Mari ikut blog ini

Saturday 23 October 2010

Selamat Hari Kelahiran aka Happy birthday

Salam,

Hari ini hari Sabtu.
Hari ini 23 October
Hari ini usiaku mencecah usia 20 (mengikut kalender Gregory)

Orang kata, makin meningkat usia, semakin tua lah kita. Kalau fizikal yang dilihat, that fact is definitely true. No objection.
Tapi, adakah kita semakin tua sekiranya hari ini tiada bezanya dengan hari semalam? Bahkan lebih teruk lagi, hari ini adalah hari yang lebih teruk berbanding hari-hari yang telah lepas. (Nauzubillah). Rugilah aku, kau dan mereka.




Sepanjang hari ini, aku hanya berehat dirumah. Memang telah aku rancangkan sejak semalam dan mungkin beberapa hari yang lepas untuk berbuat demikian. Tambahan pula aku telah pon bermain futsal pada malam semalam. Biasanya aku akan memilih beberapa hari dalam seminggu untuk 'berehat' dari bermain. Kebetulan hari 'berehat' kali ini jatuh pada hari lahir aku.
Jika dilihat pada halaman 'facebook' aku, ramai sungguh mereka-mereka yang tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan ucapan-ucapan selamat kepadaku. Antara ucapan yang diucapkan adalah 'selamat hari lahir', 'happy birthday', 'selamat hari tua', dan turut disertakan dengan doa-doa seperti 'moga panjang umur', 'moga murah rezeki', 'semoga sentiasa dibawah rahmatNya', 'sentiasa diberkati', 'dimurahkan rezeki', dan lain-lain.

Jika melihat pada angka, disaat aku sedang menekan-nekan kekunci pada keyboard ini sahaja telah pon mencecah angka 200 orang yang menulis di 'dinding-dinding' aku dan angka itu masih lagi meningkat. Bukan hendak berbangga ataupun menunjuk-nunjuk, tapi perkara ini samada telah menjadi kebiasaan kepada pengguna-pengguna facebook ini untuk mengucapkan 'selamat' pada sesiapa sahaja yang namanya muncul dibawah senarai 'birthday today'. Ataupun, mereka ini adalah kawan-kawan yang ingat pada rakan mereka ini, walaupun kebanyakkan mereka sudah lama tidak bertemu dan bersua.

 Terima kasih kepada pengirim kad ucapan ini


Aku menghargai doa dan ucapan kalian, kerana sedikit sebanyak ucapan itu boleh mengubat kesepian ini, merapatkan ukhuwah yang telah lama terputus, mengingatkan kembali kepada mereka yang sudah lama tidak kita bertegur sapa, disamping mendapat doa-doa 'percuma' dari mereka. Tidakkah indahnya mempunyai kawan itu?Terima kash kawan.

Kadang-kadang aku tersenyum, apabila melihat sebahagian dari mereka yang mengucapkan selamat itu, dahulunya tidak pernah langsung aku bercakap dengannya, tidak kurang juga dengan mereka yang mungkin aku hanya sekadar mengenali namanya, dan ada juga mereka yang langsung tidakku kenal, tetapi berada di dalam 'friends list' aku.

Tidak mahu berucap panjang, kerana panjangnya ucapan itu , ditambah pula dengan tiadanya pengisian itu umpama pelajar engineering mendengar ceramah tentang ekonomi. Jika hanya sekadar mengambil masa 5 minit, mungkin mata itu masih lagi terbuka luas. Tapi sekiranya sudah mencecah 20-30 minit, pasti ada yang sudah tersengguk.
Akhir kata:

Tua itu bukan letaknya pada usianya yang makin meningkat,
Tua itu bukan letaknya pada ketinggiannya yang makin bertambah,
Tua itu juga bukan letaknya pada badannya yang makin membesar,
Tua itu dizahirkan pada matangnya seseorang itu dari caranya
berfikir, berbicara dan mengemukakan pendapat serta dari tindakan dan amalnya.


Semoga dengan meningkatnya usia ini maka meningkat lah amal ini, semakin matang tindakan ini, semakin rasional fikiran ini, semakin dekat aku kepada Allah.

Wassalam

No comments:

Post a Comment