku membalas sapaanya.

"Good day!"

"Hi, i am Cathy. What's your name?", Cathy memulakan sesi taaruf.

"Hi. I am Aizat (disebut Isaac). Nice to meet you"

"Nice to meet you too".

Berborak seketika, sejurus kemudian Cathy bergerak menuju ke station yang terletaknya conveyor belt.

"Mizan, aku nak buat apa ni?"

"Kau ikut je apa mereka buat", Mizan menjawab selamba.

Epal mula kelihatan di atas sorting conveyor bergerak menuju ke station dan keluar ke atas sorting table mengikut saiz mereka.

"Wah canggihnya mesin ni. Lapar pula bila tengok epal banyak-banyak ni", aku bermonolog dalaman.

Yosh, masa untuk mula bekerja!

#The Apple Story







No comments:

Post a Comment