Mari ikut blog ini

Saturday 6 September 2014

Seronoknya halaqah! : Pemuda Al-Qassam

"Anne, roti kosong 1, roti telur 1", ujar abang kepada seorang pekerja restoren mamak di tepi stesyen Petronas itu.

"Hah,korang nak makan apa? Tak yah nak buat-buat malu sangatlah dengan saya", dengan nada bergurau kepada Emir, Tajul, Izzat dan Hariz.

"Haaa. bagi sama macam abang la", sahut Tajul.

"Saya pon bagi sama macam abang", Izzat menambah.

"Err, say pon lah kalau macam tu", kata Hariz selamba.

Emir kelihatan sedang asyik leka dengan telefon bimbit ditangan sehinggakan tidak perasan namanya dipanggil.

"Abang taiko, mau makan apa?", sinis abang kepada Emir.

Sambil tersengih, "Abang makan apa? korang makan apa?"

"Adalah!", Hariz, Tajul dan Izzat menjawab serentak sambil tergelak kecil.

"Tu la, orang suruh 'order' makan, dia pergi layan 'henset'"

Mata Emir meliar ke beberapa pelusuk di dalam restoren kemudian berhenti. Hah!

"Anne, bagi ini roti", sambil menunjuk ke arah gambar roti arab daging kambing yang terletak di atas meja

Seperti biasa, abang memulakan sesi halaqah kali ini dengan bacaan surah Al-Fatihah.

Seusai membaca Fatihah, abang menyambung bicara, "Alhamdulillah, tadi kita dapat solat maghrib secara berjemaah di masjid. Untung! Dapat 27 kali ganda pahala dari solat bersendirian. Tambah lagi dengan beriktikaf di masjid, perjalanan ke masjid lagi. Meletup-letup pahala.

Cuba teka harini kita nak cerita pasal apa?"

"Hurm... susah la nak fikir. Letih dah fikir nak jawab exam semalam. Dah la banyak mukasurat yang kosong", Izzat mengeluh.


"Ha ah la bang, letih perah otak. Kering dah ni tak boleh nak fikir", ujar Tajul sambil tersengih.

"Mana ada, aku rilek je", Hariz menyampuk.

"Yela, kau tu tingkatan empat. Mana ada Trial SPM!", Emir membalas. 

"Ok la disebabkan masa kita terhad malam ni, tak mau la teka teki lama-lama. Nanti tak sempat pulak", abang mencelah meredhakan suasana yang tak berapa nak riuh itu.

"Hari ni saya nak kongsi berkenaan Pemuda Al-Qassam. Pembebas Al-Aqsa, simbol kebanggaan Umat Islam"

"oooo...!"

"Siapa pernah dengar mengenai Al-Qassam? Siapa Al-Qassam ni?", abang memulakan perkongsiannya dengan soalan.

Forget Captain America, behold, Captain Gaza!

"Al-Qassam ni skuad tentera yang kat Palestin tu kan? Diorang ni la yang lawan Israel tu kan bang?", Izzat menjawab dengan lebih banyak soalan.

"Erk, krik krik. Orang tanya dia, dia tanya orang balik"

"Betul la tu. Al-Qassam ni sayap ketenteraan kepada HAMAS...kot", jawab Hariz separuh yakin.

"Aik, tadi punya yakin bunyinya. Kenapa ada kot kat hujung", ujar abang.

Hariz tersipu-sipu malu. 

"Betul la tu Hariz. Briged Al-Qassam ini merupakan tentera elit yang ditubuhkan pada tahun 1992 mengambil nama sempena nama Syeikh Izzudin Al-Qassam, tokoh perjuangan Islam dari Syria [klik sini]. Bermula dengan kuantiti yang sedikit serta kelengkapan yang minima, briged Al-Qassam berkembang dengan pesat sekali sehinggalah sekarang dengan mempunyai keanggotaan sebanyak 10,000 orang hanya di bandar Gaza! [klik sini]"

Izzudin Al-Qassam - perjuangannya menjadi ikutan


"Siapa tahu apa syarat kelayakan untuk jadi ahli briged Al-Qassam?"


"Hah saya tahu! Kena solat kat berjemaah kat masjid, baca Quran, kan?", jawab Tajul.

"Betul. Antara syarat kelayakan minimum untuk menyertai briged Al-Qassam adalah [klik sini]:


  • disahkan bahawa tidak meninggalkan solat subuh secara berjemaah di masjid selama 3 bulan berturut-turut oleh imam masjid
  • bebas maksiat dan rokok
  • membaca sekurang-kurangnya 1 juzuk al Quran sehari
  • cergas dan mempunyai fizikal yang sihat
  • dan lain-lain


Cuba kita bandingkan diantara kita, dan mereka. Ya Allah jauhnya! Macam langit dan bumi. Mereka bersolat bukan sekadar berjemaah, malah di masjid! Bukan hanya solat maghrib dan Isyak, malah solat Subuh sekali. Bukan sekali seminggu, tapi setiap hari!

