Mari ikut blog ini

Sunday 24 October 2010

Kesungguhan/Bersungguh-sungguh

Salam,

Apa yang ada dengan kesungguhan ini, sehingga beliau menjadi tajuk entry aku pada kali ini?

Selama ini, seringkali aku mendengar akan perkataan ini, namun jarang sekali aku dalami makna perkataan itu apatah lagi cuba mengamalkannya.




Pemuda/Syabab

Terhadap begitu banyak hadis dan ayat didalam kitab suci Al-Quran yang menceritakan perihal remaja. Sebagai contoh:

“Tidaklah akan bergeser kaki seorang hamba di Hari Kiamat kelak sehingga mereka ditanya empat perkara.Tentang Usianya untuk apa dihabiskan,tentang masa depan mudanya(remajanya) untuk apa dipergunakan,tentang harta dari mana dia dapat dan untuk apa dinafkahkan,dan tentang ilmu untuk apa diamalkan“(HR Al-baihaqi dan selainnya dari hadis Muadz Bin Jabal.Hadis inijuga diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dengan lafaz yang berbeza dari Abu Barzah Al-Aslami.Menurut beliau hadis ini tergolong Hassan Sahih(lihat Al-Muntaqa Min At-targhib wa Tarhib karangan Al_qardhawi:1/131 no 85)

 
Kalau kita lihat hadis ini(lihat yang bergaris), kita boleh bahawa Allah akan bertanyakan mengenai remaja, perihal apa yang mereka lakukan dimasa usia muda mereka. Pemuda adalah harga berharga umat Islam. Mengikut statistik (sumber dari Arshad), 70% bilangan pemuda didunia ini letaknya di negara-negara timur yang mana sebahagian besarnya didominasi oleh orang Islam. Tetapi kenapa hakikatnya sekarang jika dibandingkan dengan negara-negara barat, dapat kita lihat betapa mundurnya negara-negara ini. Bagaimanakah semua ini boleh berlaku?

“Tujuh golongan dilindungkan Allah dibawah lindungannya pada hari tiada perlindungan melainkan lindungan Allah: salah satunya adalah pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah..” (hadis)

Tidakkah besarnya nilai pemuda ini, yang mana mereka membesar dengan beribadat kepada Allah?

"jika mahu melihat keadaan sesebuah negara pada masa hadapan, lihat lah pada pemudanya pada masa sekarang" (hadis)











Adakah kita begini?










                                                        Ataupun begini?

Sejarah telah menunjukkan akan kebenaran perkara ini. Sebagai contoh, kisah mengenai bagaimana Portugis menawan Andalusia hanya dalam tempoh 2 bulan dimana yang sebelum itu telah dipegang oleh orang Islam selama 800 tahun. 800 tahun bukan angka yang kecil, tapi bagaimana mampu ditawan dalam hanya tempoh yang singkat?
Dalam tempoh sebulan 800 tahun itu, orang-orang Portugis ini telah menghantar beberapa edisi 'spies' ke kedai-kedai/warung-warung disitu untuk memerhatikan apakah yang menjadi topik perbualan pemuda-pemuda Andalusia ketika itu. 

Edisi pertama

Pemuda1: Aku tiap-tiap hari bangun malam untuk beribadat kepada Allah.
Pemuda2:Aku telah menghafal semua hadis yang telah diajarkan oleh cikguku.
Spy1 kepada Spy2:Macam mana?boleh ke kita menyerang Andalusia sekarang?
Spy2 kepada Spy1:Takleh ni bro, kalau kita serang sekarang naye kita
Maka mereka pon pulang dengan kekecewaan.

Edisi Kedua

Pemuda1:Kau dah khatam tak 30juzuk Al-Quran?
Pemuda2:Alhamdulillah dah lama dah bro.
Spy1 kepada Spy2:Macam mana?boleh ke kita menyerang Andalusia sekarang?
Spy2 kepada Spy1:Takleh ni bro, mati katak ni tentera-tentera kita.

Dan menyusullah beberapa edisi selepas itu sehinggalah 800tahun kemudian.

Edisi khas

Pemuda1:Kenapa engkau menangis bro?
Pemuda2:Awek aku telah lari kepada lelaki lain. Apa salah aku bro?apa kurangnya aku?wajah?duit?
Spy1 kepada Spy2:Macam mana?boleh ke kita menyerang Andalusia sekarang?
Spy2 kepada Spy1:Ni sudah cantek nih. Moh r kita serang sekarang. Konpem2 menang.

Begitulah lebih kurangnya kisah yang telah berlaku. Apa pengajaran yang kita dapat?
 


 Bukankah setiap dari kita adalah pemimpin?


“Setiap kalian adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas yang dipimpinnya. Seorang imam adalah pemimpin dan bertangungjawab atas yang dipimpinnya. Dan seorang lelaki adalah pemimpin bagi keluarganya dan ia bertanggungjawab atas yang dipimpinnya.Dan seorang wanita adalah pemimpin dirumah suaminya dan ia bertangungjawab atas yang dipimpinnya..“ (Hadis Muntafaqun Alaih dari Ibnu Umar)

 Kesungguhan itu bukan sekadar hanya pada kata-kata yang keluar dari mulut, tapi kesungguhan itu adalah apa yang ada pada tindakan.

Suatu hari, orang pernah bertanyakan pada Salahuddin al Ayubi. "Mengapakah engkau tidak pernah tersenyum?". Jawabnya, "Bagaimana aku nak tersenyum sedangkan saudara aku di Al-Aqsa masih lagi menderita"

Seseorang pernah berkata pada aku, jangan buat sesuatu itu hanya sekadar 'buat', tetapi buatlah yang terbaik. Kerana kita sendiri tau, kita boleh berikan yang lebih baik dari apa yang telah kita buat. Solat. Ya, mungkin kita dah solat. Tapi adakah kita memberikan yang terbaik?Adakah kita bersolat di awal waktunya? Ataupun kita sekadar melepaskan batuk ditangga. Melakukannya sekadar ala kadar. Sekadar ;buat'?

Kita selalu doa pada Allah, minta diberikan ini, minta dikabulkan itu, tetapi pada masa yang sama kita masih lagi melakukan maksiat. Tak malukah kita?

Adakah engkau kira, masih punyai banyak masa?

Peringatan buat aku, dan engkau. Semoga kita digolongkan dikalangan orang yang diberi petunjuk olehNya.

wallahualam

Wassalam

p/s: Sebarang kesilapan (e.g:sumber, tatabahasa, petikan,penanda wacana dll) diharap boleh ditegur agar tidak menyebarkan sesuatu yang tidak benar atau kurang tepat.

No comments:

Post a Comment