Kita tengok pula bacaan Quran dan bandingkan dengan kita. Berapa banyak yang kita baca sehari jika dibandingkan dengan kesibukan kita dan mereka? Setiap hari pasti mereka sibuk berkawal, berperang, berlatih tetapi di dalam kesibukan itu, mereka mampu menghabiskan sekurang-kurangnya 1 juzuk Quran sehari. 

Kita pula, sibuk dengan apa? Tidur, main bola? tengok tv? Itu pon nak baca sehari satu muka pon susah", penuh semangat abang bercerita.

Semua tertunduk. Sedang refleksi diri barangkali.

"Cuba kita tengok pula musuh yang sedang mereka hadapi sekarang, Rejim Zionis. Rejim Zionis ni mempunyai jumlah tentera sekitar 600 ribu orang jika dibandingkan dengan hanya 30 ribu orang di pihak Al-Qassam. Kekuatan mereka pula berada di tempat ke 6 tercanggih di dunia [klik sini].

Tapi, apa yang kita dapat lihat pada hari ini? Rejim Israel yang disokong kuat oleh negara seperti Amerika Syarikat tunduk kepada tuntutan HAMAS selepas perang Gaza-Israel berlangsung selama hampir 50 hari [klik sini].

Jadi, apa yang boleh kita refleksi disini?"

"Ramai tak semestinya menang, bang", Tajul menjawab pantas dan penuh semangat.

"Teknologi canggih tapi penakut ayam pon tak guna", Emir menambah.

Perbincangan kami terhenti seketika apabila makanan yang kami 'order' telah siap dan dihantar ke meja kami.

Inforgrafik- Palestin dahulu hingga sekarang

...

"Ya, semua betul. Daripada peristiwa Perang Gaza-Israel ni, kita boleh menyingkap semula sirah terdahulu ketika Perang Badar. Bagaimana kelompok yang kecil (bilangan dan kelengkapan) mengalahkan kelompok yang jauh lebih besar. 

Ketika Perang Badar, umat Islam yang pada ketika itu hanya seramai 313 orang terpaksa berdepan dengan tentera musyrikin yang berjumlah 1000 orang. Bukan hanya seorang perlu berdepan dengan 3 orang, malah tentera musyrikin pada ketika itu juga lengkap persenjataan mereka dengan kuda dan baju besi berbanding di pihak muslimin yang rata-rata tidak membawa sebarang senjata pon, apatah lagi baju besi.

Namun, Allah mengurniakan kemenangan kepada pihak muslimin pada ketika itu.

Perkara yang serupa, bagaimana tentera Al-Qassam yang sedikit berjaya menyebabkan pihak Rejim Zionis tunduk kepada tuntutan-tuntutan mereka.

Apa yang kita dapat lihat disini adalah kualiti VS kuantiti. Macam yang Emir dan Tajul cakap tadi. bilangan yang ramai serta teknologi yang canggih belum lagi menjamin kemenangan. Kualiti lah yang menjadi faktor utama kepada kemenangan itu. Kualiti itu adalah apabila dicampurkan faktor keduniaan dan akhirat. Bagaimana tingginya iman mereka disertakan dengan cergas dan kuat tubuh badan mereka disamping kemahiran menggunakan senjata dan perancangan strategi yang berkesan.

Selain itu, apa yang kita boleh lihat adalah pada diri kita sendiri. Bagaimana kita dan amal kita. Adakah kita melaksanakan ibadah secara berterusan walaupun sedikit, ataupun kita melakukan secara banyak tetapi tidak lagi dilakukan selepas itu.

Kita ambil contoh membaca Al-Quran. Adakah kita membaca sehari sejuzuk dan kemudian kita tinggalkan Al-Quran itu sehinggalah sebulan yang akan datang?"

"Ok la tu bang. Daripada tak baca langsung", sampuk Tajul.

"Yela, betul la tu. Daripada tak baca langsung! Apa yang saya nak sampaikan kat sini adalah kita mesti istiqamah dalam amalan kita. Disitulah terletaknya kualiti", Abang menutup perkongsiannya dengan suara yang sedikit lantang.

"Respek la dengan diorang ni! Saya pon nak jadi macam diorang la gitu", Hariz menyatakan kekagumannya terhadap Briged Al-Qassam.

"Tapi sebelum apa-apa, kita kena bantu diri sendiri dulu. Mulakan dengan diri kita. Kita pertingkatkan amal harian kita. Bila kita sebagai umat Islam beriman dengan sebenar-benar iman, maka saat itulah kemenangan Islam itu akan muncul."

Jam menunjukkan pukul 8.20 malam.

"Alamak nak masuk isyak dah ni, jom kita gerak ke masjid untuk solat Isyak. Ingat, nak jadi macam Al-Qassam, kita kena perbaiki dan pertingkatkan diri kita dahulu ok."

"Eh tapi sebelum kita bersurai, apa kata kita namakan group halaqah kita 'Halaqah Al-Qassam'. Baru semangat sikit", Izzat mengutarakan cadangan.

"Oh cantik juga cadangan itu. Ok mulai hari ini, halaqah kita akan dinamakan 'Halaqah Al-Qassam!"

Segalanya perlu bermula dari diri kita sendiri!


No comments:

Post a Comment